rss
twitter
    Find out what I'm doing, Follow Me :)

Yang dihormati...

( ctrl + left clik =new tab)
Klik tajuk entri untuk komen/gambar&video penuh.
Link bewarna biru dalam setiap entri adalah kredit kpd pemilik /artikel terdahulu.
Receive ayampenyek's blog update trough Facebook
Jika tiada entri baharu..kebiasaannya ade dikongsi di FB
Jika ada video yg tdk lagi boleh dimainkan.. sila komen utk alert kpd kami..
Showing posts with label berita. Show all posts
Showing posts with label berita. Show all posts

CIPTA 2013 | UNIMAS

Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif (FSGK/ FACA), Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) mempelawa anda hadir ke Pameran Cetusan Inspirasi Pelajar Tahun Akhir (CIPTA) 2013 pada 22-29 Mei 2013 masa 9.00 pagi – 5.00 petang setiap hari (Kecuali 24 Mei - Hari Wesak). Bertemakan "RE PUBLIC ARTS" pelbagai hasil kerja kreatif pelajar daripada jurusan Rekabentuk Industri, Animasi, Grafik, Tekstil/ Fesyen, Seni Halus, Cinema dan Muzik dipamerkan.

p/s:  lambat bg tahu.. tiket flight mahal beli last minute ni huhu ^,^

Read more...

Kedai Rebat 200 | Digi

Senarai telefon pintar rebat 200 daripada penyedia perkhidmatan DIGI. Senarai adalah bagi paparan tawaran pada 23/5/2013. Tawaran menarik dan maklumat lanjut berkaitan kedai rebat 200 untuk kawasan seluruh Malaysia. Kedai kawasan ( Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Kuala Lumpur, N. Sembilan, Melaka, Johor, Kelantan, Terengganu, Pahang, Sabah, Sarawak dan Labuan) Klik >> http://www.digi.com.my/pkb/landing.do
Senarai telefon pascabayar DIGI

Untuk tawaran prabayar  DiGi seperti di bawah :

Read more...

Senarai Rasmi Telefon Rebat SKMM

Berikut adalah senarai rasmi  telefon rebat RM200 yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Jenis telefon pintar akan dikemas kini dari masa ke semasa. Hampir 1,000 Wakil Penjual Pakej Komunikasi Belia Di Seluruh Negara. Kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh SKMM pada 11 Januari 2013, telah menyenaraikan 28 jenis telefon pintar. SKMM menasihatkan para belia agar memilih telefon berdasarkan kemampuan masing-masing dan tidak terburu-buru membeli selepas mendaftar. KLIK > senarai syarikat penyedia perkhidmatan untuk mengetahui kedudukan syarikat perkhidmatan mengikut kawasan.
 p/s: internet 24 hour la.. lps ni :P

Read more...

Senarai Kedai Telefon Rebat RM200

Di mana tuntutan rebat RM 200 boleh digunakan? Berikut adalah senarai wakil-wakil penyedia perkhidmatan yang sah untuk tebusan rebat RM 200. Senarai telefon yang boleh ditebus untuk rebat. Syarikat penyedia telefon pintar 3G. Model telefon pintar untuk ditebus dengan pakej internet. Jenis telefon dan harga selepas rebat. KLIK > Senarai & Kenyataan Rasmi Telefon oleh SKMM

Celcom / XPAX


Klik >> Senarai Cawangan Blue Cube ( Central,  East, North, South, Sabah, Sarawak )

Maxis / Hotlink


Central (Alamanda, Gardens, Klang, KLCC, Pavilion, Selayang, Sunway Pyramid, Tmn Tun)
East( Kota Bahru, Kuala Terengganu, Kuantan)
North (Alor Star, Ipoh, Langkawi, Penang, Queensbay, Seberang Prai, Taiping)
South (BP Mall, Danga Bay, Mahkota Parade, Seremban, City Square, Tmn Molek)
Sabah (Sandakan, Warisan Square)
Sarawak (Kuching, Miri, Sibu)

Digi - Postpaid ( Galaxy S3 / Note 2) | Prepaid ( Galaxy Y / HTC One X)


