rss
twitter
    Find out what I'm doing, Follow Me :)

Yang dihormati...

( ctrl + left clik =new tab)
Klik tajuk entri untuk komen/gambar&video penuh.
Link bewarna biru dalam setiap entri adalah kredit kpd pemilik /artikel terdahulu.
Receive ayampenyek's blog update trough Facebook
Jika tiada entri baharu..kebiasaannya ade dikongsi di FB
Jika ada video yg tdk lagi boleh dimainkan.. sila komen utk alert kpd kami..

Samsung Galaxy Camera | Malaysia

Samsung mendahului pengeluar telefon yang lain dengan melancarkan 3 model keluaran terbarunya Galaxy Note 2, Galaxy Camera, atau produk keluarga Samsung ATIV. Smartphone Camera, sebuah telefon pintar yang menekankaan penggunaan kamera. Galaxy Camera menawarkan 16 megapixel, penggunaan android 4.1 JellyBean, paparan HD 4.8 inch LCD, dan bateri 1,650 mAH. Memiliki penyambungan perhubungan dalam versi 3G dan 4G, juga penggunan WiFi , Bluetooth dan kebolehan GPS. Harga untuk pasaran dunia dan Malaysia masih belum diumumkan. via Cnet

Read more...

Perhimpunan Janji Demokrasi - Tukar Bendera Malaysia

"Perhimpunan Janji Demokrasi yang sedang berlangsung malam ini turut mendapat perhatian beberapa peserta berikutan pengedaran risalah desakan agar bendera Jalur Gemilang ditukar kepada reka bentuk yang pernah direka khas dari Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) sebelum mencapai kemerdekaan satu ketika dahulu."- via OhmediaFB
Bendera yang dinamakan "Sang Saka Malaya" ini pernah diutarakan oleh Najwan Halimi pada tahun 2007. via anwaraidc
Apakah dia Sang Saka Malaya? "Pada asasnya, corak ini diadaptasi dari corak bendera Sang Saka yang digunapakai oleh negara Indonesia dan Singapura. Ianya merupakan panji warisan kerajaan Nusantara" -NajwanHalimi
Bendera ini mungkin tidak cantik tetapi  "Bermula dengan kontroversi, berakhir dengan kesedaran... " - MiloSuam

p/s: macam bendera spore la der... :P

Read more...

Lagu Lirik Oppa Gangnam Style

English Translation:

Oppa is Gangnam style
Gangnam style
A girl who is warm and humanle during the day
A classy girl who know how to enjoy the freedom of a cup of coffee
A girl whose heart gets hotter when night comes
A girl with that kind of twist
I’m a guy
A guy who is as warm as you during the day
A guy who one-shots his coffee before it even cools down
A guy whose heart bursts when night comes
That kind of guy
Beautiful, loveable
Yes you, hey, yes you, hey
Beautiful, loveable
Yes you, hey, yes you, hey
Now let’s go until the end
Oppa is Gangnam style, Gangnam style
Oppa is Gangnam style, Gangnam style
Oppa is Gangnam style
Eh- Sexy Lady, Oppa is Gangnam style
Eh- Sexy Lady oh oh oh oh
A girl who looks quiet but plays when she plays
A girl who puts her hair down when the right time comes
A girl who covers herself but is more sexy than a girl who bares it all
A sensable girl like that
I’m a guy
A guy who seems calm but plays when he plays
A guy who goes completely crazy when the right time comes
A guy who has bulging ideas rather than muscles
That kind of guy
Beautiful, loveable
Yes you, hey, yes you, hey
Beautiful, loveable
Yes you, hey, yes you, hey
Now let’s go until the end
Oppa is Gangnam style, Gangnam style
Oppa is Gangnam style, Gangnam style
Oppa is Gangnam style
Eh- Sexy Lady, Oppa is Gangnam style
Eh- Sexy Lady oh oh oh oh
On top of the running man is the flying man, baby baby
I’m a man who knows a thing or two
On top of the running man is the flying man, baby baby
I’m a man who knows a thing or two
You know what I’m saying
Oppa is Gangnam style
Eh- Sexy Lady, Oppa is Gangnam style
Eh- Sexy Lady oh oh oh oh

Lirik Asal:


Read more...

