rss
twitter
    Find out what I'm doing, Follow Me :)

Yang dihormati...

( ctrl + left clik =new tab)
Klik tajuk entri untuk komen/gambar&video penuh.
Link bewarna biru dalam setiap entri adalah kredit kpd pemilik /artikel terdahulu.
Receive ayampenyek's blog update trough Facebook
Jika tiada entri baharu..kebiasaannya ade dikongsi di FB
Jika ada video yg tdk lagi boleh dimainkan.. sila komen utk alert kpd kami..

13 illustrasi Lukisan Timbul

Ilustrasi artis Jepun berusia 21 tahun, Hideyuki Nagai. Lukisan timbul 3D di atas kertas lakaran yang menggunakan ilusi optik mengagumkan. Berikut adalah hasil kerjanya.


Read more...

Nexus Q | Google

Google meneruskan lagi pelengkap siri nexus. Setelah telefon pintar, Galaxy Nexus / Nexus s dan tablet, Nexus 7. Kini giliran Nexus Q bakal menyusul melengkapkan Nexus. Q berfungsi sebagai pemain perkongsian (dekoder TV) yang menghubungkan interaksi untuk phone dan tablet yang memiliki aplikasi Android. Siapa sahaja yg memiliki Android boleh berkongsi hiburan yang diinginkan di Q. Dikhabarkan Techland ia berharga $299 bersamaan RM 948 untuk pasaran Malaysia.

 


Read more...

Industrial Design Day | 29th June

Selamat Hari Rekabentuk Perindustrian. Diisytiharkan 29 Jun setiap tahun secara rasminya bermula tahun 2007 oleh International Council of Societies of Industrial Design (Icsid) sempena ulang tahun ke 50. Bertujuan meningkatkan kesedaran terhadap profession/ kerjaya , sumbangan pereka dan ahli akademik dalam meningkatkan ekonomi, cara hidup sosial / budaya, kualiti persekitaran hidup serata dunia. Hari untuk Perekabentuk Perindustrian ( Industrial Designers) berkongsi idea, meraikan profesion, menyebarkan pengetahuan dalam membantu cara hidup yang lebih baik di masa hadapan.

Read more...

Pandangan Manusia Terhadap Pasangan

Apabila jalan berdua. Pandangan daripada manusia sentiasa ada yang berkata. Tanpa bertanya pelbagai andaian mudah dibuat. Kerana mulut manusia sentiasa berkata. Cukuplah kita menjadi manusia yang sentiasa berfikiran positif. Melihat yang lain tanpa ada rasa syak wasangka. Inilah pandangan dunia apabila melihat manusia.
p/s: saya lelaki normal :D ugly male

Read more...

Fakta Rokok di Dunia

1.1 Billion penduduk dunia menghisap rokok. 1000 remaja bawah 18 tahun mula menghisap rokok setiap hari. 1 daripada 5 perempuan mengandung menghisap rokok. Rokok mengandungi 4800 kimia antaranya termasuk ammonia ( pencuci tandas), Cadmium ( bateri), Methanol, dan cat. Rokok membunuh seorang manusia untuk setiap 6.5 saat. 6.3 Trillion batang rokok dihasilkan bersamaan 900 batang untuk setiap wanita, lelaki dan kanak-kanak. Sumber daripada OnlineNursing.com. Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Hal  Ehwal Islam Malaysia kali ke -37 yang bersidang pada 23 Mac 1995, Kuala Lumpur telah mefatwakan rokok adalah Haram.- Nor Raihan Abu Bakar, Pensyarah Fakulti Komunikasi & Pengajian Media UiTM Melaka, Metro Khamis 28 Jun 2012 
iklan karnival inovasi
p/s: jom berhenti merokok ^_^.

Read more...

