rss
twitter
    Find out what I'm doing, Follow Me :)

Yang dihormati...

( ctrl + left clik =new tab)
Klik tajuk entri untuk komen/gambar&video penuh.
Link bewarna biru dalam setiap entri adalah kredit kpd pemilik /artikel terdahulu.
Receive ayampenyek's blog update trough Facebook
Jika tiada entri baharu..kebiasaannya ade dikongsi di FB
Jika ada video yg tdk lagi boleh dimainkan.. sila komen utk alert kpd kami..

Garisan Gelanggang LED | Glass Floor

ABS Systembau pakar dalam pembinaan gelanggang memikirkan sesuatu yang terbaik untuk masa depan. Kekurangan gelanggang bukan lagi masalah, kerana kegunaan garisan LED mudah alih mampu merealisasikan keperluan mengikut kejohanan permainan dalam ruang kawasan yang sama. Sistem garisan lampu LED di atas lantai ( glass floor) dengan mudah dipasang untuk sukan yang berbeza dengan mengubah konfigurasi dalam ruang hanya beberapa saat menggunakan satu butang. Klik untuk video penuh.

Read more...

Industrial Design Degree Show 2013 | EXCEED UniSZA

Pameran pelajar ijazah tahun akhir yang telah diadakan pada 19-21 Januari 2013 baru-baru ini berlangsung di Perpustakaan Awam Terengganu, merupakan hasil kerjasama dengan Kelab Belia Eksplorasi Kuala Terengganu, dan juga Fakulti RekaBentuk Inovatif dan Teknologi Unisza, Gong Badak, Terengganu. Ini merupakan ijazah kumpulan kedua keluaran daripada Universiti Sultan Zainal Abidin.



p/s: informer lambat... so ini jelah yang dapat :P haha gambar xdak..

Read more...

Kejujuran Tidak Seharusnya DiSia-siakan

Kejujuran tidak seharusnya tidak diberi ganjaran. Kempen menghargai mereka yang berlaku jujur. Melihat reaksi dan tindak balas masyarakat di Australia. Penghargaan sebaik mungkin untuk sekecil-kecil sifat kejujuran. Kempen oleh NAB Credit Card

Read more...

Trend 90an | Internet Explorer

Nostalgia peredaran tahun 90an. Kanak-kanak atau remaja yang lahir pada 80an melalui trending yang berlaku dalam era 90an. Satu siri video rujukan oleh internet explorer yang membuatkan kita tersenyum, mengingatkan kenangan daripada era terdahulu. Cyber Pet, Digimon, Yoyo, Kasut, pistol air dan pelbagai lagi, merupakan peneman sebelum zaman laman sosial dan permainan maya berlaku. Klik untuk membaca artikel dan paparan video penuh.

Read more...

15 Finalis NST-Peugeot Design Competition 2013

Penganjur pertandingan sepakat membuat keputusan daripada 54 penyertaan untuk memilih 15 penyertaan terbaik yang menepati kriteria untuk ke peringkat seterusnya. Bertemakan Sports Car, rekaan perlu memenuhi kriteria utama iaitu memiliki DNA Peugeot. Kumpulan pelajar yang terpilih dikehendaki untuk menyiapkan model berskala 1:5 sebelum atau pada 3 April 2013. Tahniah kepada semua yang terpilih. Artikel penuh via nst-peugeot

Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) 

Read more...

Font Kereta Toyota iQ

Sebahagian daripada teknik pengiklanan yang menarik. Gabungan tarikan reka bentuk kenderaan yang anggun dan canggih. Toyota iQ adalah kenderaan pertama di dunia yang mewujudkan keseluruhan font daripada A hingga Z. Bekerjasama dengan pakar perisian, pereka grafik serta pemandu rally. Lebih daripada 24000 muat turun secara percuma dilaman Toyota suatu masa dahulu.

Read more...