Gangnam Style

Psy menjadi fenomena seluruh dunia. Apa itu Gangnam Style? Gangnam Style adalah single K-Pop yang dilancarkan pada 15 Julai 2012, menjadi kegilaan berjuta manusia. Mendapat liputan di Bloomberg dan CNN. Rentaknya lagu yang rancak dan tarian kuda di video clip menjadi ikutan. Gangnam Style membawa maksud kehidupan mewah dalam bahasa korea. 40 juta menontonnya pada 14 Ogos 2012 dan tontonan meningkat mendadak pada 28 Ogos 2012, 73 juta telah menontonnya. (Kini berpuluh video versi gangnam style Malaysia kian giat dihasilkan. :P )

Read more...

Remote Control (RC) S.H.I.E.L.D. Helicarrier

Dari Filem The Avengers , kenderaan konsep yang tersejuk (coolest) adalah "S.H.I.E.L.D. Helicarrier". Ia merupakan sebuah kapal perang dan pejabat terbang (terapung?) di angkasa bandar New York. Jikalau di ikutkan skala kebesarannya ia adalah 3 atau 4 kali ganda besar dari mana-mana kapal perang carrier Jet USA. 

rekabentuk SHIELD Helicarrier dari filem.

Namun ini tidak menghalang pembuat model dan peminat RC (permainan remote control) dari Arkhangelsk Russia yang hanya dikenali sebagai "Native18" untuk membina model hover remote control akan rekabentuk SHIELD Helicarrier itu (namun pada skala yang lebih kecil dan ekonomi). Beliau yang agak famous di forum Russian RC community telah berbincang dengan ahli-ahli forum untuk menghasilkan model skala lebih kecil akan rekabentuk ini. (mereka juga telah banyak kali menghasilkan versi remote control skala kecil akan pelbagai lagi rekabentuk kenderaan popular filem Amerika)
(petikan visual dari filem)

Read more...

Tabiat Pemandu Malaysia

Tabiat tipikal pemandu di Malaysia. Siapa sahaja rakyat Malaysia yang memandu pasti pernah mengalami atau melakukan perkara yang sama. Sama ada menjadi mangsa kesan daripada pemanduan yang lain atau pemandu yang melakukan kesalahan. Tabiat buruk pemandu Malaysia antaranya:

  • Tidak menyalakan lampu signal ketika masuk simpang
  • Melanggar peraturan papan tanda
  • Menggunakan telefon bimbit ketika memandu
  • Memandu perlahan di lorong kanan


p/s: haha mencari parking tu.. memang biasa dah kancil bertukar menjadi baby.. :P

Read more...

Perlumbaan Drag Terbaik di Dunia 2012

Perlumbaan Drag Terbaik di Dunia bahagian pertama pernah dipaparkan di blog ini pada 2011 dimenangi Nissan GT-R. Tahun 2012, MotorTrend membawakan 9 Supercar ke trek perlumbaan.



Keputusan yang berkesudahan:

Read more...

Biolite Campstove | Dapur Khemah Mudah Alih

Dapur mudah alih dengan saiz kompak keluaran BioLite membantu memasak atau memanas menggunakan kayu / ranting sebagai bahan bakar. Mudah & selamat seperti menggunakan bahan bakar petrol dalam masa yang sama menukar tenaga haba menjadi tenaga eletrik untuk telefon, lampu dan peralatan eletronik yang lain sesuai untuk bekalan elektrik ketika perkemahan. Dijual dengan harga $129 ( +- RM 399.90). via papersparrowau

Read more...

Pelekat Memo Cherry Blossom

Ibarat memetik sekuntum bunga di ranting. Aparee ( syarikat Korea) memperkenalkan pilihan untuk mereka yang bosan dengan pelekat memo sedia ada. Leaf-it_Cherry Blossom menceriakan perkembangan ingatan dan suasana keadaan sekeliling anda dengan rekaan & warna segar. Menceriakan bungaan seolah-olah seperti kuntuman bunga sebenar.

Read more...

Taubat Zina & Doa Seorang Hamba | Dr Asri

Ketika jiwa merasa kesal dan keciwa. Mengenangkan dosa-dosa yang dilakukan. Ketika harapan dirasakan tiada lagi. Ketika tiada tempat untuk meluah. Melepaskan segala resah di jiwa. Seluas-luas pintu dalam ajaran islam adalah pintu Taubat. Kita seringkali terlupa Allah lebih tahu apa yang kita perlukan. Teruskan berharap dengan Allah tuhanmu. Yakinlah dengan tuhanmu & bersyukurlah dengan diri. Selagi nyawa dikandung badan, peluang untuk kembali kepada Tuhan tidak pernah tertutup.

