rss
twitter
    Find out what I'm doing, Follow Me :)

Yang dihormati...

( ctrl + left clik =new tab)
Klik tajuk entri untuk komen/gambar&video penuh.
Link bewarna biru dalam setiap entri adalah kredit kpd pemilik /artikel terdahulu.
Receive ayampenyek's blog update trough Facebook
Jika tiada entri baharu..kebiasaannya ade dikongsi di FB
Jika ada video yg tdk lagi boleh dimainkan.. sila komen utk alert kpd kami..

Top 6 - Digi WWWOW Awards


Ribuan terima kasih kepada semua yang mengundi secara terangan mahupun tersembunyi. Tempoh pertandingan yang agak lama amat menguji kesabaran supporters setia dan rakan-rakan (malu macam paksa ngundi huuu). Mencuba nasib untuk 3 kategori adalah amat sukar. Apabila kategori shot gambar terbaik terpaksa bersaing dengan rakan sendiri, sehingga terpaksa mengundinya untuk meraih undi lain dan bersikap lebih adil ( bergilir). Kali terakhir melihat kedudukan pertandingan untuk kategori gambar berada di kedudukan 15, kategori blog terbaik (21) dan kategori entri teknologi pilihan (3). Undian anda amat dihargai semoga anda dimurahkan rezeki juga.Tidak lupa kepada Pian MPP UniSZA kerana berkongsi video >> Sony Rolly <<,sekaligus menarik minat untuk mencari dan memahami kehebatan Sony Rolly. Alhamdullillah tersenarai sebagai top 6. Peluang untuk menang mungkin tiada, jika dibandingkan dengan saingan bloggers utama untuk kategori Fave Tech antaranya Amanz Network dan Encik 9.

p/s: Terima kasih semua =) Tuhan sahaja dapat membalas jasa-jasamu... harap2 dapat consolation pun jadi la.. sijil.. top up free, duit sikit2 ke kan kan kan.. hehee.. ^_^

Read more...

Keputusan MALAYSIA vs Taiwan 29 Jun 2011


Kelayakan Piala Dunia 2014: Malaysia vs Taiwan | Stadium Nasional Bukit Jalil, 29 Jun 2011.
Video perlawanan. Sumber Sokernet
Gol Pertama (Safiq Rahim)


Gol Kedua (Aidil Zafuan)


Gol Pertama Taiwan ( Po Lian )



p/s : Good Luck Malaysia. 3 Julai.. all the best.. =)

Read more...

3 Permata Sebaris

Terima kasih kepada pembaca setia. Maaf kerana info dan maklumat kurang dapat dikongsikan sejak akhir-akhir ini, atas kesibukan yang tidak dapat dielakkan Apa-apapun jika anda ada kelapangan. Mari menguji minda mengejar masa menyusun permata menjadi sebaris, dengan memusingkan mengikut arah jam atau lawan jam.
Peringatan: anda akan terleka bermain. Sila cuba permainan kekuatan ingatan.



Print screen dan tag saya.. jika dpt pecahkan rekod ini.. 
maka nama anda akan di link kan disini pada saiz berkadaran sebesar ini
Game Record 
AYAMPENYEK - 19,890 level 5




Read more...

Coklat Mempengaruhi Rakyat


Dihasilkan pada tahun 1964 di Kilang Konfeksi di Bucharest. Chocolate pertama di pasaran Romania . Kebanyakan rakyat mereka membesar bersama dari era komunis. Setelah kejatuhan era komunis, nama chocolate ini telah beberapa kali ditukar antaranya pada tahun 1991, Excelent S.A . Pada tahun 1997 ianya diswastakan dan menjadi milik syarikat Kandia NV ( syarikat milik Austria, Meinl Bank), kemudian 2007 dijual kepada syarikat British, Cadbury Schweppes. Akhir tahun 2009 Cadbury Romania menyatakan peningkatan jualan. Apapun yang terjadi kepada pemiliknya, siapa pun yang menghasilkannya. Chocolate Rom sentiasa berada dihati rakyat Romania. Sumber wieninternational 

Untuk Direct Link  Choclate Rom


p/s: takut nasi lemak dan keropok lekor dibungkus bendera Amerika :P

Read more...

