rss
twitter
    Find out what I'm doing, Follow Me :)

Yang dihormati...

( ctrl + left clik =new tab)
Klik tajuk entri untuk komen/gambar&video penuh.
Link bewarna biru dalam setiap entri adalah kredit kpd pemilik /artikel terdahulu.
Receive ayampenyek's blog update trough Facebook
Jika tiada entri baharu..kebiasaannya ade dikongsi di FB
Jika ada video yg tdk lagi boleh dimainkan.. sila komen utk alert kpd kami..

Kereta Berdiri Tertonggeng Arca Jaguar E-Type

Arca Jaguar setinggi 28 meter dihasilkan oleh Gerry Judah untuk menimbul dan membangkitkan jenama kereta terkemuka itu sempena Goodwood Festival of Speed. Arca ini seberat 175 tan dari tiub keluli.



 p/s: arca fungsinya sebagai landmark serta medium menyampaikan sesuatu yg tersirat.

Read more...

Skyliner - Ku percaya ku Boleh Terbang

Skyliners? sukan atau aksi. Gayanya diatas tali ibarat seperti sarkas, tetapi memerlukan keberanian. Pernah dipaparkan diblog ini. pada bulan Ogos 2011. Sebuah rakaman dokumentari oleh penulis perancis S├ębastien Montaz-Rosset. Sebuah filem dokumentari “I Believe I can Fly” bakal ditayangkan dari gaung Verdon ke Norway.



p/s: huhuhuu.. ade beran? =.='

Read more...

TruckModel Peterbilt 359 RC 1:4 ( Lori Kawalan Jauh Memukau Mata)

Berskala 1:4 dibina oleh Bordin Luca seorang Italian. Ianya bukan untuk dijual, kerana lebih dari 2000 jam diperuntukkan untuk semuanya. Diperbuat dari gentian kaca (fiber glass), plastik dan simen kereta. Mengadaptasikan sistem kawalan steering Go-kart juga mesin asap yang digunakan di disko.  Bersama kumpulannya,  menghasilkan lori sama bentuk, juga ciri bunyiannya. Tenaga kuasa 750 watt mampu menarik Ford Mondeo dan SUV Hyundai Galloper. Proses dan gambar pembuatan boleh didapati di FanPage dan laman rasmi Peterbilt 359.

 
 
 
 
 
 
 



p/s: sangat superb!!! woW hasil selama 9bulan!!   o.O

Read more...

Laser Keyboard - Celluon Magic Cube Malaysia

Magic Cube keluaran Celluon, sebuah peranti input mudah alih yang telah dipatenkan. Keyboard ( papan kekunci) visual / maya yang digabungkan dengan  Apple iOS 4 dan Mac OS X, Android serta semua platform Windows berfungsi dengan USB/Bluetooth (HID). Menaip pada mulanya dengan rasa kekok dan ralat kerana tiada rasa menekan. Dijual di pasaran Malaysia dalam anggaran RM 500- RM 600. Sumber lowyat




p/s: Soalan matematik -Anda boleh beli berapa buah keyboard dgn rm 500?  =P

Read more...

Fotografi Cat Badan ( Bogel ???)

Alexa Meade seorang artis seni yang tinggal dan bekerja di Washington, D.C, menggabungkan lukisan dan fotografi. Hasil gambarnya bukanlah lukisan yang digubah menggunakan Photoshop atau manipulasi mana-mana perisian digital. Mempamerkan kebolehannya bukan di atas kanvas, tetapi sentuhan cat dalam ruang fizikal 3d. Hasilnya gambar yang diambil seolah sebuah lukisan diatas paparan kanvas rata.
Sumber Yahoo

 
 
 
 
 
 
 
 
 

p/s: gabungan fotografi dan seni halus.. :)

Read more...

Jam Post-It ( Post-It Watches)

Diilhamkan franchais Doriane Favre. Siri Post-it melekat dipergelangan tangan, membentuk gelang sambil membawa nota bersama.Dihasilkan oleh PA Design degan bilangan sebanyak 100 unit.




p/s: rekaan mudah yang mendatangkan duit.. ^_^

Read more...

Potret Lukisan Bulatan

Video dari Eric Yeo , menghasilkan lukisan potret dari ribuan putaran bulatan menggunakan tangan. Sebuah pengiklanan khas untuk jenama Faber Castell, antara jenama terkemuka dsebagai pengeluar utama pen dan pensil serta peralatan pejabat.





p/s: bulat kecil.. bulat kecil..bulatla besar...sayang mama,sayang papa.. selamat pulang.. :D

Read more...

Marco Simoncelli Dies Video- Grand Prix (MotoGP) Sepang Malaysia 2011 Crash

SEPANG – Perlumbaan Grand Prix (MotoGP) Malaysia 2011 dibatalkan berikutan kematian pelumba Itali Marco Simoncelli akibat kemalangan pada pusingan kedua di Litar Sepang di sini Ahad.

