rss
twitter
    Find out what I'm doing, Follow Me :)

Yang dihormati...

( ctrl + left clik =new tab)
Klik tajuk entri untuk komen/gambar&video penuh.
Link bewarna biru dalam setiap entri adalah kredit kpd pemilik /artikel terdahulu.
Receive ayampenyek's blog update trough Facebook
Jika tiada entri baharu..kebiasaannya ade dikongsi di FB
Jika ada video yg tdk lagi boleh dimainkan.. sila komen utk alert kpd kami..
Showing posts with label ramalan kebetulan. Show all posts
Showing posts with label ramalan kebetulan. Show all posts

Tabiat Pemandu Malaysia

Tabiat tipikal pemandu di Malaysia. Siapa sahaja rakyat Malaysia yang memandu pasti pernah mengalami atau melakukan perkara yang sama. Sama ada menjadi mangsa kesan daripada pemanduan yang lain atau pemandu yang melakukan kesalahan. Tabiat buruk pemandu Malaysia antaranya:

  • Tidak menyalakan lampu signal ketika masuk simpang
  • Melanggar peraturan papan tanda
  • Menggunakan telefon bimbit ketika memandu
  • Memandu perlahan di lorong kanan


p/s: haha mencari parking tu.. memang biasa dah kancil bertukar menjadi baby.. :P

Read more...

Sejarah Kewujudan Kalendar

Kalendar Gregorian yang diguna pakai selain kalendar Egypt, Hebrew, Chinese dan lain-lain memiliki sejarah penggunaanya. Kewujudannya diperkenalkan oleh Pope Gregory XIII yang mana diperbaiki daripada kalendar Jullian. Penggunaan kalendar Gregorian mulanya pada 1752 tidak diterima pakai di England / serta sekutu British juga Amerika. Kini ianya diterima pakai diseluruh dunia. ( Kredit:Afina)


p/s: cepat sungguh masa berlalu...Selamat Tahun Baharu 2012.. ^_^ ..

Read more...

Senarai Lagu Layak ke AJL 26 | 2011/2012

Keputusan Senarai Akhir Lagu Layak bertanding di Anugerah Juara Lagu (AJL 26 | 2011/2012). Juga disertakan list lagu ke Separuh Akhir Muzik-Muzik 26 / Final AJL 26. Keputusan Penilaian juara lagu adalah bukan dinilai dari segi suara atau artis tetapi terhadap lirik dan susun atur muzik. Pemenang sebenar Juara Lagu adalah komposer dan penulis lirik (bagus untuk artis yang menghasilkan lagu sendiri). Hanya pemenang untuk persembahan dan vokal terbaik adalah anugerah untuk artis. Senarai akan diupdate / muat naik dari masa ke semasa. Tarik Aanugerah Juara Lagu 26 adalah pada 29 Januari 2012.

Top 5 Separuh Akhir Pertama - 18 November 2011
MATA HATI (NUBHAN)
KISAH HATI (ALYAH)
GADIS SEMASA (YUNA)
AWAN NANO (HAFIZ)
BERIBU SESALAN ( NING BAIZURA, JACK & SHILA AMZAH)

 Babak Pertama (Drama)
 Di Penghujungnya (Iqa)
 Janji (Akim)
Kisah Dongeng (Stacy)
Maaf Dari Hati (Sofazr)
Muda (Hujan)

Top 5 Separuh Akhir Kedua - 25 November 2011
SUNGAI LUI (AIZAT)
CINTA MUKA BUKU (NAJWA LATIF)
WANITA SELURUH DUNIA (PROJEK PISTOL)
KEKANDA ADINDA (ATILIA & MONOLOQUE)

Kurnia (Mizz Nina & Noh Hujan)

Luar Biasa (Shahir)
Cinta teragung ( hazama)
 Perpisahan Ini (1st Edition dan Aizat)
Pokok (Meet Uncle Hussein dan Nubhan)
Bagaikan Bidadari (Tomok)
Ilusi (Adira)

Separuh Akhir Ketiga - 2 Disember 2011

PENAKUT (YUNA)
KALAU BERPACARAN(SOHAIMI,ANAAA RAFFALI & ALTIMET)
KARMA (FAIZAL TAHIR)
SEDETIK LEBIH (JACLYN VICTOR  ANUAR ZAIN)

 Bila Bertemumu (Shiha)
 Cinta Matiku (Sixth Sense)
 Menyesal (Sitxh Sense)
Aku Permata (Salma)


p/s: .. tiada penyertaan untuk irama Malaysia tahun ini..

