rss
twitter
    Find out what I'm doing, Follow Me :)

Yang dihormati...

( ctrl + left clik =new tab)
Klik tajuk entri untuk komen/gambar&video penuh.
Link bewarna biru dalam setiap entri adalah kredit kpd pemilik /artikel terdahulu.
Receive ayampenyek's blog update trough Facebook
Jika tiada entri baharu..kebiasaannya ade dikongsi di FB
Jika ada video yg tdk lagi boleh dimainkan.. sila komen utk alert kpd kami..
Showing posts with label ayam penyek penyet. Show all posts
Showing posts with label ayam penyek penyet. Show all posts

Jangan Menilai Terlalu Cepat

Apabila setiap gerak geri perlakuan itu jika tidak diketahui, selalunya mengudang rasa curiga. Perlakuan serkap jarang dan mengata akan berlaku jika sekadar melihat sahaja. Apa yang terjadi sentiasa ada punca kejadiannya. Mengata perkara buruk serta mencanang, mengundang permasalahan yang lebih besar. Bertanyalah untuk mengetahui perkara sebenar. Bersangka baiklah untuk setiap yang berlaku. Kerana hanya perkara sebenar lebih diketahui empunya diri. Jauhilah sikap mengata dan membuat rumusan sendiri tanpa bertanya.



p/s: akal dan minda yg tenang dtg dari hati dan jiwa yg bersih ye.. yer.. ingt yer.. ^_^

Read more...

Something New / Sesuatu yang Baru

Sesuatu yang baru bakal menjengah. Atas sambutan yang menggalakkan. Serta pertambahan ratusan pembaca yang semakin ramai dari hari ke hari. Akan berlaku perubahan berperingkat terhadap blog ayampenyek.blogspot.com yang rata-rata kebanyakan pembacanya berminat terhadap berita dan info baru yang rare, pelik unik dan segar. Insyallah akan ada kemasukan author / penulis tambahan untuk blog ini. Beliau juga seperti saya, seorang info-eater ^_^.


p/s: blog ibarat diari simpanan (ilmu/info/peribadi) yg disimpan supaya tdk luput dari ingatan. =)

Read more...

Top 6 - Digi WWWOW Awards


Ribuan terima kasih kepada semua yang mengundi secara terangan mahupun tersembunyi. Tempoh pertandingan yang agak lama amat menguji kesabaran supporters setia dan rakan-rakan (malu macam paksa ngundi huuu). Mencuba nasib untuk 3 kategori adalah amat sukar. Apabila kategori shot gambar terbaik terpaksa bersaing dengan rakan sendiri, sehingga terpaksa mengundinya untuk meraih undi lain dan bersikap lebih adil ( bergilir). Kali terakhir melihat kedudukan pertandingan untuk kategori gambar berada di kedudukan 15, kategori blog terbaik (21) dan kategori entri teknologi pilihan (3). Undian anda amat dihargai semoga anda dimurahkan rezeki juga.Tidak lupa kepada Pian MPP UniSZA kerana berkongsi video >> Sony Rolly <<,sekaligus menarik minat untuk mencari dan memahami kehebatan Sony Rolly. Alhamdullillah tersenarai sebagai top 6. Peluang untuk menang mungkin tiada, jika dibandingkan dengan saingan bloggers utama untuk kategori Fave Tech antaranya Amanz Network dan Encik 9.

p/s: Terima kasih semua =) Tuhan sahaja dapat membalas jasa-jasamu... harap2 dapat consolation pun jadi la.. sijil.. top up free, duit sikit2 ke kan kan kan.. hehee.. ^_^

Read more...

Tunjuk Perasaan

Mungkin pernah terbaca pesanan ini. cukup ringkas dari rakan yang boleh dikongsi.. apabila berhadapan dengan perasaan.. mungkin pesanan ini dapat menjawab sedikit persoalan.Pesanan ringkas buat renungan kita bersama untuk yang bersedih ataupun ketawa..

