rss
twitter
    Find out what I'm doing, Follow Me :)

Yang dihormati...

( ctrl + left clik =new tab)
Klik tajuk entri untuk komen/gambar&video penuh.
Link bewarna biru dalam setiap entri adalah kredit kpd pemilik /artikel terdahulu.
Receive ayampenyek's blog update trough Facebook
Jika tiada entri baharu..kebiasaannya ade dikongsi di FB
Jika ada video yg tdk lagi boleh dimainkan.. sila komen utk alert kpd kami..

Lukisan Paten Lantai | Pen Marker

Heike Weber bertapak di Cologne. Diusulkan untuk melaksanakan tugasan menghiasi dekorasi baru kafe di Prague, “Bodenlos”. Hasil menggunakan pen marker merahnya, berjaya menggubah ruang dengan paten garisan ilusi di atas lantai. via fubiz

Read more...

Rebat Telefon Pintar RM200 | Syarat Pakej Komunikasi Belia

Pakej Komunikasi Belia adalah salah satu projek kerajaan Malaysia melalui SKMM di bawah bajet 2013 dan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI) untuk mempertingkatkan taraf hidup rakyat terutamanya golongan belia. Kerajaan menyasarkan golongan belia ini sebagai golongan yang mampu memberi impak yang besar dalam memacu pertumbuhan ekonomi terutamanya dalam bidang e-perdagangan (e-commerce). Dijangka dapat dimanfaatkan 1.5 juta belia di Malaysia. Program ini menawarkan rebat sebanyak RM 200 untuk pembelian telefon pintar. Permohonan boleh dibuat dari 1 Januari 2013 hingga 31 Disember 2013, atau sehingga peruntukan sebanyak RM 300 juta telah dipenuhi; yang mana terdahulu. Layari https://komunikasibelia.skmm.gov.my/ atau hubungi melalui email komunikasibelia@cmc.gov.my atau telefon 1-800-88-4040 untuk maklumat lanjut.

Syarat adalah seperti berikut:

Read more...

Pelayaran Sampan Berwarna - Warni

Aether & Hemera menjemput orang ramai melihat hasil seni berteknologi mereka di London’s Canary Wharf, yang menjadi hiasan London sehingga 15 February 2013. Dipanggil sebagai "Voyage"( viaticum asal perkataan latin) , keunikan dan kecantikan 300 buah sampan kertas yang dipasang dengan lampu LED berwarna-warni. Mengimbau kenangan imaginasi dan kebebasan kanak-kanak. Lampu LED ini boleh diubah warnanya dengan interaksi jalur lebar dengan telefon pintar.

Read more...

Tree Spade Truck | Trak Penyodok Pokok

Trak pengalih pokok atau penyodok pokok bersaiz besar adalah sesuatu yang baru di Malaysia. Penggunaannya di beberapa negara eropah telah banyak digunakan. Bertujuan mengekalkan kesejahteraan alam, serta membantu gubahan landskap taman. Trak penyodok berfungsi mengalihkan pokok dari tempat asal ke kawasan baru yang lain, tanpa perlu menebang atau mematikan mana-mana pokok tinggi yang telah hidup selama puluhan dan ratusan tahun atas alasan pembangunan. via dutchman

Read more...

Dinding Muzik Berapi

Aaron Sherwood mencipta pemasangan interaktif yang diberi nama sebagai Firewall dengan kerjasama Mike Allison. Satu lembaran spandex diregangkan untuk bertindak sebagai membrane interface yang sensitif kepada kedalaman, apabila permukaan spandex ditolak ke dalam maka akan mewujudkan visual api dan bunyian musik. Hasil kerja yang menggunakan Processing, Max/MSP, Arduino dan Kinect. via designboom

Read more...

Potret Titik Benjaman Kyle

Artis Miguel Endara melakukan penghormatan kepada Benjaman Kyle, nama samaran Manin AS yang telah kehilangan semua memori. Potret benar-benar indah dihiasi dengan jumlah lebih daripada 2 juta titik.  Sebelum beliau pernah menghasilkan lebih daripada 3.2 juta titik untuk lukisan bertajuk "Hero".

Read more...

Pakaian Belon Rie Hosokai

Takashi Kawada berkolaborasi mereka pakaian yang diperbuat daripada belon bersama rakannya di DaisyBalloon, Rie Hosokai. Karya agung ini dipamerkan di Parco Galeri di Tokyo sebagai sebahagian daripada pameran seni amal "Piece for Peace".