3D Photo | Miniature

OMOTE 3D SHASHIN KAN mengajak anda menghasilkan miniatur salinan diri anda sendiri. Berdiri selama 15 min untuk proses imbasan.  Sebuah model 3D akan dibentuk mengikut rupa paras anda. Dicetak dengan percetakan 3D yang berwarna. Ianya dihasilkan daripada plaster. Mengambil masa selama 1-2 bulan selepas sesi fotografi/ imbasan. Ini bukanlah yang pertama di dunia tetapi pernah juga dibangunkan oleh Three Dee-You, 2 tahun yang lepas.

Read more...

Eja ABC Cara Arkitek

Membaca ABC dengan cara arkitek. Setiap konsonen mewakili nama arkitek dengan hasil kerja utama mereka. Dipersembahkan oleh Federico Gonzalez, konsep oleh Andrea Stinga. Video animasi ringkas yang menekankan nama-nama besar dalam dunia arkitek.

Read more...

Penyedut Kuning Telur

Pluck Egg nama yang diberi oleh perekanya, Mark Fusco. Alat pengasingan kuning telur dengan putih telur hanya dengan satu sedutan. Membantu penyediaan makanan di dapur serta penjagaan diet sihat. Mudah diselenggarakan untuk pembersihan. Harga jualan ialah $12.99 ( RM 40). Cara tradisional yang dikomersialkan sebagai produk untuk dijual. via quirky 

Read more...

10 Surah Mencegah

Surah-surah yang mencegah perkara mazmumah. Surah amalan yang harus diamalkan:
  1. Surah Al-Fatihah - mencegah kemarahan Allah S.w.t
  2. Surah Yassin - mencegah kehausan di hari kiamat
  3. Surah Ad Dukhan - mencegah kesusahan di hari kiamat
  4. Surah Waqiah - mencegah kefakiran
  5. Surah Al Mulk - mencegah seksa kubur
  6. Surah Al Kautsar - mencegah permusuhan
  7. Surah Al Kafirun - mencegah kekufuran ketika dicabut roh
  8. Surah Al Ikhlas - mencegah kemunafikan
  9. Surah Al Falak - mencegah iri hati seseorang
  10. Surah An Nas - mencegah was-was


p/s: tutu lama x baca Quran tu.. moh kite sama2 hihi :'>

Read more...

Cinta Pandang Pertama si Payung Biru

Filem pendek oleh Pixar studio bertajuk The Blue Umbrella. Disiarkan sebelum mula tayangan filem baru Monsters Academy, filem pendek bayangan Saschka Unseld dan kumpulan sokongannya. Kisah cinta pandang pertama antara dua buah payung. Klik tajuk untuk video filem pendek selama 34 saat.

Read more...

Augmented Reality Malaysia

Augmented Reality, membawa maksud penambahan realiti. Gabungan teknologi dengan realiti yang berkait dengan kepekaan bunyian, video, grafik atau data GPS. Video atau imbasan imej, mengesan objek dalam dunia sebenar yang kemudian dimanipulasikan dengan penambahan imejan. Projek percubaan anak Malaysia di Segaris Publika oleh Faisal Hashim. Graduan jurusan fotografi UiTM Malaysia ini menggunakan perisian Zugadar & Buildar. Projek dibantu oleh rakan-rakannya Hashima, Moh, Tun Fatimah, Hafiz, Atan, Kenddy, Mitot, Rina, dan Abd Rahim.
 

Read more...

Perkara diTegah di Masjid

Perkara yang dilarang dilakukan dalam masjid ataupun surau. Sesuatu yang lama ada difikiran setiap jemaah. Mungkin tiada siapa yang menegur atau tidak sedar kita sendiri melakukannya. Panduan video yang baik untuk dilihat, dipelajari dan difahami. Jaga adab anda ketika di rumah Allah. Sila kongsikan untuk dakwah bersama. Sama-sama kita ingat-mengingati antara satu sama lain.

