rss
twitter
    Find out what I'm doing, Follow Me :)

Yang dihormati...

( ctrl + left clik =new tab)
Klik tajuk entri untuk komen/gambar&video penuh.
Link bewarna biru dalam setiap entri adalah kredit kpd pemilik /artikel terdahulu.
Receive ayampenyek's blog update trough Facebook
Jika tiada entri baharu..kebiasaannya ade dikongsi di FB
Jika ada video yg tdk lagi boleh dimainkan.. sila komen utk alert kpd kami..

10 Kereta Jualan Terbaik Malaysia - June 2011

Top 10 National Vehicles - Kereta Nasional

1) Proton Saga      - 6,192
2) Perodua Viva    - 4,344
3) Proton Persona - 4,020
4) Perodua Alza  - 2,704
5) Perodua Myvi   - 1,822
6) Proton Exora    - 1,551
7) Proton Inspira   - 674
8) Proton Satria Neo - 379
9) Proton Waja      - 162
10) Proton Gen 2  - 24

Top 10 imported vehicles - Kereta import

1) Toyota Vios               - 2,581
2) Nissan Grand Livina - 1,480
3) Toyota Hilux             - 1,269
4) Mitsubishi Triton      - 743
5) Kia Forte                   - 592
6) Toyota Camry           - 535
7) Honda City               - 499
8) Toyota Innova           - 400
9) Honda Insight           - 398
10) Toyota Altis            - 338
*Statistics from Malaysian Automotive Association

Read more...

Seorang-Seorang pun Jadi



Ku tidak mengenali minah ini siapa. Menggelarkan dirinya takaharasuiko,  beliau sangat berkemahiran. Tanya Sama Pokok, Papaku Pulang Dari Kota dan Anak Itik Tok Wi.Mengingatkan lagu zaman kanak-kanak 

Diakui sangat kreatif mendendangkan lagu-lagu dalam rentaknya tersendiri. Menggunakan sebaik mungkin bakat yang ada.  

p/s: sorang2 pon jadi ^_^ haha..  LIKE.. 

Read more...

Kucing Dipijak-Pijak dan Dipukul-Pukul


PETALING JAYA: Padah menzalimi tiga kucing dengan memukul menggunakan payung, menendang serta menyakiti haiwan malang itu Februari lalu, seorang wanita berusia 21 tahun didenda RM400 oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam.Chow Xiao Wei dijatuhkan hukuman selepas mengaku bersalah di hadapan Majistret Nik Mohd Fadli Nik Azlan. Nik Mohd Fadli juga memerintahkannya dipenjara tujuh hari jika gagal membayar denda itu. Bagaimanapun, Chow menjelaskan dendanya.

Mengikut tuduhan pertama, dia didakwa secara zalim menyakiti dua kucing antara jam 4.25 petang hingga 5 petang pada 19 Februari lalu di depan sebuah gerai di Pasar Seri Kembangan di sini. Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 44(1)(a) Akta Binatang 1953 (Akta 647) dan boleh dihukum mengikut Seksyen 44(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM200 atau enam bulan penjara atau kedua-duanya, jika disabit kesalahan.Chow juga didakwa melakukan perbuatan tidak wajar menyebabkan kesakitan serta penderitaan seekor kucing pada masa, tarikh dan tempat sama.

Dia didakwa mengikut Seksyen 44(1)(d) Akta Binatang 1953 (Akta 647) dan boleh dihukum mengikut Seksyen 44(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM200 atau enam bulan penjara atau kedua-duanya, jika disabit kesalahan.Pendakwaan dilakukan pegawai pendakwa Jabatan Veterinar, Jamadi Badri, manakala Chow tidak diwakili peguam bela. Penganiayaan Chow terhadap tiga kucing itu sebelum ini tersebar luas di laman sosial, facebook dan blog selepas dimuat naik ke Internet hasil rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian.

