rss
twitter
    Find out what I'm doing, Follow Me :)

Yang dihormati...

( ctrl + left clik =new tab)
Klik tajuk entri untuk komen/gambar&video penuh.
Link bewarna biru dalam setiap entri adalah kredit kpd pemilik /artikel terdahulu.
Receive ayampenyek's blog update trough Facebook
Jika tiada entri baharu..kebiasaannya ade dikongsi di FB
Jika ada video yg tdk lagi boleh dimainkan.. sila komen utk alert kpd kami..
Showing posts with label yang menunggu. Show all posts
Showing posts with label yang menunggu. Show all posts

30 Perkara Mengenai Palestin & Israel

Tahukah Anda? Apakah yang terjadi antara Palestin & Israel? Tahukah anda ada sesuatu yang telah berlaku terhadap Palestin? Sedang yang lain berjoget-joget, menyanyi-nyanyi, menari-nari, bersuka ria, bergembira. Saudara kita dihujung sana menangis-nangis, bermandi darah, bermuram durja, bergundah-gulana. Doalah sesuatu yg baik-baik untuk mereka dan kita , setiap masa & ketika... Berikut 31 perkara, sumber daripada 42didyouknowrense.
  1. Apabila masalah Palestin telah diwujudkan oleh Britain pada tahun 1917, lebih daripada 90% daripada penduduk Palestin adalah Arab, dan yang terdapat pada masa itu tidak lebih daripada 56.000 orang Yahudi di Palestin?



  2. Lebih separuh daripada orang-orang Yahudi yang hidup di Palestin pada masa itu adalah pendatang, yang telah datang ke Palestin dalam dekad sebelumnya dalam usaha untuk melarikan diri penganiayaan di Eropah. Dan bahawa kurang daripada 5% daripada penduduk Palestin berasal Yahudi Palestin.




  3. Arab Palestin pada masa itu memiliki 97.5% daripada tanah, manakala Yahudi (asli Palestin dan pendatang ini bersama-sama) memiliki hanya 2.5% tanah.

Read more...

Pertandingan Konsep Perkahwinan | Massa Studio


Langkah Penyertaan:
1. LIKE >> Fan Page Massa Studio.
2. Nyatakan idea/tema/konsep storyboard untuk pre-wedding/post wedding yang diingini kepada >> Palie Massa.
3. Hanya 1 idea/tema/konsep storyboard yang terbaik akan dipilih sebagai pemenang.
4. Contoh videografi Massa Studio boleh didapati di >> SINI.
Tempoh penyertaan: 12 June 2012 hingga 12 Julai 2012
Terma & Syarat.
1. Terbuka kepada semua warganegara Malaysia terutamanya di negeri Terengganu.
2. Caj penginapan dan pengangkutan dikenakan sekiranya penggambaran di luar negeri Terengganu.
3. Tarikh & lokasi penggambaran ditentukan melalui perbincangan antara pemenang dan pihak Massa Studio.


p/s: Sape yg dah nak kawin tu sila2lah cuba nasib ye..- Palie Massa adalah Founder FB Republik Kakifoto

Read more...

Lirik Lagu Pertemuan Perpisahan

Bertemu & perpisahanan
Adat Manusia Biasa,
Hilang di mata tapi dihati tidak lupa,
Berdoalah kita agar aman dan sentosa,
Semoga panjang umur kita akan jumpa lagi
Jika salah dan silap harap dimaafkan.
Moga berkat aman dapat diabadikan
Segala kenangan tidak akan dilupakan
Tersimpul erat dalam ingatan berkekalan.

Bertemu & perpisahanan
Adat Manusia Biasa,
Hilang di mata tapi dihati tidak lupa,
Berdoalah kita agar aman dan sentosa,
Semoga panjang umur kita akan jumpa lagi...


P/s:  ^_^.. minta maaf, halalkan segalanya ..

Read more...