adakalanya kita perlu
MENANGIS agar kita tahu hidup ini bukan sekadar KETAWA..
adakalanya kita perlu KETAWA agar kita tahu
mahalnya nilai AIRMATA...
bersyukur pada orang yang MENYAKITI mu..
kerana dia MENGAJAR KETABAHAN kepadamu.
bersyukur pada orang yang TIDAK MENGENDAHKAN kamu 
kerana dia yang MEMUPUK mu BERDIKARI....
bersyukur pada orang yang MENJATUHKAN kamu 
kerana dia orang yang MEMPERHEBATKAN kemampuan mu...
bersyukur pada orang yang MENYIKSA kamu kerana dia yang menguji
KESABARAN dan KETABAHAN kamu....

berfikirlh secara positif.. buang yang keruh ambil yang jernih.. kerana setiap akibat perbuatan itu ada hikmahnya.. berusahalah ke arah kebaikan bukan menunggu kebaikan/keuntungan " ibarat menunggu bulan jatuh ke riba" . Kerana berusaha dan bertawakal adalah lebih bijak, berbanding hanya berserah dan menyalahkan orang lain atas kesilapan sendiri.....

p/s: cakap pandai.. hehe apa-apa pun nasihat ini adalah untuk diri sendiri & semua.. Tunjukkanlah perasaan anda tanpa menyusahkan orang lain... kerana apa yg anda lakukan sentiasa berkait dengan orang sekeliling....renung-renungkan & selamat beramal..^_^

Read more...

18 Iklan Bas Menarik (3)

Penggunaan item di bas seperti pintu dan tayar bas digunakan sebaiknya dalam membantu menyampaikan atau menonjolkan perhatian untuk melihat bas tersebut. Sambungan dari Iklan-iklan bas bahagian 1 dan bahagian 2.

Pintu Bas





Tayar Bas













p/s: kenapa van sekolah dipanggil bas seoklah?? =P

Read more...

12 Iklan Bas Menarik (1)

Iklan-iklan menarik meransang kreativiti pemikiran. Sayangnya tiada iklan sekreatif ini ada di Malaysia. Amat berharap iklan kreatif sebegini muncul di sini. Selain menarik pandangan mata, ianya mengingatkan penonton mengenai Jenama yang mengiklankannya.

Iklan depan, belakang dan tepi











p/s: ada terlepas satu pandangan depan.. =P

Read more...

50 sebab tidak 'couple/bercinta' dengan Designer/Pelukis

Senarai ini kebiasaannya ada pada ciri-ciri mereka. Bold mengikut instinct / naluri kuat saya.