Tips Penjimatan Elektrik

Tips penjimatan dan fakta grafik mengenai elektrik serta penggunaannya. Sumber TNB Bzz.



Klik Gambar untuk fakta bergambar lebih jelas

P/s: pakai lilin sbb black out. =)

Read more...

Gol Malaysia 2 - 1 Lubnan

Keputusan kelayakan olimpik 2012. Jaringan Irfan Fazail dan Wan Zack Haikal.  Sumber Sokernet.com




p/s: taniah ^_^..

Read more...

Industrial Design UiTM Shah Alam 2011 - Conceptual Transport ( 2 )

Sambungan bahagian 2 "Degree Show 2011- Industrial  Design"  Fakulti Seni Lukis & Seni Reka (FSSR), UiTM Shah Alam. Sumbangan Syahid Masral UiTM.









Blogger Encik Amman




Bahagian 1

P/s: moh masuk Peugeot contest bulan Ogos 2011 tarikh tutup. Moh juge masuk group Autostylista.

Read more...

Beli Barang Guna QR Code


Pembelian secara online semakin berleluasa. Penggunaannya dimanfatkan sebaik mungkin. Pemasaran lebih kreatif harus digunakan untuk meningkatkan jualan seiring dengan kehendak. Teknik kreatif Tesco yang dikenali sebagai Home Plus di Korea. Negara kedua paling sibuk dan proaktif, menggalakkan pembelian dalam talian. ideanya " biar pasaraya menemui pelanggan". Menggunakan sebaik mungkin teknologi QR code yang boleh di imbas melalui Smart Phone.
QR Code

Apa itu QR Code/ kod? Ianya adalah Quick Response Code. Kod imbasan cara mudah untuk telefon mudah alih pintar ( Smart Phone) melayari laman web tanpa perlu menaip URL ( www. ..... blalala..) Kebiasaannya Smart Phone terbaru mesti memilikinya. Jika tiada anda boleh memuat turun aplikasi tersebut. Setelah memilikinya pilih "Scan Code",hanya imbaskan kamera phone anda. Link akan mucul terus ke laman tersebut.


p/s: bile nk beli handphone baru nih... T_T

Read more...

Tugu Peringatan Soviet - Kreatif tidak Bertempat

Sofia,Bulgaria tugu yang dibina untuk memperingati 10 tahun kemerdekaan dari Rusia pada tahun 1944 .Tugu Tentera Merah sebagai penghormatan jasa pejuang bertukar menjadi monumen karakter kartun dan superhero popular hasil kerja tangan kreatif tidak bertempat yang boleh dikira sebagai vandalisma. Watak Superman, Santa Claus, Ronald Mc Donald, Captain Amerika,Robin serta Joker antara yang ditampilkan. Di bawah semburan hitam bertulis " Bergerak seiring Masa".

Sebelum dan selepas


P/s: kreatif dan hebat gak la.. =P

Read more...

M Nasir / Hang Tuah


Lelaki : uii.. ini m. nasir?.
Hang Tuah/nasir : err... hang tuah.
Lelaki : m. nasir kn?
Hang Tuah/nasir : hang tuah!
Lelaki : m. nasir ~~...
Hang Tuah/nasir : adab tuan baik di jaga..!

p/s: sempoi gak iklan kit kat 2011 nih.. huhu berehat sebentar bersama KitKat....=P

Read more...

GooApple - iPhone 4 Klon Sempurna ???