Uitm Kedah / MOSTI | Karnival Sains & Inovasi Zon Utara 2012

Karnival Inovasi Zon Utara 2012 ( 30 Jun hingga 1 Julai 2012) merupakan pembuka kalendar aktiviti MOSTI mengikut zon. UiTM Kedah adalah lokasi pertama yang dipilih untuk berlangsungnya karnival tersebut. Pelbagai aktiviti dan program yang berteraskan kepada inovasi telah dirancang dan akan dilaksanakan mengikut 3 kumpulan sasaran iaitu pelajar sekolah menengah dan rendah, IPTA/IPTS dan juga komuniti di sekitar utara (Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak). Karnival ini terbuka dan boleh dikunjungi oleh semua lapisan masyarakat yang ingin mendalami dan mengetahui mengenai Tahun Gerakan Inovasi 2012.


Read more...

Lens for iPhone 4 | Olloclip

Bagi mereka yang menginginkan lensa foto seperti model DSLR untuk iPhone. Olloclip ada penyelesaiannya. Tiga lensa berbeza dalam satu kit mudah klip. lensa untuk wide-angle, fisheye dan macro lense. Fungsi lensanya sama seperti lensa DSLR, yang memberikan hasil gambar lebih menarik. Gambar: StapleDesign

Read more...

Kotak Origami

Dikala anda merasa bosan. Merasa berkebolehan dengan kerja hasil tangan. Sediakan sekeping kertas, gunting, pembaris dan gam di tangan. Tidak cukup tangan biarkan diatas lantai . Sebaiknya carilah kertas yang berlainan warna. Kecerian yang akan menimbulkan suasana. Hasil lipatan yang menjadi penghias meja. Sumber: Aida




P/s: kotak2 bunga2..  ape mende da aku buat ni =_="

Read more...

Bullet Art | BMW M5

BMW Canada menampilkan BMW M5 dalam kelajuan yang digelar sebagai " Bullet Art". Tujuannya menyampaikan prestasi kepantasan BMW dalam gerak perlahan.


Read more...

Kempen Kotor itu Bagus

"Dirt is Good Campaign" dihasilkan oleh sebuah agensi Singapura, Lowe Singapore untuk jenama Omo. Kempen galakan generasi muda bermain dengan kotoran untuk bermain lebih kreatif. Ilustrasi imaginasi kanak-kanak yang dilakukan secara halus daripada pasir oleh Jooheng Tan. Sumber http://timuryn.com/art/jooheng-tan


Read more...

19 Kucing dan Tali Leher

Tali leher kucing apabila dipakaikan adakah ia akan menampakkan kematangan, segak atau kecomelan?    Pelbagai jenis rekaan dan bentuk tali leher yang dipakaikan sempena Hari Bapa sumber gambar daripada Buzzfeed.


Read more...

Main Bayang Tangan

Permainan ketika elektrik terputus dan hanya dilimpahkan cahaya lilin atau lampu picit. Tangan dirapat ke sumber cahya dan pancaran cahaya yang dilindungi benda legap membentuk bayang-bayang. Hiburan permainan diwaktu gelap sejak dahulu lagi. Cara membuat bayang binatang menggunakan tangan di waktu gelap di paparkan di gambar rajah ini.


p/s: jgn suka2 sgt waktu gelap.. tkut -takut la.. ada bayang2 lain .. tiba2 ada..

Read more...

Jualan Kereta Terbaik Malaysia - April 2012



Analisis Jualan Kenderaan Bulan April 2012



Top 10 National Vehicles - Kereta Nasional

1) Perodua Myvi   - 6,619
2) Proton Saga      - 5,129
3) Perodua Viva    - 4,625
4) Perodua Alza    - 2,985
5) Proton Persona - 2,540
6) Proton Exora    - 1,563
7) Proton Preve   - 494
8) Proton Inspira  - 179
9) Proton Waja     - 70
10)Proton Savvy   - 31


Top 12 imported vehicles - Kereta import
1) Toyota Hilux             - 2,683
2) Toyota Vios              - 2,665
3)Toyota Avanza          - 1,161
4) Nissan Grand Livina  - 638
5) Mitsubishi Triton      - 579
6) Kia Forte                  - 547
7) Toyota Innova           - 540
8) Suzuki Swift              - 539
9)Toyota Corolla Altis  - 535
10) Honda Accord         - 487
11) Issuzu D-Max         - 444
12)Nissan Livina X-Gear - 437

*Statistik daripada Malaysian Automotive Association (MAA)

p/s: jualan kenderaan bulan April menurun.. vios akhirnya jatuh di tempat ke2 :) 

Read more...