Read more...

Lapangan Kapal Angkasa Pertama- Spaceport America

Hasil usaha studo architecture Foster + Partners sebuah lapangan kapal angkasa pertama Amerika. Projek concept / konsep Richard Branson,Boss syarikat penerbangan Virgin. Dalam kawasan 11 000 m2 padang pasir New Mexico. Penerbangan kapal angkasa pertama yang dijadualkan berlepas akhir 2012.

 
 
 
 

p/s: canggih2... =)

Read more...

Microsoft - Produktiviti Kemajuan Masa Hadapan

Sebuah filem pendek mengenai manfaat keindahan kemajuan teknologi di masa hadapan, dalam perhubungan masa dan rutin harian serta merapatkan kekeluargaan yang dihasilkan oleh divison / jabatan Microsoft Office. Gambaran teknologi yang akan dinikmati 10 tahun akan datang.




p/s: indah sgt tu.. =p mcm pening pulak byk sgt aplikasi kmputer.. =.='

Read more...

Jangan Menilai Terlalu Cepat

Apabila setiap gerak geri perlakuan itu jika tidak diketahui, selalunya mengudang rasa curiga. Perlakuan serkap jarang dan mengata akan berlaku jika sekadar melihat sahaja. Apa yang terjadi sentiasa ada punca kejadiannya. Mengata perkara buruk serta mencanang, mengundang permasalahan yang lebih besar. Bertanyalah untuk mengetahui perkara sebenar. Bersangka baiklah untuk setiap yang berlaku. Kerana hanya perkara sebenar lebih diketahui empunya diri. Jauhilah sikap mengata dan membuat rumusan sendiri tanpa bertanya.



p/s: akal dan minda yg tenang dtg dari hati dan jiwa yg bersih ye.. yer.. ingt yer.. ^_^

Read more...

Something New / Sesuatu yang Baru

Sesuatu yang baru bakal menjengah. Atas sambutan yang menggalakkan. Serta pertambahan ratusan pembaca yang semakin ramai dari hari ke hari. Akan berlaku perubahan berperingkat terhadap blog ayampenyek.blogspot.com yang rata-rata kebanyakan pembacanya berminat terhadap berita dan info baru yang rare, pelik unik dan segar. Insyallah akan ada kemasukan author / penulis tambahan untuk blog ini. Beliau juga seperti saya, seorang info-eater ^_^.


p/s: blog ibarat diari simpanan (ilmu/info/peribadi) yg disimpan supaya tdk luput dari ingatan. =)

Read more...

Nike Marty McFly - Limited Edition







Nike Marty McFly Limited Edition. Hanya boleh didapati dalam 1500 unit. Hasil jualan akan disalurkan kepada Parkinson Disease Research iaitu Michael J.Fox Foundation untuk mewujudkan masa depan tanpa penyakit Parkinson. Replika kasut ini  pernah dipakai Marty watak " Back To The Future II " dalam filem tahun 1989. Akan mula dijual di e-bay bermula 8 September 2011 dan akan berakhir 18 September 2011. Hanya 150 unit akan dilelong setiap hari. Ciri menariknya, 3 warna lampu LED dan electroluminescent logo Nike yang bercahaya tetapi tidak berfungsi sebagai auto-lace. Mampu menyala selama 5 jam setelah dicas.Kasut pertama Nike Mag telah dijual dalam bidaan harga USD 37,500.



Kasut ini telah diPatern pada 5 November 2009 . Bidaan terendah setakat ini adalah $ 3,000 usd (RM 9,000) aje.. ^_^. Bidaan hanya untuk 10 hari. 100% hasil jualan akan disalurkan kepada badan kebajikan M.J.Fox. Kasut ini diwar-warkan keluar 2015 tetapi telah diawalkan pengeluarnnya 2011.( katanya..back to the future..)

p/s: macam kasut kanak2 pijak keluar lampu jer.. T_T mahal bebenor sebab limited T_T.

Read more...

New Nike Shoes 2011



p/s: teaser 2011 daripada / from nike.. jualan kasut terhad..

Read more...

Helah Berjaya yang Tiada Salahnya

Melakukan sesuatu perkara luar dari kebiasaan. Melakukan helah dengan bijak tanpa melanggari apa-apa peraturan. Mengaih perhatian, berani membuat kelainan demi menggapai suatu kejayaan. Ini yang dinamakan berfikir secara kreatif untuk menyelesaikan permasalahan. =)





p/s: huhuhu sangat berani melakukan kelainan dengan hanya menarik perhatian membuatkan orang lain terpana dan masih dalam keraguan serta kebingungan... hahahaa best...