Rakaman lima minit itu menimbulkan kemarahan banyak pihak, khususnya pencinta haiwan sehingga mendorong mereka menggerakkan usaha ‘mencari seorang pembunuh kucing’.Rakaman video itu menunjukkan perbuatan tertuduh yang melakukan penyeksaan terhadap tiga kucing termasuk melibas dengan payung, menolak ke longkang, malah memijak hingga menyebabkan seekor kucing mati.Selepas pelbagai usaha dijalankan, Chow yang dikenal pasti melakukan perbuatan itu akhirnya dikesan di facebook melalui pakaiannya dalam video yang disebarkan.Chow yang menyedari identiti dirinya terbongkar meminta maaf secara terbuka dengan memaklumkan dia sedang menjalani rawatan psikologi kerana tekanan yang dikatakan dihadapinya akibat perceraian ibu bapanya. Sumber Harian Metro -28 Julai 2011

p/s: gilo... T_T

Read more...

Malaysia Vs Singapura - Pusingan Kelayakan Piala Dunia Brazil 2014

1-1
Mereka seri.. tetapi kalah dengan agregat 6-4. Namun mereka telah menang hati rakyat Malaysia, untuk menyaksikan semula bola sepak. Kalah dengan berusaha bersungguh-sungguh. Sebenarnya pasukan ini telah pun melepasi sasaran untuk lepas pusingan kedua ketika menentang Taiwan. Stadium penuh membuktikan ramai yang masih sayang dengan bola sepak negara. Cuma terkilan sikap rakyat Malaysia, masih tidak bersikap profesional dalam menonton. Ada juga yang membawa laser. Biarlah pasukan mereka menang menggunakan awang import. Namun janganlah kita pula memaki mereka dan menjadikan itu alasan. Kita masih kekurangan pengalaman dan banyak lagi lompong-lompong yang perlu diperbaiki. Kalah dan menang adat bertanding. Maka terimalah keputusan seadanya =).

Pusingan 2 (1-1)


Pusingan 1 (3-5)


p/s: bola oh bola... :P.. sukan menyatukan rakyat Malaysia =)

Read more...

Ku Susun Bintang-Bintang


-susunan bintang yg sama warna berhampiran akan memberikan mata
-drag bintang menggunakan mouse

Print screen dan tag saya.. jika dpt pecahkan rekod ini.. 
maka nama anda akan di link kan disini pada saiz berkadaran sebesar ini
Game Record 
AYAMPENYEK- level6, / 7,635
>>FEEZA MACHO-BCR<< level9 / 13,145

KLIK NAMA BLOGGER - dia sgt hebat T_T


KLIK nama Noona.. sbelum ni level 9 T_T


p/s: main2 gak keje buat yer~~ ^_^

Read more...

Kenapa Minyak Mendidih Tak Rasa Panas?


"ayam goreng .. ayam goreng,, mai beli mai kap krung kap.."

Kan Trichan, berusia 50 tahun tinggal di Chiang Mai,Thailand. Aktiviti memasak ayam goreng dengan mencelurkan tangannya adalah aktiviti ekstream harian. Digelar "SuperHands", beliau mula mengenal pasti akan kebolehannya 7 tahun yang lepas,ketika terkena percikan minyak masak yang tidak meninggalkan apa-apa kesan lecur pada dirinya. Sejak dari itu, mula mencuba kebolehan dirinya dengan menggoreng ayam menggunakan tangan. Trichan merupakan pemegang  "Guinness Book of World Record" dengan mengambil 20 ketul ayam goreng dengan takat didih 480 darjah celcius dalam masa 1 minit.

"hebat bukan? hahaa.."

p/s: kebolehan diri yg baru disedari ketika berusia 43 tahun.. ramai daripada kalangan kita masih tercari2 kebolehan /bakat tersembunyi pada diri masing.. kelebihan kurnian tuhan itu gunakanlah sebaiknya.. :D

Read more...

Mencari Perkataan Tersembunyi




Print screen dan tag saya.. jika dpt pecahkan rekod ini.. 
maka nama anda akan di link kan disini pada saiz berkadaran sebesar ini

Game Record 
AYAMPENYEK - score 16,585 masa 125 saat
AININA JELANI - BCR score 16,880 masa 117 saat
PEJUANG CINTA -BCRscore 18,485 masa 54 saat
BEAUTY LOVER - BCR18,905 masa 52 saat
KLIK NAMA BLOGGER -  MAKIN HEBAT T_T

>>PEJUANG CINTA -BCR <<
 score 18,895 masa 42 saat

KLIK NAMA >> PEJUANG CINTA.. T_T

P/s: lama xmain game macam ni, biasa ada dalam paper atau majalah :D

Read more...