Potret Buruj Benang

Sebelum ini anda pernah disajikan dengan beberapa teknik potret istimewa di blog ini seperti potret timbul, lukisan bulatan potret, 5500 askar untuk sebuah potret dan potret asahan pensil. "Constellation" tajuk buat hasil karya seni mengujakan daripada artis Jepun, Kumi Yamashita. Buruj benangnya membentuk sebuah potret, hasil hubung kait benang jahitan tidak putus dengan beribu-ribu paku.



p/s: bila la nk melukis balik ni :P

Read more...

Kenapa iklan burger & realiti sebenar tak sama?

Kenapa iklan burger MCD dengan realiti sebenar tak sama? Persoalan yang selalu bermain difikiran pengguna. Melihat iklan di telivisyen mahupun keratan akhbar. Kadangkala membuatkan anda rasa tertipu dengan pelbagai iklan makanan segera di media massa. Saiz makanan sangat berbeza dengan keadaan makanan sebenar. Persoalan pengguna yang dikemukakan oleh Isabel daripada Toronto kepada MCD akhirnya dijawab oleh pihak McDonald's Canada. Yahoo
p/s: dah agak dah.. mesti ada edit sikit2 punya :P

Read more...

Rumah Di Bucu Bangunan

Do Ho Suh pengarca Korea, membina arca terbarunya di bangunan Sekolah Kejuruteraan, UCSD Jacobs. Arca menakjubkan ini mengambil masa 7 tahun proses pengideaan dan perkiraan sebelum direalisasikan. Dibiayai $1.3 million dollar. Arrestedmotion




p/s: mcm telur di hujung tanduk .. bila2 boleh jatuh wu~~~ 

Read more...

Gadis Cantik Buat BLOW JOB

Videografi seni halus " Blow Job" oleh Tadao Cern seorang rakyat Lithuanian. Pengambaran yang melibatkan lebih daripada beratus orang dihempaskan dengan angin ke muka. Mengambil reaksi muka manusia yang pelbagai dengan hentaman angin. Mengesan flesibiliti mimik muka manusia yang sentiasa berubah-ubah.



p/s: seni halus yang mendalam.. haha :P

Read more...

Microsoft Surface Tablet

Pembangunan teknologi sentuhan Surface telah lama dijalankan sebelum dijadikannya sebuah tablet. Menggunakan platform Windows 8, ia mensasarkan kumpulan pengguna profesional. Microsoft Surface Tablet berketebalan 9.33 mm dan saiz skrin paparan HD 10.6". Microsoft yakin akan menjadi sebahagian daripada pesaing dalam pasaran yang dimiliki oleh produk iPad milik Apple. Harga untuk pasaran dunia dan Malaysia masih belum diumumkan.



p/s:nk beli handphone ke laptop. :P  tablet x kot..hehee

Read more...

Apps Game Boboiboy

Sebelum ini aplikasi permainan UpinIpin telah menarik pengguna telefon pintar iPhone. Kini giliran AniMonsta pula tampil dengan permainan karekter Boboiboy. Timbang bola sejauh mungkin dan elak perangkap Adu Du. Dilancarkan pada 11 Jun 2012 ia dipasarkan di iTunesAppleCom dengan harga $ 0.99 permainan ini dikawal dengan gerakan iPhone.

P/s: main2 juga.. belajar jgn lupa :D haha 

Read more...