Read more...

Lukisan Paten Bunga

Paul Alexander Thornton merupakan ilustrator Inggeris dan pereka paten yang suka menghasilkan karya sebenar dengan lukisan tangan. Bertapak di United Kingdom, beliau melihat foto realistik yang mengagumkan, dan menggubah komposisi visual bunga indah menggunakan naluri dan sentuhannya dengan pen mata bola.

Read more...

Asal Perkataan Kinabalu

Gunung Kinabalu terletak di Banjaran Crocker, Sabah. Merupakan puncak tertinggi di Malaysia, puncak tertinggi Pulau Borneo dan ke 5 tertinggi di asia tenggara dengan ketinggiannya mencecah 4,095.2 meter dari aras laut. Perkataan "Kinabalu" asalnya merupakan perkataan kaum Kadazandusun yang dicampurkan antara perkataan "Aki' Nabalu",  "Aki" membawa maksud nenek moyang, manakala "Nabalu" beerti gunung, "Gunung Nenek Moyang". Laluan untuk ke puncak Low’s Peak boleh didaki dengan permulaan perjalanan daripada Timpohon dan berehat sebentar di Labanrata (6.5 km), kemudian meneruskan perjalan pada 2.30 am keesokannya untuk melihat matahari terbit di puncak (2 km). Para pendaki bakal diuji dengan ketahanan fizikal dan mental, menghadapi suhu sejuk yang akan bermula daripada Labanrata dengan suhu dibawah 10°celcius hingga ke -2°celcius dipuncak sekiranya hujan. Menurut penduduk tempatan, 60% pendaki adalah terdiri daripada pelancong Australia dan Eropah.
 

Read more...

Bangunan Bakul Longaberger

Terletak di Dresden, Ohio, Amerika Syarikat. Bakul gergasi ini sebenarnya adalah sebuah bangunan yang dimiliki oleh syarikat Longaberger. Khusus dalam penjualan beg dan aksesori hiasan, rantaian Amerika ini mengambil kesempatan membina jenama dan pengenalan daripada seni bina yang memperlihatkan bakul terbesar di dunia.

Read more...

Arca Manusia Animatronics

Mark Ho berasal daripada Amsterdam, Belanda. Terkenal dengan arca manusia animatronicnya yang diperbuat daripada gangsa dan besi tahan karat. Pernah mendapat latihan dalam pengarahan filem dan penulisan skrip. Tahun kedua di akademi, memerlukan beliau melaksanakan tugasan menghasilkan boneka yang mampu melakukan banyak pergerakan. Tugasan yang  membuatkannya berfikir mengenai masa depannya dalam industri perfileman. Selesai sahaja pengajian, beliau mengambil keputusan nekad mendalami segala ilmu berkaitan logam. Kesenian halus logam yang mendatangkan kepuasan kepada dirinya menemukan kepada kecantikan, ketepatan, kesabaran, kemahiran, reka bentuk dan perasaan ikhlas.

Read more...

Pokok Buaian Binaan Hiasan Taman

Pemasangan Chop Stick ( functional sculpture) telah ditugaskan oleh Muzium Seni Indianapolis kepada Visiondivision, firma seni bina Sweden untuk menggambarkan metafora " bahawa kita mesti mengorbankan sesuatu untuk membina sesuatu yang baru" . Menggunakan batang pokok di taman, binaan struktur menyediakan sebuah buaian gergasi untuk semua. Pokok balak yang digunakan adalah seberat 6 tan.


Read more...

Jam Setahun 4 Musim

Waktu bergerak terlalu pantas. Apabila ditunggu menjadi lama, apabila diperlu menjadi singkat.  Masa tidak boleh berundur. Tetapi hanya boleh dilalui dan dihadapi. The Present Clock ciptaan sebuah syarikat yang bertapak di Brooklyn. Jam yang menunjukkan waktu musim dalam setahun. Lengkapnya pusingan jam, bermakna setahun telah melalui musim sejuk (putih), bunga (hijau). panas ( kuning) dan luruh (merah). Prototaip bersaiz 12 diameter dan seberat 4 pound. via kickstarter

Read more...

10 Arca Kayu Aj Fosik

AJ Fosik dikenali sebagai artis yang dikenali dengan gayanya tersendiri. Hasil arca kayu warna-warninya adalah terdiri daripada ukiran haiwan yang menggambarkan semangat dan kekuatan.

Read more...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...