rss
twitter
    Find out what I'm doing, Follow Me :)

Yang dihormati...

( ctrl + left clik =new tab)
Klik tajuk entri untuk komen/gambar&video penuh.
Link bewarna biru dalam setiap entri adalah kredit kpd pemilik /artikel terdahulu.
Receive ayampenyek's blog update trough Facebook
Jika tiada entri baharu..kebiasaannya ade dikongsi di FB
Jika ada video yg tdk lagi boleh dimainkan.. sila komen utk alert kpd kami..

PERTANDINGAN REKABENTUK MALAYSIA 2011

Tema untuk Pertandingan Rekabentuk Malaysia 2011 anjuran Majlis Rekabentuk Malaysia ialah Universal Design merujuk kepada rekabentuk produk dan persekitaran yang boleh digunakan oleh semua golongan pengguna tanpa sebarang pengubahsuaian tertentu terhadap rekabentuk.Konsep Universal Design adalah untuk memudahkan kehidupan semua golongan pengguna melalui penghasilan produk, alatan komunikasi dan pembangunan persekitaran yang boleh dimanfaatkan oleh lebih ramai pengguna, tanpa atau dengan kos yang paling minima. Konsep ini mensasarkan pengguna dari pelbagai peringkat usia, saiz dan keupayaan.Pertandingan pada tahun ini mencabar bakat-bakat di Malaysia untuk memberikan idea bagi rekabentuk household products untuk kegunaan orang KURANG UPAYA. Rekabentuk yang dicadangkan perlulah mengambilkira garis panduan berikut:
 
Kesamarataan penggunaan
Rekabentuk yang dicadangkan memberi manfaat dan boleh dipasarkan kepada mana-mana kumpulan pengguna 

Fleksibel
Rekabentuk memenuhi kepelbagaian keperluan dan keupayaan individu
 
Ringkas dan mudah digunakan
Penggunaan rekabentuk adalah mudah difahami,tanpa mengira pengalaman pengguna, pengetahuan atau kemahiran berbahasa.
 
Informasi yang boleh difahami
Rekabentuk mampu menyampaikan informasi secaraefektif kepada pengguna, tanpa mengira keadaan persekitaran atau kemampuan deria pengguna.
 
Bertoleransi dengan kesilapan
Rekabentuk meminimakan risiko bahaya dan kerugian akibat daripada kemalangan atau perlakuan yang tidak disengajakan.

Penggunaan fizikal secara minima
Rekabentuk membolehkan penggunaan secara efisyen, selesa dan kurang meletihkan.
 
Saiz dan ruang untuk mencapai dan digunakan
Saiz dan ruang yang disediakan membolehkan pengguna mencapai, menghampiri, memanipulasi dan menggunakan rekabentuk tersebut tanpa mengira saiz, postur dan keupayaan pergerakan
 
Calon-calon PERLU menjalankan kajian rekabentuk secara menyeluruh dan teliti bagi memastikan idea
yang dicadangkan adalah lebih baik serta menepati maksud tema pada tahun ini. Tarikh tutup penghantaran Penyertaan Peringkat Saringan adalah pada 31 Oktober 2011.

Kepada yang berminat untuk menyertai boleh memuat turun borang penyertaan:



5 comments:

Liyana Zahim said... Reply To This Comment

Kalaula sy seorg saintis.. Herhehr~

CintaZulaikha said... Reply To This Comment

kalaulah sy seorang kreatif...huu

syuxer said... Reply To This Comment

kalaula saya seorang bertangan kidal yang kreatif..huhu..

aku bab design2 ni memang failed..imaginasi2 design dalam kepala tuh memang ada tapi nak luahkan imaginasi tuh cam susah gila huhu..:(

husnaradzi said... Reply To This Comment

kalaolah sy seorang saintis dan kreatif .




*mmg tak kreatif sampai komen pon nak sama dgn org atas .kehkeh

Siti Aisyah Zorkarnain said... Reply To This Comment

kalau lah dah hebat tahap gaban, blh lahh. ni kena tggu pass degree dulu ni :p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...