Read more...

Nasib Toyota, Perodua dan Proton


Berulang kali memikirkan perlukah menulis entri ini, takut menjadi penyebab utama kejatuhan, atau kenaikan jenama di pasaran. Mungkin ada yang boleh menduga, tidak kurang yang tertanya-tanya apakah kaitan mereka. Toyota kini mungkin jatuh ke tempat ke 3 sebagai peneraju pengeluar kenderaan di belakang General Motors (GM) dan Volkswagen ekoran dari bencana gempa bumi dan krisi nuklear di Jepun. Toyota mula merampas takhta dari GM sejak 2008 dan menerajui pasaran global. Berdasarkan pemerhatian dari penganalisis bisnes.
 Dijangka GM mencatatkan pengeluaran sekitar 8 juta tahun ini, diikuti Volkswagen  sekitar 7 juta dan Toyota 6.3 juta unit. 
Kejatuhan pengeluaran Jepun gangguan di beberapa negara selain Jepun, Eropah, Amerika Utara dan terutamanya Asia disebabkan kekurangan bekalan bahagian kenderaan (spare part). Analisa ini adalah dari berita Reuters. Walaupun pernah suatu ketika dahulu Toyota dan beberapa pengeluar kenderaan ternama dari matahari tebit itu dikaitkan dengan masalah alat ganti, yang seolah dirancang kerana merampas kedudukan pengeluar kenderaan dari teknologi barat. Kini bencana alam adalah penyebab utama. Mereka hanya mampu merancang tuhan menentukan.

Pengantungan Perodua terhadap Toyota / Daihatsu sekaligus berkait. Beberapa teknologinya adalah dari Toyota dan kuasa saham sebahagiannya juga adalah milik syarikat Jepun. Tidak mustahil pasaran Perodua tahun ini dijangka merosot. Proton tampil dengan berani menyatakan akan merampas semula peneraju  pasaran Malaysia yang telah dirampas Myvi sejak 5 tahun lalu di bawah Perodua.  Sokongan dari kualti yang semakin baik dan positif, jaminan masalah power window, proses penghantaran yg lebih efsion janji mereka. Saga kini mendapat purata jualan 7,000 sebulan manakala Persona 3,800 ke 4,000 sebulan dan jualan menggalakkan Inspira 1,000 sebulan. Analisa dari Berita Harian serta kata-kata dari Pengurus Besar Bahagian Pemasaran Proton Edar, Sidik Abd Hamid mengenai jumlah jualan kenderaan Proton. Perodua mungkin ada strategi lain yang membuatkan rakyat Malaysia ternanti-nanti pelancaran Myvi baru 2011. Sambil Proton bersedia dengan Exora edisi baru, serta Persona -R yang dijangka seakan hampir dengan model Proton Tuah di KL Motoshow 2010/2011. Manakala kenderan dari negara barat seperti Peugeot, Ford, Volkswagen, Chevrolet ( GM) dan lain-lain, mula mendapat kepercayaan yang memang diyakini kualiti enjin dan prestasinya.

p/s: untung sabut timbul, untung batu tenggelam.. adat berniaga =).. ini hanyalah analisa belum terjadi ia hanyalah andaian berdasarkan pemerhatian dan sumber berita.

Read more...

Diet di bawah Alam Sedar

Lemakku hilang entah ke mana... tajuk ini yang mula difikirkan buat entry ini... tapi entah la..hahaa...Diet mungkin lebih ilmiah atau lebih memiliki unsur berpelajaran. Jika tajuk itu digunakan, seolah ingin mencari lemak itu kembali.. =P  
Di bawah alam sedar
Anda belum merasakan bahawa anda perlu menurunkan bebanan badan... Anda berkemungkinan besar hanya akan tahu apa itu angan dan sedar setelah cuba memakai sut superhero yang anda miliki. Tidak lagi memiliki potongan menarik. Hanya lebihan yang kelihatan. Lebihan itu dikenali dengan pelbagai panggilan, antaranya "spare tyre dan porch bag". Ada yang lebih santun dan sinis hanya akan bertanya " sudah berapa bulan?" =P... Diet di bawah alam sedar disebut kerana melakukan amalan diet tanpa disedari. Justeru itu inilah antara cara diet sihat yang perlu diamalkan tanpa bersusah payah.

