rss
twitter
    Find out what I'm doing, Follow Me :)

Yang dihormati...

( ctrl + left clik =new tab)
Klik tajuk entri untuk komen/gambar&video penuh.
Link bewarna biru dalam setiap entri adalah kredit kpd pemilik /artikel terdahulu.
Receive ayampenyek's blog update trough Facebook
Jika tiada entri baharu..kebiasaannya ade dikongsi di FB
Jika ada video yg tdk lagi boleh dimainkan.. sila komen utk alert kpd kami..

Menjadi Gelandangan terpaksa atau sengaja....

Gelandangan bagi yang baru mendengar perkataan ini mungkin sedikit kekok atau pelik. Melihat di TV3 slot 360. Ianya merujuk kepada istilah  perkataan yang ditujukan kepada orang-orang yang mengalami keadaan tunawisma.Tunawisma/gelandangan atau di dalam bahasa inggeris disebut " Homeless". Orang yang tidak mempunyai tempat tinggal tetap dan berdasarkan berbagai alasan harus tinggal di bawah jambatan, taman umum, pinggir jalan, pinggir sungai atau dimana shaja kawasan umum lain untuk tidur dan menjalankan kehidupan seharian. Sebagai pembatas wilayah dan milik pribadi, tunawisma sering menggunakan lembaran atau hamparan surat khabar, zink atau aluminium, plastik, selimut, kereta sorong, atau apa sahaja yang sesuai dengan keadaan geografi kawasan ianya berada.

Ada juga yang menggunakan papan-papan iklan sebagai tempat untuk menyangkut pakaian.Di negara-negara maju, kebanyakan yang menjadi gelandangan segelintirnya bukan kerana kemiskinan atau tidak memiliki wang, tapi ingin bebas dari keluarga atau tanggung jawab, mahupun ada juga sebahagian daripada mereka adalah penagih. Di Amerika Syarikat, industrialis Howard Hughes pernah untuk sementara waktu memutuskan untuk menjadi gelandangan. Sewaktu Perang Vietnam anak muda Amerika Syarikat dengan sengaja berkeinginan menjadi gelandangan, kerana orang tanpa alamat yang jelas tidak menerima surat undangan wajib ketenteraan.

Apa yang dipaparkan di TV3 menunjukan kehidupan mereka. Bukan semuanya adalah kerelaan.Mereka jua manusia biasa yang dihimpit permasalahan. Segelintirnya adalah dadah, akibat tekanan yang luar biasa dari keluarga (tiada sokongan) dan kemiskinan. Ada juga yang berpendapatan, akan tetapi jika hanya gaji RM500 sebulan di ibu kota, ada benarnya jua lebih baik menghantar duit ke kampung halaman, daripada membayar duit bilik sewa yang beratus sebulan. Tidur di tepi jalanan mungkin dipandang hina. Tetapi permasalahan mereka juga harus diambil kira. Badan Sukarelawan dari Reachout  dan Rumah Sinar Alam antara yang bergerak aktif membantu mereka. Mungkin apa yang mereka perlu adalah cuba melakukan sesuatu dengan kebolehan diri untuk keluar dari kepompong. Jika tidak matinya mungkin tiada siapa yang tahu...



0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...