rss
twitter
    Find out what I'm doing, Follow Me :)

Yang dihormati...

( ctrl + left clik =new tab)
Klik tajuk entri untuk komen/gambar&video penuh.
Link bewarna biru dalam setiap entri adalah kredit kpd pemilik /artikel terdahulu.
Receive ayampenyek's blog update trough Facebook
Jika tiada entri baharu..kebiasaannya ade dikongsi di FB
Jika ada video yg tdk lagi boleh dimainkan.. sila komen utk alert kpd kami..

Cara Membuat Origami Shuriken

Cara melipat origami Shuriken atau origami bintang. Senjata untuk ninja dan samurai daripada kertas. Bentuk seakan origami kipas tetapi teknik lipatan sedikit berbeza. Mudah,ringkas dan cepat untuk dihasilkan. via OrigamiClub. Klik tajuk entri untuk video tutorial.


Read more...

Sofa Haiwan Peliharaan

Seungji Mun merekabentuk M.Pup, sebuah perabot yang memberi ruang kepada haiwan peliharaan. Rekaan ringkas yang mewujudkan hubungan harmoni diantara haiwan & manusia. Meletakkan haiwan peliharaan sebagai sebahagian daripada kewujudan dalam kekeluargaan, juga galakan memelihara haiwan terbiar. Sofa M.pup adalah sebagai medium komunikasi untuk berkongsi emosi dan perasaan antara satu sama lain.

Read more...

Almari, Buku & Basikal

BookBike Storage perabot ilham BYografia untuk mereka yang memiliki basikal tetapi tidak mempunyai ruang penyimpanan yang turut bertindak sebagai hiasan. Sebahagian daripada almari, digunakan untuk buku.

Read more...

Selesaikan Misi Skyfall James bond

Merasai kepayahan dan halangan seorang ejen risikan. Tugas diberi ada rintangannya. Coke Zero mencabar pengguna keretapi untuk menyelesaikan misi OO7 dalam 70 saat. Apabila misi  selesai, tiket Skyfall bakal menjadi milik penyahut cabaran. via adweek


Read more...

Kad Diskaun Komuter 1Malaysia

Nikmati diskaun 50% dengan Kad Komuter 1Malaysia dari Keretapi Tanah Melayu Berhad ( KTMB). Diskaun tambang akan mula dinikmati mulai 1 November 2012 hingga 31 Oktober 2013. Cara untuk mendapatkan kad komuter 1Malaysia ini adalah dengan mengunjungi kaunter di stesen Komuter berdekatan ( KL Sentral, Tg Malim, Kepong Sentral, Bangi, Sg Gadut, Sentul & Subang Jaya) bermula 22 Oktober 2012 hingga 21 November 2011 dari jam 11 pagi hingga 8 malam. Pemohon hanya perlu membawa melengkapkan borang permohonan disertakan dengan salinan kad pengenalan. Setiap kad dikenakan caj RM1. Borang juga boleh diperoleh melalui laman web KTMB.

Syarat Kelayakan:

  1. Warganegara Malaysia
  2. Berpendapatan bulanan RM3,000 sebulan dan ke bawah. 


P/s: sy dh dpt anda bila lagi?.. marilah kita bersama2 menyertai ‘tin sardin’. :P

Read more...

Kanak-Kanak dan Imaginasi

Siri konsep fotografi oleh seorang British bernama Tim Macpherson. Konsep angan dan imaginasi kanak-kanak yang bermain di dalam rumah. Keriangan, keseronokan tanpa memikirkan bebanan tanggungjawab seorang dewasa. Klik tajuk untuk artikel penuh.

