rss
twitter
    Find out what I'm doing, Follow Me :)

Yang dihormati...

( ctrl + left clik =new tab)
Klik tajuk entri untuk komen/gambar&video penuh.
Link bewarna biru dalam setiap entri adalah kredit kpd pemilik /artikel terdahulu.
Receive ayampenyek's blog update trough Facebook
Jika tiada entri baharu..kebiasaannya ade dikongsi di FB
Jika ada video yg tdk lagi boleh dimainkan.. sila komen utk alert kpd kami..

5 Hadis Penyakit & Ujian

Kesakitan itu penghapus dosa-dosa kecil. Berikut adalah 5 hadith yang menerangkan mengenai ujian dan penyakit:

  • Rasulullah s.a.w bersabda: Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya, melainkan Allah akan mengugurkan bersamanya dosa-dosanya seperti pohon yang mengugurkan daun-daunnya. (H.R. Bukhari dan Muslim) 
  • Rasulullah s.a.w bersabda: Tidaklah seseorang muslim ditimpa keletihan, penyakit, kesusahan, kesedihan, gangguan, kegundah-gulanan hingga duri yang menusuknya, melainkan Allah akan menghapuskan sebagian dari kesalahan-kesalahannya. (H.R. Bukhari) 
  • Rasulullah s.a.w bersabda: Tidaklah menimpa seorang mukmin rasa sakit yang terus menerus, kepayahan, penyakit, dan juga kesedihan, bahkan sampai kesusahan yang menyusahkannya, melainkan akan dihapuskan dengan dosa-dosanya. (H.R. Muslim) 
  • Rasulullah s.a.w bersabda: Bencana senantiasa menimpa orang mukmin dan mukminah pada dirinya, anaknya dan hartanya, sehingga ia berjumpa dengan Allah dalam keadaan tidak ada kesalahan pada dirinya. (H.R. Tirmidzi, Ahmad, Al-Hakim dan Ibnu Hibban)
  • Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya Allah benar-benar akan menguji hambaNya dengan penyakit, sehingga ia menghapuskan setiap dosa darinya. (H.R. Al-Hakim)

p/s: 32 biji antibiotik -_-" jenuh nk makan nih....byknye obat...

Read more...

G7 Malaysia - Top 7 Highest Mountains of Peninsular

Gunung G7 adalah gunung yang memiliki ketinggian melebihi 7,000 kaki terletak di Semenanjung Malaysia. Gunung kategori G7 ini hanya terdapat 7 gunung sahaja di semenanjung Malaysia. Berikut adalah susunan mengikut ketinggian dari yang pertama hingga ke tujuh:
  1. Gunung Tahan (7,186 kaki) 
  2. Gunung Korbu (7,162 kaki) 
  3. Gunung Yong Belar (7,156 kaki) 
  4. Gunung Gayong (7,129 kaki) 
  5. Gunung Chamah (7,210 kaki) 
  6. Gunung Yong Yap (7,110 kaki) 
  7. Gunung Ulu Sepat (7,089 kaki) 
Gunung-gunung G7 ini juga terletak di sepanjang banjaran titiwangsa kecuali Gunung Tahan, yang mana pendakian beberapa gunung yang lain selain daripada G7 untuk sampai ke salah satu puncak gunung G7 tersebut adalah perlu. Trip gunung G7 biasanya memakan masa yang lama kerana faktor geografinya. Kebiasaannya, pendakian mengikut nama/pakej misi perjalanan seperti berikut:-

• Kuala Tahan-Kuala Tahan: Gunung Tahan (8 hari)
• Kuala Tahan-Merapoh: Gunung Tahan (6-7 hari)
• Merapoh-Merapoh: Gunung Tahan (4 hari)
• KorGa: Korbu + Gayong ( 4 hari)
• Transpeak @ TransTitiwangsa: Gunung Yong Yap + Gunung Korbu + Gunung Gayong + Gunung Yong Belar (6-7 hari)
• Transpeak V2 @ Version 2: Gunung Yong Belar + Gunung Gayong + Gunung Korbu + Gunung Yong Yap (7-8 hari)
• Gunung Chamah + Gunung Ulu Sepat (6-7 hari)

via gengtrekkers

p/s: naik korbu 2x.. naik gayong sekali.. kuku ibujarikaki kiri kanan pun mati :P

Read more...

Pen 3D Pertama Di Dunia

Pen cetak 3D pertama di dunia  '3Doodler' keluaran syarikat Amerika, Wobbleworks. Menggunakan plastik ABS, alatan ini menghasilkan sebuah lukisan 3 dimensi apabila dilukis di permukaan atau ruang udara tanpa memerlukan apa-apa perisian komputer. Berfungsi setelah cairan plastik yang panas menyejuk dengan cepat untuk membentuk struktur kukuh. Objek boleh dihasilkan sebagai sebuah bentuk yang rata diatas sehelai kertas, lukisan secara bebas, atau secara bahagian-bahagian berasingan yang terpisah. via kickstarter
 

Read more...

Arca Kaca Hancur

Marta Klonowska membentuk hasil seninya daripada lebihan hancuran kaca yang pelbagai warna. Pelbagai rupa bentuk haiwan daripada kaca hancur ini telah dipamerkan di European Glass Context 2012.

Read more...

Fotografi Permainan Video 2D

Jurugambar berbangsa Swedish, Christian Åslund menghasilkan siri fotografi ‘Honkey Kong’ untuk jenama Jim Rickey. Mengingatkan yang lain tentang era kegemilangan permainan video dengan teknik imejan daripada kawasan tinggi untuk hasil 2D.

Read more...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...