rss
twitter
    Find out what I'm doing, Follow Me :)

Yang dihormati...

( ctrl + left clik =new tab)
Klik tajuk entri untuk komen/gambar&video penuh.
Link bewarna biru dalam setiap entri adalah kredit kpd pemilik /artikel terdahulu.
Receive ayampenyek's blog update trough Facebook
Jika tiada entri baharu..kebiasaannya ade dikongsi di FB
Jika ada video yg tdk lagi boleh dimainkan.. sila komen utk alert kpd kami..

Revolights | Basikal / Speda

Revolights adalah sebuah projek yang bermula dengan mendapatkan dana di Kickstarter. Idea bernas yang menggabungkan ciri estetika dan keselamatan, LED  yang diletakkan di tayar basikal menghasilkan cahaya yang membantu penunggang pada waktu malam. Menggunakan bateri Lithium-ion, boleh dicas dengan USB dan mampu bertahan selama 4 jam. Dijual dengan harga $250 USD ( RM 763.50 ) di pasaran Amerika, Kanada dan Mexico.

Read more...

Kolaj Tanah Liat

Becky Sloan & Joseph Pelling menghasilkan video klip muzik untuk lagu “Feels Like We Only Go Backwards” oleh Tame Impala. Pengarahan yang menggunakan lebih daripada 1,000 kolaj tanah liat (plasticine), dengan teknik stopmotion. Warna-warni tanah liat mengakibatkan hypnotis, boleh dilihat di video. :P

Read more...

Proses Paten Reka Bentuk Perindustrian

Definisi
Reka bentuk perindustrian (industrial design) ialah ciri bentuk, tatarajah, corak atau hiasan yang digunakan pada sesuatu barang melalui apa-apa proses atau cara perindustrian, iaitu ciri yang ada pada barang siap, merupakan ciri yang menarik dan dinilaikan dengan pandangan mata. [Seksyen 3, Akta Reka Bentuk Perindustrian 1996].

Reka bentuk yang boleh /perlu didaftarkan
Mestilah baru serta tidak pernah dizahirkan di Malaysia dan tidak terdapat di dalam Daftar Reka Bentuk Perindustrian. Ciri-ciri suatu reka bentuk boleh terdiri daripada bentuk dan tatarajah iaitu 3D atau corak dan hiasan iaitu 2D atau gabungan keduaduanya sekali yang terdapat pada barang tersebut

Tempoh perlindungan

Read more...

Senarai Penuh Lagu ke Peringkat Akhir AJL 2013

Senarai 12 Lagu Peringkat Akhir  AJL - 6 Januari 2013

  1. Idola (Azlan & The Typewriter) – Audi Mok & Azlan 
  2. Pelangi Senja (Stacy) – Taja & Tun Teja 
  3. Anak Kampung (One Nation Emcees & Jimmy Palikat) – Jimmy Palikat 
  4. Terukir Di Bintang (Yuna) – Yuna Zarai 
  5. Ombak Rindu (Hafiz & Adira) – Zaidi
  6. Tanpamu (Amir Jahari) – Amir Jahari
  7. Lagu (Bedroom Sanctuary) – Bo Amir Iqram
  8. Teman Pengganti (Black & Malique) – Malique
  9. Ku Akui (Hafiz Suip) – Ajai  
  10. Simetri (Hazama & Amy Search) – Audi Mok & Zel Firdhaus Haduan
  11. Andaiku Bercinta Lagi (Mojo) – Edry Abdul Halim
  12. Patah Seribu (Shila Amzah) – Shila Amzah

 

p/s: huhu kena 0-3 da.. tadi :(


Read more...

Pajeri Nanas Daging Salai Rodeo

Masih ramai yang mengeja perkataan "nanas" sebagai nenas. Walhal ejaan yang sebetul mengikut kamus dewan adalah nanas. Jika anda memiliki waktu terluang di hujung minggu, mahupun hari kebiasaan. Bolehla mencuba resipi pajeri nanas yang mudah disediakan untuk dijadikan lauk santapan. Tanpa mengira status bekeluarga ataupun bujang. Pajeri nanas ini ditambah nilai dengan campuran daging salai. Maka nama komersialnya telah bertukar menjadi Daging Salai Ananas Rodeo bagi memenuhi tema koboi . Menu ini adalah sempena Pertandingan Memasak Daging Salai & Pencarian Master Chef DVS pada 26 November di MAHA 2012.
p/s: Tahniah kepada Kaklong & Maktam.. :D

Read more...