"Islam tidak pernah meletakkan perantaraan antara manusia dengan tuhan. Bila-bila masa sahaja,siapa sahaja insan itu tanpa mengira bangsa,usia & keturunan."

"Muslim.. nak taubat kepada Tuhan tak perlu isytihar diri, nak mintak kepada Tuhan juga tak perlu perantaraan"-Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin


p/s: tazkirah Aidilfitri ... kita yg byk berdosa...

Read more...

Tambour Table Michael Bambino | Meja Senget

Michael Bambino pereka Amerika, memperkenalkan rekaan Tambour Table.  Kelihatan seperti meja biasa. Tetapi dengan penambah baikan fungsi di bahagian permukaan. Permukaan yang boleh dialih, membantu penyimpanan ruang.


Read more...

Lamborghini Reventon China RM 29,657

Sebuah Lemborghini Reventon sebenar beharga £840,000 dalam nilaian British Pound Sterling. Tetapi harga itu berubah setelah seorang mekanik China, Wang Jian yang tinggal di Jiangsu bahagian timur China menghasilkannya dengan harga £6,000 (RM 29.657). Diperbuat daripada skrap besi, buat masa ini digunakan untuk memindahkan baja. Berusia 28 tahun, beliau memiliki keazaman tinggi setelah bermula sejak May 2011. Hanya 21 buah Reventon ada didunia dan keunikkan Reventonnya menjadikannya ke 22. via dailymail

Read more...

Ampangan di Malam Raya

Dipaparkan sedikit paparan gambar keadaan bazar Ampangan di malam raya. Bermula dari jam 12 pagi hingga 3 pagi untuk 19 Ogos 2012 . Ampangan destinasi pembelian yang sememangnya sinonim buat rakyat Negeri Sembilan untuk mereka yang berada sekitar Seremban. Keadaan sesak di hadapan Plaza Ampangan atau lebih tepat sekitar Flat UDA Ampangan adalah kebiasaan untuk setiap tahun.

p/s: sini memang ramai mcm jalan TAR.. baju RM20 jadi RM10.. kueh 10 hinggit 3.. :D

Read more...

Rancangan Hari Raya TV3 2012

Menu sajian rancangan menarik sempena Hari Raya di TV3. Filem, drama dan rancangan nyanyian daripada beberapa artis terkenal tanah air. Intisari Rancangan Hari Raya TV3,  "Terbaik Raya di TV3" akan bermula daripada 18-26 Ogos 2012.


