rss
twitter
    Find out what I'm doing, Follow Me :)

Yang dihormati...

( ctrl + left clik =new tab)
Klik tajuk entri untuk komen/gambar&video penuh.
Link bewarna biru dalam setiap entri adalah kredit kpd pemilik /artikel terdahulu.
Receive ayampenyek's blog update trough Facebook
Jika tiada entri baharu..kebiasaannya ade dikongsi di FB
Jika ada video yg tdk lagi boleh dimainkan.. sila komen utk alert kpd kami..
Showing posts with label irama melayu. Show all posts
Showing posts with label irama melayu. Show all posts

Senarai Lagu Layak ke AJL 27 | 2012/2013

Senarai 30 lagu berjaya ke peringkat separuh akhir Muzik-Muzik ke-27. Keputusan Senarai Akhir Lagu Layak bertanding di Anugerah Juara Lagu (AJL 27 | 2012/2013). Juga disertakan list lagu ke Separuh Akhir Muzik-Muzik 27 / Final AJL 27. Bermula 11 November (11 lagu), 18 November (11 lagu) dan 25 November (8 lagu) di tv3. Secara langsung dari Studio Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam pada setiap hari Ahad jam 9.00 malam – 10.30 malam untuk bahagian 1 & 2, manakala separuh akhir bahagian 3 pula akan menemui penonton bermula jam 10.00 malam. Senarai top 5 akan diupdate / muat naik dari masa ke semasa. Tarikh Anugerah Juara Lagu 27 adalah pada 6 Januari 2013.

Top 6 Separuh Akhir Pertama - 11 November 2012 / Ahad
  1. Idola (Azlan & The Typewriter) – Audi Mok & Azlan 
  2. Pelangi Senja (Stacy) – Taja & Tun Teja 
  3. Cerita Dia (Drama Band) – Ammar Habir & Aepul
  4.  Kasanova (Stacy) – Edry Abdul Halim 
  5. Watak (Hafiz) – Aidit Alfian & AD Samad 
  6. Biar Sampai Ke Bintang (Asmidar) – Ajai/ Ahmad Farid Abdul Jalal 

Aku Datang (Tomok) – Tomok & Rafidah Abdullah 
Aku Suka Dia (Ainan Tasneem) – Ainan Tasneem
Jerrypah (Aizat Amdan) – Anas & Aizat Amdan
Majnun (Hazama) – Audi Mok & Omar K 
Pencinta Terbaik (Sofaz) – Edry Abdul Halim

Top 6 Separuh Akhir Kedua - 18 November 2012
  1. Anak Kampung (One Nation Emcees & Jimmy Palikat) – Jimmy Palikat 
  2. Terukir Di Bintang (Yuna) – Yuna Zarai 
  3. Lagu (Bedroom Sanctuary) – Bo Amir Iqram 
  4. Ombak Rindu (Hafiz & Adira) – Zaidi 
  5. Tanpamu (Amir Jahari) – Amir Jahari 
  6. Tapi Bagaimana (Spider) – Tam Spider & M. Nasir

Sesaat Kau Datang (Ramlah Ram & Sleeq) – ID Mifzal & Zie Syafruddin 
Terlalu Mencintaimu (Suki) – Ajai & Jeremy Chong 
Beginilah Caranya (Shaheizy Sam & Yana) – Ajai 
Sebelah Jiwaku (Jaclyn Victor) – Edry Abdul Halim 
Angkasa (Diandra Arjunaidi) – Diandra Arjunaidi

Top 5 Separuh Akhir Ketiga - 25 November 2012
  1. Teman Pengganti (Black & Malique) – Malique 
  2. Andaiku Bercinta Lagi (Mojo) – Edry Abdul Halim 
  3. Harapan (Hyper Act) – Hyper Act & Frozen 
  4. Simetri (Hazama & Amy Search) – Audi Mok & Zel Firdhaus Haduan 
  5. Patah Seribu (Shila Amzah) – Shila Amzah
Panik (Bunkface) – Sam Bunkface 
Mesti Ada Cinta (Akim & Fiq) – Kuncidemak 
Patah Seribu (Shila Amzah) – Shila Amzah 
Ku Akui (Hafiz Suip) – Ajai