Alamanda Putrajaya Shopping Centre
Berjaya Times Square
Klang Lot Unit B-G-8, BBT One, Bandar Bukit Tinggi
Sunway Pyramid
SoHoKL (DiGi 360°)
SS2/66,  Petaling Jaya
Gardens Mall, Mid Valley City
Bangsar Shopping Centre
Berjaya Megamall, Kuantan
De Garden Ipoh
KB Mall
Pulau Tikus, Penang
Seberang Jaya, Jln Todak 2, Penang
Johor Bahru - Tmn Molek
Seremban, Jln Kong Sang
Plaza Merdeka, Melaka
Miri - Center Point 2
KTLD, Kuching,Jln Kulas Tengah
1 Borneo, Kota Kinabalu
Api-api Centre

U-Mobile 

Berjaya Times Square Store
AEON AU2 Stor
PIKOM ICT Mall
U Mobile Kiosk The Gardens, Mid Valley Borders Bookstore
U Mobile Kiosk Mid Valley Megamall
Senheng Stores << KLIK

SenQ Stores (The Mines / IOI Mall / Klang Parade / SACC Mall / 1 Utama )

Yes - Samsung 4G Smartphone (Yes Buzz 4G Cloud Phone)
Yes Store << KLIK (Johor / K.Lumpur / Selangor / Pahang / Penang )

Clixster Store << KLIK
Nokia Asha 311 / Black Pearl III i9400 / Samsung Galaxy Y / Palette i5300 / Sony Xperia Tipo / ZTE Acqua / Insight i9430 / Stealth II i9500- ClixsterPhone

TuneTalk 

Central (Kuala Lumpur & Selangor) < Klik untuk senarai penuh
East( Pahang, Terengganu & Kelantan) < Klik untuk senarai penuh
North (Perak, Kedah, Penang & Perlis) < Klik untuk senarai penuh
South (Johor, Melaka & N.Sembilan) < Klik untuk senarai penuh
East Malaysia (Sabah & Sarawak) < Klik untuk senarai penuh

p/s: hahaa... telefon ni kena langgan pakej internet ye.. bukan rebat semata2... :D hahaa...

Read more...

Superbike 2013 Malaysia

Motor berkuasa besar, selain model Z800 yang ditawarkan untuk tahun 2013 pada lingkungan harga RM46,000-52,000. Berikut merupakan 8 model pilihan yang bakal memasuki pasaran 2013. Menarik perhatian untuk mereka yang mahu berjinak dalam keremajaan si dewasa berjiwa muda.

p/s: mana satu pilihan anda? Naked atau Full ? :P

Read more...

Rebat Telefon Pintar RM200 | Syarat Pakej Komunikasi Belia

Pakej Komunikasi Belia adalah salah satu projek kerajaan Malaysia melalui SKMM di bawah bajet 2013 dan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI) untuk mempertingkatkan taraf hidup rakyat terutamanya golongan belia. Kerajaan menyasarkan golongan belia ini sebagai golongan yang mampu memberi impak yang besar dalam memacu pertumbuhan ekonomi terutamanya dalam bidang e-perdagangan (e-commerce). Dijangka dapat dimanfaatkan 1.5 juta belia di Malaysia. Program ini menawarkan rebat sebanyak RM 200 untuk pembelian telefon pintar. Permohonan boleh dibuat dari 1 Januari 2013 hingga 31 Disember 2013, atau sehingga peruntukan sebanyak RM 300 juta telah dipenuhi; yang mana terdahulu. Layari https://komunikasibelia.skmm.gov.my/ atau hubungi melalui email komunikasibelia@cmc.gov.my atau telefon 1-800-88-4040 untuk maklumat lanjut.

Syarat adalah seperti berikut:

Read more...

Senarai Penuh Lagu ke Peringkat Akhir AJL 2013

Senarai 12 Lagu Peringkat Akhir  AJL - 6 Januari 2013

  1. Idola (Azlan & The Typewriter) – Audi Mok & Azlan 
  2. Pelangi Senja (Stacy) – Taja & Tun Teja 
  3. Anak Kampung (One Nation Emcees & Jimmy Palikat) – Jimmy Palikat 
  4. Terukir Di Bintang (Yuna) – Yuna Zarai 
  5. Ombak Rindu (Hafiz & Adira) – Zaidi
  6. Tanpamu (Amir Jahari) – Amir Jahari
  7. Lagu (Bedroom Sanctuary) – Bo Amir Iqram
  8. Teman Pengganti (Black & Malique) – Malique
  9. Ku Akui (Hafiz Suip) – Ajai  
  10. Simetri (Hazama & Amy Search) – Audi Mok & Zel Firdhaus Haduan
  11. Andaiku Bercinta Lagi (Mojo) – Edry Abdul Halim
  12. Patah Seribu (Shila Amzah) – Shila Amzah

 

p/s: huhu kena 0-3 da.. tadi :(


Read more...