TERBAIK FILEM DI TV3
Mael Lambong
  • Mael Lambong merupakan seorang penarik kereta yang cukup dikenali di Kuala Lumpur. Namun, semuanya berubah apabila Maria telah menemui Mael Lambong dan menyuruhnya menyelamatkan dirinya yang dikejar penjahat. Pelarian mereka telah membawa mereka ke negeri Terengganu di mana terletaknya kampung asal Mael Lambong yang ditinggalkan sekian lama kerana merajuk. Mael Lambong bertemu kembali dengan kekasih lamanya, Rozie dan tunang Rozie, Tiger. Sementara itu, penjahat yang mengejar Maria berjaya menjejaki mereka. Dua perisik telah datang dari Kuala Lumpur dan menerangkan hal sebenar kepada Mael Lambong. Apakah yang mereka mahukan daripada Maria?
  • Pelakon: Zizan Razak, Juliana Evans, Shenty Feliziana, Taiyuddin Bakar.
Jangan Pandang-Pandang
  • Empat pelajar kolej jurusan Sains Sosial dan Manusia – Ajis, Ben, Yaya dan Diana ditugaskan untuk membuat satu tugasan mengumpul maklumat dan data tentang artifak-artifak di Gua Bewah yang tidak pernah dimasuki manusia moden. Yaya baru mendapat tahu Ajis main kayu tiga dan bertekad mahu putus hubungan. Namun demi menyiapkan tugasan, Yaya setuju untuk berdamai buat seketika. Tugasan berkumpulan memaksa mereka mencari ahli kumpulan ke 5, seorang pelajar jurusan sama tetapi dari luar kampus bernama Marsha. Marsha seorang gadis gothik yang penuh misteri. Tiba di jeti Tasik Kenyir, mereka bermalam di dalam sebuah rumah bot kepunyaan seorang lelaki misteri bernama Abang Bob. Bermulalah pengalaman pelik dan ganjil serta menakutkan sepanjang mereka mencari artifak di gua tersebut.
  • Pelakon: Zizan Razak, Sara Ali, Nas – T, Anith Aqilah, Miera Liyana, Azhar Sulaiman, Jaafar Onn, Erynn Malek, Taiyuddin Bakar
RA. One (Filem Hindi)
  • Filem fiksyen Sains mengisahkan tentang permainan video yang dicipta oleh Shekhar Subramaniam (Shah Rukh Khan) dengan menggunakan teknologi terbaru syarikatnya yang boleh memindahkan subjek dalam dunia digital ke dunia sebenar. Shekhar mengambil idea anaknya, Prateek bahawa watak antagonis lebih berkuasa daripada pratagonis. Watak G.One yang diciptakan dengan ilham rupa Shekhar mempunyai pesaingnya yang hebat, Ra.One, watak antagonis yang hanya boleh dikalahkan di paras yang lebih tinggi. Permainan video tersebut bukan sahaja mendapat sambutan hebat daripada pasaran malah anak Shekhar, Prateek juga menganggap ayahnya sebagai seorang hero. Kebijaksanaan Prateek untuk mengalahkan Ra.One telah menimbulkan kemarahannya untuk menceroboh ke dunia sebenar. Shekhar berusaha untuk melindungi ahli keluarga dan berdepan dengan Ra.One. Malangnya, Shekhar dibunuh. Dengan bantuan rakan kerja Shekhar, Preateek telah memindahkan Ga.One ke dunia ini untuk menumpaskan Ra.One. Berjayakah mereka?
  • Pelakon: Shah Rukh Khan, Kareena Kapoor, Armaan Verma, Tom Wu, Shahana Goswami, Arjun Rampal
Jangan Pandang Belakang Congkak 2
  • Setelah berjaya menewaskan Mustika dan memulihkan Punai dan Asmat, Pak Mor terus berusaha untuk memperhebatkan ilmu yang ada padanya. Apa yang mereka tidak tahu ialah Pak Mor sebenarnya mempunyai hubungan dan berpakat dengan Mustika untuk mengambil semua harta dan saka-saka Pak Sudir setelah kematiannya untuk tujuan kekal muda selama-lamanya. Punai dan Asmat cuba menggagalkan rancangan mereka. Situasi ini memaksa Pak Mor dan Mustika bertekad untuk menghapuskan Punai dan Asmat. Akhirnya, Punai dan Asmat melarikan diri dan cuba mendapatkan bantuan daripada seorang bomoh, Wak Ketari.
  • Pelakon: Mazlan Ahmad, Cat Farish, Lisa Surihani, Azlee Jaafar, Pak Pie, Bob Kuman, Nora Danish, Ruminah Sidek, Ebby Yus, dan Wangi The Fabulous Cat
Hikayat Merong Mahawangsa
  • Pada tahun 120, Empayar Rom ketika itu dibawah pemerintahan Hadrian sementara di negara China, Dinasti Han merupakan sebuah empayar

Read more...

Senarai Harga Barang Kawalan Raya 2012

Sejumlah 20 harga barangan ( ayam, daging, telur, bawang, kelapa dll) keperluan pengguna disenarai oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi & Kepenggunaan (KPDNKK) untuk dikawal harganya sempena Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Hari Raya Aidilfitri. Penguatkuasaan kawalan harga ini bermula sejak 12 Ogos sehingga 26 Ogos 2012 di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 (dahulunya Akta Kawalan Harga 1946) bertujuan melindungi pengguna daripada peniaga yang tamak haloba di musim perayaan. Sekiranya peniaga didapati melanggar arahan ini, hukuman denda maksimum RM 100,000 atau 3 tahun penjara. Menterinya, Datuk Ismail Sabri Yaakob menjelaskan seramai 2.000 pegawai penguatkuasa dan 1,400 pegawai pemantau akan berada di lokasi tertentu.
Sumber Bharian
p/s: macam biasalah kan.. harga ayam dan telur ayam mesti jadi tumpuan.. ^_^

Read more...