Read more...

iPad Mini Malaysia

Spesifikasi bersaiz paparan 7.9 inchi dengan teknologi LED, dilengkapi powerful A5 chip, FaceTime HD kamera, iSight kamera dengan 1080p HD rakaman video, ultrafast wireless, dan lebih 275,000 apps sedia untuk dimuat turun daripada App Store. iPad mini adalah iPad dalam apa jua cara, cuma yang membezakan adalah saiznya lebih kecil , 7.2 mm nipis, dan ringan 53% daripada ipad.Tahan untuk lebih 10 jam penggunaan. Bakal menjadi pesaing Kindle Fire keluaran Amazon dan Nexus 7 keluaran Google. Harga berkemungkinan antara $249 sehingga $399 ( RM 760-RM 1,217). Laporan daripada Wall Street Journal, menyatakan Apple telah mengeluarkan lebih 10juta unit dan boleh mula didapati pada 2 November. via Apple

Read more...

LG Elevator | Lift Prank

LG membuktikan kesan relistik yang ada pada imej paparan baru monitor IPSnya dengan mengenakan beberapa orang yang menggunakan elevator / lif. Menggantikan lantai lif dengan 9 grid monitor yang kelihatan seperti lantai. Lif bergegar dan paparan lantai mula jatuh satu-persatu.



p/s: patut dia bg satu skrin xjatuh .. huhu memeang cuak.. awak terkono :P

Read more...

Cara Mengatasi Saman Polis dengan Bijak

Sebaiknya kenderaan anda perlu dilengkapi kamera utnuk sebarang kemungkinan yang akan berlaku. Sebagai bukti atas segala tindakan dan pemanduan. Gunakan akal yang waras ketika memandu. Jangan mengikut emosi. Kemalangan kebiasaannya adalah disebabkan kecuaian pemanduan selain daripada faktor kerosakan dan bencana sekeliling. Apabila anda disaman pastikan bahawa potensi untuk anda dilepaskan adalah berdasarkan bukti-bukti yang kukuh. Elakkan rasuah :)

 


p/s: 1st time kena saman sebab memandu guna telefon bimbit ..time raya 2012 yg lepas :P

Read more...

Eksplorasi Google Data Centre

Lakukan pengembaraan dengan ipad , tab atau komputer anda mengelilingi di dalam Pusat Data Google (GDC), menggunakan streetview. Apa sahaja yang anda lakukan ketika menggunakan produk Google akan melibatkan operasi di GDC yang beroperasi menjaga maklumat dan menguruskan server. Antaranya memastikan e-mail selamat dari jangkitan virus, hosting video youtube, dan melindungi keselamatan penyimpanan data berjuta pengguna seluruh dunia. Gambar diambil oleh jurugambar arkitek ( architectural photographer), Connie Zhou.

Read more...

Bilik Batman untuk diSewa

Rasai pengalaman berada di dalam rumah penginapan Batman. The Eden Hotel yang terletak di Taiwan, menawarkan bilik gua kelawar, rekaan dalaman diinsiprasikan dari tema watak adiwira tersebut. Dekorasi bilik menarik yang disertakan bersama replica kenderaan Batman, Tumbler.

Read more...

Kapal Angkasa di Tengah Jalan

Endeavor dibawa berarak mengelilingi Los Angeles (LA), melalui jalan-jalan di sekitar Bandar sejauh 30 kilometer, sebelum dipamerkan di Muzium Pusat Saintifik California. Lebih 400 pokok ditebang bagi membolehkan kapal angkasa NASA itu dibawa menerusi jalan raya LA selama dua hari walaupun langkah itu mendapat bantahan dikalangan penduduk tempatan. via bharian

Read more...

Kerusi Tulang Kinematic | Setu

Teknologi semakin maju, berubah dari masa ke semasa. Manusia kini bekerja tanpa mengira tempat. Tidak kira dimana sekalipun bekerja, manusia sentiasa meinginkan sebuah kerusi sebagai tempat duduk. Setu adalah inovasi kerusi bertulang kinematic yang fleksibel dengan pergerakan. Menekankan keselesaan dalam rekaan , diperbuat daripada kombinasi lenturan dan kekuatan yang memrelukan ujikaji serta perkiraan dalam pergerakan bebanan. via Core77

Read more...