Android + Apple = Gooapple
Terdapat banyak telefon bimbit tiruan dipasaran keluaran China. Akan tetapi iPhone 4 paling hampir 99% dan sempurna adalah dari jenama Gooaple. Hasil gabungan teknologi tiruan Android + Apple = Gooapple. Memiliki 5 MP di bahagian kamera belakang dan 1.3 MP di hadapan. Ianya dikhabarkan menggunakan perisian godam(hacked) Android OS (Froyo 2.2). Berharga 999 yuan atau US$152 dalam anggaran RM 464 sahaja. Sumber Keemanxp







Sumber : Gooapple.com

p/s: sedang mengira duit syiling nak beli handphone baharu ..^_^..

Read more...

Lukisan Berus, Pisau itu Sangat Cantik

Pelukis muda jalanan berbakat dari Yangon, Myanmar. ( Talented young artist form Yangon, Myanmar). Bakat itu mungkin semulajadi. Adakalanya usaha membuatkan ianya lebih menjadi. Tidak cukup dengan sekadar bakat, seandainya tidak digunakan dengan sebaiknya. Ada yang berkata kreativiti itu adalah gifted. Benar, tetapi jika tiada bakat, tiada salah mencungkil sesuatu yang mungkin ada dalam diri anda. Cuma yang berkebolehan dengan bakat(gifted) akan lebih cepat memperolehi/ menyampaikan melalui kreativiti berbanding yang tiada. Namun apa yang penting adalah minat, ketekunan dan usaha. Kerana dengan itu semua perkara akan dilakukan bersungguh-sungguh tanpa berkira/ ikhlas untuk berjaya.


p/s: trend pelajar sekarang.. belajar kerana segulung sijil,asalkan  graduate T_T. Kerja nak senang.. xnak assigmnt banyak.. Lahirlah graduan yg tidak berkebolehan. sekadar cukup makan =P.

Read more...

Seni Magis iPhone

Magis( magic) persembahan yang memukau bermain dengan ilusi dan aturan perancangan yang teratur. Gerakan tangan pantas, membuatkan minda mencari-cari bagaimana ianya terjadi dan disembunyi. Magis selalunya sinonim dengan persembahan silap mata sehingga suatu masa dahulu siapa sahaja yang memiliki kebolehan ini akan dibunuh kerana berkait dengan ilmu hitam. Kemajuan teknologi, kini ia ditampilkan dengan permainan kreatif menggunakan aplikasi iPhone.


p/s: buat nyorok syiling belakang jari masih kantoi.. =P. tapi buat putus jari saya reti huhuu..

Read more...

10 Kereta Jualan Terbaik Malaysia - April 2011

Top 10 National Vehicles - Kereta Nasional

1. Proton Saga BLM - 6520
2. Perodua Myvi        - 6262
3. Perodua Viva         - 4578
4. Proton Persona    - 3592
5. Perodua Alza         - 2939
6. Proton Exora         - 1711
7. Proton Inspira        - 610
8. Proton Satria Neo  - 328
9. Proton Waja          - 322
10. Proton Gen-2      - 202

Top 10 imported vehicles - Kereta import


1. Toyota Vios             - 2646
2. Toyota Hilux             - 2027
3. Honda City               - 1346
4. Nissan Grand Livina  - 1238
5. Toyota Camry           - 803
6. Honda Insight            - 750
7. Toyota Corolla Altis   - 659
8. Honda Civic              - 656
9. Toyota Avanza          - 628
10. Mitsubishi Triton      - 605

Sumber Statistik : Malaysian Automotive Association (MAA)

p/s:  bilangan unit kenderaan adalah jualan untuk bulan April 2011 sahaja. =)

Read more...