Harry Potter and the Deathly Hallows - Part 2 Review

 

Filem ni telah ditonton seminggu lepas. Tidak la ingat bila pula tarikhnya. Harus ditonton kerana merupakan penutup kisah hidup Harry Potter ( allahualam kot ada sambungan lagi lepas ni). Bagi yang telah mengikutinya dari bahagian pertama sehingga ke enam. Cerita ini (HP7) mudah difahami kerana ada beberapa imbasan untuk bahagian awalan cerita. Semuanya menjawab persoalan setelah cerita ini bertahun lamanya ditayangkan. Semenjak dari kecil sehingga Harry sudah pun berjambang. Pertempuran kuasa sihir jahat dan baik. Mempertahankan Harry mengakibatkan mengorbankan semua yang berada disampingnya atau menyerahkan Harry dan kuasa jahat bermaharajalela di Hogwarts. Hogwart di serang dan pelajar serta guru-suru sihir memprtahankannya. Harry sememangnya harus mati kerana ada sifat Voldermort (hocrox) dalam dirinya. Severus Snape (guru Harry) juga punya sebab membunuh Dumbledor dan menjadi pendamping buat Voldermort. Bintangnya 4/5 jalan cerita dan kemuncak penutup untuk si Harry Potter. Review lain boleh lihat AIZAThavoc
oo demo bunuh Dumbledore.. mapuh demo!!
"mereka mati kerana aku..."


nak itut~~ waaa nk itut gak.. :P

p/s: bile agaknya filem malaysia nk wat trilogy.. :) meh ramai-ramai join group Sindiket Kaki Wayang

Read more...

Sate Jabi - Melazatkan & Menyelerakan


Kampung Jabi,Jerteh terletak kira-kira 80 kilometer dari bandar raya Kuala Terengganu. Jauh nun disana, ada sebuah gerai sate benama Sate Lanang. Cukup dikenali sebagai Sate Jabi yang melazatkan. Alang-alang menghala ke Kelantan ,singgah sebentar setelah banyak perkhabaran mengenai kesedapannya hinggap di telinga. Rasa Sate ayamnya ringkas dan sedang elok, manakala sate dagingnya diliputi rasa rempah. Perkhabarannya, gerai ini sentiasa mendapat tumpuan pengunjung terutama musim cuti dan perayaan. Menariknya, ianya memiliki kerusi menunggu seperti di pejabat pos dan kaunter JPJ untuk menunggu giliran mengambil bungkusan sate.

"masuk tv.. malu2"...
70 cucuk + 4 nasi impit + 6 gelas air = 5 org makan.. kerusi di bahagian kiri ,adalah kerusi menunggu.

Lagi berita mengenai >> Sate Jabi


p/s: Entri pasal makanan akan bertambah-tambah di bulan Rhamadan :P .. teringat sate di kulai,Johor..

Read more...

Chelsea vs Malaysia 2011

1-0
Perlawanan yang berkesudahan 1-0, tetapi sebuah jaringan kontroversi dari Dider Drogba. Permainan yang didominasi sepenuhnya oleh pasukan Chelsea. Malaysia lebih banyak bermain corak bertahan. Natijahnya perlawanan yang hambar dan kurang mengasyikkan. Pemain pilihan Malaysia yang diturunkan untuk menentang chelsea adalah pemain-pemain lama yang pernah menjaringkan gol ketika menentang pasukan EPL ,antaranya Amri Yahya dan Hairudin Omar. Rata-rata skuad yang bermain perlawanan  ketika menentang Liverpool dan Arsenal direhatkan untuk menghadapi perlawanan dengan Singapura.


p/s: sorry pembaca minggu ni byk entri pasal bola hahahaha.. :P

Read more...

Chelsea vs Harimau Malaya - LIVE video streaming 21/7/2011


Saksikan Perlawanan Malaysia vs Chelsea siaran langsung - video streaming


Read more...

The Amazing Spiderman = Spiderman 4 ?





Dijangkakan spiderman bakal bermula semula sebagai sebuah filem trilogy. Filem ini secara rasminya pada 3 Julai 2011. Gambar dan maklumat lanjut >> Spiderman.


p/s: spiderman baru, peter paker baru.. :P

Read more...