Klik Gambar untuk paparan yang lebih jelas =).

 Pertama :-Pinggan berlainan saiz, isi yang sama banyak, tetapi pinggan 
yang memiliki ruang kosong yang banyak mempengaruhi kita untuk mengisi  makanan.

 Kedua:-Corak pinggan dapat menyatakan bahawa pinggan anda telah penuh diisi makanan.

 Ke 3:- Warna memperdayakan daya pemikiran selera makan kita.

 Ke 4:- Pilih gelas kurus dan tinggi untuk mengelakkan lebihan air dalam badan.

 Ke 5:- Perbuatan bawah alam sedar yang perlu dielakkan.

Ke 6:- Makan dalam suasana persekitaran yang betul.

Ke 7:- Pengaruh rakan sebaya makan /  terpengaruh dengan rakan yang menemani. 
Pilih rakan makan yang betul.

P/s: Bawah alam sedar dah mcm guna bomoh.. ada bunyi mistik2 gitu..huhuu.. gemuk bukanlah bermakna tidak sihat.. kurus juga bukan bermakna sihat walafiat.. sekadar berkongsi tips yang baik untuk diet yang sihat... ^_^
Read more...

Kenapa cincin dipakai di jari manis?

Kongsian dari rakan menyatakan maksud simbolik mengapa ianya dipakai dijari manis:

1. Pertama, tunjukkan telapak tangan Anda, jari tengah ditekuk ke dalam (lihat gambar).

2. Kemudian, 4 jari yang lain Ditemukan hujungnya.

3. kemudian cuba buka ibu jari Anda.

Ibu jari yang mewakili orang tua boleh dibuka kerana kita akan membentuk suatu keluarga baru. dan akan membentuk kehidupan baru yang terpisah dari orang tua.

5. Tutup kembali ibu jari anda, kemudian buka jari telunjuk anda.

Jari telunjuk mewakili kakak dan adik Anda. Jari itu terbuka kerana mereka akan memiliki keluarga dan kehidupan sendiri yang akan terpisah dengan Anda.

6. Sekarang tutup kembali jari telunjuk anda, buka jari kelingking.

Jari yang mewakili anak-anak Anda ini juga dibuka. Cepat atau lambat anak-anak juga akan membentuk keluarga dan kehidupan baru yang terpisah dengan Anda.

7. tutup jari kelingking Anda.

Cuba buka jari manis Anda tempat di mana kita menyarung cincin perkahwinan.

Peliknya jari tersebut tidak akan boleh dibuka.

Jari manis ini mewakili suami dan isteri. selama hidup Anda dan pasangan akan terus bersama satu sama lain dalam menjalani kehidupan.

Itulah alasan cincin kahwin perlu disematkan di jari manis. Anda dan pasangan akan terus bersama selagi jari manis tidak dipisahkan dari kehidupan.

Akan tetapi itu hanyalah rumusan atau teori penceritaan kisah berbentuk kekeluargaan. Kisah sebenarnya ialah cincin disarung sebagai tanda dan sunnah Rasulullah S.A.W.


Nasihat Nabi Muhammad SAW kepada Saidina Ali sesudah Saidina Ali berkahwin dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan Nabi Muhammad Saw.

Nabi Saw. berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai cincin pakailah di jari:
1] jari manis
2] jari kelingking (anak jari)

dan jangan memakai pada jari
1] jari tengah
2] jari telunjuk

Nabi Muhammad saw. melarang kerana memakai cincin pakailah di jari telunjuk dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang dilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka di zaman Nabi Luth a.s.

Perhatian : Cara memakai cincin adalah termasuk lelaki ataupun perempuan. Jikalau kita memakai cincin dengan niat mengikut sunnah Nabi SAW insyAllah dapatlah kita pahala.
Read more...

Who knows whether its gud or bad luck?

Siapa tahu ianya tuah yg baik atau nasib yang buruk?
This story maybe from old sage... and i hear from Zain Azrai.. Something useful to be share


Ade seorg pemilik kude ni
suatu ari kude die hilang
jiran seblah pon cakap
"Aiyoo bad luck aa u, kuda cantik2 hilang"
then owner kude tu ckp
"Who knows whether its gud o bad luck?"

D next day kude chantek tu bwk kude2 jantan sebanyak 20 ekor ke umah owner die
jiran seblah brkate..
"Waaah gud luck aa u ,dpt 20+ kuda baru "
Owner tu ckp
"Who knows whether its gud luck or bad luck"..