30 Perkara Mengenai Palestin & Israel

Tahukah Anda? Apakah yang terjadi antara Palestin & Israel? Tahukah anda ada sesuatu yang telah berlaku terhadap Palestin? Sedang yang lain berjoget-joget, menyanyi-nyanyi, menari-nari, bersuka ria, bergembira. Saudara kita dihujung sana menangis-nangis, bermandi darah, bermuram durja, bergundah-gulana. Doalah sesuatu yg baik-baik untuk mereka dan kita , setiap masa & ketika... Berikut 31 perkara, sumber daripada 42didyouknowrense.
  1. Apabila masalah Palestin telah diwujudkan oleh Britain pada tahun 1917, lebih daripada 90% daripada penduduk Palestin adalah Arab, dan yang terdapat pada masa itu tidak lebih daripada 56.000 orang Yahudi di Palestin?



  2. Lebih separuh daripada orang-orang Yahudi yang hidup di Palestin pada masa itu adalah pendatang, yang telah datang ke Palestin dalam dekad sebelumnya dalam usaha untuk melarikan diri penganiayaan di Eropah. Dan bahawa kurang daripada 5% daripada penduduk Palestin berasal Yahudi Palestin.




  3. Arab Palestin pada masa itu memiliki 97.5% daripada tanah, manakala Yahudi (asli Palestin dan pendatang ini bersama-sama) memiliki hanya 2.5% tanah.

Read more...

Isi Kandungan Bajet 2013

Tema belanjawan 2013 ialah “Memakmur Negara, Mensejahtera Rakyat: Sebuah Janji Ditepati”. Kutipan hasil krjn persekutuan dianggar pd RM208.6 bln utk 2013 berbanding RM207.2 bln pd 2012. Mengambil kira anggaran hasil & perbelanjaan, defisit krjn akan terus berkurangan kpd 4% bg 2013 berbanding 4.5% bg 2012. Isi Kandungan sumber TV3



Read more...

Bajet 2013 | Budget 2013 LIVE Streaming

Pembentangan Bajet 2013 Oleh YAB Dato' Sri Najib Tun Abdul Razak Rakyat Malaysia walau dimana anda berada kini boleh layari laman rasmi TV3 ini untuk siaran langsung seluruh dunia menerusi online 28 September 2012 bermula Jam 3pm – 6.30pm. Bersama pengacara Saiful Nizam Ismail & Gan Ai Leng serta panel jemputan khas Ketua Eksekutif Institut Strategik dan Kajian Antarabangsa (Isis) Malaysia, Datuk Dr. Mahani Zainal Abidin dan Ketua Kluster Ekonomi dan Pengurusan Majlis Profesor Negara, Profesor Datuk Dr. Noor Azlan Ghazali. LIVE | Secara Lansung >> http://live.tv3.com.my/budget2013/

p/s: Klik >>. Isi Kandungan Bajet 2013 

Read more...

Kereta Paling Banyak dicuri di Malaysia

Lebih daripada 54% kenderaan yang dicuri di Malaysia adalah jenama Proton. 25% daripadanya adalah laporan kecurian melibatkan kereta Wira. Menjadikannya sebagai kenderaan paling tinggi kes kecurian dalam negara. Tiga di tempat teratas adalah Wira, Waja dan Iswara. Perodua sebagai jenama kedua dengan 15%, diikuti Toyota (10 %). Toyota Hilux adalah kenderaan paling dikehendaki oleh pencuri untuk kategori kenderaan import, 216 daripada laporan kecurian yang dilaporkan. BMW pula untuk kategori kenderaan mewah dengan (1%)94 kes yang dilaporkan, dengan di dahului oleh Mercedes, 131 kes. Statistik dikeluarkan oleh PDRM untuk kes di antara bulan Januari sehingga Julai 2012. via CBT

Read more...