1. Mereka manusia yang pelik.
2. Tidak memandang sesuatu perkara mengikut satu sudut.
3. Menganalisa setiap patah perkataan mengikut urutan seperti (layers dlm Photoshop).
4. Menghabiskan masa memasang perabot IKEA.
5. Minum & makan pelbagai jenis, kerana minat terhadap “Pembungkus”/  Packaging.
6. Menyesuaikan warna untuk orang lain tetapi bukan diri sendiri.
7. Keluar paling akhir apabila melihat wayang, ingin melihat keseluruhan filem termasuk melihat senarai nama yang dikreditkan.
8. Menyelesaikan masalah dengan lakaran/sketches/lukisan.
9. Mereka akan menconteng meja atau menjadikan meja sebagai alas memotong.
10. Lebih gemar meneliti corak dibaju anda daripada mendengar anda bercakap.
11. Memenuhkan rumah dengan  majalah atau figura serta benda-benda berkaitan lukisan .
12. Anda tidak akan tahu mana satu yang asli dan palsu barang-barang mereka.
13. Menghasilkan apa sahaja berkaitan dgn diri anda (anda adalah bahan lawak)
14. Kebanyakan mereka tidak tahu mengira.
15. Idola mereka kebiasaannya bukan pemimpin Negara tetapi pelukis atau pereka.
16. Mereka gemar mengambil gambar.
17. Hanya mendengar pendapat tetapi tetap melakukan apa yg mereka rasa betul.
18. Semuanya akan tersusun rapi kecuali ketika mereka dalam kelewatan. (serabai)
19. Gemar melihat gambar dari membaca.
20. Mereka menghabiskan duit dengan gadjet/ barang berteknologi.
21. Tidak boleh menghias rumah tanpa berunding dengan mereka.
22. Berpotensi besar untuk hadir lambat ke kelas/majlis/ apa-apa acara.
23. Suka menconteng tangan dan dimana-mana. >> enciksharih
24. Membeli barang yang berpermukaan kosong untukdicat atau diubahsuai.
25. Melihat atau menggunakan sesuatu x sebagai satu fungsi. (kad matrik sebagai pembaris)
26. Apabila tidak setuju. (menamakan gelaran pada org yang mereka tidak suka).
27. Cerewet dalam memilih untuk diri sendiri.
28. Buat kerja last minit....
29. Membaca komik dan melihat kartun.
30. Menghabiskan masa dengan jpg.sld.raw.avi.png.psd.ai.stl.pdf.3dm.cmyk.rgb.etc.
31. Menghabiskan masa bersama dengan “brainstorming”.
32. Ingin diri lain dari semua orang.
33. Suka membelek dan meneliti proses dan bahan pembuatan sesuatu rekaan.
34. Lebih mengetahui posisi lain lebih dari kamasutra.
35. Sentiasa hadir ke restaurant dengan mengkritik rekaan serta menu.
36. Mendengar muzik yang jarang didengari (kitaro dll).
37. Tidak boleh memasak hidangan biasa, sentiasa melakukan eksperimen dalam masakan.
38. Gemar mencari barang “rare” jarang dijumpai.
39. Mereka memiliki gadjet/rekaan baru sebelum orang lain mengetahuinya.
40. Mereka sukakan Adobe dan Rhino/solidwork/3dmax/sketchup/ dan Alias.
41. Memiliki jenama butik pilihan, biar murah asal bergaya.
42. Ingin menghabiskan duit membeli barangan APPLE
43. Tidak akan memahami makna hadiah yang mereka berikan.
44. Melihat sesuatu yg biasa& ketawa.(mengolah objek mengikut pandangan mata sendiri)
45. Takut dengan perkataan “Deadline” (tarikh submit kerja)-semua dah berakhir!!
46. Sentiasa meramalkan masa depan. (mereka trend setter)
47. Mengimpikan hari tiada siapa mengubah design mereka.
48. Mereka lebih rela mendownload sesuatu daripada membelinya. (kecuali jika terpaksa)
49. Sentiasa mengantuk kerana kerja 24/7 ( 24 jam Seminggu) tidak memiliki tidur berkualiti.
50. Suka merapu dan merepek.

p/s:Diolah dan dipersetujui...=P menurut sumber .

Read more...

Catatanku - aku yang sibuk

Catatanku untuk entry yang tiada modal... =P aku yang sibuk."  Master Proposal, assignment student, final model project, kursus mursus, kenduri, follow outing shooting, freelance design, blogging, futsal, design competition , storyboard" hhaa ada yang dipotong sebab separuh jalan.. Insyallah masuk pertandingan yang lain.. =P..Bagaimana agaknya kehidupan seorang perdana menteri...?

Walau bagaimanapun ,Alhamdulillah tidak sesibuk dahulu kurang 20%. Jika tidak, tiada rutin-rutin riadah sambil belajar dan bekerja seperti futsal, follow outing shooting, freelance design, blogging dll. Apa yang perlu diingat kita hanya mampu merancang Tuhan jua yang menentukan. Setiap perkara ada sebab munasababnya. Telah tertulis dalam lembaran qada dan qadar. Namun apa yang perlu adalah usaha serta tawakal. Bukan pasrah menerima segala yang telah tercatat. Paling harus diingati ada hikmah bagi setiap perkara dan kejadian.. =)

Awan-awan menghitam.. Langit runtuhkan bumi. Saat aku tahu kenyataan menyakitkan...
Mengapa semua menangis.. Padahal ku selalu tersenyum.. Usap air matamu, aku tak ingin ada kesedihan,
Burung sampaikan nada pilu... Angin terbangkan rasa sedih.. Jemput bahagia diharinya..Berikan dia hidup...
Tuhan.. Terserah padaMu..aku..ikutmahuMu Tuhan, Ku catat semua ceritaku dalam harianku ...


Read more...

