rss
twitter
    Find out what I'm doing, Follow Me :)

Yang dihormati...

( ctrl + left clik =new tab)
Klik tajuk entri untuk komen/gambar&video penuh.
Link bewarna biru dalam setiap entri adalah kredit kpd pemilik /artikel terdahulu.
Receive ayampenyek's blog update trough Facebook
Jika tiada entri baharu..kebiasaannya ade dikongsi di FB
Jika ada video yg tdk lagi boleh dimainkan.. sila komen utk alert kpd kami..

Iklan Petronas Raya 2012 | Strangers

Seperti kebiasaan di bulan mulia. Ramai yang menantikan sesuatu daripada video iklan Petronas. Tampil dengan sebuah filem dokumentari pendek "Strangers". Kisah Erman, jurutera Petronas yang berkhidmat di Asia Tengah cuba menyesuaikan diri dengan persekitaran baru. Bersama Jeyhun, seorang budak tempatan. Erman, orang asing yang cuba mengenali budaya dan memahami sesuatu tentang kehidupan.


p/s: Selamat Hari Raya  buat seluruh umat Islam :)


Read more...

Ais Krim Baskin Robbins Tetap Percuma

Berita baik buat mengubati kedukaan kekalahan Lee Chong Wei dan seluruh rakyat Malaysia. Ais Krim percuma masih diberikan oleh BR di setiap Cawangan Baskin Robbin di Malaysia. Pada 8 Ogos 2012. Sumber berita Malaysian Digest.

Skills win you medals, but attitude wins hearts. 
-ESPN commentator said of LCW (London 2012 Olympic)

p/s: sokong Chong Wei kerana Malaysia.. bukan kerana aiskrim atau nasikandar :)


Read more...

Payung Warna-warni Portugal

Gantungan payung warna-warni yang dipasang di lorong pejalan kaki memeriahkan suasana di Agueda, Portugal. Bukan sekadar hiasan seni ia sememangnya berfungsi meredupi lorong dari hari panas. Payung-payung membentuk corak paten menarik di lantai. Gambar di ambil oleh PatrĂ­cia Almeida.


p/s: hehehe saya nampak payung free ^_____^

Read more...

Lagu Raya Yuna 2012 | Oh Yeah

Muzik dan lirik oleh Yuna. Dihasilkan oleh AG COCO. Video disunting dan diambil serta diarahankan oleh IkanPaos Collective & Luey Motion Lab.
 


p/s: selamat~~~ haaariii~~ raaaayaaa~~.. oh yeah :D

Read more...

Iklan Maxis Ramadhan

Ungkapan 'Ramadan dan Syawal berkampung di hati' menggambarkan betapa hidupnya bulan-bulan yang mulia ini di jiwa Muslimin dan Muslimat tanpa mengira usia. Iklan ini membawa kita menghayati Ramadan dari kaca mata anak-anak kecil yang sedang berlatih berpuasa.
Maxis menerumah beberapa orang kanak-kanak. Melihat pengertian puasa perspektif kanak-kanak. Apa makna puasa. Apa yang tidak boleh dilakukan semasa berpuasa. Apa yang menyebabkan puasa terbatal. Tiga iklan Maxis puasa dengan teletah kanak-kanak santai.





p/s: puasa yang yok.. pagi petang bukak periuk.. huhu pose x tu?? :P

Read more...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...