rss
twitter
    Find out what I'm doing, Follow Me :)

Yang dihormati...

( ctrl + left clik =new tab)
Klik tajuk entri untuk komen/gambar&video penuh.
Link bewarna biru dalam setiap entri adalah kredit kpd pemilik /artikel terdahulu.
Receive ayampenyek's blog update trough Facebook
Jika tiada entri baharu..kebiasaannya ade dikongsi di FB
Jika ada video yg tdk lagi boleh dimainkan.. sila komen utk alert kpd kami..

Revolights | Basikal / Speda

Revolights adalah sebuah projek yang bermula dengan mendapatkan dana di Kickstarter. Idea bernas yang menggabungkan ciri estetika dan keselamatan, LED  yang diletakkan di tayar basikal menghasilkan cahaya yang membantu penunggang pada waktu malam. Menggunakan bateri Lithium-ion, boleh dicas dengan USB dan mampu bertahan selama 4 jam. Dijual dengan harga $250 USD ( RM 763.50 ) di pasaran Amerika, Kanada dan Mexico.

Read more...

Kolaj Tanah Liat

Becky Sloan & Joseph Pelling menghasilkan video klip muzik untuk lagu “Feels Like We Only Go Backwards” oleh Tame Impala. Pengarahan yang menggunakan lebih daripada 1,000 kolaj tanah liat (plasticine), dengan teknik stopmotion. Warna-warni tanah liat mengakibatkan hypnotis, boleh dilihat di video. :P

Read more...

Proses Paten Reka Bentuk Perindustrian

Definisi
Reka bentuk perindustrian (industrial design) ialah ciri bentuk, tatarajah, corak atau hiasan yang digunakan pada sesuatu barang melalui apa-apa proses atau cara perindustrian, iaitu ciri yang ada pada barang siap, merupakan ciri yang menarik dan dinilaikan dengan pandangan mata. [Seksyen 3, Akta Reka Bentuk Perindustrian 1996].

Reka bentuk yang boleh /perlu didaftarkan
Mestilah baru serta tidak pernah dizahirkan di Malaysia dan tidak terdapat di dalam Daftar Reka Bentuk Perindustrian. Ciri-ciri suatu reka bentuk boleh terdiri daripada bentuk dan tatarajah iaitu 3D atau corak dan hiasan iaitu 2D atau gabungan keduaduanya sekali yang terdapat pada barang tersebut

Tempoh perlindungan

Read more...

Senarai Penuh Lagu ke Peringkat Akhir AJL 2013

Senarai 12 Lagu Peringkat Akhir  AJL - 6 Januari 2013

  1. Idola (Azlan & The Typewriter) – Audi Mok & Azlan 
  2. Pelangi Senja (Stacy) – Taja & Tun Teja 
  3. Anak Kampung (One Nation Emcees & Jimmy Palikat) – Jimmy Palikat 
  4. Terukir Di Bintang (Yuna) – Yuna Zarai 
  5. Ombak Rindu (Hafiz & Adira) – Zaidi
  6. Tanpamu (Amir Jahari) – Amir Jahari
  7. Lagu (Bedroom Sanctuary) – Bo Amir Iqram
  8. Teman Pengganti (Black & Malique) – Malique
  9. Ku Akui (Hafiz Suip) – Ajai  
  10. Simetri (Hazama & Amy Search) – Audi Mok & Zel Firdhaus Haduan
  11. Andaiku Bercinta Lagi (Mojo) – Edry Abdul Halim
  12. Patah Seribu (Shila Amzah) – Shila Amzah

 

p/s: huhu kena 0-3 da.. tadi :(


Read more...

Pajeri Nanas Daging Salai Rodeo

Masih ramai yang mengeja perkataan "nanas" sebagai nenas. Walhal ejaan yang sebetul mengikut kamus dewan adalah nanas. Jika anda memiliki waktu terluang di hujung minggu, mahupun hari kebiasaan. Bolehla mencuba resipi pajeri nanas yang mudah disediakan untuk dijadikan lauk santapan. Tanpa mengira status bekeluarga ataupun bujang. Pajeri nanas ini ditambah nilai dengan campuran daging salai. Maka nama komersialnya telah bertukar menjadi Daging Salai Ananas Rodeo bagi memenuhi tema koboi . Menu ini adalah sempena Pertandingan Memasak Daging Salai & Pencarian Master Chef DVS pada 26 November di MAHA 2012.
p/s: Tahniah kepada Kaklong & Maktam.. :D

Read more...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...