Rim Thermoplastic SmartForVision

Smart forvision adalah yang pertama di dunia menggunakan rim plastik ke arah pengurangan berat dalam industri kenderaan dengan rekabentuk unik. Rim polymer inovasi tinggi ( UltramidStructure) sesuai untuk pengeluaran dalam jumlah yang besar. Pembangunan kerjasama yang dijalankan oleh Daimler AG & BASF SE daripada bahan baru berprestasi tinggi yang memberi keputusan penjimatan 3kilogram untuk setiap rim. via motoren

Read more...

Kitar Semula Bola Tenis

Penggunaan semula bahan terbuang dapat mengurangkan pengeluaran secara berulang. Mengelakkan pembaziran juga mengurangkan bahan buangan, sekaligus memberi faedah berupa penjimatan dalam kewangan, mendidik menjadi lebih kreatif serta membantu ke arah kehijauan. Produk asalnya dibeli dengan wang, sebelum bertukar menjadi bahan terbuang ia masih ada nilai untuk diguna semula.

p/s: jom tenis .. sorry sibuk minggu ni.. :P

Read more...

Rekod Terjunan Udara | Red Bull Stratos World Record Jump

Terbang pada ketinggian altitude 39,045 meter (128,100 kaki) dengan kapsul belon gas helium berlepas daripada New Mexico, Felix Baumgartner memecahkan rekod dunia terjunan bebas dari pinggir ruang angkasa. Selepas 4 minit 19 saat, Felix membuka payung terjun melakukan terjunan pada kelajuan 1,342.8 km/h (833mph) berhampiran stratosfera sebelum menuju ke atmosfera. . Berumur 43 tahun, penerjun profesional Austrian ini turut memecahkan dua rekod dunia untuk terjunan bebas tertinggi dan penerbangan tertinggi manusia menggunakan belon gas. via Redbull & news.sky

Read more...

Gunung Buku

Book Mountain adalah binaan rak buku untuk tarikan dan kemudahan yang disusun dalam bentuk gunung di dalam perpustakaan Spijkenisse, Belanda. Perpustakaan telus cahaya adalah galakan kepada masyarakat tentang kewujudan pusat ilmu yang boleh dilihat isi kandungan banggunannya di tengah kota. Reka bentuk luaran yang diinspirasikan daripada rekaan bangsal tradisi ladang di Belanda. via MVRDV

Read more...

Rumah Kaca

Direkabentuk oleh pereka syarikat Santambrogio,Itali. Ennio Arosio menjadikan segala yang ada dan dilindungi lebih terbuka dan tidak terselindung. Perabot yang terdiri daripada katil dan meja serta ruang bilik mandi, segalanya diperbuat sepenuhnya daripada kaca.

Read more...

Ranking Universiti Malaysia | Top Rank University


Kedudukan / ranking universiti mengikut QS  (sah diguna pakai oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) sebagai penanda aras untuk ahli akademik di dunia ) dinilai dari 5 kriteria yang bermatlamat mengimbangkan kecemerlangan akademik (ulasan/petikan-fakulti) pengajaran (fakulti / bilangan pelajar), pengantarabangsaan ( tahap antarabangsa fakulti / pelajar) dan profil intitusi. Juga turut dinilai mengikut kepakaran bidang,Seni & Kemanusiaan, Sains Hayat & Bioperubatan, Sains Semula Jadi, Sains Sosial dan Kejuruteraan & IT.
(Arts & Humanities, Life Sciences & Biomedicine, Natural Sciences, Social Sciences and Engineering & IT.)