Read more...

Senarai Rasmi Telefon Rebat SKMM

Berikut adalah senarai rasmi  telefon rebat RM200 yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Jenis telefon pintar akan dikemas kini dari masa ke semasa. Hampir 1,000 Wakil Penjual Pakej Komunikasi Belia Di Seluruh Negara. Kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh SKMM pada 11 Januari 2013, telah menyenaraikan 28 jenis telefon pintar. SKMM menasihatkan para belia agar memilih telefon berdasarkan kemampuan masing-masing dan tidak terburu-buru membeli selepas mendaftar. KLIK > senarai syarikat penyedia perkhidmatan untuk mengetahui kedudukan syarikat perkhidmatan mengikut kawasan.
 p/s: internet 24 hour la.. lps ni :P

Read more...

Senarai Kedai Telefon Rebat RM200

Di mana tuntutan rebat RM 200 boleh digunakan? Berikut adalah senarai wakil-wakil penyedia perkhidmatan yang sah untuk tebusan rebat RM 200. Senarai telefon yang boleh ditebus untuk rebat. Syarikat penyedia telefon pintar 3G. Model telefon pintar untuk ditebus dengan pakej internet. Jenis telefon dan harga selepas rebat. KLIK > Senarai & Kenyataan Rasmi Telefon oleh SKMM

Celcom / XPAX


Klik >> Senarai Cawangan Blue Cube ( Central,  East, North, South, Sabah, Sarawak )

Maxis / Hotlink


Central (Alamanda, Gardens, Klang, KLCC, Pavilion, Selayang, Sunway Pyramid, Tmn Tun)
East( Kota Bahru, Kuala Terengganu, Kuantan)
North (Alor Star, Ipoh, Langkawi, Penang, Queensbay, Seberang Prai, Taiping)
South (BP Mall, Danga Bay, Mahkota Parade, Seremban, City Square, Tmn Molek)
Sabah (Sandakan, Warisan Square)
Sarawak (Kuching, Miri, Sibu)

Digi - Postpaid ( Galaxy S3 / Note 2) | Prepaid ( Galaxy Y / HTC One X)


Alamanda Putrajaya Shopping Centre
Berjaya Times Square
Klang Lot Unit B-G-8, BBT One, Bandar Bukit Tinggi
Sunway Pyramid
SoHoKL (DiGi 360°)
SS2/66,  Petaling Jaya
Gardens Mall, Mid Valley City
Bangsar Shopping Centre
Berjaya Megamall, Kuantan
De Garden Ipoh
KB Mall
Pulau Tikus, Penang
Seberang Jaya, Jln Todak 2, Penang
Johor Bahru - Tmn Molek
Seremban, Jln Kong Sang
Plaza Merdeka, Melaka
Miri - Center Point 2
KTLD, Kuching,Jln Kulas Tengah
1 Borneo, Kota Kinabalu
Api-api Centre

U-Mobile 

Berjaya Times Square Store
AEON AU2 Stor
PIKOM ICT Mall
U Mobile Kiosk The Gardens, Mid Valley Borders Bookstore
U Mobile Kiosk Mid Valley Megamall
Senheng Stores << KLIK

SenQ Stores (The Mines / IOI Mall / Klang Parade / SACC Mall / 1 Utama )

Yes - Samsung 4G Smartphone (Yes Buzz 4G Cloud Phone)
Yes Store << KLIK (Johor / K.Lumpur / Selangor / Pahang / Penang )

Clixster Store << KLIK
Nokia Asha 311 / Black Pearl III i9400 / Samsung Galaxy Y / Palette i5300 / Sony Xperia Tipo / ZTE Acqua / Insight i9430 / Stealth II i9500- ClixsterPhone

TuneTalk 

Central (Kuala Lumpur & Selangor) < Klik untuk senarai penuh
East( Pahang, Terengganu & Kelantan) < Klik untuk senarai penuh
North (Perak, Kedah, Penang & Perlis) < Klik untuk senarai penuh
South (Johor, Melaka & N.Sembilan) < Klik untuk senarai penuh
East Malaysia (Sabah & Sarawak) < Klik untuk senarai penuh

p/s: hahaa... telefon ni kena langgan pakej internet ye.. bukan rebat semata2... :D hahaa...