Sepakan Penalti yang Menganjing


Maaf tajuk entri berbunyi kasar. Sekadar menarik perhatian pembaca :). Pemain Emiriyah Arab Bersatu (UAE), Awana Diab mengambil sepakan penalti ketika menumpaskan Lebanon dalam perlawanan persahabatan yang berkeputusan 6-2. Ketika perlawanan berbaki 10 minit sahaja lagi, Awana Diab menghasilkan kelainan dalam sepakan penaltinya. Tindakan seperti mengarut diperlawanan antarabangsa dengan pusingan 180 darjah dengan menyepak menggunakan tumit kaki ^_^.Tindakan nekadnya mengakibatkan jurulatih  terus membuat penukaran pemain menggantikan Diab.


p/s: dah leading 5-2 bley la main2.. huuuhu hebat2..
Read more...

Check out d before & after shots of people who switch over to contact lens! Really gives thm d #FreedomToLookHot

Check out d before & after shots of people who switch over to contact lens! Really gives thm d #FreedomToLookHot
Read more...

Voucher McDonalds 18-20 Julai 2011


Kembali atas permintaan!! Hanya print kupon ini. Hanya sah untuk pembelian atas pembelian sahaja. SATU penebusan untuk seorang pembelian sahaja. Salinan fotokopi hitam putih dibenarkan. Sah untuk 18-20 Julai 2011 sahaja. Malysia sahaja.(A la carte sahaja.)

Klik  Link di Bawah untuk Print Kupon Berkualti yang Hebat 
Kot ade yg x caye.. ni buktinya..  ^_^
p/s: hari2 makan beger T_T...
Read more...

Hexbug Serangga Elektronik

Hexbug tidak ramai yang mengenalinya. Jenama bagi serangga elektronik yang memiliki pelbagai jenis spesis antaranya nano, spider, ant dan crab. Serangga robotik yang memiliki pergerakan seolah-olah seperti serangga sebenar. Memukau mata bagi peminat permainan tidak kira yang masih kecil mahupun telah berumah tangga. Pernah mendapat penganugerahan Best of Innovation Award  2006 di International Consumer Electronics Show. Dimiliki oleh syarikat Innovation First International yang ditubuhkan pada tahun 1999. Syarikat ini menjadi peneraju dan penyumbang utama bagi pertandingan untuk produk robotik.
Nano dianggarkan dalam lingkungan RM 50-70 sebiji

Crab, Spider dan Inchworm antara jenis lain yang boleh didapati

p/s: kalau ada duit dah beli dah ni... T_T..

Read more...

Hayunan + Ketukan + Lambungan = Gambar Potret

Kepuasan hasil kreatif itu setimpal dengan perkara yang menyusahkan. Ketekunan, kesabaran, usaha insyallah akan menghasilkan sesuatu yang bernilai.

Kamera dan idea itu, digunakan sebaiknya demi penghasilan pengiklanan menarik untuk imej syarikat yang mempromosikan kesungguhan.


p/s: hasil yang indah jarang dapat diperoleh dgn cara yg mudah... ^_^
Read more...

Stalker yang Comel


p/s:  ^_^
Read more...

Liverpool vs Malaysia 2011

“Tetapi kenapa tak boleh sehari sahaja datang ke stadium pakai jersi Malaysia? Saya harap esok (hari ini-liv vs msia) ramai yang datang dengan jersi Malaysia, terutamanya warna biru,” kata Rajagobal ketika ditemui pada sesi latihan di Stadium Nasional petang semalam. Pada aksi bertemu Arsenal Rabu lalu, majoriti stadium dipenuhi peminat yang hadir dengan jersi merah dan tambah mengecewakan Rajagobal, anak-anak buahnya diejek setiap kali melakukan kesilapan.