  QS University Rankings - Asian 2012 (08102012)
  1. 35. Universiti Malaya 
  2. 58. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
  3. 63. Universiti Sains Malaysia (USM) 
  4. 74. Universiti Teknologi Malaysia (UTM) 
  5. 76. Universiti Putra Malaysia (UPM) 
  6. 151-160. International Islamic University of Malaysia (IIUM / UIA) 
  7. 161-170. Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) 
  8. 191-200. Multimedia University (MMU) 
  9. 201-250. Universiti Teknologi Mara (UITM) 
  10. 201-250. Universiti Teknologi Petronas (Petronas)
  11. 251-300. Limkokwing University of Creative Technology (LUCT)
  12. 251-300. Universiti Tenaga Nasional (UNITEN)  
  13. 251-300. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
  14. 251-300. Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) 
  15. 251-300. Universiti Utara Malaysia (UUM)
*Rangking oleh 4icu: http://www.4icu.org/my/ dinilai mengikut trafik internet popular mengikut universiti dengan rujukan  Google Page Rank , Alexa Traffic Rank dan Majestic Seo Referring Domains. via 4icu

*Ranking oleh Webometrics: http://www.webometrics.info/en/Asia/Malaysia%20 milik CSIC sebuah badan kaji selidik di Sepanyol. Juga melinai mengikut impak carian web. via webometrics method

p/s: tak kisahlah korangnya U nombor berapa, yang penting belajar rajin2 banggakan agama dan keluarga. Jgn lah nak drop2 budak U lain...  :)

Read more...

Senarai Filem 2013 / 2013 Movie List

Filem Malaysia Melayu / Inggeris / Tamil/ Mand / Cant - 2013
MOVIE LIST

JANUARY
PICKLES
THE LAST TYCOON (MAND)
MINYAK DAGU
PARENTAL GUIDANCE
 THE GRANDMASTERS (CANT)
CIRQUE SU SOLEIL
FIRE WITH FIRE
 FORKS OVER KNIVES
 CONSPIRATORS (CANT) (3D)
HANSEL & GRETEL: WITCH HUNTERS
GAMBIT
THE FROZEN GROUND
PLAYING FOR KEEPS
WAWA SEMPUT
THE TOWER
YOUNG AND DANGEROUS RELOADED
ALEX PANDIAN (TAMIL)
BROKEN CITY
MONSTER INC 3D
THE GRANDMASTERS
 THE NEW VILLAGE (MAND)
 THE IMPOSSIBLE
JUVANA
PARKER
PENTHOUSE NORTH
ARGO
THE LAST STAND
 MAMA
OPS KOSSA DAPPA 3

FEBRUARY
BULLET TO THE HEAD
 TAXI! TAXI!
 47 RONIN
A GOOD DAY TO DIE HARD
HOTEL OF CELEBRITIES
I LOVE HONG KONG 2013 (MAND/CANT)
JOURNEY TO THE WEST (MAND/CANT)
ONCE UPON A TIME (CANT/MAND)
THE WEDDING DARY II
HITCHCOCK
 BEAUTIFUL CREATURES
TOGETHER (MAND)
 FLIGHT
DARK SKIES
LINCOLN
 THIS IS 40
JACK THE GIANT SLAYER
RocK OO!!
WAWA SEMPUT
HANTU KAK LIMAH 2: HUSIN,MON DAN JIN PAKAI TONCIT
HOTEL DELUXE
KERAT 14
GANGSTER CELOP
PADA SUATU CINTA DAHULU
SPIDER 3D

MARCH
STOKER
CONSPIRATORS
BOLA KAMPUNG THE MOVIE (MLY)  (2D/3D)
 OZ: THE GREAT AND POWERFUL (3D)
THE CROODS
DEAD MAN DOWN
 DJANGO UNCHAINED (3D)
SNITCH
THE INCREDIBLE BURT WONDERSTONE
G.I. JOE : RETALIATION
CERITA KITA
OLYMPUS HAS FALLEN aka WHITE HOUSE TAKEN

APRIL
CARRIE
ODD THOMAS
THE HOST
OBLIVION
THE HEAT
WARM BODIES
EVIL DEAD
JURASSIC PARK 3D
LONG WEEKEND

MAY
PAIN  & GAIN
IRON MAN 3
STAR TREK INTO DARKNESS
THE GREAT GATSBY
THE PLACE BEYOND THE PINES
EPIC
LANGGAR
HUMMINGBIRD
DAVID LOMAN
FAST & FURIOUS 6
THE HANGOVER 3
IDENTITY THIEF
OH MAK KAU (O.M.K)
VEHICLE 19
9-9-81
BIKERS KENTAL
BRO NAMPAK MOTOR AKU?
OLLI (T)
CHRISMAST ROSE
KIL