Fotografi Bulan Terang

Seorang fotografer dari Moscow,Rusia yang bernama Leonid Tishkov. Menggunakan kebolehannya mengambil gambar keindahan di waktu malam. Mengagumi keindahan bulan. Cuba menampilkan gambaran keindahan arca bulan dalam jarak dekat. Seandainya bulan itu jatuh ke riba. Jika bulan itu adalah sebuah objek tetap yang boleh bergerak merata.


p/s: ibarat pungguk rindukan bulan... ^_^
-ditujukan khas untuk blog bernama bulan. - sayacintabulan dan cik-bulan. 

Read more...

Nasihat Buat Mereka yang Sedang Bersedih

Apabila kita asyik duduk termenung memikirkan nasib diri di sini, merenung jauh mereka di sana hidup penuh keseronokan dan kegembiraan, namun masih tak sedarkah kita tentang hakikat erti kebahagiaan yang sebenar? Ceramah daripada Dr. MAZA. - La Tahzan,Jangan bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita..





p/s: renung2kan dan selamat beramal ~. =)

Read more...

Ijan's Burger yang Mengiurkan

Ramly burger telah berjaya membantu usahawan muda untuk berniaga kecil-kecilan dan menaikkan nama Malaysia. Hasrat murni pengasasnya untuk mula membuat pinjaman pernah diperlekehkan dengan kata " Orang Melayu tak makan burger". Diasaskan pada tahun 1984 oleh Tuan Haji Ramly b. Mokni dan Puan Hajjah Shala Siah Bt. Abdul Manap dari cetusan idea dan hasrat murni untuk mengeluarkan produk yang halal, bersih dan bermutu. Kini berbangga dengan hasil sejuk bekunya yang menular seluruh Malaysia dan Singapura.
 
Antara gerai yang boleh dibanggakan adalah burger ijan di Paroi Jaya, N.Sembilan. Telah bertapak sejak 1995. Pernah mendapat review di rancangan Warung Kita Astro. Bermula dari gerai yang kecil pemiliknya kini boleh berbangga atas permintaan yang menggalakkan sehingga menjadi seperti sebuah restauran burger. Tidak terlanjur menyatakan lebih sedap dari restaurant badut..hehe "umangai den kato sodap bai tu..".

Dah siap buka 6 pek daging dan ayam untuk dimasak
Gerai burger yang siap ada peti ais
Menerima tempahan kalau takut tunggu lama
Gambar sendiri dan ada diambil dari blogwidura.

p/s: ebby yus, abon pun pernah datang sini... tempat wajib kalau datang di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi.. selalu beli sebab tusyen dekat2 situ huhu..

Read more...

Diet di bawah Alam Sedar

Lemakku hilang entah ke mana... tajuk ini yang mula difikirkan buat entry ini... tapi entah la..hahaa...Diet mungkin lebih ilmiah atau lebih memiliki unsur berpelajaran. Jika tajuk itu digunakan, seolah ingin mencari lemak itu kembali.. =P  
Di bawah alam sedar
Anda belum merasakan bahawa anda perlu menurunkan bebanan badan... Anda berkemungkinan besar hanya akan tahu apa itu angan dan sedar setelah cuba memakai sut superhero yang anda miliki. Tidak lagi memiliki potongan menarik. Hanya lebihan yang kelihatan. Lebihan itu dikenali dengan pelbagai panggilan, antaranya "spare tyre dan porch bag". Ada yang lebih santun dan sinis hanya akan bertanya " sudah berapa bulan?" =P... Diet di bawah alam sedar disebut kerana melakukan amalan diet tanpa disedari. Justeru itu inilah antara cara diet sihat yang perlu diamalkan tanpa bersusah payah.

Klik Gambar untuk paparan yang lebih jelas =).

 Pertama :-Pinggan berlainan saiz, isi yang sama banyak, tetapi pinggan 
yang memiliki ruang kosong yang banyak mempengaruhi kita untuk mengisi  makanan.

 Kedua:-Corak pinggan dapat menyatakan bahawa pinggan anda telah penuh diisi makanan.

 Ke 3:- Warna memperdayakan daya pemikiran selera makan kita.

 Ke 4:- Pilih gelas kurus dan tinggi untuk mengelakkan lebihan air dalam badan.

 Ke 5:- Perbuatan bawah alam sedar yang perlu dielakkan.

Ke 6:- Makan dalam suasana persekitaran yang betul.