Senarai Syarikat untuk Kad Diskaun Siswa 1 Malaysia

Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KADS1M) diwujudkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dengan objektif untuk membantu mengurangkan kos sara hidup pelajar-pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) awam dan swasta seluruh negara. Edaran bermula September untuk pelajar IPTA dan Oktober untuk IPTS. Syarat untuk memiliki KADS1M yang diberi secara percuma kepada pelajar-pelajar IPT yang menepati kriteria-kriteria berikut:
  • Mengikuti pengajian jangka panjang yang tempoh masanya 1 tahun dan ke atas (sijil, diploma, ijazah dan ke atas) 
  • Pengajian sepenuh masa
  • Warganegara Malaysia.
Diskaun yang ditawarkan oleh syarikat-syarikat yang mengambil bahagian adalah bagi pembelian barangan dan perkhidmatan terpilih dan tertakluk kepada kadar, terma serta syarat yang ditetapkan oleh syarikat masing-masing. Berikut adalah senarai syarikat yang terlibat dengan KADS1M:

Read more...

Harga Rumah 1970-2012

Tahun ke tahun peningkatan kos sara hidup kian meningkat. Laporan daripada akhbar The Star, perbezaan dalam masa anggaran 32 tahun. Nilaian hartanah memiliki kenaikan berkali ganda. Perbezaan untuk jenis rumah teres setingkat, rumah teres 2 tingkat, semi D dan banglo.

p/s: xpayah hidup nak bergaya sangat.. takut nanti x beharta... nyimpan2 la ye :)

Read more...

Apa itu Sang Saka Malaya | Bendera Merah Putih

Tukar Bendera Malaysia tuntut sesetengah pihak. Lalu diusulkan untuk menukarnya dengan Sang Saka Malaya / Sang Saka Merdeka ( diubah mengikut kesesuaian kini untuk tidak kelihatan seperti negara komunis). Ada juga sebahagian yang sekadar ingin memaklumkan tentang sejarah yang tidak diceritakan. Ada yang mengkeji , ada yang menuduh mereka bukan daripada kumpulan tertentu. Isu timbul di malam ambang merdeka Janji Demokrasi, maka adalah kesedaran untuk melihat punca kewujudannya. Mengakulah Singa Selatan, mereka yang mengibarkan tanpa mewakili mana-mana pihak. Dikibarkan secara rasmi di seluruh Malaya pada 10 Dis 1947. Menurut akhbar Utusan Melayu, hampir semua bandar dan pekan termasuk Melaka, Johor Bahru, Kuantan, Sungai Siput, Alor Setar dan Singapura telah mengadakan istiadat menaikkan bendera tersebut. 12 bintang membawa erti 12 negeri bergabung di Malaya. Bendera inilah lambang Malaya merdeka. Warna Merah Putih punya riwayat erti besar yang tertentu bagi sebahagian penduduk di Nusantara. Merah bermakna darah, putih bermakna suci, maka darah yang berjuang yang mengalir itu adalah suci. ( klik setiap link berwarna untuk artikel penuh).
Maksud >> Bendera Rakyat 1947

 Keratan akhbar Bendera Malaya Merdeka ( bendera rakyat) daripada The Straits Time 11 Nov 1947 dan Akhbar Utusan Melayu 11 Dis 1947. - via 10tahun


Read more...

Perhimpunan Janji Demokrasi - Tukar Bendera Malaysia

"Perhimpunan Janji Demokrasi yang sedang berlangsung malam ini turut mendapat perhatian beberapa peserta berikutan pengedaran risalah desakan agar bendera Jalur Gemilang ditukar kepada reka bentuk yang pernah direka khas dari Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) sebelum mencapai kemerdekaan satu ketika dahulu."- via OhmediaFB
Bendera yang dinamakan "Sang Saka Malaya" ini pernah diutarakan oleh Najwan Halimi pada tahun 2007. via anwaraidc
Apakah dia Sang Saka Malaya? "Pada asasnya, corak ini diadaptasi dari corak bendera Sang Saka yang digunapakai oleh negara Indonesia dan Singapura. Ianya merupakan panji warisan kerajaan Nusantara" -NajwanHalimi
Bendera ini mungkin tidak cantik tetapi  "Bermula dengan kontroversi, berakhir dengan kesedaran... " - MiloSuam

p/s: macam bendera spore la der... :P

Read more...