Senarai Lagu Peringkat Akhir  AJL - 6 Januari 2013

  1. Idola (Azlan & The Typewriter) – Audi Mok & Azlan 
  2. Pelangi Senja (Stacy) – Taja & Tun Teja 
  3. Anak Kampung (One Nation Emcees & Jimmy Palikat) – Jimmy Palikat 
  4. Terukir Di Bintang (Yuna) – Yuna Zarai 
  5. Ombak Rindu (Hafiz & Adira) – Zaidi
  6. Tanpamu (Amir Jahari) – Amir Jahari
  7. Lagu (Bedroom Sanctuary) – Bo Amir Iqram
  8. Teman Pengganti (Black & Malique) – Malique
  9. Ku Akui (Hafiz Suip) – Ajai  
  10. Simetri (Hazama & Amy Search) – Audi Mok & Zel Firdhaus Haduan
  11. Andaiku Bercinta Lagi (Mojo) – Edry Abdul Halim
  12. Patah Seribu (Shila Amzah) – Shila Amzah

 

  
p/s: 5 lagu layak AJL adalah daripada separuh akhir ke 2 & 3.... O.o

Read more...

Lirik / Lagu Ola oli Ku Beri Nama


Ola oli ku beri nama,
Saudara saudari cikebum-cikebum..
Malam-malam minggu,
Siang-siang hari..
Disko.. disko,
Putih² melati ali baba
Merah² jelita miow-miow
Siapa yg baik hati.. Cinderella
Nanti disayang emak.. ^_^



Pahlawan melaka namanya hang tuah
Bapa merdeka Tunku Abd Rahman
Siapa yg jahat hati bawang merah
Tentu dibenci orang..
(yang ni tambahan ade org x nyanyi.. hehe)

p/s: tetiba nak nyanyi lagu ni huhuhuu ^.^ (pelik juga lirik macam xde kaitan dan pengajaran.. hehe apepun enjoy nyanyi lagu ni masa kecik2 haha.. )


Read more...

Senarai Lagu Layak ke AJL 26 | 2011/2012

Keputusan Senarai Akhir Lagu Layak bertanding di Anugerah Juara Lagu (AJL 26 | 2011/2012). Juga disertakan list lagu ke Separuh Akhir Muzik-Muzik 26 / Final AJL 26. Keputusan Penilaian juara lagu adalah bukan dinilai dari segi suara atau artis tetapi terhadap lirik dan susun atur muzik. Pemenang sebenar Juara Lagu adalah komposer dan penulis lirik (bagus untuk artis yang menghasilkan lagu sendiri). Hanya pemenang untuk persembahan dan vokal terbaik adalah anugerah untuk artis. Senarai akan diupdate / muat naik dari masa ke semasa. Tarik Aanugerah Juara Lagu 26 adalah pada 29 Januari 2012.

Top 5 Separuh Akhir Pertama - 18 November 2011
MATA HATI (NUBHAN)
KISAH HATI (ALYAH)
GADIS SEMASA (YUNA)
AWAN NANO (HAFIZ)
BERIBU SESALAN ( NING BAIZURA, JACK & SHILA AMZAH)

 Babak Pertama (Drama)
 Di Penghujungnya (Iqa)
 Janji (Akim)
Kisah Dongeng (Stacy)
Maaf Dari Hati (Sofazr)
Muda (Hujan)

Top 5 Separuh Akhir Kedua - 25 November 2011
SUNGAI LUI (AIZAT)
CINTA MUKA BUKU (NAJWA LATIF)
WANITA SELURUH DUNIA (PROJEK PISTOL)
KEKANDA ADINDA (ATILIA & MONOLOQUE)

Kurnia (Mizz Nina & Noh Hujan)

Luar Biasa (Shahir)
Cinta teragung ( hazama)
 Perpisahan Ini (1st Edition dan Aizat)
Pokok (Meet Uncle Hussein dan Nubhan)
Bagaikan Bidadari (Tomok)
Ilusi (Adira)

Separuh Akhir Ketiga - 2 Disember 2011

PENAKUT (YUNA)
KALAU BERPACARAN(SOHAIMI,ANAAA RAFFALI & ALTIMET)
KARMA (FAIZAL TAHIR)
SEDETIK LEBIH (JACLYN VICTOR  ANUAR ZAIN)

 Bila Bertemumu (Shiha)
 Cinta Matiku (Sixth Sense)
 Menyesal (Sitxh Sense)
Aku Permata (Salma)


p/s: .. tiada penyertaan untuk irama Malaysia tahun ini..

Read more...