Simoncelli berusia 24 tahun. Perlumbaan tersebut dibatalkan oleh penganjur perlumbaan, Sepang International Circuit (SIC) dan Dorna Sports iaitu pemegang hak perlumbaan MotoGP Dunia .P
erlumbaan yang bermula 4 petang itu tersebut tidak diteruskan empat minit kemudian selepas Simoncelli terjatuh dan motosikalnya dirempuh oleh pelumba Yamaha Colin Edwards dan pelumba Ducati, Valentino Rossi di selekoh ke-11.

Perlumbaan ditangguhkan pada pukul 4.05 petang dan Simoncelli kemudian dibawa dengan ambulans ke pusat perubatan di litar itu.
Bagaimanapun, Ewards terselamat daripada kecederaan serius manakala Rossi tidak mengalami kecederaan. Sumber aans.



p/s: kemalangan maut tragis T_T..

Read more...

Isi Kandungan 10 Resolusi Perhimpunan Sejuta Umat

10 Resolusi Perhimpunan Sejuta Ummah

1) Menyeru agar semua pihak menghormati dan mendokong peranan Raja-raja Melayu untuk melaksanakan amanah sebagai ketua dan payung kepada pentadbiran Islam di Negara ini seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang tubuh negeri.

2) Kerajaan yang memerintah baik diperingkat pusat mahupun negeri mestilah memastikan bahawa sensitiviti yang tertinggi di dalam Islam dari perlembagaan sebagai pedoman yang tertinggi di dalam negara yang dihormati. Sebarang bentuk pelanggaran termasuk menghina dan kedudukan Islam hendaklah dihukum berdasarkan peruntukan undang-undang yang ada.

3) Menuntut supaya kerajaan dalam usaha memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri hendaklah memastikan supaya undang-undang pencegahan yang tegas dan kukuh untuk memelihara kemuliaan Islam di dalam perlembagaan dapat dimasukkan sebeagai kandungan utama.

4) Menuntut supaya kerajaan mengambil langkah segara menggubal undang-undang khusus untuk mencegah dan membendung gejala memurtadkan umat Islam selaras dengan kedudukan Islam di dalam perlembagaan persekutuan.

5) Menuntut agar sistem pendidikan negara disemak semula untuk memastikan tidak ada unsur yang boleh mendedahkan pelajar kepada penghakisan aqidah. Kami menggesa pihak Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia supaya menggubal sistem pendidikan yang berpaksi kepada aqidah tauhid dan penerapan akidah yang berkesan kepada pelajar-pelajar.

6) Meminta kerajaan supaya mengadakan program-program penerangan yang menyeluruh dan berkesan di setiap saluran supaya masyarakat yang berbilang kaum dan agama di negara kita dapat memahami Islam dan kedudukannya di dalam negara untuk menghilangkan prasangka buruk dan kekeliruan terhadap Islam.

7) Menyeru kepada seluruh pertubuhan politik dan bukan politik supaya meletakkan Islam sebagai agenda tertinggi dan utama melebihi kepentingan yang lain serta mengambil sikap yang serius terhadap sebarang usaha untuk menganggu-gugat kesucian Islam.

8) Menyeru semua institusi dalam masyarakyat terutamanya ibu bapa mengambil tanggungjawab yang tegas di dalam mendidik anak-anak dengan kefahaman yang syumul agar dapat membentengi anak dan waris terdekat daripada terjebak di dalam aktiviti pemesongan akidah.

9) Menggesa kerajaan supaya memantau dan mengawal aktiviti pihak media samada media cetak, media elektronik dan media baru. Sebarang bentuk penyiaran yang menyimpang dan menyentuh sensitiviti umat Islam dan keharmonian bernegara perlulah diambil tindakan yang tegas mengikut peruntukan undang-undang yang ada.

10) Menyeru seluruh umat Islam yang hadir dalam perhimpunan ini mahupun yang tidak dapat hadir, melupakan segala perbedaan fahaman politik dan lain-lain hambatan untuk bersama bersatu menyongsong tugas berat mempertahan dan menyelamatkan aqidah umat daripada sebarang bentuk pencerobohan.


p/s: :D sumber Malaysiakini dan Himpun

Read more...

(Ringkas) LYTRO sebuah kamera ringkas yang menarik dan bebas fokus

'SHOOT FIRST, FOCUS LATER'

OK, anda peminat instagram?, menyukai kandid, suka merakam detik detik berharga dengan tidak perlu bersusah payah untuk memikirkan setting pencahayaan, fokus dan sebagainya? LYTRO adalah sebuah produk hasil lulusan Universiti Stanford Dr Ren Ng, yang mengkaji tentang teknologi lapangan pencahayaan.