Lirik lagu Black & Malique -Teman Pengganti

Sebuah lagi karya Malique untuk Alternate Records Sdn Bhd dan Monkey Bone Records. Lagu baru untuk tahun 2012.

Ketawa bersama
Menangis bersama
Ku bersumpah harap kita
Mati pun bersama

Sejak dua menjak ini
Makin kerap ku diganggu visi
Bila celik, juga bila mimpi
Aku nampak kau, tapi bukan aku yang di sisi
Dia membelaimu dengan izin dan permisi
Sentuhan katanya semuanya kau iakan
Sentuhan jari kau diamkan dan biarkan
Aku redha walau tidak ku damba
Walau hampa semuanya dah dijangka

Beberapa purnama dulu cinta bertakhta
Kenangan dibina kita indah belaka
Ketawa bersama, menangis bersama
Ku bersumpah harap kita mati pun bersama
Namun hakikatnya, bukan mudah
Aku sembunyikan gulana-gundah
Segalanya kan berubah
Dengarkan apa yang ku mahu luah 

[*] Rahsia ini... Telah lama ku pendamkan
Tiba masanya... Segala-galanya Ku ceritakan
Aku kan pergi... Pergi ku tak akan kembali
Tiba masanya... Kau cari teman pengganti

Dalam dunia yang maya, prejudis dan bias
Kita tak terlepas dari terkena tempias
Rimas, ditindas, sembunyi dalam puisi dan kias
Tidak kau bidas, tak berpaling walau sekilas
Hanya kau yang tahu kodeksku yang kompleks
Dalam disleksia cuba kekal dalam konteks
Bila dunia seolah tak memahami
Kau sudi selami, dalami dan mengalami

Setia mendengar, sentiasa hadir
Ingat setiap ulangtahun, setiap hari lahir
Tiba pagi Syawal, kaulah yang terawal
Syawal yang terakhir ini pasti rasa janggal
70 000 hijab harus ku singkap
Ku sorok kitab balik tingkap penjara hinggap
Dalam diam ada, seorang yang ku puja
Kau teristimewa tapi dia yang sempurna


[*] Rahsia ini... Telah lama ku pendamkan
Tiba masanya... Segala-galanya Ku ceritakan
Aku kan pergi... Pergi ku tak akan kembali
Tiba masanya... Kau cari teman pengganti


Sejak dua menjak ini, ku mencari fungsi kewujudan
Dalam persekitaran yang penuh kejumudan
Terperangkap dalam jasad, ku keliru
Mujur ada kau si peneutralisasi pilu
Namun aku tetap murung, berkurung
Tubuh makin susut, menunggu tarikh luput
Komplikasi di halaman rusuk kiri
Makin sukar nak bernafas, nak bergerak, nak berdiri

Lagu ini yang terakhir aku sajikan
Kalau rindu nanti bolehlah kau nyanyikan
Jaga diri, jangan makan hati
Yang patah kan tumbuh, yang hilang kan berganti
Bilik dah ku kemas, katil dah ku rapi
Cincin, kunci, dompet dalam laci
Ada sikit wang, itu saja baki
Moga-moga cukup untuk majlis itu nanti
Aku kan pergi... Bertemu kekasih abadi
Tiba masanya... Kau cari teman pengganti

p/s: entri utk Seo lagi hehhee :D

Read more...

Lipat Baju Guna Kotak

Video ini telah lama dikongsikan sejak 5-6 tahun yang lepas. Masih menarik untuk dikongsi dan diamalkan. Menggunakan semula lebihan kotak besar, ia membantu proses lipatan baju. Hasilkannya dan beri kepada anak-anak kecil anda untuk melipat baju, sekaligus mengurangkan bebanan kerja rumah .



p/s: guna semula bahan disekeliling secara kreatif & inovatif  utk kesenangan diri :D

Read more...