Songket Seni Warisan Agung

Peserta Simposium Songket 2009
Songket berasal dari perkataan sungkit iaitu teknik menyungkit benang menggunakan buluh untuk menghasilkan corak pada kain sulaman. Kemudian benang emas dan perak akan disulam mengikut reka corak yang biasanya dihasilkan untuk diraja dan bangsawan. Kebiasaanya reka corak bermotif tumbuhan, unggas dan juga motif geometrik. Kajian dilakukan untuk mengenal dan memahami songket warisan agung. Menjadi peserta simposium bersama rakan seperjuangan 'Adli dan Asri pada tahun 2009 sambil melihat pembentangan dari pensyarah Puan Arbayah, kami memperoleh pengalaman dan banyak input berguna.


Artikel tulisan saya  16/9/2005
Lagu yang seringkali dimainkan ketika simposium berlansung dan ketika Fesyen Show dijalankan. (Jarang dah dengar lagu lama macam ni hehhe...)


p/s: artikel/entri ditulis sebagai perkongsian dan permintaan dari RJ ETika ... =)  semoga anda semua beroleh input berguna... huhu =P. (ada kite kongsi ..tiada kita cari..=)

Read more...

Bahasa Melayu di Matahari Terbit

Matahari terbit adalah negara jepun. Tiada salahnya mempelajari bahasa lain selain bahasa melayu mahupun menguasai dan menggunakan bahasa inggeris dalam tatacara hidup pada masa kini. Namun tahukah tuan puan bahawa Jepun kini telah pun mengadaptasi "pandang ke malaysia / nusantara"... inilah antara anime(animasi) yang mengajar/menggunakan bahasa melayu kepada anak-anak Jepun.. dan perkataan 'selamat pagi' serta  Selamat Malam. Mahupun sepak takraw kini telah dikenali di sana !!! -terima kasih kepada rakan yang berkongsi Haiza Adli.






p/s: jika di Malaysia/Indonesia kita ingin mempelajari bahasa mereka.. mereka juga cuba mempelajari dan menggunakan bahasa kita =)..

Read more...

Melepaskan Batok di tepi Tangga

Entri sebegini sebenarnya telah ramai bloggers lain telah ceritakan. Sengaja di muat naikkan sebagai diari ingatan. Mungkin masih ramai yang tidak tahu asal usulnya mahupun kaitannya. Apapun ianya ada berkait dengan kehidupan seharian.
Melepaskan batok di tepi tangga bermaksud melakukan sesuatu kerja dengan tidak bersungguh-sungguh.
Batok sebenarnya merupakan gayung yang diperbuat daripada tempurung, digunakan untuk menceduk air dari tempayan. Pada masa dahulu alat tersebut terletak di tepi tangga dan disangkut pada tiang selepas digunakan untuk membasuh kaki. Maka orang dahulu kala menyebut peribahasa tersebut,demikian kerana kerap kali perbuatan meletakkan batok ke tempat asalnya tidak dilakukan dengan baik/bersungguh sering kali dicampakkan sahaja dan tidak menyangkutnya semula.

Batuk pula adalah penyakit, kini mungkin ada yang baru menyedari mengapa ianya selalu disebut.Sudah tiada lagi, amalan membasuh kaki mengunakan batok sebelum masuk ke rumah. Apa yang ada hanyalah jirusan getah paip.. ( itu pun kalau basuh kaki... huuhu)


p/s: buat kerja asal siap...ibarat melepaskan batok di tepi tangga.. akan tetapi siapkah ??? =P

Read more...

Loghat Perak

Gambar 5.0 Loghat Perak... cer citer ce citer...



Atas sambutan yang menggalakan.. serta kehangatan penggunaan loghat Perak akibat dari Hantu Kak Limah Balik Rumah serta populariti usop wilcha yang naik mendadak.. "ce cite ce cite...kite bakor jer". Siri loghat-loghat di Malaysia diteruskan lagi dengan Loghat Perak. Perak banyak menggunakan bunyian "ey" dan "er". Namun harus diperingatkan bahawa Perak dibahagikan kepada  bahagian perak utara,tengah dan selatan. Mungkin anda tidak dapat mendengar loghat-loghat ini digunakan di beberapa kawasan (terutama di pedalaman) kerana ada yang menggunakan loghat utara serta sudah terlalu hampir dengan kawasan koter( kota).Dahulunya kaya terkenal dengan biji timah.

Sebagai fakta tambahan lagu Negaraku di ambil dari lagu negeri Perak, "Terang Bulan". Tetapi lagu asal terang bulan ,  "Mamula Moon" ialah sebuah lagu klasik gaya Hawaii yang dinyanyikan oleh kumpulan Felix Mendelssohn & His Hawaiian Serenaders. Lagu ini dimuatkan dalam album Paradise Isle dan diterbitkan pada tahun 1947. Irama lagu ini mempunyai persamaan ketara dengan lagu "Lagu Terang Bulan", yang mengambil ilham dari lagu kebesaran negeri Perak, "Allah Lanjutkan Usia Sultan", pada tahun 1901 dan kemudiannya merupakan ilham kepada lagu kebangsaan Malaysia, "Negaraku", pada tahun 1957.

