rss
twitter
    Find out what I'm doing, Follow Me :)

Yang dihormati...

( ctrl + left clik =new tab)
Klik tajuk entri untuk komen/gambar&video penuh.
Link bewarna biru dalam setiap entri adalah kredit kpd pemilik /artikel terdahulu.
Receive ayampenyek's blog update trough Facebook
Jika tiada entri baharu..kebiasaannya ade dikongsi di FB
Jika ada video yg tdk lagi boleh dimainkan.. sila komen utk alert kpd kami..

5 Kereta Unik 2011 (Unique Car)

Eksperimen aneh yang terjadi dalam industri automotif. Sesuatu yang luar dari kebiasaan dalam industri automotif. Pengeluar kini berani memperkenalkan beberapa segmen baru dan hasilnya kadang-kadang membingungkan. Nissan mula memggubah genetik SUV, manakala Range Rover cuba menunjukkan rasa prihatinnya dengan menawarkannya dalam saiz yang kecil di antara SUV sedia ada iaitu EVOQUE. Murano dan Evoque boleh diambil kira sebagai kategori "crossover" yang terhasil dari kacukan SUV dan Wagons serta Minivan. Maka  variasi baru ini mewakili tahap seterusnya "Crossover".

Garis jurang pemisah semakin tiada,didorong oleh fokus kepada pembuatan kereta bersaiz kecil lebih menarik.Termasuklah Hyundai dan Scion melancarkan kereta kompak yang menyimpang dari norma dalam hal tempat duduk dan pakej keseluruhan. Tujuannya adalah untuk membuat mereka lebih praktikal dan dengan demikian menarik bagi pasaran yang lebih luas.Dari kenderaan pendatang baru pada tahun 2011, berikut adalah 5 yang seperti ada sesuatu padanya, mungkin kerana bukan dari rupabentuk kebiasaan.

Ferrari FF
Kacukan bahagian belakang sbuah Wagon dengan hadapan sebuah kereta sport
FF ini diharapkan menjadi model Ferrari paling praktikal, kereta sport yang seluruh keluarga menikmatinya. Mempunyai empat kerusi dan saiz bonet yang luas, menjadi sebab bahagian belakang direka sebegitu. FF merupakan kereta pertama Ferrari yang menggunakan " all wheel drive". Nama FF adalah akronim daripada “four seats(4tempat duduk)” dan “four-wheel drive(pacuan 4 roda)” Kereta ini menggantikan 612 Scalglieti yang dihentikan pengeluarannya akhir tahun 2010 iaitu satu-satunya model Ferrari terbesar disertakan dengan tempat duduk belakang. Enjin V12, 660 kuasa kuda dan baik untuk 0-62 mph dalam 3.7 saat.

FF memiliki rujukan cuma ianya adalah dari sesuatu yang kelainan. Lamborghini Espada dari akhir 1960-an dan 70-an mempunyai atap yang terbentang kembali seperti gerobak untuk mengakomodasi kerusi belakang dan bagasi. Sebuah contoh yang lebih baru adalah BMW Z3 Coupe, yang - tidak seperti Ferrari dan Lambo hanya mempunyai dua kerusi.Di eropah mereka memanggil jenis kereta sebegini sebagai "Shooting Brake".

Hyundai Veloster



Hyundai mahukan "hatchback" bersaiz kecil nampak hebat seperti Mini Cooper tetapi berkemampuan dan praktikal. Ketika rekaan dan rasa hebat ( nampak "cool")sesebuah kereta adalah subjektif, harus diakui ianya memiliki keluasan di bahagian dalaman dan bonet lebih dari Mini.Apa yang menambah keganjilan padanya, disebelah pemandu hanya ada satu pintu tetapi di sebelah penumpang ada dua. Ideanya adalah mengekalkan bentuk kereta Sporty dua pintu, tetapi menambah satu pintu belakang untuk memudahkan keluar masuk.

Berinspirasi dari rekaan motosikal. Pelindung angin (windshield) bersumberkan dari visor helmet manakala konsol tengah diambil dari tangkipetrol motor. Enjin 4 silinder 138hp membuatkan beratnya cukup ringan.Hyundai mengharapkan untuk mendapatkan 40 mpg di jalan raya.