Read more...

ilusi Graviti Bola ke Atas Atap | Kokichi Sugihara

Seorang ahli matematik dan Profesor, Kokichi Sugihara. Menggabungkan pndangan 2D dengan struktur 3D melalui elemen dinamik. Susunan skala, dimensi, serta pandangn perspektif mengaburi pandangan bola yang bergolek melawan graviti. Pergerakan golekan guli/bola mustahil ini dipersembahkan ketika (European Conference on Visual Perception) di Sardinia, Itali. via Mighty Optical Illusion
 "Sometimes the program turned these objects into real objects, and that’s how I discovered that some impossible objects are not really impossible. They can actually be built as solids in three-dimensional space.” – Sugihara  

Read more...

Superbike 2013 Malaysia

Motor berkuasa besar, selain model Z800 yang ditawarkan untuk tahun 2013 pada lingkungan harga RM46,000-52,000. Berikut merupakan 8 model pilihan yang bakal memasuki pasaran 2013. Menarik perhatian untuk mereka yang mahu berjinak dalam keremajaan si dewasa berjiwa muda.

p/s: mana satu pilihan anda? Naked atau Full ? :P

Read more...

Siaran Langsung / Live Streaming / Keputusan Penuh Ajl 27 TV3

Keputusan penuh untuk Anugerah Juara Lagu ke 27 TV3, akan diketahui malam ini. Nantikan kemas kini selepas jam 11.30 malam. 12 buah lagu terbaik hasil nukilan serta garapan komposer dan penulis lirik tempatan yang bakal berentap. Dibawakan secara langsung dari Stadium Putra, Bukit Jalil bermula jam 9.00, persembahan hebat daripada 12 artis berkumpulan dan solo seperti Azlan & The Typewriter, Stacy, One Nation Emcee & Jimmy Palikat, Yuna Aizat Hamdan, Hafiz , Adira, Amir Jahari, Bedroom Sanctury, Black & RJ, Hazama & Amy Search, Mojo dan Shila Amzah dalam usaha untuk menjulang trofi Anugerah Juara Lagu 27. Klik Live Streaming TV3 > Siaran langsung ajl 27 TV3.

Tempat Pertama - Teruking di Bintang(Aizat Hamdan) - Yuna Zarai 
Tempat ke 2 - Idola (Azlan & The Typewriter) – Audi Mok & Azlan 
Tempat ke 3 - Ku Akui (Hafiz Suip) – Ajai
Persembahan Terbaik - Black & RJ
Vokal Terbaik - Hafiz (Ku Akui)


p/s: agak-agaknya siapa menang ek? :D  tahniah semua persembahan lain daripada yang lain :)

Read more...

Mesin Kebahagiaan | Rotring

"The Happiness Machine" mesin kebahagiaan adalah nama bagi projek menakjubkan yang dihasilkan oleh Mark Lascelles Thornton. Mural menggunakan jenama Rotring, mewakili bangunan tertinggi di dunia dalam keaadaan landskap tunggal. Gabungan sebuah bakat dengan kesabaran dalam membentuk kesempurnaan.

Read more...

Proton 2013 | P3-22A

Gambaran awal kenderaan penumpang keluaran pengeluar kereta nasional Malaysia, model PROTON baru untuk tahun 2013. Sebuah model kenderaan preve hatchback dengan kod P3-22A. Cubaan rendering manipulasi ramalan oleh Theophilus Chin. Beserta beberapa gambar daripada blog automotif Paultan dan funtasticko serta instagram.

Read more...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...