JUNE 
AFTER EARTH
LARI
PEE MAK
KRISHNA TULASI
MAN OF STEEL
PECAH
SWITCH
BABY BLUES
WORLD WAR Z
NOW YOU SEE ME
MONSTER UNIVERSITY
WORLD WAR Z
TOKAK
1 LAWAN SATU
AFTERSHOCK
OLIPHATIVU
THE HEAT
WHITE HOUSE DOWN
BADGES OF FURY (CANT)

JULY
PACIFIC RIM (2D/3D)
BLIND DETECTIVE ( CANT/MAND)
DESPICABLE 2
THE LONE RANGER
TALES FROM THE DARK PART 1
THE ROOF TOP (MAND / CANT)
WELCOME TO THE PUNCH
COMBUSTION
MR. GO
R.I.P.D
RED 2
TURBO
APARTMENT 1303
THE PROTOTYPE
THE WOLVERINE

AUGUST
300: BATTLE OF ARTEMESIA
THE CONJURING
ADNAN SEMPIT 3
KICK ASS 2
KILLING SEASON
TALES FROM THE DARK PART 2
TOM YUM GOONG 2
PERCY JACKSON: SEA OF MONSTER
PLANES
THE MIDAS TOUCH
THE NEW VILLAGE
ELYSIUM
IN TH BLOOD
MORTAL INSTRUMENTS: CITY OF BONES
UNBEATABLE
WE'RE THE MILLERS
7500
THE SMURFS 2

SEPTEMBER
PRISONERS
2 GUNS
HORROR STORIES 2
THE CHRONICLES OF RIDDICK: DEAD MAN STALKING
ESCAPE PLANE
MACHETE KILLS
THE INTERNSHIP
THE WORLD'S END
GOWN UPS 2
RUSH
HOMEFRONT
INFERNO
PARANOIA
RUNNER RUNNER

OCTOBER
ABOUT TIME
CLOUDY WITH A CHANCE MEATBALLS 2
GRAVITY
THAT DAMON WITHIN
BLACK COMEDY
SEVENTH SON
FIRESTORM
MR & MRS PLAYER
PARANORMAL ACTIVITY 5
ENDERS GAME
THOR" THE DARK WORLD

 NOVEMBER
CARRIE
THE HUNGER GAMES : CATCHING FIRE
IN FEAR

DECEMBER
THE HOBBIT:DESOLATION OF SMAUG
WALKING WITH DINOSAURS
THE SECRET LIFE OF WALTER MITTY
AS THE LIGHTS GOES OUT
LAS VEGAS


p/s:Tertakluk kpd perubahan.List akan ditambah dari masa ke semasa. Sumber Sindiket Kaki Wayang

Read more...

Bangunan Kubah Geometrik

Binaan kubah ini adalah rekaan dua orang arkitek, Kristoffer Tejlgaard dan Benny Jepsen. Terletak di Bornholm, Denmark, ia adalah kawasan pelancaran untuk perbincangan/debat mengenai isu perumahan masa hadapan. via Fubiz

Read more...

Mesin Percetakan 3D Mampu Milik

Form 1 adalah printer 3D yang dikeluarkan oleh FormLabs. Bermula pada 2011 dengan matlamat mengatasi masalah cetakan 3D yang mahal dan kualiti tidak memuaskan. Form 1 menggalakan kreativiti pereka, jurutera dengan kualiti & harga munasabah. Bahan cecair resin plastik akan terbentuk setelah terdedah dengan cahaya laser melalui lapisan demi lapisan. Bersaiz kompak, dengan Stereolithography ia mampu mencetak dengan ketebalan 25 microns (0.001 in). Dijual dengan pakej berbeza bermula daripada $2,299 - $10,000 ( RM 7,000- RM 30,000 ++). via Kickstarter

Read more...