Keputusan liverpool 6-3 Malaysia. Gol pertama nampak seperti kesilapan membuat keputusan oleh pengadil Malaysia. Kebanyakan jaringan yang bolos menampakkan kelemahan bahagian pertahanan Malaysia ( kerap meninggalkan pemain- tidak menjaga pemain pasukan lawan) serta penat di saat minit terakhir seolah-olah menanti wisel ditiupkan sehingga melepaskan 2gol dimit 90 ++ masa tambahan. Apapun pujian buat pemain yang bersungguh antaranya Safee Sali dan memanfaatkan kesilapan penjaga gol Liverpool yang kurang juga pengalamannya.


p/s: lahir di Msia.. cari rezeki di Msia.. cakap bhs Msia.. tapi knape ek sokong pasukan luar?? di hari rakyat negara sendiri berjuang menentang pasukan Msia.?? malu ek jadi rakyat Malaysia? ^_^


Read more...

Penyokong MU Berani Mati




Kesan jika anda terlalu berani memakai jersi pasukan lawan dikalangan kipas susah mati Liverpool. Kesian plak mamat ni.. bukak..bukak..bukak..:P ( yg pakai baju carlsberg tu pun bukak..bukak..bukakk..)

p/s: peringatan..masuk kandang kambing mengembek.. masuk kandang harimau mengiau...:P
Read more...

Arsenal Vs Malaysia 2011


 

p/s: lambat post huhu.. kalah menang kutetap rakyat Malaysia :D
Read more...

10 Kereta Jualan Terbaik Malaysia - May 2011

Top 10 National Vehicles - Kereta Nasional


1. Proton Saga BLM - 6,674
2. Perodua Viva         - 4,659
4. Proton Persona      - 4,294
3. Perodua  Myvi       - 3,636
5. Perodua Alza         - 2,862
6. Proton Exora         - 1,882
7. Proton Inspira        - 616
8. Proton Satria Neo  - 448
9. Naza Citra             - 203
10. Proton Waja         - 137

Top 10 imported vehicles - Kereta import


1. Toyota Vios             - 1,711
2. Toyota Hilux             - 1,305
3. Nissan Grand Livina - 1,030
4. Toyota Camry          - 777
5. Toyota Avanza         - 695
6. Mitsubishi Triton      - 666
7. Naza/Kia Forte        - 557
8. Toyota Corolla Altis  - 529
9. Honda Civic             - 517
10.Honda Accord        - 496


Sumber Statistik : Malaysian Automotive Association (MAA)

Read more...

Nur Kasih The Movie - Full




Sinopsis: Drama bersiri popular Nur Kasih pada tahun lalu disajikan penuh dengan cerita cinta antara Adam lakonan Remy Ishak dan Nur Amina (Tiz Zaqyah) serta pengorbanan Aidil (Fizz Fairuz) kepada adiknya, Adam.Jika dalam drama bersiri, Aidil terpaksa mengorbankan cintanya kepada Nur Amina demi Adam tetapi pengorbanan Aidil tidak terhenti dalam drama yang disiarkan sebanyak 26 episod itu.Ini kerana dia masih lagi menerima pelbagai dugaan dan ranjau dalam menempuhi kehidupan menerusi sekuel terbaru Nur Kasih yang disambungkan dalam bentuk filem.Untuk filem berjudul Nur Kasih The Movie itu, Aidil menjalani kehidupannya sebagai seorang bapa tunggal kepada dua cahaya mata iaitu Ilyas, 7, dan Maryam, 5, setelah isterinya, Alia (Ayu Raudhah) yang meninggal dunia.
Gambar >> nur kasih

rmvb download link >> part 1, part 2
p/s: belum tengok..^_^ ape-apepun download dulu.. kalu xmelepas mcm kl gangster :P huhu..

Read more...

Jom Makan di The Pilgrim (2)

Jom makan di The Pilgrim Restaurant and Grill. Ada no. 2 disebabkan telah hadir ke restauran ini buat kali kedua untuk menemani sahabat yang datang dari Perak, terliur dengan review pertama Jom Makan di The Pilgrim. Maka kehadiran kami di sini membuatkan saya mencuba hidangan dari menu berlainan. Masih berbaloi dengan harga set hidangan. Saya mencuba Arabian Set yang mengandungi sup ayam, nasi khalifah (ayam/kambing) beserta pencuci mulut puding lengkap dengan air kopi atau tea serta pati jus epal pekat bernilai RM 17.90 sahaja.
 