MIA | Industrial Design Diploma Show 2012

MIA Industrial Design Diploma Show 2012 bertemakan "Whispering into The Heart". Bertempat di Malaysian Institute of Art Gallery . Boleh mula dilawati dari 20 November 2012 - 3 December 2012. Pada jam  10am-5pm (Isnin hingga Jumaat ) ,10am-1pm (Sabtu) dan ditutup pada hari Ahad, juga cuti umum. Sumber: Pelangi Puteh


Read more...

Kepompong Privasi

Cocoon Concept adalah produk inovatif yang direka dengan menggabungkan estetika dan fungsi dalam ruang yang dikurung. Sfera dengan dinding tembus cahaya (translucent) ini membuatkan mereka yang duduk didalamnya memiliki kepompong/ruang sendiri tanpa berasa terasing dengan dunia luar. Spesifikasi Cocoon adalah berdiameter 180cm.dijual dengan harga $2990, akan menemui pembeli tahun 2013.

Read more...

30 Perkara Mengenai Palestin & Israel

Tahukah Anda? Apakah yang terjadi antara Palestin & Israel? Tahukah anda ada sesuatu yang telah berlaku terhadap Palestin? Sedang yang lain berjoget-joget, menyanyi-nyanyi, menari-nari, bersuka ria, bergembira. Saudara kita dihujung sana menangis-nangis, bermandi darah, bermuram durja, bergundah-gulana. Doalah sesuatu yg baik-baik untuk mereka dan kita , setiap masa & ketika... Berikut 31 perkara, sumber daripada 42didyouknowrense.
  1. Apabila masalah Palestin telah diwujudkan oleh Britain pada tahun 1917, lebih daripada 90% daripada penduduk Palestin adalah Arab, dan yang terdapat pada masa itu tidak lebih daripada 56.000 orang Yahudi di Palestin?



  2. Lebih separuh daripada orang-orang Yahudi yang hidup di Palestin pada masa itu adalah pendatang, yang telah datang ke Palestin dalam dekad sebelumnya dalam usaha untuk melarikan diri penganiayaan di Eropah. Dan bahawa kurang daripada 5% daripada penduduk Palestin berasal Yahudi Palestin.




  3. Arab Palestin pada masa itu memiliki 97.5% daripada tanah, manakala Yahudi (asli Palestin dan pendatang ini bersama-sama) memiliki hanya 2.5% tanah.

Read more...

Buku 360° Darjah

Yusuke Oono adalah seorang artis seni daripada Jepun yang menghasilkan sebuah buku 360. Buku berkisar tentang kisah dongeng Snow White dalam bentuk keratan kertas.via TrendyGirl

Read more...

Robot Kotak Kadbod

Bersaiz setinggi 50 cm (20") untuk model yang kecil dan 105 cm (41") untuk yang bersaiz besar. Bina sendiri Cardboard Robot keluaran Calafant. Keseronokan dalam membina robot seperti permainan puzzle. Sesuai untuk menggalakkan kreativiti kanak-kanak. Warnakan dan tambahkan inovasi dalam binaan dengan tambahan kabel, paip,skru dan lain-lain untuk lebih kelihatan robotik. via forloveandglory

Read more...

Transport Design | UiTM Shah Alam 2012

Sebuah entri lama yang sudah lama disimpan. Bertempat di Foyer Fakulti Seni Lukis & Seni Reka, UiTM Shah Alam. Telah diadakan pameran pelajar tahun akhir pada 13-16 Julai 2012. Berikut 12 buah gambar projek akhir rekabentuk kenderaan konsep dibawah tunjuk ajar Puan Wan Zayana. Gambar hasil sumbangan Ahmad Firdaus. via autostylista

Read more...

Kitar Semula Spray Grafiti

Canlove, nama sebuah organisasi bukan berasaskan keuntungan yang menjalankan program kitar semula spray graffiti. Idea oleh Neff & DJ Paul Ramirez. Memberi harapan kedua untuk berbotol tin spray dengan seni, program ini berjaya mengadakan pameran di 941 Gallery ,San Francisco.