Asal Usul Myvi

Myvi 2011
Myvi Elegance 2011


Telah dilancarkan dan dirasmikan 16 Jun 2011. Kebanyakan akan berkata, seperti tiada beza dengan model yang sebelumnya. Myvi telah menerajui pasaran Malaysia, semenjak Mei 2005 sehingga April tahun ini sebanyak 484,000 unit kereta Myvi telah dijual, iaitu bersamaan purata 97,000 unit setahun. Model yang disalin semula daripada model Toyota Passo atau Daihatsu Boon ini mengekalkan profil sisi tetapi pengubahsuaian terhadap bumper hadapan dan belakang. Minat rakyat Malaysia terhadap kereta kompak bersaiz besar, dan reputasi baik servis selepas jualan (after sales service) Perodua mengekalkannya selaku peneraju kenderaan. Pembangunan yang dibangunkan hasil kerjasama dengan Toyota yang memiliki saham besar dalam Perodua. Bermula dari harga RM 43,900 sehingga RM 54,400 harga semenanjung. Didapati dalam 6 variasi warna Mystical Purple, Medallion Grey, Glitering Silver, Ebony Black, Pearl White dan Ivory White. Sumber Perodua.



p/s: styling oh styling =). bile ek perodua nak keluar sedan stylingkan Prius =)

Read more...

Google Image - Gambar mencari Gambar

Aplikasi ini, baru sahaja ditambah oleh pihak Google. Mungkin ramai yang masih belum menyedari kehadiran simbol kamera kecil disudut carian gambar Google. Pengguna kini boleh mencari gambar yang paling hampir dengan gambar sebenar melalui handphone, menggunakan aplikasi android mahupun komputer. Jika dahulu kita lebih banyak menaip perkataan untuk mencari sesuatu, kini hanya dengan memuat naik (upload). Anda mungkin dapat mengetahui gambar anda, digunakan oleh orang lain. Walau bagaimanapun Google bukanlah yang pertama, kerana  www.tineye.com terlebih dahulu telah memperkenalkan carian menggunakan gambar.

p/s: google kini semakin menguasai semua peranti teknologi dunia..dari peta (google maps), telefon (android), dompet maya (google wallet), video (youtube)..tidak mustahil semua data diri dan keluarga serta rahsia seluruh dunia ada ditangan mereka... +P

Read more...

Disebalik Pokok

Layan lagu baru Meet Uncle Hussein tahun 2011 yang menampilkan Hazama bertajuk POKOK. Jika diamati dengan baik liriknya membuatkan kita berfikir.
  • "Sesat malu bertanya.."- lost tiada panduan, tak tahu tapi tak nak tanya..
  • "Patah sayap diduga,seandainya rebah.. kau masih ada" - di saat kurang kemampuan diri/ give up, bersyukur diri masih ada, tabah dan perlu berusaha..
  • "Terlalu mahu dan mahu, terlupa apa yang perlu"- selalu meminta tapi minta bukan benda yang sepatutnya..
  • "Tak mudah namun tak susah, Terserah atas pilihan" - setiap perkara yang dilalui ada susah dan senangnya.. terpulang bagaimana kita mengatasi masalah tersebut...
p/s: dengar2 sambil cari maksud tersirat.. boleh jadi juri juara lagu ni =P

Read more...

Anonymous Telah Bermula Operasi Hack Besar-Besaran !!!

Berikut antara senarai yang setakat 1.30 pagi 16/6/2011 waktu Malaysia telah digondam....T_T
They Have been Hacked..


15/6/2011
 Politeknik >> http://politeknik.gov.my/index.php
  KRU Studios >> http://www.krustudios.com/
>> http://www.royalasiahotelplg.com/iklan/mirror/
>> http://www.sabahtourism.com/
>> http://pastehtml.com/view/ax3mejiup.html
>> http://www.cidb.gov.my/


16/6/2011
Agensi pelancongan >> http://www.tourmalaysia.com.my/
Jabatan Khidmat Masyarakat >> http://ezi2care.jkm.gov.my/
Perbadanan Bioteknologi Johor >> http://jbiotech.gov.my/admin/
UiTM Penang >> http://penang.uitm.edu.my/

-Dijangka gondaman yang dilakukan untuk setiap web berkaitan pelajaran hanyalah sementara..
Blog Mereka >> http://mydragonforce.wordpress.com/ dan update boleh dilayari http://www.kenahack.com/
-Kebanyakan web kerajaan telah ditutup semenjak jam 12 pagi 16/6/2011 (server shut down) untuk menghadapi kemungkinan serangan..