Chicken Soup
Nasi Khalifah (daging kambing)
nasi khalifah (ayam -epal/ketang lenyek/mayonis)
tea o.. sila sukat sendiri takat kemanisan anda bersama susu cair :)
pati jus epal pekat - bersaiz kecil tapi masam.
puding beserta flakes (oat)- sikit sgt nih hehe xpuas . :P
 Hidangan untuk mereka yang tidak suka kepada kepedasan, rasa lemak2 berkrim.. (tidak seperti nasi lemak mahupun masak lemak cili api hehhe :P).. Pilih hidangan ayam untuk mereka yang tidak biasa menikmati kambing (takut ada rasa mual/ada darah tinggi). Makan sambil mendengar lagu Keny G berentak sayup lemah gemalai seperti di hotel..(diharap tokey kedai ada lagu2 lain huhuhuu..)

p/s: bulan makan ..ades makan macam2 bulan ni huhuu.. saya suda berisi@gemok :P
Read more...

Rumah Bersepah Penunggu Marah


P/s: Rumah bersepah penunggu Marah T_T .. mari mengemas rumah dihujung minggu..
Read more...

"A " Menembak Sampah




Use the arrow keys to move

Fire missile – space key

Hyperspace – ctrl or shift key

Pause game – P

Quit game – Q

Mute sound – M

p/S: belajar pandai2 berusaha dapatkan A =P .. cuti2 ni main game
Read more...

Voucher McDonalds 11-13 Julai 2011

Double Cheeseburger
Hanya print kupon ini. Hanya sah untuk pembelian atas pembelian sahaja. SATU penebusan untuk seorang pembelian sahaja. Salinan fotokopi hitam putih dibenarkan. Sah untuk 11-13 Julai 2011 sahaja. Malysia sahaja.

Klik  Link di Bawah untuk Print Kupon Berkualti yang Hebat 


Read more...

Masa Tak Menunggu Lambat Layu


BAGI peminat setia drama bersiri Cita dan Cinta lakonan Sharifah Amani, Beto Kusyairy, Nadia Aqilah yang kini sedang rancak bersiaran di saluran TV9, pastinya mereka akan turut dihiburkan dengan lagu berjudul Lambat Layu. Lagu tersebut telah dinyanyikan oleh sebuah kumpulan indie yang menggelarkan diri mereka sebagai Gabba Gabba. Tidak dinafikan bahawa menerusi lagu itu menjadikan mereka kini semakin dikenali ramai.Bagi kebanyakan peminat muzik di negara ini, tentu ada yang beranggapan kumpulan tersebut baru sahaja ditubuhkan. Namun ia sebenarnya sudah wujud sejak pertengahan tahun lalu dan hanya pada tahun ini mereka mula aktif membuat pertunjukan.

Gabba Gabba dianggotai oleh enam orang anak muda iaitu Tengku Shafiz-Rullah (Ash), Tengku Daud Shah (Daud), Muhd Ridzuan Mohd Ali (Wan Jah), Tengku Indra As Syafiee (Indra), Mohd Khairul Annuar (An) dan Ku Afzainizam Ku Majid (Paku).
Mengenai keunikan yang terdapat pada nama kumpulan tersebut, Ash selaku vokalis utama menjelaskan nama Gabba Gabba diperolehi adalah melalui inspirasi kumpulan punk terkenal, The Ramones. "Sebenarnya kami sangat meminati kumpulan The Ramones yang memang cukup popular di Amerika Syarikat, manakala Gabba Gabba pula adalah salah satu watak kartun yang diminati kumpulan tersebut.

Sebelum Gabba Gabba ditubuhkan, kumpulan berkenaan sebenarnya terlebih dahulu dikenali sebagai Bau yang popular menerusi lagu-lagu seperti Warkah dan Keranamu beberapa tahun yang lalu. Selain Ash yang merupakan pengasas kepada kumpulan Bau, An juga adalah salah seorang anggota ahli kumpulan berkenaan yang kini terus kekal bersama Gabba Gabba.

