rss
twitter
    Find out what I'm doing, Follow Me :)

Yang dihormati...

( ctrl + left clik =new tab)
Klik tajuk entri untuk komen/gambar&video penuh.
Link bewarna biru dalam setiap entri adalah kredit kpd pemilik /artikel terdahulu.
Receive ayampenyek's blog update trough Facebook
Jika tiada entri baharu..kebiasaannya ade dikongsi di FB
Jika ada video yg tdk lagi boleh dimainkan.. sila komen utk alert kpd kami..

Proses Paten Reka Bentuk Perindustrian

Definisi
Reka bentuk perindustrian (industrial design) ialah ciri bentuk, tatarajah, corak atau hiasan yang digunakan pada sesuatu barang melalui apa-apa proses atau cara perindustrian, iaitu ciri yang ada pada barang siap, merupakan ciri yang menarik dan dinilaikan dengan pandangan mata. [Seksyen 3, Akta Reka Bentuk Perindustrian 1996].

Reka bentuk yang boleh /perlu didaftarkan
Mestilah baru serta tidak pernah dizahirkan di Malaysia dan tidak terdapat di dalam Daftar Reka Bentuk Perindustrian. Ciri-ciri suatu reka bentuk boleh terdiri daripada bentuk dan tatarajah iaitu 3D atau corak dan hiasan iaitu 2D atau gabungan keduaduanya sekali yang terdapat pada barang tersebut

Tempoh perlindungan

Suatu reka bentuk perindustrian berdaftar adalah diberi perlindungan selama 5 tahun dari tarikh pemfailan. Perlindungan boleh dilanjutkan selama 2 tempoh di mana setiap tempoh perlindungan selama 5 tahun. Ini bermakna tempoh maksimum perlindungan ialah selama 15 tahun.
Prosedur Permohonan
Muat turun dokumen untuk maklumat lanjut berkenaan cas, panduan mengisi borang, klasifikasi permohonan dan lain-lain. via Pereka Malaysia

>> Panduan Harta Intelek - MyIPO



p/s: yang menang pertandingan design, x paten lagi tu elok la cepat2 ye.. :D



0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...