P/S: selamat ari jadi... selamat ari jadi... T_T.. saya tiada kaitan dgn mereka.. sekadar mencari update ingin mengetahui adakah ugutan ini sekadar propa atau sekadar gurauan??

Read more...

Kapal Terbang Lutsinar



Dipersembahkan di Royal Observatory, Greenwich, London. Airbus, Syarikat kapal terbang terkemuka dunia mensasarkan sebuah ciptaan konsep futuristik ini akan menjadi realiti menjelang 2050. Lengkap dengan tempat duduk pintar yang berupaya mengubah kedudukan dan mengubah saiz kerusi. Menyaksikan perubahan cuaca ketika penerbangan, mungkin membuatkan anda merasai lebih pengalaman menakutkan jika dilanda cuaca buruk seperti ribut taufan atau sesuatu pengalaman yang menarik.

P/s: Sempat ke nak tunggu 2050? apa la jadi time tu huhuuu.. =P

Read more...

Tiada Lagi Keseronokan Pemanduan

Kita membiarkan robot melakukan banyak perkara. Tetapi keseronokan akan hilang, apabila robot mengatasi dan mengawal segalanya. (ada pro dan kontra penggunaan robot di masa hadapan).

p/s: kecanggihan sesuatu kenderaan tidak dapat mengurangkan impak kemalangan kerana kemalangan kebiasaannya berpunca dari kecuaian pemanduan iaitu cara manusia memandu dalam emosi serta pemikiran waras dan stabil. (apa pun naik tren xpe robot bawak huhu.. =P)

Read more...

Teknik Larian Dari Menghidu Kentut


Cubaan demi cubaan. Hasil dari pemerhatian dan ujian.. Pelik tetapi benar. Video berikut telah membuat ujikaji bagaimana melepaskan diri dari bauan kentut sendiri.

p/s: Kurang sedikit ilmiah tetapi mungkin boleh dipertimbangkan untuk melarikan diri hahaha...sengal.. :P

Read more...

Forklift Bukan Alat Mainan


Forklift adalah kenderaan yang biasa digunakan sebagai alat mengangkat / mengalihkan / memindahkan sesuatu barang pada capaian yang tinggi. (kiranya xleh angkat pakai tangga la.. ). Maka penggunaannya biasa dilihat di kilang-kilang mahupun depo atau pelabuhan biasa berkait industri perkilangan yang berat.


p/s: nampak kejam tetapi maksudnya bukan semua benda boleh buat main... bekerja dalam suasana yang berjaga-jaga supaya beringat dan sentiasa selamat.. insyallah.. =)

Read more...

Dunia Tanpa Elektrik

Apabila kehidupan seharian tidak dapat menggunakan elektrik kita mungkin, akan sentiasa menjadikan petrol sebagai bahan bakar. Renault syarikat automotif terbesar dunia, mengajak kita untuk berfikir, bahawa kita telah lama menggunakan elektrik dalam kehidupan seharian akan tetapi mengapa tidak menggunakannya untuk perjalanan kenderaan. Diarahkan oleh Dougal Wilson, mula disiarkan di Itali 18 Mei 2011 dan akan disiarkan di Perancis, 30 Jun, diikuti Israel dan Australia pada bulan Julai. Seterusnya seluruh dunia September.

p/s: menantikan galakan kerajaan terhadap kenderaan hybrid/elektrik perkhabaran angin baik akan ada pengecualian cukai terhadap jenis2 kenderaan tersebut.. =D

Read more...

Lamaran Terhebat


P/S: Lamaran terhebat yang tidak terjangka ramai ahli suppoters nya.. Kopak kalu bayar semua orng yg terlibat nih.. dah satu pekan kecil terlibat..;P

Read more...