"Banyak puler teman labun (cakap/merepek) deme, meraban teben (tidak tentu arah).. yang penting idok le teman mengelenyor (gedik) ..tak sio (tak kuasa) deme nengoknye nanti.."...hehee =P

Terima kasih kepada rakyat negeri Perak, Kak Zie (Azyyati Mat Zam) dan Shahrul Anuwar Md. Yusof... Kejor Yob Kejor!!!..hahaha

Haha musim-musim dorheyan nih.. moh kite layan... =)


bote kanan bote kiri..


Cecite Ucop Wilca

Read more...

Catatanku - aku yang sibuk

Catatanku untuk entry yang tiada modal... =P aku yang sibuk."  Master Proposal, assignment student, final model project, kursus mursus, kenduri, follow outing shooting, freelance design, blogging, futsal, design competition , storyboard" hhaa ada yang dipotong sebab separuh jalan.. Insyallah masuk pertandingan yang lain.. =P..Bagaimana agaknya kehidupan seorang perdana menteri...?

Walau bagaimanapun ,Alhamdulillah tidak sesibuk dahulu kurang 20%. Jika tidak, tiada rutin-rutin riadah sambil belajar dan bekerja seperti futsal, follow outing shooting, freelance design, blogging dll. Apa yang perlu diingat kita hanya mampu merancang Tuhan jua yang menentukan. Setiap perkara ada sebab munasababnya. Telah tertulis dalam lembaran qada dan qadar. Namun apa yang perlu adalah usaha serta tawakal. Bukan pasrah menerima segala yang telah tercatat. Paling harus diingati ada hikmah bagi setiap perkara dan kejadian.. =)

Awan-awan menghitam.. Langit runtuhkan bumi. Saat aku tahu kenyataan menyakitkan...
Mengapa semua menangis.. Padahal ku selalu tersenyum.. Usap air matamu, aku tak ingin ada kesedihan,
Burung sampaikan nada pilu... Angin terbangkan rasa sedih.. Jemput bahagia diharinya..Berikan dia hidup...
Tuhan.. Terserah padaMu..aku..ikutmahuMu Tuhan, Ku catat semua ceritaku dalam harianku ...


Read more...

Menyambut Bayi Baru Lahir

Gambar Hiasan
Nuha Insyirah hadir di dalam keluarga baru kami. Ibunya Noor dan bapanya Hafizi. Gabungan nama barangkali, tapi tiada salahnya selagi ada makna di dalam Islam. Nuha bermakna kebijaksanaan dan Insyirah adalah Kegembiraan/Kelegaan hati. Hadir seorang saudara baru,maka bertambahlah umat manusia sesungguhnya insyaAllah pahala buatnya. Sabda Rasullullah S.A.W, " Apabila seseorang itu sudah mati, tidak akan bertambah lagi amal ibadatnya kecuali dari tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang dimanafaatkan orang dan anak-anak yang soleh yang mendoakannya.


Maka ada cara menyambut kelahiran ini. Mengazankan bayi merupakan sunnah yang dperintahkan Rasulullah SAW kepada yang baru kelahiran bayi. Barangkali salah satu hikmahnya adalah bahwa kalimat pertama yang diperdengarkan pertama kali adalah kalimat tauhid.


Diriwayatkan leh Abi Rafi‘ bahwa Nabi SAW mengazani telinga al-Hasan ketika dilahirkan oleh Fatimah ra. (HR Abu Daud, At-Tirmizy dengan sanad shahih).
Ada juga khabar dari Ibnu As-Sinni dari Al-Hasan bin Ali dengan sanad marfu? Siapa yang mendapat kelahiran anak lalu mengazanilah pada telinga kanannya dan mengiiqamati pada telinga kirinya, maka tidak akan dicelakakan jin.



Hadits lainnya adalah: Dari Ibni Abbas ra. Bahwa Nabi SAW mengazani telinga kanan Hasan bin Ali pada hari kelahirannya dan mengiqamati telinga kanannya.
Kedua hadits ini diriwayatkan oleh Al-Baihaqi dan memang dalam sanad keduanya ada dho‘f (hadits dhaif).
Namun hadits yang pertama yang isiya tentang azan tanpa iqamat adalah hadits shahih.
Wallahu a‘lam bis-shawab.