Diet di bawah Alam Sedar

Lemakku hilang entah ke mana... tajuk ini yang mula difikirkan buat entry ini... tapi entah la..hahaa...Diet mungkin lebih ilmiah atau lebih memiliki unsur berpelajaran. Jika tajuk itu digunakan, seolah ingin mencari lemak itu kembali.. =P  
Di bawah alam sedar
Anda belum merasakan bahawa anda perlu menurunkan bebanan badan... Anda berkemungkinan besar hanya akan tahu apa itu angan dan sedar setelah cuba memakai sut superhero yang anda miliki. Tidak lagi memiliki potongan menarik. Hanya lebihan yang kelihatan. Lebihan itu dikenali dengan pelbagai panggilan, antaranya "spare tyre dan porch bag". Ada yang lebih santun dan sinis hanya akan bertanya " sudah berapa bulan?" =P... Diet di bawah alam sedar disebut kerana melakukan amalan diet tanpa disedari. Justeru itu inilah antara cara diet sihat yang perlu diamalkan tanpa bersusah payah.

Klik Gambar untuk paparan yang lebih jelas =).

 Pertama :-Pinggan berlainan saiz, isi yang sama banyak, tetapi pinggan 
yang memiliki ruang kosong yang banyak mempengaruhi kita untuk mengisi  makanan.

 Kedua:-Corak pinggan dapat menyatakan bahawa pinggan anda telah penuh diisi makanan.

 Ke 3:- Warna memperdayakan daya pemikiran selera makan kita.

 Ke 4:- Pilih gelas kurus dan tinggi untuk mengelakkan lebihan air dalam badan.

 Ke 5:- Perbuatan bawah alam sedar yang perlu dielakkan.

Ke 6:- Makan dalam suasana persekitaran yang betul.

Ke 7:- Pengaruh rakan sebaya makan /  terpengaruh dengan rakan yang menemani. 
Pilih rakan makan yang betul.

P/s: Bawah alam sedar dah mcm guna bomoh.. ada bunyi mistik2 gitu..huhuu.. gemuk bukanlah bermakna tidak sihat.. kurus juga bukan bermakna sihat walafiat.. sekadar berkongsi tips yang baik untuk diet yang sihat... ^_^
Read more...

Chicken Penyet Recipes (ayam penyet)

Chicken Penyet Recipes (ayam penyet) [Image] 1 chicken - cut into eight parts, boiled for 10 minutes and drain (Keep the chicken stock to make soup) Ingredients : ½ tablespoon aniseed - fry without oil until fragrant ½ tablespoon cumin - fry without oil until fragrant 3 tablespoons coriander seeds - fry without oil until fragrant 1 tablespoon curry powder chicken 1 tablespoon turmeric powder ½ tbsp White Pepper Powder 3 cloves garlic Ginger 1cm A little water 1 tea spoon salt Cooking oil for frying. Place all ingredients (except cooking oil) in blender, blend until smooth. Soil material was ground in the chicken and marinate overnight. (Save over ingredients for fried tempe and tofu.) After marinate overnight, doll-golekkann on rice flour. Heat oil and fry until golden. For the sambal (sauces) - A little cooking oil 20 stems of red pepper (preferred if you want more spicy) 10 seeds Chilly paddy 10 pieces small onion, sliced 3 cloves garlic, sliced Tomato 5 seeds, cut into 4 5 cm Terasi 2 table spoons fish Bilis 3 table spoons brown sugar / taste Heat oil. Fry anchovies until crispy / crunchy. Pick up and set aside. Take a moment fried shrimp paste and set aside. Add onions, garlic and chilly. After wilt, add the tomatoes. Mix well and cover fire. Pick up and set aside. Refrigerate all ingredients that have been fried at room temperature. Enter all into the blender or a ball of rock. Blend until semi-soft or mashed. Add to the pot and heat. Enter the brown sugar and mix well. Feeling the resulting sauce, add salt or sugar according to taste if necessary. * Sambal dish can be prepared a day before meals. Store the sauce in the refrigerator. Heat the sauce before serving. Soup- Add salt to taste in the chicken stock. Heat before serving. Sprinkle chopped parsley and green onions in the soup when served. For Fried Tempe and Tofu- 2 slices know - cut dice 1 packet tempe - cut into thin A little rice flour. Cooking oil for frying. Mix tofu, soybean on rice flour and spread over a chicken. Fry until golden. food serve- Serve Chicken Penyet, tofu, tempe (fried soybean) and soup with salads such as lettuce, tomato and cucumber with rice. *Can be a little bit sour, squeeze sour citrus dairy in the sauce. All the best.
Read more...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...