Ke 7:- Pengaruh rakan sebaya makan /  terpengaruh dengan rakan yang menemani. 
Pilih rakan makan yang betul.

P/s: Bawah alam sedar dah mcm guna bomoh.. ada bunyi mistik2 gitu..huhuu.. gemuk bukanlah bermakna tidak sihat.. kurus juga bukan bermakna sihat walafiat.. sekadar berkongsi tips yang baik untuk diet yang sihat... ^_^
Read more...

Transformers 3 - New Nascar Robots - 1.7.2011






Perkhabaran baru dari dunia perfileman barat. Sebuah filem yang dinanti-nanti setelah dua filem terdahulu yang mungkin anda sudah jemu dengan Chevrolet Camaro dan Corvette Stingray Concept. 'Transformers 3: Dark of the Moon'  dijangka menjengah pawagam seluruh dunia 1 July 2011, akan menampilkan 3 watak utama yang baru di gelar 'The Wreckers', pasukan sokongan dari Transformers Universe yang menyertai Bumblebee, Iron Hide dan Optimus Prime bersama menentang Megatron's Decepticons. Trio ini akan bertukar menjadi NASCAR Sprint Cup Siri Chevrolet Impala dilengkapi senjata 'machine gun' dan meriam.

Ketiga-tiga kereta ini telah pun membuat penampilan di bulan Febuari untuk '53rd running of the Daytona 500'. Mendahului 43 kereta Nascar yang lain, bertindak sebagai Marshal perlumbaan. Kereta dipandu oleh pengarah filem, Michael Bay bersama bintang pelakon Josh Duhamel dan Rosie Huntington-Whiteley. Maka tiada lagi awek bernama Megan Fox " megan musang =P" yang cun itu...

Official Trailer



Filem Scene



New Teaser


Read more...

Putaran Bumi Berubah

Perubahan iklim dunia dan putaran bumi mungkin akan sampai ke penghujung?
Tsunami yang melanda Aceh pada 26 Disember 2004, kini kembali melumpuhkan Jepun dalam sekelip mata.
Bermula dengan gempa bumi berukuran 9.0 pada skala Richter jam 2.46 petang waktu tempatan, tsunami pula menyerang dengan kelajuan kira-kira 800 kilometer sejam dengan ketinggian ombak mencecah 10 meter.

Jepun turut dihimpit krisis mengawal kebocoran radiasinya apabila tahapnya 10 kali ganda lebih tinggi daripada biasa, berikutan impak gempa bumi kategori mega itu. Lebih menyayat hati, harapan menemui mangsa yang terselamat terus pudar dengan angka korban dan mereka yang hilang, lebih 12,000 orang.

Hakikatnya, gempa bumi terbesar di Jepun dan ke 5 terbesar dalam sejarah dunia itu bukan hanya menambah fakta mengenai bencana tetapi turut mengubah landskap dan perjalanan bumi ini.

Di Jepun saja, gempa itu menyebabkan Kepulauan Honshu, yang juga bahagian paling besar di negara itu, berganjak sehingga 2.4 meter.Tidak cukup itu, paksi bumi pula menyendeng 25 sentimeter dan mempercepatkan kadar putaran bumi lebih sejuta mikro saat.

Perubahan lain termasuk sejumlah kerak bumi jatuh menjunam ke dalam retakan atau rekahan sepanjang 402 kilometer yang membuka jurang seluas 9.6 kilometer di bawah Lautan Pasifik. Impak ini seperti diakui saintis Itali dan Amerika Syarikat sebagai lebih besar berbanding gempa bumi yang melanda Sumatera, sebelum ini.


Pakar fizik di City College of New York di Amerika Syarikat, Michio Kaku, pula melontarkan andaian kemungkinan gempa kuat yang mengubah paksi bumi boleh menjadi punca berlakunya Zaman Ais.
“Impak gempa bumi 9.0 dalam kategori mega itu turut menyebabkan pengagihan semula sejumlah besar kerak bumi, memendekkan hari, selain mengubah paksi bumi dan mempercepatkan pusingan.