Invisible Bike Helmet | Pakai Helmet Tapi Tak Nampak

Helmet atau topi keledar berfungsi menjaga keselamatan penunggang. Saiznya yang besar menjadikan kebanyakan daripada kita, tidak selesa dan kurang gemar menggunakannya. Walaupun diakui penggunaannya serba sedikit dapat mengurangkan impak kecelekaan yang mungkin berlaku. Ramai yang kurang selesa mengenakan topi keledar untuk berbasikal. Usaha 2 pereka wanita Swedish melakukan kajian selama 7 tahun dengan lebih daripada $10 million dalam membangunkan Hovding, sebuah bentuk baru yang dapat melindungi keselamatan kepala penunggang. Harga dalam lingkungan $600 (RM 1800), ianya memiliki pelbagai corak yang menjadikannya sebagai alat pelindung berfungsi yang memiliki gaya dan menjaga penampilan. Hovding berfungsi mirip beg udara yang ada di dalam kereta, turut dilengkapi ruang cas USB.Via Gearpetrol

Read more...

Amalan Larangan Hari Raya

Raya bakal menjelang. Insyallah jika ada kesempatan bertemu lagi kita meraikan hari kemenangan. Diharap sambutan Hari Raya Aidil Fitri kita itu tidak melampaui batas dan janganlah pula kerana alasan nak menyambut Hari Raya , kita mengenepikan soal hukum hakam. Janganlah dijadikan Syawal itu merosakkan segala pahala yang telah dikumpul sepanjang bulan Ramadhan.  Sumber MaiDariBendang via Majalh Solusi

p/s: bersama2 ingat mengingati.. :)


Read more...

Sejarah LEGO | History

Lego menyambut ulang tahun yang ke 80. Bermula pada tahun 1932 ia masih milik keluarga Kirk Kristiansen. Kumpulan ini bertapak di Billund,Denmark. Permainan yang melibatkan kreativiti kanak-kanak ketika bermain. Daripada sebuah syarikat permainan kayu ia semakin maju kehadapan sehingga terbina Legoland. Permaianan bata terkenal ini mula menemui sistemnya pada 1958 dan telah meliputi lebih daripada 130 negara dengan 10,000 orang pekerja. Terbaru  Legoland Malaysia yang ecara rasminya akan dibuka pada 15 September 2012.


p/s: susah2 dahulu senang2 kemudian :)

Read more...

Jadual Perjalanan Hari Raya 2012 Plus

Jadual Perjalanan Raya 2012 Plus dijangka serba sedikit dapat membantu mengurangkan kesesakan lalu lintas di lebuhraya utama. Jadual perjalanan untuk 16,17 & 18 serta 30 & 31 Ogos 2012 iaitu Khamis, Jumaat dan Sabtu. Jadual melibatkan mereka&nbspyang berada di kawasan Lembah Klang untuk keluar menuju ke kampung halaman. Pembahagian masa keluar mengikut kawasan ( Kedah, Perlis, Penang) dan selatan Malaysia ( Johor) (Kuala Kangsar, Changkat Jering & Taiping), Melaka, (Ipoh, Simpang Pulai, Gopeng), Tampin & Alor Gajah, (Tapah, Bidor, Sungkai, Slim River & Tanjung Malim) dan (Senawang, Port Dickson & Seremban). Menariknya penggunaan nombor plate kenderaan ganjil dan genap untuk cadangan perjalanan lebuh raya diusulkan.
 p/s: hati-hati dijalan raya :D

Read more...

Lagu Boboiboy Raya | Suasana Di Hari Raya

Kehangatan Hari Raya kian terasa. Selepas muncul beberapa iklan raya daripada syarikat-syarikat swasta / GLC Malaysia. Kini giliran Animonsta dengan lagu suasana di hari raya nyanyian Boiboiboy dan rakan-rakan. Tahun lepas Upin ipin raya, tahun ni Boiboiboy raya pula.



p/s: Terbaik~~~~ :D .. Dua animasi berbeza nyanyi lagu raya yangsama..

Read more...

Potret Pin Tekan | Pushpin Portrait

15,000 hingga 20,000 pin digunakan oleh Eric Daigh dalam membentuk sebuah potret unik. Sebuah hasil kerja yang tekun dan menakjubkan. 5 warna pin berbeza diguna pakai dalam setiap potretnya.

Read more...