D next day...
anak tokey kude tu naek one of the kude jantan
biasak aa kude da banyak kan
bawak2
jatoh lak patah kaki seblah
jiran seblah berkate .."aiyo bnyk bad luck aa u, anak patah kaki"
then owner kude tu cakap
"who knows whether its bad luck o gud luck?"

Tiba-tiba d next week
Askar dari bandar tgh carik anak2 mude yg sht dan kuat utk brkhidmat kpd negara yg trcinta
anak jiran bnyk ckp tadi terpilih
while anak tokey kuda yg patah kaki tadi brada d rumah bersama bapa tercinta
the toke kude tu berkate..
"theres never been gud or bad luck
its juz how u view things in defferent ways
n being grateful for EVERYTHING! "

-The end-
so?never stop being gratefull.. =) Bersyukurlah dgn apa yg ada..
Read more...

7 Rekaan berharga bawah 5 USD yang menjadikan jutawan dan jutaan


Amerika dengan bangganya menyatakan bahawa mereka adalah negara inovasi dan rekaan dari besar hingga kecil. Benarkah? Emm.. Berikut adalah 7 ciptaan dibawah harga 5 dolar atau lebih rendah yang keluarannya mencecah jutaan dan kadangkala lebih dari itu.

1. Post-it Notes

Anda mungkin menggunakannya paling kurang sekali seumur hidup, kecuali anda tinggal di bwah batu atau kawasan pedalaman. Nota pelekat mulanya adalah pelekat yang gagal di 3M. Gamnya tidak meleket dengan cukup. Arthur Fry yg bekerja di 3M mula menambah gam pada “ Sticky Notes” tersebut di dalam buku laporannya dan beberapa rakan lain mula mengikut jejak langkahnya untuk kegunaan sendiri. “Post-it” kini salah satu penemuan paling mahal yang membuat syarikat jutawan, dan telah berkembang menjadi 4.000 produk yang berbeza.  Idea bernas yang datang dari pelekat yang tidak menjadi. =)

 
2. Crazy Straw

Ibubapa tahu bahawa kanak-kanak kadangkala cerewet dalam pemakanan. Inilah masalah usia pada tahun 1936, Pereka Denver, Arthur P. Gildersleeve mengambil keputusan membengkokkan straw untuk menambah tarikan pada kanak-kanak minum susu dan jus. Rekaan mudah yang berjaya, kini boleh didapati di kedai-kedai di seluruh dunia beberapa dekad selepas ia pertama kali diciptakan.


3. Slinky
 
Rekaan Simple/ringkas oleh Richard James bermula di stor jabatan Gimbel di Philadelphia ( bukan Pilahdelfia, negeri 9) tahun 1945. Berjaya membuat amukan pasaran dari hari pertama. 400 Slinky dijual dalam masa 90 minit. Sejak itu lebih dari 300 juta ++ telah dijual membuatkannya sebagai produk klasik yang murah yang selalu ada dibilik kanak-kanak.

4. Silly Bandz

Jika anda memiliki anak kecil atau anda sendiri mungkin biasa dengan Silly Bandz, sifatnya yang elastic dengan pelbagai bentuk seperti haiwan, bintang rock serta bentuk-bentuk peribadi yang lain. “Wrist band” getah pergelangan tangan nama lain baginya. Menjadi kegilaan sejak beberapa tahun lalu hingga kini ianya terjual 1juta dalam masa seminggu.






5. Pet Rock

Bermula sebagai gurauan dalam pertemuan bersama rakan pada tahun 1975, Gary Dahl berbicara tentang bagaimana sungguh serabut membela haiwan peliharaan. Dan dia lebih sukakan “pet rock” batu peliharaannya. Setelah melepak dengan idea rakan-rakannya, Dahl menulis "The Pet Rock Training Manual" -Panduan Batu peliharaan yang di paketkan di dalam kotak dengan tag harga $3.95 maka lahirlah Pet Rock. Apa yang bermula sebagai gurauan dalam bulan April telah menjadi jualan sebanyak 10,000 Pet Rock sehari dalam bulan Oktober membuatkan Dhl menjadi jutawan. Dianggarkan bahawa perekanya membuat lebih $15juta pada penggal pertama pengeluaran. The Pet Rock kini telah dilupakan, tetapi ciptaannya menunjukkan bahawa kadangkala gurauan dan sedikit kesungguhan boleh membawa kejayaan, keuntungan dan tuah.