Ampangan di Malam Raya

Dipaparkan sedikit paparan gambar keadaan bazar Ampangan di malam raya. Bermula dari jam 12 pagi hingga 3 pagi untuk 19 Ogos 2012 . Ampangan destinasi pembelian yang sememangnya sinonim buat rakyat Negeri Sembilan untuk mereka yang berada sekitar Seremban. Keadaan sesak di hadapan Plaza Ampangan atau lebih tepat sekitar Flat UDA Ampangan adalah kebiasaan untuk setiap tahun.

p/s: sini memang ramai mcm jalan TAR.. baju RM20 jadi RM10.. kueh 10 hinggit 3.. :D

Read more...

Senarai Harga Barang Kawalan Raya 2012

Sejumlah 20 harga barangan ( ayam, daging, telur, bawang, kelapa dll) keperluan pengguna disenarai oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi & Kepenggunaan (KPDNKK) untuk dikawal harganya sempena Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Hari Raya Aidilfitri. Penguatkuasaan kawalan harga ini bermula sejak 12 Ogos sehingga 26 Ogos 2012 di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 (dahulunya Akta Kawalan Harga 1946) bertujuan melindungi pengguna daripada peniaga yang tamak haloba di musim perayaan. Sekiranya peniaga didapati melanggar arahan ini, hukuman denda maksimum RM 100,000 atau 3 tahun penjara. Menterinya, Datuk Ismail Sabri Yaakob menjelaskan seramai 2.000 pegawai penguatkuasa dan 1,400 pegawai pemantau akan berada di lokasi tertentu.
Sumber Bharian
p/s: macam biasalah kan.. harga ayam dan telur ayam mesti jadi tumpuan.. ^_^

Read more...

Jadual Perjalanan Hari Raya 2012 Plus

Jadual Perjalanan Raya 2012 Plus dijangka serba sedikit dapat membantu mengurangkan kesesakan lalu lintas di lebuhraya utama. Jadual perjalanan untuk 16,17 & 18 serta 30 & 31 Ogos 2012 iaitu Khamis, Jumaat dan Sabtu. Jadual melibatkan mereka&nbspyang berada di kawasan Lembah Klang untuk keluar menuju ke kampung halaman. Pembahagian masa keluar mengikut kawasan ( Kedah, Perlis, Penang) dan selatan Malaysia ( Johor) (Kuala Kangsar, Changkat Jering & Taiping), Melaka, (Ipoh, Simpang Pulai, Gopeng), Tampin & Alor Gajah, (Tapah, Bidor, Sungkai, Slim River & Tanjung Malim) dan (Senawang, Port Dickson & Seremban). Menariknya penggunaan nombor plate kenderaan ganjil dan genap untuk cadangan perjalanan lebuh raya diusulkan.
 p/s: hati-hati dijalan raya :D

Read more...

Logo Merdeka Pakatan Rakyat

Logo Merdeka 55 tahun oleh Pakatan Rakyat. Memilih moto "Sebangsa, Senegara, Sejiwa" yang dipilih oleh tokoh sasterawan negara Datuk A Samad Said ia masih berkonsepkan satu penyatuan. Tidak bersetuju dengan logo dan moto cantik yang dibawa oleh pihak kerajaan "55 Tahun Merdeka Janji Ditepati". Sumber daripada blog anwaribrahim
Sumber Iluseni
p/s: ok la cantik tapi  Malaysia ada 2 logo merdeka.. menampakkan Malaysia itu tidak bersama.. huhu =_=" apa nk jadi negara aku ni..buat je lah pertandingan logo baru.. sep betul...

Read more...

Ais Krim Baskin Robbins Tetap Percuma

Berita baik buat mengubati kedukaan kekalahan Lee Chong Wei dan seluruh rakyat Malaysia. Ais Krim percuma masih diberikan oleh BR di setiap Cawangan Baskin Robbin di Malaysia. Pada 8 Ogos 2012. Sumber berita Malaysian Digest.

Skills win you medals, but attitude wins hearts. 
-ESPN commentator said of LCW (London 2012 Olympic)

p/s: sokong Chong Wei kerana Malaysia.. bukan kerana aiskrim atau nasikandar :)


Read more...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...