FB Cover Photo Raya | Contest

Setelah 2tahun berbloging, maka datang seorang pemuda menawarkan diri untuk menjadi penaja bagi cadangan yang tidak seberapa. Hati ikhlas murni pemuda itu demi meraikan bulan mulia. Cume pinta pemuda itu "Buatlah sebagai entri blog, letaklah tajuk apepun, dan seperti biasa tempek banner sebagai entri dan link ke blog ayampenyek dan afzalsukasuki". Maka jadilah segment e-kad raya ini. Apa yang perlu adalah membuat cover photo raya yang kreatif. Maklumkan dengan memberi komen di entri ini atau message di page FB. Setiap penyertaan akan dikreditkan kepada pemilik. Pemenang akan diumumkan pada 1 September 2012.
Banner 
Saiz diberi kelonggaran asalkan muat untuk dijadikan cover photo.

p/s: eh .. eh . ehh. dah nk raya dah.. ^___^

Read more...

Kambing Ceria Hyperactive

Disebalik senyuman kambing itu dan bau hamisnya, tersimpan pelbagai khasiat dan kebaikan. Daripada susu terhasillah minuman juga dijadikan sabun mahupun alat kecantikan. Kulitnya digunapakai untuk hiasan, kadangkala di sesetengah tempat dijadikan pakaian. Daging seperti yang umum tahu, sememangnya untuk dimakan.  Pelbagai khasiat dan rahsia kambing boleh di dapati di redlomo.



p/s: ceria betul kambing ni.... dh macam binatang peliharaan.. =_="

Read more...

Logo Merdeka Pakatan Rakyat

Logo Merdeka 55 tahun oleh Pakatan Rakyat. Memilih moto "Sebangsa, Senegara, Sejiwa" yang dipilih oleh tokoh sasterawan negara Datuk A Samad Said ia masih berkonsepkan satu penyatuan. Tidak bersetuju dengan logo dan moto cantik yang dibawa oleh pihak kerajaan "55 Tahun Merdeka Janji Ditepati". Sumber daripada blog anwaribrahim
Sumber Iluseni
p/s: ok la cantik tapi  Malaysia ada 2 logo merdeka.. menampakkan Malaysia itu tidak bersama.. huhu =_=" apa nk jadi negara aku ni..buat je lah pertandingan logo baru.. sep betul...

Read more...

Iklan Bernas Raya 2012

Selepas iklan raya Petronas, giliran Bernas. Video iklan sepanjang 7 minit ini mengisahkan 2 kanak-kanak istimewa yang memiliki hubungan akrab, memahami antara satu sama lain. Hari raya yang mulia, Ahmad dan Fizi tekad memulakan perjalanan menghadapi halangan. Usaha gigih untuk bertemu ibu yang tersayang. Setulus Kasih , Hikmah yang Abadi.



p/s: 10 malam terakhir dh dekat.. g terawih ke g shopping? :) hehee

Read more...

Autostylista Battle | The Hatchback Dream Car

Autostylista sebuah kumpulan bagi peminat rekaan kereta. Berkongsi inspirasi dalam bentuk lukisan lakaran, rendering, dan 3D. Memberi tunjuk ajar dalam teknik rekaan secara tidak formal. Juga berdiskusi informasi terbaru mengenai automotif dan berkongsi karya design mereka yang mana terdapat dalam bentuk media digital hinggalah ke pembuatan model berskala. Kumpulan ini juga kerap mengadakan pertandingan rekaan kenderaan dalaman mengikut tema yang telah ditetapkan. Tema untuk bulan ini adalah Hatchback dan tarikh tutup penyertaan pada 20 Ogos 2012. Pemenang akan dinilai melalui jumlah bilangan LIKE. (Makluman:Tiada hadiah ditawarkan untuk pemenang tetapi ianya adalah untuk tujuan pembelajaran/ kritikan penambahbaikan.) Berikut dipaparkan hasil 5 daripada 19 penyertaan milik Anwar, Ahmad Firdaus, Fairuz Jalal, Amir dan Imran Othman.

Read more...

Kedudukan Solat Jemaah

Kedudukan makmum ketika solat bersama imam. Posisi berjemaah yang perlu diikuti. Posisi yang dituntut antara jantina lelaki, kanak-kanak lelaki dan perempuan / wanita ketika jemaah. Huraian disertakan bersama dalil.
Klik gambar untuk paparan lebih jelas
*barisan yang telah penuh perlu disambung bermula dari tengah.
* apabila berlaku ruang kosong antara makmum dalam saf ke kiri dan ke kanan, sebaiknya makmum sebelah kiri bergerak ke kanan bagi memenuhi ruang kosong tersebut.