Nissan Murano (CrossCabriolet)
Kereta ini akan menarik golongan muda mewah berkerjaya (Yuppies) yang tidak mengambil kisah kereta sport dan hanya berkompromi dengan keselesaan dan kemudahan.Nissan menetapkan target jualan sederhana untuk CrossCabriolet Murano, yang menunjukkan syarikat yang realistik tentang potensinya. Beberapa wartawan yang melihat CrossCabriolet Murano ketika dipamerkan di sebuah acara bulan Disember 2010, berfikir Nissan gila untuk mencipta sesuatu sepertinya. Ada yang menyatakan tidak akan naik mahupun memandu ujinya. tetapi Nissan dalam acara yang sama berkata mendapat respon yang positif mengenai kereta ini.Apa yang boleh dikatakan adalah ianya nampak seperti High End dangan rekaan dalaman dan lipatan atap (power folding top). Ruang kerusi perlu dikecilkan sedikit, pintu belakang perlu mengakomodasi dengan atap. Selain itu semuanya sama seperti Murano sedia ada.


Range Rover Evoque Coupe
Ditujukan untuk pemandu muda yang menjaga persekitaran dan syarikat besar Suv yang mengunakan teknologi gas berkemampuan untuk kemana sahaja.Bahkan, satu-satunya alasan (atau sekurang-kurangnya alasan utama) Evoque bukanlah kereta, kerana Range Rover menolak untuk membina apa pun kecuali SUV kerana takut mencemari tradisi.Evoque SUV terkecil pernah dibina Range Rover. Bergantung pada bagaimana ia dikonfigurasikan, dapat menimbang sehingga 728 pound kurang dari versi US dari Land Rover LR2( suv terkecil Range Rover ketika ini). Material plastik di hadapan "fender" dan "hood dan atap aluminium membantu mengurangkan berat kenderaan.Memilih untuk pacuan roda depan (front wheel drive) yang pertama di Range Rover, dan sesuatu yang pasti sudah difikirkan lima tahun yang lalu,bukanlah four-wheel drive standard tetapi menjimatkan berat 165 pounds.

Keseluruhan bentuk menampakkan ianya seperti sebuah kereta tetapi lebih solid dari sebuah SUV yang berkotak. Memandunya seolah seperti membawa sedan mewah sporty. Enjin 4 silinder untuk Range rover adalah kecil. Turbocharged untuk menghasilkan banyak kuasa untuk ukuran (240 hp). Versi 4 pintu dan 2pintu akan mula dijual musim luruh.



Scion iQ
Kacukan dari scion xD (mungkin myvi baru 2011) dan Smart Fortwo. Dari luaran menampakkan ianya memiliki 2 tempat duduk tetapi sebenarnya ada ruang untuk seorang dewasa dan kanak-kanak. Scion memanggilnya "3+1" kerana kerusi bahagian belakang yang tidak simetri. Satu di sebelah kanan lebih besar daripada sebelah kiri. Konsepnya adalah untuk memudahkan pergerakan penghuni bahagian depan dapat bergerak ke hadapan untuk membuat lebih banyak ruang untuk orang dewasa di belakang, sementara tempat duduk pemandu separuh dibelakang dapat menampung anak-anak.

 Inilah penggunaan kreatif ruang yang kita mungkin akan melihat lebih banyak pengeluaran kereta yang semakin kecil. Scion iQ dihidupkan oleh enjin 4 silinder kecil yang menghasilkan sekitar 90 hp. Dari segi keselamatan, ianya dikatakan memiliki 10 beg udara (air bag) termasuk salah satu yang menutupi tingkap belakang, Toyota mengatakan ianya adalah yang pertama. Sumber- Forbes.com



2 comments:

Unknown said... Reply To This Comment

hyundai tu aku suka coz aku mmg suka quarter door mcm tu utk sport car mcm rx8, tp hyundai lagi cerdik dari hide terus door tu yg bg aku sgt2 inovatif dan cool abis :D

next proton neo replacement should be designed like this serius :D

amranaiman said... Reply To This Comment

@riderXDesign veloster itu sgt hebat :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...