Read more...

Potret Seterika Baju

Menggunakan seterika untuk meratakan permukaan baju sememangnya kerja yang remeh, DDB Moscow menjemput semua melihat apa yang boleh dilakukan oleh Philips Azur. Seterika sebenarnya sesuatu yang mengasyikkan jika dihayati. Menjadi sebagai sebuah peralatan yang berguna membentuk sebuah potret indah dengan lipatan kain hasil daripada menggunakan seterika.

Read more...

Jam dalam 24 Jam

Humans Since 1982 menyusun atur sebuah jam daripada 24 buah jam kecil “The Clock Clock White”. Hasil perbincangan pereka dengan kerjasama jurutera David Cox, jarum minit dan jam setiap jam kecil berupaya membentuk unit digital yang menunjukkan waktu sebenar. Klik tajuk untuk entri penuh.


Read more...

Kesan & Fakta Air Berkarbonat

Real Bears adalah animasi yang mengisahkan kesan minuman ringan terhadap sebuah keluarga beruang. Kempen kesedaran minuman berisiko nombor satu terhadap penduduk Amerika. Satu (1) daripada tiga (3) penduduk Amerika mengalami masalah lebih berat badan dan obesiti.  Penyelidikan telah membuktikan minuman bergula menjadi penyebab kepada obesiti, sakit jantung, stroke dan penyakit-penyakit lain. Berikut adalah fakta yang tidak mengembirakan si penggemar minuman:

Read more...

Links for sketches, rendering and design tutorials


  1. Sketch A Day - http://www.sketch-a-day.com/
  2. Designer Mart - http://www.designermart.co.uk/tutorials.html 
  3. Car Body Design - http://www.carbodydesign.com/ 
  4. Photoshop basics - http://www.digimods.co.uk/tutorials/tutorials.htm 
  5. Car Design News - http://www.cardesignnews.com/site/home/ 
  6. Robrady blog - http://www.robradyblog.com/tutorial-design-a-concept-car/ 
  7. ZaneSketchBook - http://zanesketchbook.blogspot.com/2010/07/rendering-tutorial-proton-aurora.html 
  8. Simkom - http://www.simkom.com/sketchsite/ 
  9. Books - http://www.designsojourn.com/good-books-on-design-sketching/ 
  10. Tuvie - www.tuvie.com 
  11. High Resolution Cars Pictures - www.netcarshow.com 
  12. Car creator blog - http://carcreator.blogspot.com/ 
  13. Ernest Blog - http://ernestincardesign.blogspot.com/ 
  14. id Sketching -http://www.idsketching.com/ 
  15. Daniel Simon - http://danielsimon.com/ 
  16. Car Design Community - http://cardesigncommunity.com/ 
  17. Miles Waterhouse - http://www.mileswaterhouse.com/tutorial_index.html 
  18. Kelvin Hulsey Illustration (detailed) - http://www.khulsey.com/illustration-tutorials.html 
  19. Photoshop Car Rendering Tutorial By Michelle Leonello- http://www.carbodydesign.com/2012/02/photoshop-car-rendering-tutorial/ 
  20. Chibi Car Tutorial (Same Technique for Rendering) http://cgvickers.deviantart.com/art/Chibi-Car-Colouring-Tutorial-61249228 
  21. Pencil Sketching Tutorial http://www.behance.net/gallery/Creativity-pencil-process-Catch-the-power/4348317 
  22. Designer Techniques - http://www.designertechniques.com/navagation/tutorials.html

p/s: website untuk rujukan industrial designer... :D


Read more...

Personaliti Rupa Pandangan Pertama

Secara sedar atau tidak, mengakuinya atau menafikan. Sememangnya rupa luaran  mempengaruhi rupa/isi dalaman. Sama ada telus meneliti atau terpedaya. Pembeli kenderaan lebih dipengaruhi pandangan luaran pertama kehebatan gayanya. Bungkusan makanan ringan yang menarik seringkali memperdaya untuk dibeli walau belum pasti kesedapan rasanya. Don't judge a book by its cover, benar tapi jangan membiarkan orang melihat luar yang buruk kerana tidak semua benar-benar meneliti isi dalaman. Seharusnya yang lengkap dengan isi, penuh dengan kehebatan spesifikasi, mahupun sedap rasa dimulut perlulah bijak melengkapkan keterampilan luarannya supaya lebih dihargai.

p/s: isi dan hiasan luar menarik adalah yang lebih baik dan terbaik.. :)

Read more...