6. Antenna Ball

Sukar untuk membayangkan bola antena kecil, tetapi seseorang membuatnya lebih jutaan dollar untuk benda tersebut. 1997, diinspirasikan daripada iklan “ Jack in the Box” ianya mula direka dengan pelbagai jenis “antena ball”. Mula dijual di keda-kedai di California dan mengikat kontrak dengan Wal-Mart. Jason Wall menjadi jutawan, presiden dan CEO untuk In-Concept.



7. Koosh Ball

Lagi contoh rekaan ringkas  yang mebuatkan jutaan dan jutawan oleh Scott Stillinger 1987. Stillinger inginkan bola yang lebih mudah untuk ditangkap anaknya dan beliau mengikat gelang getah bersama maka terciptalah Koosh Ball. Beliau berusaha memperluaskan syarikatnya OddzOn, yang kemudian dibeli oleh  Russ Berrie and Co. Hari inianda masih boleh membeli Koosh Ball untuk beberapa dolar, membuktikan bahawa penemuan yang ringkas mampu bertahan sehingga kini.
 

Mungkin anda kagum dan terinpirasi dengan produk-produk tersebut. Adakah idea anda diperlukan? Kadangkala idea yang bodoh atau pelik itu tidak membantu. 99.9% dari penemuan tidak pernah menjadi produk yang berjaya, jadi jangan terburu-buru untuk melancarkan idea anda lagi. Berita baiknya pereka-pereka ini membuktikan bahawa 1% idea pelik itu mungkin adalah idea yang bagus jika disertai dengan kesungguhan, ketekunan dan sedikit tuah kejayaan. Sumber investopedia.com
Read more...

7 Kegagalan di Rancangan Realiti TV

Mungkin anda akan tertawa melihatnya dan mungkin juga anda bersimpati atas sedikit kealpaan serta kesilapan mereka. Baka kata pepatah melayu, "terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya".

Salah menjawab soalan pertama "Who Want’s To Be A Millionaire"



Lagi contoh untuk Salah menjawab soalan pertama "Who Want’s To Be A Millionaire"


Mendapat Nilai Lebih Rendah Dari Markah Yang Rendah


Meniru Jawapan Kanak-kanak


Jawapan Salah Keputusan Dari Satu Keluarga



Bidaan Tekaan 1USD vs  60000USD yang Mengejutkan



Salah Sebutan pada 1 Huruf untuk Penyelesaian "Wheel of Fortune"


Apapun Pujian Untuk 1 huruf dan Saya Selesaikan HALIM! =P

Read more...

Ramalan yg Kebetulan…

Januari

Bercita-cita tinggi dan orangnya serius.Suka mendidik dan dididik. Mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik.Rajin dan setiap yg dibuat nampak keuntungan.

Suka smart, kemas dan teratur.Bersifat sensitif , berfikiran mendalam.Pandai mengambil hati org lain. Pendiam kecuali telah dirangsang. Agak pemalu daya tumpuan yang sangat tinggi. Mudah mendisiplinkan diri sendiri. Badannya sihat tetapi mudah diserang selsema. Bersikap romantik tetapi tidak pandai mempamirkannya. Cukup sayang pd kanak-kanak.Suka duduk rumah. Setia pada segala-galanya.Perlu belajar kemahiran sosial. Cukup cemburu yg sangat tinggi.

February

Berfikiran abstrak. Sukakan benda yang reality dan abstrak. Inteligent, bijak dan genius. Berpersonaliti yg mudah berubah. Mudah menawan org lain. Agak pendiam. Pemalu dan rendah diri. Jujur dan setia pd segalanya. Keras hati untuk mencapai matlamat. Tidak suka dikongkong, mudah memberontak apabila dikongkong. Suka kegiatan yg lasak. Emosinya mudah terluka dan sgt sensitif. Mudah mempamirkan marahnya. Tidak suka benda yg remeh-temeh. Suka berkawan tapi kurang mempamerkannya. Sangat berani dan suka memberontak. Bercita-cita tinggi dan suke berangan-angan dan ada harapan utk merealisasikan impiannya. Pemerhatian yg tajam. Suka hiburan dan sukan. Suka benda yg bersifat seni. Sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran. Berkecenderungan pd benda yg tahyul. Amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros. belajar untuk mempamirkan emosi.