“Namun, ketika kepantasan putaran bumi dijangka tidak memberi kesan jangka sederhana atau panjang, perubahan paksi mungkin ada impaknya, termasuk menjadi punca pembentukan Zaman Ais.
“Masih ada perdebatan saintifik mengenai apa yang menyebabkan zaman itu tetapi teori utama ialah gangguan kecil pada paksi bumi ketika ia mengelilingi matahari. Perubahan kecil ini yang menggoyangkan paksi dan mungkin menyebabkan Zaman Ais,” kata Kaku yang dipetik media antarabangsa, baru-baru ini.

Zaman Ais atau tempoh glasier ini berlaku secara tidak tetap sejak lebih dua bilion tahun. Pada zaman Ais, lapisan ais terbentuk di sebahagian besar benua atau muka bumi ini dan biarpun punca sebenar perubahan dunia itu tidak diketahui, ada saintis yang mengaitkannya dengan perubahan putaran bumi.

Selain itu, pakar geofizik Agensi Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan Amerika Syarikat (NASA), Richard Goss, pula berkata, perubahan yang menyebabkan putaran bumi pada kadar 1.8 juta setiap saat atau 1.8 mikrosaat, adalah satu isu kekal yang perlu dihadapi manusia sejagat.
Saintis Britain, Bethan Harris, sebaliknya menyifatkan impak itu sememangnya ada tetapi amat minimum.

“Ia kedengaran banyak tetapi kecil berbanding saiz bumi. Perubahan satu darjah paksi bumi bermakna ia bergerak kira-kira 110 kilometer.

“Bagaimanapun, ia tidak berhenti di situ. Bentuk muka bumi Jepun bergerak sebanyak empat meter. Selepas gempa bumi itu, berkemungkinan hari yang kita lalui 1.8 juta sesaat lebih pendek disebabkan perubahan itu.

“Kita dapat melihat perubahan itu dalam purata panjang hari disebabkan perubahan lain di bumi dan atmosfera,” katanya.Seorang lagi pakar geofizik Barat, Richard Gross, pula berkata paksi Bumi tidak sama dengan paksi utara-selatan di ruang angkasa yang berputar sekali sehari pada kelajuan kira-kira 1,604 kilometer sejam.

Hakikatnya, ini bukan kali pertama gempa bumi besar mengubah tempoh sehari bumi iaitu 24 jam. Malah ia semakin pendek disebabkan gegaran kuat sebelum ini. Buktinya, gempa bumi berukuran 8.8 pada skala Richter di Chile tahun lalu turut meningkatkan putaran bumi dan memendekkan hari kepada 1.26 mikrosaat manakala gempa bumi 9.1 pada skala Richter di Sumatera pada tahun 2004 memendekkan hari kepada 6.8 mikrosaat.

Apa yang membimbangkan, ada kalangan saintis ini turut mendakwa impak gempa bumi di Jepun itu mungkin belum lengkap sepenuhnya kerana gegaran susulan yang lemah turut berupaya mengubah panjang hari. Sekurang-kurangnya 20 gegaran susulan berukuran antara 6.0 pada skala Richter atau lebih dilaporkan berlaku.Pakar gempa bumi Tinjauan Geologikal Amerika Syarikat, Dr Daniel McNamara, juga memberi amaran gegaran itu menenggelamkan paras bentuk muka bumi Jepun dan menjadikan sebahagian negara itu kekal di bawah paras laut.

(Aishah) - Amalan Doa Perlindungan Diri (Perlindungan Langit Dan Bumi) HQ Audio



Lima bandar zon gempa

Gempa bumi Jepun minggu lalu turut mendedahkan risiko yang boleh dialami bandar berpenduduk padat terutama di kawasan berisiko tinggi seperti di sepanjang garisan gelinciran.
Berikut 5 bandar raya paling berisiko dilanda musibah dahsyat disebabkan kedudukannya yang mana tiga daripadanya di Amerika Syarikat.


•Tokyo, Jepun
Wujud betul-betul di persimpangan tiga plat tektonik iatu Plat Amerika Utara, Plat Filipina dan Plat Pasifik. Sejarah panjang ibu negara Jepun itu dan biasa dilanda gempa bumi mendorong bandar raya berkenaan membina perlindungan tektonik ke paras maksimum. Ia juga dikatakan bandar raya paling bersedia di dunia untuk berdepan musibah gempa bumi.