Apabila ditanya mengenai status tentang kumpulan yang ditubuhkan sekitar tahun 2002 itu, Ash menjelaskan bahawa boleh dikatakan Bau sebenarnya sudah dibubarkan.
"Tidak dinafikan kumpulan lama saya itu pernah mendapat perhatian sebelum ini dan ada lagu-lagu yang menjadi siulan ramai seperti lagu Warkah, tetapi akhirnya ia terpaksa dibubarkan kerana wujud masalah dalaman."Namun itu semua cerita lama dan kini saya mahu memberi lebih tumpuan kepada Gabba Gabba dan saya berharap agar peminat dapat menerima kehadiran kami dalam industri ini," ujarnya.

Ditanya mengenai kemunculan banyak kumpulan indie ketika ini, Ash menganggap ia merupakan satu perkembangan yang sihat dan jelas menunjukkan bahawa Malaysia sebenarnya tidak pernah ketandusan pemuzik berbakat.Menurutnya lagi, kemunculan kumpulan indie dilihat memeriahkan lagi industri muzik tempatan, apatah lagi kebanyakannya berkemampuan untuk menghasilkan lagu-lagu sendiri.

"Sebenarnya setiap band indie di negara ini saling mengenali antara satu sama lain dan kami menganggap persaingan yang wujud ini adalah sebuah persaingan yang sihat.
"Malah, kami bersedia untuk menjalinkan kolaborasi dengan mana-mana kumpulan indie yang lain seperti dilakukan API yang popular menerusi lagu Pelita," ujarnya. -Sumber dari KOSMO


p/s: masa x menunggu .. byk kje bile nk siap nih ades..
Read more...

KL Gangster 2011 Full Movie

Pelik tetapi benar, baru saja ditayang bulan lepas. Filem versi penuh KL Gangster 2011 dapat disaksikan serta dimuat turun di youtube, tanpa perlu meiafire, filetube mahupun torrent. Maka saya kongsikan filem tersebut disini. Nilaian saya 3.5/5. Filem ini boleh dipuji sebagai antara filem terbaik dari Syamsul. Antara filem aksi terbaik buatan Malaysia.Orang memberi kita merasa, org dah beri kita tengok ler.. :) nk cakap best boleyla~~


p/s: cepat download.. kalu tidak baru lu orang tau apa itu erti penyesalan.. =)

Read more...

Ku Dilanggar Kereta F1


Aksi bangga kerana dilanggar kereta atau aduh maaf ku tidak sengaja... =P..Kejadian pada 5 Jun ketika Red Bull's Show di Jepun. Kereta yang dipandu Sebastien Buemi mengenai marshal/ krew, tiada kecederaan dilaporkan.



p/s:pengajarannya.. melintas lihat kiri dan kanan =P..
Read more...

Aksi Drift yang amat Mengujakan

aksi tembus dinding..Bolos saja dinding itu~~~ :P

Aksi drift BMW 1M di atas helipad ( tapak mendarat helikopter atas bangunan.)

p/s: botak tayar botak duit.. kalu minat apakan daya .. huhu :)

Read more...

Takrifan Umur Belia

Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IPPBM), Kementerian Belia dan Sukan Malaysia sangat memerlukan pandangan saudara/saudari mengenai kesesuaian usia generasi yang layak dikategorikan sebagai BELIA di Malaysia.

Di senaraikan beberapa kategori usia BELIA daripada Pertubuhan bangsa-Bangsa Bersatu dan lain-lain agensi untuk rujukan saudara/saudari. Oleh kerana terdapat pelbagai kategori usia belia yang berbeza mengikut negara, maka pandangan saudara/saudari sangat dihargai.

Pada masa ini, Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007 mendefinisikan umur belia di Malaysia adalah 15 hingga 40 tahun. Oleh kerana tahap pemikiran belia di negara kita semakin matang, maka pada pendapat saudara/saudari apakah kategori usia yang paling sesuai untuk ditakrifkan sebagai belia di Malaysia? IPPBM sedang menjalankan kajian bagi penyelarasan umur untuk rakyat Malaysia bagi takrifan belia. Sumber IPPBM.

p/s: belia hari ini mencerminkan budaya dan cara hidup dimasa hadapan.. buruk hari ini mungkinkah gelap dihadapan?


Read more...

Pizza Hut Offer 4-6 July 2011!!!

 3 Regular Viva Pizza + 2 Garlic Bread !!!

Hanya print kupon ini. Hanya sah untuk penghantaran (delivery) & bawa pulang (take-away) sahaja. SATU penebusan untuk seorang pelanggan sahaja untuk satu transaksi. Sah untuk 4,5,6 Julai 2011 sahaja.

