rss
twitter
    Find out what I'm doing, Follow Me :)

Yang dihormati...

( ctrl + left clik =new tab)
Klik tajuk entri untuk komen/gambar&video penuh.
Link bewarna biru dalam setiap entri adalah kredit kpd pemilik /artikel terdahulu.
Receive ayampenyek's blog update trough Facebook
Jika tiada entri baharu..kebiasaannya ade dikongsi di FB
Jika ada video yg tdk lagi boleh dimainkan.. sila komen utk alert kpd kami..

Myvi Baru 2011





Seperti yang semua telah maklum, pengeluar kereta nasional kedua iaitu Perodua bakal melancarkan model gantian Myvi yang menurut sumber adalah pada bulan April ini. Sekarang ini pun pihak mereka sibuk membuat iklan di konti radio di mana pembeli Myvi sekarang akan mendapat rebat RM2000 mungkin untuk mengekalkan momentum jualan dan penghabisan stok. Menurut pengarah urusannya, Myvi kali ini juga akan ditawarkan dengan varian 1.5liter berbanding hanya 1.3liter sahaja untuk model sekarang.

Pada kebiasaanya, model yang disalin semula daripada model Toyota Passo atau Daihatsu Boon ini mengekalkan profil sisi tetapi mengubah rekabentuk hadapan dan belakang. Panel instrumen atau dashboardnya juga dijangka mendapat rekaan baru untuk lebih sesuai dengan citarasa moderate orang Malaysia berbanding Jepun yang tidak kisah dengan rekaan pelik atau ekstrim.

Menurut sumber industri juga, Myvi ini juga akan menjadi lebih mahal untuk harga jualannya bukan sahaja faktor sesaran enjin tetapi beberapa barang import dari Jepun yang mengalami peningkatan harga akibat peningkatan nilai matawang Yen pada ketika ini. Kotak gear masih lagi diimport dari Jepun dan untuk pengurangan kos, Perodua sedang membangunkan fasiliti pengeluaran kotak gearnya di kilang mereka di Rawang.

Myvi merupakan kereta paling berjaya dalam sejarah automotif negara sejak merdeka dengan jualannya yang begitu banyak terima kasih kepada kualiti, reliabiliti dan teknologi yang ditawarkannya. Enjin DVVT, walaupun ianya adalah tone down teknologi VVT-i Toyota, masih lagi memberi penjimatan dan kuasa digabung dengan QC yang baik terus meletakkan Myvi sebagai pilihan rakyat Malaysia. Sama-sama kita nantikan kemunculannya nanti.-sembang-auto.com


video iklan myvi baru lagi best >> MYVI Jun 2011



3 comments:

Anonymous said... Reply To This Comment

myvi lagi.. =P

soutulmujahid.com said... Reply To This Comment

mana lagi best ek... yg lama ke yg baru?? huhu~

cik areh said... Reply To This Comment

biasa je...tp cik areh pakai myvi jugak...hohoho...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...