rss
twitter
    Find out what I'm doing, Follow Me :)

Yang dihormati...

( ctrl + left clik =new tab)
Klik tajuk entri untuk komen/gambar&video penuh.
Link bewarna biru dalam setiap entri adalah kredit kpd pemilik /artikel terdahulu.
Receive ayampenyek's blog update trough Facebook
Jika tiada entri baharu..kebiasaannya ade dikongsi di FB
Jika ada video yg tdk lagi boleh dimainkan.. sila komen utk alert kpd kami..

Renungan bagi Para Pencela Pemerintah

Assalamualaikum dan salam sejahtera, 
apabila saya membaca artikel ini, saya berasa terpanggil untuk menceritakan sesuatu yg 'agak peribadi' dan hanya saya kongsi bersama pelajar2 saya semasa mengajar mereka tentang sistem politik di dalam Islam. 

Banyak kali saya berfikir ketika hendak menulis kali ini, tetapi rasanya ada baiknya saya berkongsi cerita ini. Terpulanglah kepada sahabat2 dan rakan2 di SIM utk menilai cerita saya kali ini. Ketika belajar di England pada tahun 1999, saya diajak oleh rakan-rakan saya untuk menyertai Perhimpunan Musim Sejuk (Winter Gathering) di sebuah tempat di Scotland. Saya tidak bertanya siapa penceramah yang akan datang ke perhimpunan tersebut. Niat di hati waktu itu sekadar ingin merehatkan sekejab otak yg letih kerana cuba menyiapkan thesis utk phd saya. dan juga kerana ingin berjumpa dengan kawan2 seperjuangan yang berada di Scotland dan kawan2 yg akan datang dari daerah Wales, England dan Ireland. Terasa minda juga perlu diisi dengan sesuatu yg lain dari kajian saya.Penceramah pertama di dalam perhimpunan tersebut rupanya ialah Ustaz Abdul Halim Abd Rahman. Beliau bercakap tentang senario politik di Malaysia waktu itu. Ketika sessi soal jawab, seorang pelajar lelaki yang masih muda dengan penuh semangat bertanyakan soalan ini.
  
" Yang dimuliakan ustaz, saya ingin bertanya...jikalau pemerintah negara kita berlaku zalim dan tidak menjalankan undang-undang Islam, adakah rakyat dibenarkan menggulingkan kerajaan atau pemerintah?" Dewan menjadi riuh sekejab dengan soalan yang tidak disangka-sangka itu.
 
Kemudian, Ustaz Abdul Halim menjawab soalan dengan tenang. Jawapan beliau yg masih saya ingat hingga hari ini:
  
" Menjatuhkan pemerintah atau mengguling pemerintah dengan cara rampasan kuasa adalah HARAM. Selagi pemerintah itu membenarkan kita mengamalkan ajaran Islam dengan baik dan kita boleh menjalankan suruhan dan ajaran Islam dengan aman, kita wajib mentaati pemerintah tersebut. Dan kita hanya boleh menukar pemimpin dengan cara yang dibenarkan iaitu pilihanraya kerana itulah cara yg digunapakai di negara kita sekarang." Kenapa tidak boleh menjatuhkan pemerintah dengan kekerasan? 

Beliau menyambung, " Kerana bila berlaku penggulingan kuasa, ia akan menyebabkan huru hara kepada negara. Ekonomi negara akan lumpuh dan menyusahkan semua orang termasuk rakyat yang tidak berdosa. Sistem pendidikan juga akan terkesan akibat penggulingan kuasa secara kekerasan. Jadi, kalau kita ingin menegakkan syiar Islam, kita perlu melakukannya secara betul dan bukan dengan pertumpahan darah."
 
Kesimpulan yg lebih penting, apa yg djawab oleh Ustaz Abdul Rahman waktu ialah "selagi pemerintah negara kita membenarkan kita menjalankan amal ibadah dengan aman, tidak mengganggu kita bersolat, berpuasa dan lain2, maka adalah HARAM kita  menjatuhkan mereka dengan kekerasan. Kerana kekerasan akan menyebabkan berlakunya huru hara di dalam negara kita. kita boleh menukar pemimpin dengan pilihanraya, bukan dengan penggulingan kuasa.
  "Apa yg ditulis di atas adalah benar dan tidak ada apa-apa yang tidak benar. "
 
Wassalam,
Dr Fauziah
(email dari Sahabat Interaktif Malaysia)


Rasulullah S.A.W  menjelaskan bahwa seorang pemimpin yang adil adalah seorang yang mengikuti perintah Allah dengan meletakkan sesuatu pada tempatnya tanpa berlebihan dan tidak pula meremehkan, maka dialah yang termasuk diantara yang mendapatkan perlindungan Allah pada hari kiamat pada hari yang tiada naungan kecuali naungannya, dan bahwa dia termasuk diantara ahli syurga, sebagaimana yang dikeluarkan oleh Imam Bukhari dalam shohihnya dari hadits Abu Hurairoh Radhiyallahu ‘anhu dari Rasulullah S.A.W  bersabda:

”Ada tujuh golongan yang Allah beri naungan pada hari kiamat di bawah naungan-Nya dimana tidak ada naungan kecuali naungan-Nya: seorang pemimpin yang adil, seorang pemuda yang tumbuh dalam beribadah kepada Allah, seorang yang berdzikir kepada Allah dalam keadaan sendiri lalu berlinang air matanya, seorang laki-laki yang hatinya terpaut dengan masjid, dua orang yang saling mencintai karena Allah, seorang lelaki yang dirayu oleh seorang wanita berkedudukan dan berparas cantik lalu ia berkata: sesungguhnya aku takut kepada Allah, seorang yang bersedekah lalu dia menyembunyikannya sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang dikerjakan oleh tangan kanannya.”

Pemimpin yang adil adalah yang bijaksana dalam kepemimpinannya, dan seorang penguasa yang adil tidak tertolak do’anya sebagaimana yang diriwayatkan oleh Tirmidzi dalam sunan-nya dari hadits Abu Hurairoh berkata: bersabda Rasulullah S.A.W 

“Tiga golongan yang tidak ditolak doanya: orang yang berpuasa hingga dia berbuka, seorang pemimpin yang adil, dan do’anya orang yang dzalimi, Allah mengangkatnya di atas awan dan membukakan baginya pintu-pintu langit, dan Allah berfirman: “Demi kemuliaan-Ku, aku pasti akan menolongmu kapan saja.”



0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...