Hukum Tidak Membayar Hutang


Apakah hukum orang yang berhutang, tidak mahu membayar hutangnya walau ianya berkemampuan ???

HUKUMNYA :
Berdosa besar bagi orang yang sengaja tidak membayar hutang. Seseorang yang suka melewat-lewatkan bayaran hutang setelah berkemampuan untuk membayar-nya, boleh mendatangkan kesan buruk dalam hidupnya bukan sahaja di dunia bahkan di akhirat antaranya :

i. Hidup akan ditimpa kehinaan dan hilang maruahnya.
ii. Hidup mereka tidak akan mendapat keredhaan dan keberkatan Allah.
iii. Perbuatan mereka itu digolongkan dalam perbuatan zalim.
iv. Amalan kebajikan mereka tidak akan diterima.

Sabda Rasul S.A.W. Maksudnya : “Penangguhan hutang oleh orang yang berkuasa membayarnya, adalah satu kezaliman, halal maruah dan hukuman ke atasnya (iaitu pemberi hutang boleh mengambil tindakan ke atas diri dan maruahnya) (Riwayat Ibnu Majah)
Sabda Rasul S.A.W. Maksudnya : “Kurangkan dirimu daripada melakukan dosa, maka akan mudahlah bagimu ketika hendak mati. Kurangkan daripada berhutang nescaya kamu akan hidup bebas”. (Riwayat Baihaqi)

sumber fb: Ustaz Adielatolara Putra

p/s: org yg berhutang dgn kita ni biasa buat x ingat..  kita pula mcm meminta-minta -_-"

Read more...

Kereta Termahal di Malaysia

Harga kereta di Malaysia sentiasa menjadi topik perbualan. Perdebatan mengenai harga pasaran tempatan selalunya berkait dengan tawaran harga yang lebih mahal daripada harga jualan di luar negara. Spesifikasi kenderaan yang ditawarkan membezakan harga, yang dipengaruhi oleh aksesori, cukai import, cc dan beberapa perkara lain. Sebuah Bugati Veyron  adalah berharga USD 3.4 juta ( RM 10.3 juta), tetapi kereta untuk pasaran Malaysia sebenarnya jauh lebih mahal untuk sebuah kereta Perodua, Toyota, Honda, dan Mitsubishi. Sebagai contoh viva juga boleh berharga 3 juta. :P via >> blog5zal

Read more...

Rumah Kapal Angkasa

Jutawan Rusia, Vladislav Doronin melaburkan duitnya untuk rekaan rumah yang menyerupai sebuah kapal angkasa. Zaha Hadid Architects merealisasikan ” Spaceship House “ yang terletak di lereng bukit Moscow, Barvikha. Vila 2650m2 rekaan berinspirasi  kapal angkasa daripada filem sains fiksyen, rupabentuk geometrik untuk penempatan masa depan ini masih dalam pembinaan. Klik tajuk entri untuk 12 gambar seterusnya.

Read more...

Seni Gantung Tisu Tandas

Artisan seni daripada Turki, Sakir Gokcebag melakukan pemasangan seni halus. Sakir menggunakan tisu tandas dengan kreativiti tersendiri dalam mempamerkan arca hiasan seninya.

Read more...

Lukisan Foto Realistik

Artis seni daripada Itali, Diego Fazio, dikenali dengan nama samaran sebagai DiegoKoi. Memiliki bakat hebat yang tidak dapat dinafikan. Lukisan pensilnya memiliki ketepatan dan ketajaman yang tinggi. Hasilnya mengelirukan sesiapa sahaja dengan menyangkanya sebagai sebuah gambar fotografi.

Read more...

Senarai Lagu Layak ke AJL 27 | 2012/2013

Senarai 30 lagu berjaya ke peringkat separuh akhir Muzik-Muzik ke-27. Keputusan Senarai Akhir Lagu Layak bertanding di Anugerah Juara Lagu (AJL 27 | 2012/2013). Juga disertakan list lagu ke Separuh Akhir Muzik-Muzik 27 / Final AJL 27. Bermula 11 November (11 lagu), 18 November (11 lagu) dan 25 November (8 lagu) di tv3. Secara langsung dari Studio Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam pada setiap hari Ahad jam 9.00 malam – 10.30 malam untuk bahagian 1 & 2, manakala separuh akhir bahagian 3 pula akan menemui penonton bermula jam 10.00 malam. Senarai top 5 akan diupdate / muat naik dari masa ke semasa. Tarikh Anugerah Juara Lagu 27 adalah pada 6 Januari 2013.