•Istanbul, Turki
Gelinciran Anatolian Utara adalah terpanjang di dunia tetapi bandar raya yang menempatkan prasarana lama dan moden itu mendedahkan 13 juta penduduknya dalam risiko tinggi.Gegaran berukuran 7.4 pada skala Richter yang melanda Izmit, 101 kilometer dari Istanbul pada 1999 menjadikan bangunan abad ke-20 yang selalunya dibina dengan konkrit bercampur air masin selain tidak menghiraukan kod bangunan, rebah menyembah bumi yang meragut kira-kira 18,000 nyawa.


•Seattle, Amerika Syarikat
Berdepan ancaman gempa bumi besar dan letusan gunung berapi Rainier. Ia terletak di atas sempadan tektonik aktif di sepanjang Plat Amerika Utara, Plat Pasifik dan Plat Juan de Fuca. Pemandangan menakjubkan Gunung Rainier sekadar memberi peringatan yang ia adalah gunung berapi ‘tidur’ atau senyap yang boleh mengatasi Gunung St Helen pada bila-bila masa.


•Los Angeles, Amerika Syarikat
Sejak lebih 700 tahun lalu, gempa bumi kuat melanda wilayah berkenaan setiap 45 hingga 144 tahun. Gempa bumi besar terakhir berukuran 7.9 pada skala Richter berlaku 153 tahun lalu. Dalam erti kata lain, Los Angeles cuma menanti masa untuk digegarkan dengan satu lagi gempa besar. Gempa bumi seterusnya akan memberi impak buruk, termasuk memberi kesan kepada keseluruhan California Selatan yang didiami penduduk sekitar 37 juta. Bencana alam besar boleh membunuh antara 2,000 dan 50,000 penduduk dan menyebabkan kemusnahan bernilai berbilion dolar.


•San Francisco, Amerika
Mempunyai cuma 800,000 penduduk, San Francisco ialah satu lagi bandar raya besar di sepanjang pantai barat Amerika Syarikat yang boleh musnah akibat gempa bumi dan tsunami besar. Ia terletak berhampiran bahagian utara Gelinciran San Andreas. Ada beberapa gelinciran kecil yang terletak di seluruh bandar raya itu, meningkatkan kemungkinan gempa bumi dahsyat akan berlaku.

Definisi
•Gempa bumi: Fenomena gegaran bumi yang berlaku akibat gerakan bumi yang mengalami gelinciran di garis sesaran bumi ataupun disebabkan oleh aktiviti gunung berapi.


•Tsunami: Perkataan Jepun bermaksud ‘ombak pelabuhan.’ Ia adalah satu fenomena ombak besar yang melanda pantai disebabkan kejadian gempa bumi di dasar laut. Aktiviti di dasar laut seperti tanah runtuh, ledakan gunung berapi, letupan serta hentaman bahan kosmik seperti meteorit juga boleh menghasilkan tsunami.


Sumber Berita Harian


Read more...

Asing Di bumi SeNdiri

Catatan 30 Disember 2008


Jauh perjalanan luas pemandangan. Segala pengalaman adalah berharga buat setiap insan dalam belajar mengenal liku-liku kehidupan. Pedalaman itu memang satu halangan buat mereka yang tidak punya peluang untuk kehadapan. Tetapi keazaman dalam memperbaharui kehidupan adalah satu kemestian. Jika sewaktu dahulu ikan boleh dipukat pada bila-bila masa. Jika sewaktu dahulu padi ada didepan mata. Semuanya harus bermula semula kerana mereka bukan ditempat yang sama. Asing di bumi sendiri. Pindah di tempat baru bermakna mereka perlu mengatur langkah perjalanan. Tanah baru tidak semestinya subur untuk bertani, air bukit percuma dulu dinikmati mungkin kini tidak lagi.