Sumber: 1 & 2

*p/s: pakcik rapat.. pakcik.. sebelah saya ni ada ruang ni.. =_="

Read more...

London Olympic 2012 | The Avengers

(Fan-made )Hasil kreaftif daripada peminat The Avengers terhasillah rupa mereka seandainya menyertai sukan Olimpik. Sumber ComicbookMovie.

Read more...

Iklan Petronas Raya 2012 | Strangers

Seperti kebiasaan di bulan mulia. Ramai yang menantikan sesuatu daripada video iklan Petronas. Tampil dengan sebuah filem dokumentari pendek "Strangers". Kisah Erman, jurutera Petronas yang berkhidmat di Asia Tengah cuba menyesuaikan diri dengan persekitaran baru. Bersama Jeyhun, seorang budak tempatan. Erman, orang asing yang cuba mengenali budaya dan memahami sesuatu tentang kehidupan.


p/s: Selamat Hari Raya  buat seluruh umat Islam :)


Read more...

Ais Krim Baskin Robbins Tetap Percuma

Berita baik buat mengubati kedukaan kekalahan Lee Chong Wei dan seluruh rakyat Malaysia. Ais Krim percuma masih diberikan oleh BR di setiap Cawangan Baskin Robbin di Malaysia. Pada 8 Ogos 2012. Sumber berita Malaysian Digest.

Skills win you medals, but attitude wins hearts. 
-ESPN commentator said of LCW (London 2012 Olympic)

p/s: sokong Chong Wei kerana Malaysia.. bukan kerana aiskrim atau nasikandar :)


Read more...

Payung Warna-warni Portugal

Gantungan payung warna-warni yang dipasang di lorong pejalan kaki memeriahkan suasana di Agueda, Portugal. Bukan sekadar hiasan seni ia sememangnya berfungsi meredupi lorong dari hari panas. Payung-payung membentuk corak paten menarik di lantai. Gambar di ambil oleh Patrícia Almeida.


p/s: hehehe saya nampak payung free ^_____^

Read more...

Lagu Raya Yuna 2012 | Oh Yeah

Muzik dan lirik oleh Yuna. Dihasilkan oleh AG COCO. Video disunting dan diambil serta diarahankan oleh IkanPaos Collective & Luey Motion Lab.
 


p/s: selamat~~~ haaariii~~ raaaayaaa~~.. oh yeah :D

Read more...

Iklan Maxis Ramadhan

Ungkapan 'Ramadan dan Syawal berkampung di hati' menggambarkan betapa hidupnya bulan-bulan yang mulia ini di jiwa Muslimin dan Muslimat tanpa mengira usia. Iklan ini membawa kita menghayati Ramadan dari kaca mata anak-anak kecil yang sedang berlatih berpuasa.
Maxis menerumah beberapa orang kanak-kanak. Melihat pengertian puasa perspektif kanak-kanak. Apa makna puasa. Apa yang tidak boleh dilakukan semasa berpuasa. Apa yang menyebabkan puasa terbatal. Tiga iklan Maxis puasa dengan teletah kanak-kanak santai.





p/s: puasa yang yok.. pagi petang bukak periuk.. huhu pose x tu?? :P

Read more...

Ais Krim Percuma Olimpik | Baskin Robbins / Media Prima


Sekiranya Malaysia memenangi pingat emas pertamanya di kejohanan Olimpik London 2012, Baskin-Robbins, yang menyokong inisiatif "Impian Emas" Media Prima Bhd akan memberikan aiskrim percuma di seluruh negara. Aiskrim itu akan tersedia pada 8 Ogos di semua 61 kedai aiskrim Baskin-Robbins di seluruh negara (tidak termasuk dua kiosk di Pantai Hospital di Bangsar dan Taman Tema Genting) bermula 8 malam hingga 10 malam. Setiap orang layak mendapat satu skup aiskrim. "Menjadi hasrat Media Prima untuk menyatukan rakyat Malaysia dalam satu suara bagi menyorak jagoan Olimpik kita," kata Ahmad Izham Omar, Ketua Pegawai Operasi, Rangkaian TV dan Ketua Pegawai Eksekutif Primeworks Studios, Media Prima. Sumber Sinar/ Bernama
p/s: ...Datuk chong wei dpt emas dia dpt 2juta.. rkyat malaysia dapat aiskrim.  :D

Read more...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...