Pemahaman Mengenai Hijab

Klik untuk paparan lebih jelas
p/s: pendekatan melalui cara yang menarik =D.. credit fullwhitemoon / inspirasi hatiku..

Read more...

Tron's Conceptual Designer

Setiap perkara itu ada cerita disebaliknya. Legacy Lightcycle kenderaan bermotor, pacuan yang bercahaya. Kejayaan konsep ini disebaliknya adalah seorang pereka konsep. Pekerjaan idaman buat pereka yang suka bermain dengan imagination, Daniel Simon adalah orang yang bertanggungjawab dalam penghasilan kenderaan dalam filem TRON tersebut.


p/s: huuhuhu pekerjaan idamanku... bile KRU nk panggil suh wat projek macam ni hahhaa... kepada yang berminat untuk melihat portfolio >>Daniel Simon merupakan pereka/ designer pujaan yang banyak terlibat dengan rekaan konsep dunia perfileman.

Read more...

Kempen Nilai-Nilai Murni

Edisi khas Pos Malaysia bertemakan ‘Nilai-Nilai Murni’ yang dijual 60 sen setiap satu, boleh didapati mulai 15 Jun 2011. Setem yang bertujuan menyemarakkan adab sopan dalam masyarakat adalah cetakan timbul logo nilai murni, tarikh selain lukisan grafik. Lebih unik, turut memaparkan 10 motif iaitu kasih sayang, kerajinan, hemah tinggi, hormat menghormati, berdikari, kesedaran, baik hati, kesyukuran, semangat bermasyarakat dan kejujuran.Kempen ini diharap dapat meneguhkan lagi kekuatan peribadi dan jati diri masyarakat Selain itu, pengumpul setem juga boleh membeli satu folder khas pada harga RM5.50 tiap satu atau set lengkap pada harga RM24 tiap satu di pejabat pos terpilih.



P/s: gambar kadangkala tidak dapat mengekspretasikan nilai-nilai murni sebenar, namun sekurang2nya ianya mengingatkan kita, tanggungjawab terhadap nilai murni yang semakin dilupakan masyarakat moden hari ni. :D

Read more...

Penyu buatkan Kijang menangis

Pujian atas semangat ingin kemenangan. Di saat ada yang melonjak-lonjak kegirangan, mahupun ada yang berputus asa, beransur-ansur pulang melihat keputusan sewaktu masa penuh 90 minit perlawanan. Semangat juang pemain harus dipuji. Berusaha sedaya mungkin, mengeluarkan sepenuh daya kudrat sehingga menjelma gol penyelamat di masa tambahan. Usaha itu tangga kejayaan. Apapun pujian untuk kedua-dua pasukan kerana bersungguh-sungguh, bukan kalah tidak berusaha tetapi tiada rezeki apakan daya.. takdok rezki deh, nak wat guano..=P

Rangkuman Ulasan Final Piala FA 2011

p/s: Tahniah!! suka tengok semangat berusaha untuk menang..(semoga bola sepak Malaysia bebas dari gejala rasuah)..

Read more...

Kecantikanmu Dusta Belaka





gambar dari Google
Pelbagai aplikasi mampu membuatkan anda kelihatan lebih cantik. Jadi jangan terpedaya dengan sebarang iklan kecantikan perampingan badan mahupun kegebuan kulit. Kerana ini adalah sebahagian buktinya. Yang gelap boleh dicerahkan, yang berlubang boleh ditanpal, yang besar boleh di kecil. Begitu juga sebaliknya.Sama jua penggunaan gambar, matanya kecil kini bulat. Yang kacak menjadi " kacak giler", yang cantik , semakin cantik berdarah idung dibuatnya.. =P



p/s:  mereka hanya menggunakan teknologi, tetapi anda harus menggunakan akal untuk berhati2 mana yang benar mana yang palsu.. dikala ramai yang menipu dilaman sosial .. =)

Read more...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...