Jika dahulu ia sekadar mengisi masa lapang , maka hasil kerja halus kini harus dijadikan sebagai sumber pendapatan. Tidak ramai anak muda kampung yang ingin ke universiti, cukup sekadar pengetahuan di tingkatan lima dan terus bekerja. Anak gadis menunggu masa si jejaka. Kurang kesedaran serta peluang menggenggam segulung kertas pengiktirafan yang begitu beharga. Andai ilmu itu dikejar, kemajuan bakal dikecapi tiada lagi penindasan dan penipuan jika kita berpengetahuan. Jika semuanya graduan universiti, mungkin ada mata tercelik memandang ke kawasan ini untuk diberikan bantuan. Mungkin ada yang menyangka mereka tidak tinggi pelajaran lalu tidak perlukan bantuan. Mereka miliki idea-idea bernas, miliki hasil kerja yang kreatif akan tetapi tidak punya saluran untuk pemasaran dan penambahbaikan demi kemudahan yang lebih. Hasil tanaman jika ada lebihan adalah satu masalah untuk dipasarkan ke pekan, maka cukuplah sekadar bercucuk tanam sebagai sumber makanan dan bukan sumber pendapatan.


Masalah pengangkutan dan kemudahan awam adalah penyakit utama. Andai tiada anak-anak mereka ke sekolah, mungkin juga bahasa adalah masalahnya. Boleh dikatakan kampung ini sunyi kerana hilang warganya berhijrah ke kota. Yang tinggal hanya 5 keluarga. Uma nya banyak tapi tiada berpenghuni, menanti krismas kembalikan seri. Depan, belakang ,kiri dan kanan diliputi bukit bukau yang belum ditarah, hidung ini bersih dari ketulan hitam. Sekali sekala terdengar si kenyalang menjerit. Sungai rejang tersekat alirannya, ikan sumber makanan kian kurang. Keringit di sini sentiasa mengigit kaki dan tangan. Tiada nyamuk tetapi agas yang inginkan santapan.


Empangan berbilion ringgit perlu dilaksana demi menyalurkan 2400 wat tenaga ke semenanjung Malaysia. Jika di hulu sungai sana. Semuanya mesti berpindah ,jika tidak empangan yang menyekat 7 aliran sungai ini bakal meneggelamkan mereka sebesar negara Singapura pada 2010 (tarikh jangkaan siap, tetapi masih dalam pembinaan) . Mereka perlu dibantu bukan sekadar membiarkan mereka berteleku. Jangan nanti ada bangsa lain yang menindas mengaut keuntungan dari mereka, walhal kejadian itu telah pun bermula.


Enjin jenerator berbunyi hanya bertahan 5 jam sehari. ‘Jalan Jahat’ itulah kata mereka andai melalui jalan besar ke pekan yang kadangkala mereka gelar highway. Istilah mereka kadangkala sedikit berbeza dengan kemajuan di semenanjung. Jalan jahat merujuk kepada lobang-lobang sebesar 5 kaki persegi yang dalamnya separuh dari tayar bas. Lopak-lopak kolam ikan yang terbentuk kerana berkongsi laluan dengan lori balak yang melaluinya. Naik taraf jalan disana cukup sekadar dari lumpur atau tanah ditaburi dengan batu-batu bukan sehingga ke peringkat diturap. Mereka umpama merintih dibumi sendiri. Terperangkap jauh ke dalam. Hak dirampas..rintihan tidak didengar walaupun ada yang cuba-cuba menjerit-jerit dilaman forum. Pampasan yang diterima tidak sama dengan apa yang dikecapi sebelumnya. Sumber eletrik yang hanya dijana jenerator di malam hari, mampukah menyinari hidup mereka di hari mendatang…

P/s: Sehingga ke hari ini empangan masih belum siap sepenunhnya.. tetapi perkhabaran baiknya anak muda di sana telah mula masuk ke ipta melanjutkan pengajian. Artikal berkaitan Bakun Dam  1 dan 2


Read more...

Sebuah karya Leen Mafia



27112007 pernah dipost dalam blog freindster....

hidup apakah ini?

bila mencari,
dia lari..
bila brhenti,
dia berlari..

mimpi apakah ini?
erti apakah ini?
bila bersuara,
dia kaku,
bila berkata,
dia membisu,
bila kau membatu,
dia bersuara,

makna apakah ini?
bila sepi,
dia pergi,
bila gembira,
dia tiada,
bila sedih dia membenci,
bila keluar mencari sesuatu,

dia kluar mencarimu…

24 nov 2000 leen mafia..(tok Teh)
Read more...