Baiklah, apa yang selling point nya?, mudah, Ramai antara pemilik kamera tidak kira digital, semi-auto ataupun automatik membayar dengan harga yang fungsinya tidak akan digunakan kerana tidak mengetahui cara penggunaanya secara praktikal, namun dengan LYTRO, anda tidak perlu mengetahui segala sains disebalik seni tersebut, anda hanya perlu snap dan LYTRO akan memberikan anda kemudahan 'free-focus' dan bermakna anda dapat memilih dimana titik fokus anda pada keseluruhan perimeter gambar yang diambil secara 'instant' walaupun dalam keadaan 'low light' seperti di dalam restoran tanpa menggunakan flash. tidak lupa ianya tahan selama dua minggu hanya dengan sekali cas. nice kan?ok lets wait for this thing to be here :)

P/s : kamera ini tidak sesuai untuk pro yang mementingkan segala perkiraan analitik pencahayaan dan sebagainya it is for early adopter, but worth having by the way. 

for geek yang nak tahu what inside

kecil dan ringkas untuk dimuat di dalam beg , case, ataupun sesiapa yang 'hip'  juga boleh membawanya kemana sebagai aksesori yang kewl

seringan 8 auns dan gadis2 kini boleh membawa kemana2 seperti lipstick 

ambil gambar dulu, fokus kemudian dengan keupayaan istimewa kamera ini

Sudah boleh pre-order  :)

Kumpulkan kesemuanya :) (warna melambangkan kapasiti storage dan harga :p)

Founder aka Dr Ren Ng semasa hari persembahan kepada pihak media


contoh galeri hasil LYTRO disini

p/s - somewhere steve jobs are smiling :) 
"tak sia-sia aku bagi ceramah perdana kat korang dulu ye"


Sumber :Mashable


Read more...

(Kreatif ) Rekaan yang praktikal untuk kegunaan harian



p/s : keperluan adalah ibu kepada segala rekaan -einstein - :p

Sumber : Cotatua


Read more...

Kamera Bola Lambung Panaromik 360 Darjah

Jonas Pfeil bersama ahli pasukannya Computer Graphics Group, TU Berlin,memperkenalkan hasil kajian thesis diploma yang masih dalam proses patent iaitu "Throwable Panaromic Ball Camera". Menggunakan 36 buah Phone kamera 2 Megapixel, ianya mampu menghasilkan pemandangan panarama dari lambungan sebiji bola sfera yang diproses sebagai data jpeg dan tif. Projek dipersembahkan untuk demonstrasi Emerging Technologies di SIGGRAPH Asia 2011 Hong Kong.
Panaromic Ball Camera menambah keseronokan berkamera



p/s: canggih2 best2.. bilela agaknya akan ada dipasaran :D

Read more...

10 Kereta Jualan Terbaik Malaysia - September 2011


Analisis Jualan Kenderaan Bulan September


Top 10 National Vehicles - Kereta Nasional

1) Perodua Myvi   - 5,941
2) Proton Saga      - 5,474
3) Perodua Viva    - 4,385
4) Proton Persona - 3,085
5) Perodua Alza    - 2,762
6) Proton Exora    - 1,438
7) Proton Inspira   - 502
8) P.Satria Neo   - 220
9) Proton Waja     - 34
10) Proton Gen 2  - 6


Top 10 imported vehicles - Kereta import
1) Toyota Vios             - 2,482
2) Toyota Hilux            - 1,487
3) Honda City              - 1,258
4) Nissan Gran Livina   - 804
5) Toyota Avanza         - 658
6) Honda Civic             - 651
7) Toyota Camry          - 648
8) Mitsubishi Triton       - 571
9) NissanGran Livina X Gear - 536
10) Isuzu D Max          - 486

*Statistik daripada Malaysian Automotive Association (MAA)

p/s: Saya suka kereta sukan ^_^

Read more...

Okestra Apungan Bola Ping Pong Mengasyikkan

Ideanya adalah menjadi seorang konduktor muzik dan menghidupkan 19 biji bola sfera menggunakan alatan bunyian seperti okestra. Hasil idea kreatif Poietic Studio menggunakan kawalan iPhone mengikut level/aras bunyian gabungan teknologi digital dengan fizikal.. Terbaru iaya dipamerkan di Brighton Dome (ruang besar pameran untuk hasil seni) di England.







p/s: teringat permainan bawa bola pinpong dalam sudu ^_^

Read more...

Harga Kia Optima K5 Malaysia 2011

Bersaiz sebesar Honda Accord, Kia Optima 2.0 juga dikenali K5 bakal memberi impak besar seperti Kia Forte. Di bawah Ketua Rekaan Kia, Peter Schreyer ianya memiliki sentuhan dan karakter Audi di lampu dan menimbulkan karekter grill hidung harimau oleh KIA. Pasaran Malaysia mungkin akan bermula pada penghujung tahun 2011 atau awal 2012 beserta kehadiran Kia Cube. Hadir dengan warna pilihan Bright Silver, Platinum Graphite dan Snow White Pearl. Harga setara dengan pesaing di dalam kelasnya dijual berserta insurans jalan anggaran RM 144 ribu. Kereta ini dipilih sebagai rekaan terbaik, anugerah daripada IF Design Award dan RedDot Design.










p/s: mcm nk tukar kereta pulak :P

Read more...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...