March

Berpersonaliti yg menarik dan menawan serta mudah didampingi. Sgt pemalu dan pemendam rasa. Sgt baik secara semulajadi, jujur pemurah dan mudah simpati. Sgt sensitif pd perkataan yg dituturkan dan alam persekitaran. Suka pada kedamaian. Sgt peka kepada orang lain. Sesuai dgn kerjaya yg memberi khidmat kepada org lain. Tidak cepat marah dan sangat amanah. Tahu balas budi dan tahu kenang budi. Pemerhatian dan penilaian yg sangat tajam. Kecenderungan utk berdendam jika tidak dikawal. Suka berangan - angan. Suka melancong. Sgt manja dan suka diberi perhatian yg sangat tinggi. Kelam kabut dalam memilih pasangan. Suka dgn hiasan rumahtangga. Punya bakat seni dalalm bidang muzik. Kecenderungan kepada benda yang istimewa dan baik. Jgn terlalu moody.

April

Sgt aktif dan dinamik. Cepat bertindak buat keputusan tetapi cepat menyesal. Sgt menarik dan pandai manjakan diri. Punya daya mental yg sangat kuat. Suka diberi perhatian. Sgt diplomatik (pandai memujuk ), berkawan dan pandai menyelesaikan masalah org. Sgt berani dan tiada perasaan takut. Suka adventure, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah. Emosi cepat terusik. Try control the emotion. Kecenderungan bersifat dendam. Agresif, kelam kabut utk membuat keputusan. Kuat daya ingatan. Gerak hati yg sangat kuat. Pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan org lain. Berpenyakit disekitar kepala dan dada. Sgt cemburu dan terlalu cemburu

Mei

Kekerasan hati & degil, kuat semangat & bermotivasi tinggi, pemikiran yg tajam Mudah marah apabila tidak dikawal. Pandai menarik hati org lain & menarik perhatian. Perasaan yg amat mendalam. Cantik dr segi mental & fizikal. Tidak perlu dimotivasikan. Tetap pendirian tetapi mudah dipengaruhi oleh org lain dan mudah dipujuk. Bersikap sistematik (otak kiri). Suka berangan. Kuat daya firasat memahami apa yg terlintas di hati org lain tanpa diberitahu. Bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit. Daya khayalan yg tinggi. Permikiran yg tajam. Pandai berdebat. Fizikal yg baik. Kelemahan sistem pernafasan. Suka sastera,seni & muzik serta melancong. Tidak berapa suka duduk dirumah. Tidak boleh duduk diam. Tidak punya ramai anak. Rajin dan bersemangat tinggi. Agak boros.

Jun

Berfikiran jauh & berwawasan, mudah ditawan krn sikap baik, berperangai yg lemah lembut, mudah berubah sikap,perangaiidea @mood, idea yg terlalu banyak dikepala, bersikap sensitif, otaknya aktif (sentiasa berfikir), sukar melakukan sesuatu dgn segera, bersikap suka menangguh-nangguh, bersikap terlalu memilih & mahukan yg terbaik, cepat marah &cepat sejuk, suka bercakap & berdebat, suka buat lawak & bergurau, otaknya cerdas berangan-angan, mudah berkawan & pandai berkawan, org yg sangat tertib, pandai mempamerkan sikap, mudah kecil hati,mudah kena selsema, suka berkemas, cepat rasa bosan,sikap terlalu memilih & cerewet,kurang mempamerkan perasaan, lambat nak sembuh apabila terluka hati, mudah menjadi eksekutif, suka kepada barang yang berjenama, kedegilan yg tidak terkawal, sesiapa yg memuji saya adalah musuh saya tetapi siapa menegur saya adalah kawan saya

July

Sangat seronok didampingi, Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki, Agak pendiam kecuali diransang. Ada harga dan maruah diri, Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan, Mudah dipujuk dan bercakap lurus, Sangat menjaga hati orang lain, sangat peramah, emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya, Berjiwa sentimental, jarang berdendam, mudah memaafkan tapi sukar melupakan, tidak suka benda remeh-temeh, bimbing cara fizikal dan mental, sgt peka, caring dan mengasihi serta penyayang, layanan yg serupa dgn semua orang, tinggi daya simpati, pemerhatian yg tajam, suka menilai org lain dgn pemerhatian, mudah dan rajin belajar, suka muhasabah diri, suka megenangkan peristiwa atau kawan lama, suka mendiamkan diri, suka duduk dirumah, suka tunggu kawan tapi tak cari kawan, tak agresif kecuali terpaksa, emah dari segi kesihatan perut, mudah gemuk kawal tak kawal diet, minta disayangi, mudah terluka hati tapi lambat pulihterlalu mengambil berat, rajin dalam membuat kerja