Who knows whether its gud or bad luck?

Siapa tahu ianya tuah yg baik atau nasib yang buruk?
This story maybe from old sage... and i hear from Zain Azrai.. Something useful to be share


Ade seorg pemilik kude ni
suatu ari kude die hilang
jiran seblah pon cakap
"Aiyoo bad luck aa u, kuda cantik2 hilang"
then owner kude tu ckp
"Who knows whether its gud o bad luck?"

D next day kude chantek tu bwk kude2 jantan sebanyak 20 ekor ke umah owner die
jiran seblah brkate..
"Waaah gud luck aa u ,dpt 20+ kuda baru "
Owner tu ckp
"Who knows whether its gud luck or bad luck"..

D next day...
anak tokey kude tu naek one of the kude jantan
biasak aa kude da banyak kan
bawak2
jatoh lak patah kaki seblah
jiran seblah berkate .."aiyo bnyk bad luck aa u, anak patah kaki"
then owner kude tu cakap
"who knows whether its bad luck o gud luck?"

Tiba-tiba d next week
Askar dari bandar tgh carik anak2 mude yg sht dan kuat utk brkhidmat kpd negara yg trcinta
anak jiran bnyk ckp tadi terpilih
while anak tokey kuda yg patah kaki tadi brada d rumah bersama bapa tercinta
the toke kude tu berkate..
"theres never been gud or bad luck
its juz how u view things in defferent ways
n being grateful for EVERYTHING! "

-The end-
so?never stop being gratefull.. =) Bersyukurlah dgn apa yg ada..
Read more...

7 Kegagalan di Rancangan Realiti TV

Mungkin anda akan tertawa melihatnya dan mungkin juga anda bersimpati atas sedikit kealpaan serta kesilapan mereka. Baka kata pepatah melayu, "terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya".

Salah menjawab soalan pertama "Who Want’s To Be A Millionaire"



Lagi contoh untuk Salah menjawab soalan pertama "Who Want’s To Be A Millionaire"


Mendapat Nilai Lebih Rendah Dari Markah Yang Rendah


Meniru Jawapan Kanak-kanak


Jawapan Salah Keputusan Dari Satu Keluarga



Bidaan Tekaan 1USD vs  60000USD yang Mengejutkan



Salah Sebutan pada 1 Huruf untuk Penyelesaian "Wheel of Fortune"


Apapun Pujian Untuk 1 huruf dan Saya Selesaikan HALIM! =P

Read more...

Loghat Terengganu

Gambar 1.0: Ni bru siket..klo wak tubik blake jenoh org luor nk ngapal..hahaa

Gambar di atas menunjukkan serba sedikit loghat Terengganu yang akan anda dengar jika orang Terengganu bercakap. Tidaklah seperti seloroh ayat yang biasa didengar  iaitu orang terengganu x makan ikan, tetapi "makang ikang". Selama mempelajari dan mengamati loghat ini, apa yang diamati. Loghat Terengganu ada penambah perisa atau kata ganda di hujung ayatnya buat menambah perasa.Contoh-contoh untuk menyatakan keadaan- keadaan yang lain :
  1. Gelap guguk/ gelap gelemak = gelap gelita
  2. Panas dering = sangat panas
  3. Sejuk siak = Sangat sejuk
  4. Ogeh-ogeh = goyang
  5. Krhek / sokmo =  Selalu
  6. Udoh sepah ko'ong = sangat hudoh
  7. Pelekong ceytong = baling gayung
  8. Manih leting = sangat manis
  9. Masam rebang = sangat masam
  10. Masin rhebing / masin pekak = sangat masin
  11. Pahit lepang = sangat pahit
  12. Tawar hebey = sangat tawar
  13. Serek = berhenti
Dipelajari dan diajar oleh Sharih Ahmad  dan  gambar dari group FB I Love Loghat Terengganu . Terima kasih jua pada rakyat-rakyat jelata Terengganu yang lain. LIKE  =)




Read more...