Kuda Papan Kekunci

Seni kitar semula oleh pengarca bernama Babis. Memberi nama arcanya sebagai Hendonismy Trojaner, dihasilkan menggunakan resin dan kitaran semula huruf di papan kekunci. Trojan Horse adalah metafora ke atas hubungan manusia kepada ketaksuban penggunaan internet.

Read more...

Kereta Pandu Sendiri Google

Self Driving Car Project, sebuah projek pintar oleh Google yang telah bermula sejak 2010. Bermatlamat mengurangkan masalah keselamatan (kemalangan) dan menekankan efisiensi penggunaan kenderaan yang menjimatkan masa manusia dan mengurangkan pembebasan karbon dioksida. Kereta dilengkapi dengan rakaman video kamera, sensor radar juga bantuan peta. Projek ini mengumpulkan jurutera daripada pemenang cabaran DARPA, pertandingan perlumbaan autonomus di Amerika Syarikat. Ketua bahagian kejuruteraan, Chris Urmson (pasukan CMU – Urban Challange 2007), ketua perisian, Mike Montemerlo (Stanford – Grand Challenge 2005) dan Anthony Levandowski ( pereka motosikal autonomus pertama dunia). Semua hasil kerja mereka di pamerkan di National Museum of American History. Teknologi ini telah diuji sejauh 300,000 batu tanpa melibatkan sebarang kemalangan. California akan menjadi kawasan kedua di Amerika, memberikan lesen untuk kereta tanpa pemandu ini. Masyarakat dunia mungkin akan dapat melihat ianya beroperasi menjelang tahun 2018. via GoogleBlog / GoogleBlog 2 / TgDaily / NewCarEngineReview / Wikipedia

Read more...

Smart Insect | Toyota

Dilancarkan oleh Toyota Motor Corporation (TMC). Smart Insect (SI) adalah kenderaan ultra kompak generasi masa depan berkuasa eletrik (EV).  Kenderaan satu penumpang berasaskan model "COMS" terdahulu yang dihasilkan Toyota Auto Body Co.,Ltd. Ianya dilengkapi teknologi sesor gerakan, pengenalan suara dan ramalan sikap. SI berhubung dengan pemandunya melalui sistem Toyota Smart Center, merangkumi perkhidmatan komunikasi dengan pengguna untuk sokongan mudah dan selesa dari dalam kereta untuk mengawal sistem dirumah. Didemonstrasikan di pameran teknologi CEATEC JAPAN 2012, yang berlansung dari 2 hingga 6 Oktober di Makuhari Messe,Chiba City, Japan. Anggaran harga $12,500.via gigazine

Read more...

Batu Penghalang di Tengah Jalan

Manusia itu ada yang mementingkan diri dan selalu mengambil kesempatan atas kesusahan yang lain. Apabila mengalami kesusahan ingin dibantu, tetapi bila senang tidak mahu memberi. Dihasilkan oleh pelajar animasi Southern Adventist University. Filem pendek 12 minit ini merupakan idea tahun 2007 yang diperbaiki dan kompilasi hasil berpasukan pelajar yang disiapkan pada 2012. via Rock in the Road



p/s: bantu membantu amalan mulia :)

Read more...

Terowong Cinta | Tunnel of Love

Studio Vollaerswart dengan rekabentuk “ Tunnel of Love” sempena Festival Glow di Eindhoven. Menggunakan beribu kertas berbetuk hati, keadaan terowong diekspresikan dengan interaksi cahaya dan arkitek. Menimbulkan perasaan teruja dan takjub.

Read more...

Seni Halus Garam

Garam dijadikan sebagai bahan mentah untuk penghasilan persembahan seni halus Motoi Yamamoto. Menamakannya sebagai taman terapung ( Floating Garden), seni ini dipersembahkan di Laband Art Gallery, Loyola Marymount University. Kegigihan yang memerlukan Yamamoto bekerja selama 11 hari.

Read more...

Video Klip Teman Pengganti Black & Malique


Read more...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...