Top 6 Separuh Akhir Pertama - 11 November 2012 / Ahad
  1. Idola (Azlan & The Typewriter) – Audi Mok & Azlan 
  2. Pelangi Senja (Stacy) – Taja & Tun Teja 
  3. Cerita Dia (Drama Band) – Ammar Habir & Aepul
  4.  Kasanova (Stacy) – Edry Abdul Halim 
  5. Watak (Hafiz) – Aidit Alfian & AD Samad 
  6. Biar Sampai Ke Bintang (Asmidar) – Ajai/ Ahmad Farid Abdul Jalal 

Aku Datang (Tomok) – Tomok & Rafidah Abdullah 
Aku Suka Dia (Ainan Tasneem) – Ainan Tasneem
Jerrypah (Aizat Amdan) – Anas & Aizat Amdan
Majnun (Hazama) – Audi Mok & Omar K 
Pencinta Terbaik (Sofaz) – Edry Abdul Halim

Top 6 Separuh Akhir Kedua - 18 November 2012
  1. Anak Kampung (One Nation Emcees & Jimmy Palikat) – Jimmy Palikat 
  2. Terukir Di Bintang (Yuna) – Yuna Zarai 
  3. Lagu (Bedroom Sanctuary) – Bo Amir Iqram 
  4. Ombak Rindu (Hafiz & Adira) – Zaidi 
  5. Tanpamu (Amir Jahari) – Amir Jahari 
  6. Tapi Bagaimana (Spider) – Tam Spider & M. Nasir

Sesaat Kau Datang (Ramlah Ram & Sleeq) – ID Mifzal & Zie Syafruddin 
Terlalu Mencintaimu (Suki) – Ajai & Jeremy Chong 
Beginilah Caranya (Shaheizy Sam & Yana) – Ajai 
Sebelah Jiwaku (Jaclyn Victor) – Edry Abdul Halim 
Angkasa (Diandra Arjunaidi) – Diandra Arjunaidi

Top 5 Separuh Akhir Ketiga - 25 November 2012
  1. Teman Pengganti (Black & Malique) – Malique 
  2. Andaiku Bercinta Lagi (Mojo) – Edry Abdul Halim 
  3. Harapan (Hyper Act) – Hyper Act & Frozen 
  4. Simetri (Hazama & Amy Search) – Audi Mok & Zel Firdhaus Haduan 
  5. Patah Seribu (Shila Amzah) – Shila Amzah
Panik (Bunkface) – Sam Bunkface 
Mesti Ada Cinta (Akim & Fiq) – Kuncidemak 
Patah Seribu (Shila Amzah) – Shila Amzah 
Ku Akui (Hafiz Suip) – Ajai

Senarai Lagu Peringkat Akhir  AJL - 6 Januari 2013

  1. Idola (Azlan & The Typewriter) – Audi Mok & Azlan 
  2. Pelangi Senja (Stacy) – Taja & Tun Teja 
  3. Anak Kampung (One Nation Emcees & Jimmy Palikat) – Jimmy Palikat 
  4. Terukir Di Bintang (Yuna) – Yuna Zarai 
  5. Ombak Rindu (Hafiz & Adira) – Zaidi
  6. Tanpamu (Amir Jahari) – Amir Jahari
  7. Lagu (Bedroom Sanctuary) – Bo Amir Iqram
  8. Teman Pengganti (Black & Malique) – Malique
  9. Ku Akui (Hafiz Suip) – Ajai  
  10. Simetri (Hazama & Amy Search) – Audi Mok & Zel Firdhaus Haduan
  11. Andaiku Bercinta Lagi (Mojo) – Edry Abdul Halim
  12. Patah Seribu (Shila Amzah) – Shila Amzah

 

  
p/s: 5 lagu layak AJL adalah daripada separuh akhir ke 2 & 3.... O.o

Read more...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...