Menjadi Gelandangan terpaksa atau sengaja....

Gelandangan bagi yang baru mendengar perkataan ini mungkin sedikit kekok atau pelik. Melihat di TV3 slot 360. Ianya merujuk kepada istilah  perkataan yang ditujukan kepada orang-orang yang mengalami keadaan tunawisma.Tunawisma/gelandangan atau di dalam bahasa inggeris disebut " Homeless". Orang yang tidak mempunyai tempat tinggal tetap dan berdasarkan berbagai alasan harus tinggal di bawah jambatan, taman umum, pinggir jalan, pinggir sungai atau dimana shaja kawasan umum lain untuk tidur dan menjalankan kehidupan seharian. Sebagai pembatas wilayah dan milik pribadi, tunawisma sering menggunakan lembaran atau hamparan surat khabar, zink atau aluminium, plastik, selimut, kereta sorong, atau apa sahaja yang sesuai dengan keadaan geografi kawasan ianya berada.

Ada juga yang menggunakan papan-papan iklan sebagai tempat untuk menyangkut pakaian.Di negara-negara maju, kebanyakan yang menjadi gelandangan segelintirnya bukan kerana kemiskinan atau tidak memiliki wang, tapi ingin bebas dari keluarga atau tanggung jawab, mahupun ada juga sebahagian daripada mereka adalah penagih. Di Amerika Syarikat, industrialis Howard Hughes pernah untuk sementara waktu memutuskan untuk menjadi gelandangan. Sewaktu Perang Vietnam anak muda Amerika Syarikat dengan sengaja berkeinginan menjadi gelandangan, kerana orang tanpa alamat yang jelas tidak menerima surat undangan wajib ketenteraan.

Apa yang dipaparkan di TV3 menunjukan kehidupan mereka. Bukan semuanya adalah kerelaan.Mereka jua manusia biasa yang dihimpit permasalahan. Segelintirnya adalah dadah, akibat tekanan yang luar biasa dari keluarga (tiada sokongan) dan kemiskinan. Ada juga yang berpendapatan, akan tetapi jika hanya gaji RM500 sebulan di ibu kota, ada benarnya jua lebih baik menghantar duit ke kampung halaman, daripada membayar duit bilik sewa yang beratus sebulan. Tidur di tepi jalanan mungkin dipandang hina. Tetapi permasalahan mereka juga harus diambil kira. Badan Sukarelawan dari Reachout  dan Rumah Sinar Alam antara yang bergerak aktif membantu mereka. Mungkin apa yang mereka perlu adalah cuba melakukan sesuatu dengan kebolehan diri untuk keluar dari kepompong. Jika tidak matinya mungkin tiada siapa yang tahu...


Read more...

Gurindam Jiwa- kian dilupa irama dan lagunya…

Tuai padi antara masak,
esok jangan layu-layuan,
intai kami antara nampak,
esok jangan rindu-rinduan…

anak cina kakinya luka,
luka kakinya terpijak duri,
didalam hati takkan kulupa,
ibarat rambut bersimpul mati,

batang selasih permainan budak,
daun selasih dimakan kuda,
bercerai kasih bertalak tidak,
seribu tahun ketemu jua,

burung merpati terbang seribu,
hinggap seekor ditengah laman,
hendak mati dihujung kuku,
hendak berkubur di tapak tangan,

kalau tuan mudik ke hulu,
carikan saya bunga kemboja,
kalau tuan mati dahulu,
nantikan saya dipintu syurga..

banyak padi perkara padi,
padi yang mana ditanam orang,
banyak budi perkara budi,
budi yang mana dikenang orang,
baik tanam ubi keladi,
jangan tanam ubi sengkuang,
baik-baik bertanam budi,
jangan sampai budi terbuang…


Read more...

yang...

yang dilupa kian hilang, yang dicari terus menghilang, yang hilang kembali datang, yang dicari datang temui, yang mencari meluah rasa, yang merasa hilang semula, yang ditunggu terus membisu, yang menunggu terus menunggu...

- hanya mampu melihat, hatinya tak mampu menggapai, hanya tahu menunggu, hati yang hanya mampu tersenyum...


Read more...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...