Sarkas Si Serangga

Kumpulan serangga: mentadak, jengking dan kumbang beraksi menjana tenaga untuk sebuah telefon pintar. Betemakan kawasan sarkas. Iklan Snapdragon syarikat milik Qualcom yang menawarkan kehebatan teknologi chip prosesor untuk telefon pintar. Jika dilihat dari satu sudut, ia kreatif manakla dari ari sudut yang lain ia kejam. Terpulang kepada anda untuk menilai.  :)




p/s: comel la pulak.. :D

Read more...

Rama-Rama Kertas

Beratus rama-rama kertas dicucuk dengan pin tanpa perlu diawet oleh Rebecca J.Coles. Kesabaran, kesungguhan dan bakat menyampaikan keindahan seni halus dalam estetika yang penuh mendalam.


p/s: seumpama rama-rama bebas kesini -sana ( lirik lagu ella dlm nyanyian yg slh) :P

Read more...

Surah Bacaan Ibu Mengandung

Bacaan ayat-ayat Al-Quran perlu juga sebagai santapan rohani buat si kecil. Insyallah elok latihan amali, makanan serta perilaku ibunya. Membawa jua kepada anaknya. Apa yg dimakan ibu dapat ke anaknya, sama jua apa yg dilihat, dibaca dan didengar.

Islam itu indah
p/s: jom ngaji :)

Read more...

Pertandingan Konsep Perkahwinan | Massa Studio


Langkah Penyertaan:
1. LIKE >> Fan Page Massa Studio.
2. Nyatakan idea/tema/konsep storyboard untuk pre-wedding/post wedding yang diingini kepada >> Palie Massa.
3. Hanya 1 idea/tema/konsep storyboard yang terbaik akan dipilih sebagai pemenang.
4. Contoh videografi Massa Studio boleh didapati di >> SINI.
Tempoh penyertaan: 12 June 2012 hingga 12 Julai 2012
Terma & Syarat.
1. Terbuka kepada semua warganegara Malaysia terutamanya di negeri Terengganu.
2. Caj penginapan dan pengangkutan dikenakan sekiranya penggambaran di luar negeri Terengganu.
3. Tarikh & lokasi penggambaran ditentukan melalui perbincangan antara pemenang dan pihak Massa Studio.


p/s: Sape yg dah nak kawin tu sila2lah cuba nasib ye..- Palie Massa adalah Founder FB Republik Kakifoto

Read more...

Peugeot Papercut Commercial

Beratus model sepenuhnya daripada kertas dihasilkan untuk merekodkan sebuah video iklan TV yang menarik. Iklan TV terbaru daripada Peugeot tidak menggunakan teknik CGI, lebih menghargai teknik hasil halus tangan yang mencerminkan falsafah mereka terhadap rekaan kenderaan. Pereka, Kyle Bean dan pengarahnya ialah Joseph Mann. Sebuah video yang terperinci menggunakan teknik filem stop-motion berkonsepkan seni yang bergerak.




p/s: 508 dah keluar.. :D

Read more...

Cubelets | Modular Robotics

Teknologi permainan semakin maju dan canggih kehadapan. Jika sebelum ini Hexbug menarik perhatian. Kiub bermagnet yang mulanya dipanggil sebagai "Modular Robotics" kini menggelarkan set berteknologi ini Cubelets Kit. Boleh dibina menjadi bentuk yang pelbagai seperti robot hidup tanpa pengaturcaraan dan tidak menggunakan wayar untuk mengerakkanya. Ia bergerak mengelilingi permukaan meja dengan bertindak balas terhadap cahaya, bunyi, dan suhu. Setiap kiub memiliki reaksi deria berbeza yang bertindak seperti otak, mata dan telinga. Kiub set 6 biji adalah berharga $160 ( RM 480) manakala kiub set 20 biji berharga $520 (RM 1560).





p/s: agak2 ade xsesapa nk belikan ..haha :P

Read more...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...