August

Suka berlawak, mudah tertawan kepadanya, sopan santun dan caring terhadap org lain, berani dan tidak tahu takut, orgnya agak tegas & bersikap kepimpinan, pandai pujuk org lain, terlalu pemurah & bersikap ego, nilai harga diri yg sangat tinggi. dahagakan pujian, semangat juang yg luar biasa, cepat marah & mudah mengamuk, mudah marah apabila cakapnya dilawan, sangat cemburu, daya pemerhatian yg tajam & teliti, cepat berfikir, fikiran yg berdikari, suka memimpin & dipimpin, sifat suka berangan, berbakat dlm seni lukis,hiburan & silat, sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk, cepat apabila ditimpa penyakit, belajar utk relax, sikap kelam kabut, romantik , pengasih, penyayang, suka mencari kawan.

September

Sangat bersopan santun & bertolak ansur, sangat cermat, teliti & teratur, suka menegur kesilapan org lain & mengkritik, pendiam tapi pandai bercakap, sikap sangat cool sangat baik & mudah simpati, sangat perihatin & terperinci, amanah, setia & jujur, kerja yg dilakukan sangat sempurna, sangat sensitif yg tidak diketahui, org yg banyak berfikir, daya pentaakulan yg baik, otak bijak & mudah belajar, suka mencari maklumat, kawal diri dari terlalu mengkritik, pandai mendorong diri sendiri, mudah memahami org lain(daya firasat yg tinggi) krn banyak simpan rahsia, suka sukan, hiburan & melancong, kurang menunjukan perasaannya, terluka hatinya sangat lama disimpan, terlalu memilih pasangan, sukakan benda yg luas, bersistematik.

October

Suka sembang, suka org yg sayang padanya, suka ambil jln tengah, sangat menawan & sopan santun, kecantikan luar & dalam, tidak pandai berbohong & berpura-pura, mudah rasa simpati,baik pentingkan kawan, sentiasa berkawan, hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama, cepat marah, macam pentingkan diri sendiri, tidak menolong org kecuali diminta, suka melihat dari perspektifnya sendiri, tidak suka terima pandangan org lain, emosi yg mudah terusik, suka berangan & pandai bercakap, emosi yg kelam kabut, daya firasat yg sangat kuat (terutamanya perempuan), suka melancong,bidang sastera & seni, pengasih ,penyayang & lemah lembut, romantik dlm percintaan, mudah terusik hati & cemburu, ambil berat tentang org lain, suka kegiatan luar, org yg adil, boros & mudah dipengaruhi persekitaran, mudah patah semangat,

November

Banyak idea dalam sesuatu perkara, sukar utk dimengertikan atau difahami sikapnya, berfikiran kehadapan, berfikiran unik dan bijak, penuh dgn idea-idea baru yg luarbiasa, pemikiran yg tajam, daya firasat yg sgt halus dan tinggi, bagus utk jadi doktor, cermat dan teliti, personality dinamik, sifat yg berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia, banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra, berani, pemurah setia dan byk kesabaran, terlalu degil dan keras hati, apabila hendak. Diusahakan sehingga berjaya, tak suka marah kecuali digugat, mudah ambil berat terhadap orang lain, pandai muhasabah diri, cara berfikir lain dari org lain, otak yg sangat tajam, pandai mendorong diri sendiri, tidak hargai pujian, kekuatan semangat dan daya juang yg sgt tinggi dan apabila hendak sesuatu cuba sampai berjaya, badan yg tough, kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam, romantik, tidak pasti dgn hubungan kasih sayang, suka duduk dirumah, sangat rajin dan berkemampuan tinggi, amanah, jujur setia dan pandai berahsia, tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi, bercita-cita tinggi, perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah,

December

Sangat setia dan pemurah, Bersifat patriotik, Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan, Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa, Bercita-cita tinggi, Suka menjadi orang yang berpengaruh dlm organisasi, Seronok didampingi, Suka bercampur dgn org, Suka dipuji, diberi perhatian dan suka dibelai, Sangat jujur amanah dan bertolak ansur, Tidak pandai berpura-pura, Cepat marah, Perangai yg berubah-ubah, Tidak ego walaupun harga diri yang sangat tinggi, Benci pada kongkongan, Suka berlawak, Pandai buat lawak dan berfikiran dgn logik,


Read more...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...