Klik  Link di Bawah untuk Print Kupon Berkualti yang Hebat 

Read more...

Keputusan Malaysia vs Taiwan 3 Julai 2011

Kelayakan Piala Dunia 2014: Malaysia vs Taiwan | 3 Julai 2011. Keputusan 2-3

Gol Pertama (Aidil Zafuan)

Gol Pertama Taiwan (Chang Han)


Gol Kedua (Safiq Rahim)

Gol Kedua Taiwan (Chen Po Liang)

Sharbinee Alawi Selamat Penalti

Gol Ketiga Taiwan (Xavier Chen)


p/s: kalah tapi menang =P.. men elok2 len kali hehe..

Read more...

Review Transformers 3 - Dark of the Moon



Terbaik dan hampir sempurna. Kesan yang menampakkan seolah-olah Transformers benar-benar wujud di dunia. Jika dahulu merasa kurang puas dengan aksi pertempuran robot, anda boleh berpuas hati kerana penuh aksi yang dibantu oleh manusia. Kewujudan bekas panglima Autobots,Sentinal dengan pedang dan perisainya. Kehadiran Dino ( Ferari) menggantikan si Porshe serta Wreckers iaitu 3 buah kereta Nascar. Penampilan Megatron dan Shockwave yang nampak hebat kacak bergaya, tetapi wataknya kurang ditampilkan di dalam cerita. Aksi terbang dan lompat, yang memastikan mata anda sentiasa memerhatikan jalan cerita. Rosie Huntington Whiteley yang menggantikan Megan Fox, bukanlah suatu masalah besar.( ada slanga British nice huhu..) . Optimus lengkap dengan sut terbang, pedang dan senapang. (O.o wuuoo) .Kisahnya adalah mengenai perebutan  teras dan manipulasi manusia sebagai anggota Decepticons. Menjaga kepentingan peribadi atau menjaga hak semua. Jika anda hadir sebagai penonton yang inginkan penceritaan lengkap dan gaya lenggok lakonan yang mempersonakan, mahupun babak percintaan anda mungkin kecewa, tetapi jika sebagai peminat kartun Transformers yang inginkan ianya menjadi watak realiti serta kesan teknologi anda akan berpuas hati dan cukup teruja. Maka nilaiannya 4.75 / 5 huahuauaa..=) Website rasmi Transformersmovie.

Bumblebee ynag kacak bila menjadi kereta Camaro

Lagu OST Linkin Park

P/s: best2..huhu..Mercedess kalah lawan Chevrolet.. =P

Read more...

Review Green Lantern


Review filem ini agak terlewat kerana telah menontonnya 2 minggu lepas. Alang-alang telah menonton. Ada baiknya kita berkongsi. Mengisahkan seorang juruterbang, Hal Jordan (iras2 hirtik Roshan =p) yang berani tetapi dihantui pengalaman ayahnya yang juga seorang juruterbang. Dalam masa yang sama planet hijau di bayangi rasa takut, kerana setiap pejuangnya mati dibunuh rasa takut, bekas guardian, Atrocitus yang cuba menyelami kuasa Yellow Lantern. Pahlawan Green Lantern, Abin Sur yang pernah megurung Atrocitus, telah mati lalu cincinnya memilih Hal Jordan untuk menyambung tanggungjawabnya sebagai Green Lantern menjaga sektor galaksi sebagai polis angkasa. Kesan radiasi terkena kepada professor dibumi yang membuat bedah siasat terhadap mayat Abin Sur. Lalu menjadi boneka makhluk Atrocitus dan membahayakan keselamatan bumi. Hal Jordan memiliki cincin yang berkuasa mengikut imaginasi rekaannya. Penceritaan permulaan kisah Green Lantern. Jika tidak dilihat habis, keluar awal sebelum senarai nama terlibat keluar berderet.. anda akan terlepas menyaksikan penamat ceritanya. Kesan warna hijau dan hitam gelap mengelilingi keseluruhan filem yang menyaksikan penceritaan ringkas dan mudah difahami akan tetapi kurang aksi yang menakjubkan.  Maka nialainnya sebagai 3/5. =


Read more...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...