Mungkin nanti pabila Nuha sudah dewasa akan bersembang begini bersama rakannya...



P/s: sorry kaklong xdpt blk knduri akikah...ade kursus =P
Read more...

Bila Kebingungan Kemarahan - Insyallah Ada Jalannya

Pesanan buat diri sendiri dan semua..

Si peniaga runsing memikirkan keuntungan kedainya.. Guru kadangkala gusar memikirkan pelajarnya demi memastikan pemahaman dan kejayaan. Si ibu dan ayah luluh jiwanya mengenangkan melihat sang anak yang entah ke mana. Pekerja firma swasta tertekan dengan timbunan kerja yang kesudahan.. Pelajar universiti, bersengkang mata dalam menyelesaikan kerja kursus yang diamanahkan oleh pensyarah, dikala menemui kebuntuan untuk menyelesaikan kerja kursusnya.. Akibat tekanan itu ada sahaja manusia yang ingin dipersalahkan. Si peniaga menyalahkan si pembekal dan pembekal menyalahkan kenaikan bahan mentah. Si guru / pensyarah menyalahkan pelajar dan pelajar menyalahkan guru atas timbunan kerja kursusnya. Begitu jua dengan yang lain-lain..

Maka berbloging mungkin adalah cara meluahkan.. tetapi bukan bermakna sesuka hati boleh melontarkan cacian dan makian terhadap sesiapa. "suka hatiakulablog aku ko peduli ape,xsuke xyah baca..." mungkin ada yang menjawabnya sebegitu rupa. Manusia itu lemah dan kadangkala tidak berupaya menahan amarah. Meluah bukan salah, sebaliknya meludah (membuat makian serta carutan yang sudah seperti amalan zikir harian).. Speech of freedom -kebebasan hak untuk bersuara ..memang benar.. tetapi tidak bermakna anda perlu melakukan umpatan dan kejian terus melupakan tatacara dan adab sebagai manusia yang beragama..cukuplah merahsiakan tanpa disebut namanya..menyalahkan yang lain bukanlah langkah yang baik..teliti dan perhalusi kesalahan yang datang dari diri sendiri bukan orang lain serta lakukan kerja anda dengan ikhlas niat kerana Allah S.W.T juga mengamalkan sikap positif serta berperasangka baik terhadap semua...Insyallah...

Andainya kau rasa tidak berupaya, hidup sendirian tiada pembela... Segalanya suram, bagai malam yang gelap, tiada bantuan..tiada tujuan.. Janganlah berputus asa kerana Allah bersamamu... InsyAllah ada jalannya..

Andainya kesalmu berulang lagi, bagai tiada ruang untuk kembali .Tika keliru atas kesilapan lalu membelenggu hati dan fikiranmu, janganlah berputus asa...InsyAllah ada jalannya..

Kembalilah kpd yg Esa .Yakin padaNYA panjatkanlah doa..Pimpinkanlah daku dari tersasar, tunjukkan daku.. ke jalan yang benar...


Read more...

Loghat Kelantan

Gambar 4.0 : Loghat Kelantan
Sudah seperti siri dan kemestian. Setelah Terengganu, diikuti Negeri Sembilan dan Kedah.Maka setelah lama mengumpulkannya inilah serba sedikit hasilnya loghat negeri Kelantan Darul Naim. Lenggok bahasanya ade yg berbunyi "O" dan berbunyi "ey..". Kebiasaannya orang Kelantan menyatakan pengakhiran ayatnya hanya perlu di tambah "deh..". Contoh: jepuk makey deh....(jemput makan yer..). Seolah seperti sebuah negeri yang lain cuma hanya kerana lenggok bahasanya sukar untuk diikuti. Stigma yang umumnya mengetahui.. orang pasir mas, kecantikan baka-bakanya sangat dipuji. So macam biasa... enjoy video utube dibawah...

Ado seko anak tupa ( lagu yang kusuka dengar walaupun mulo2 tidak faham haha...)



Orang Arab kecek Kelatey



Pesanaey buak awey2 (anakmuda lelaki) toksey gocoh (gadoh) sek2 kito , buat semek2 (anak muda perempuan) toksey getik gelenya (gatal/miang)..huhu  =)


Read more...

Ade Aku Kisah?

Kiriman email dari seorang sahabat interaktif AcikBucuk sajak untuk dikongsi....Kisah isteri yang tidak kisah ...


Ada aku kesah jika laki aku tak makan
Ada aku kesah jika laki aku tak minum
Ada aku kesah jika laki aku tak ada tempat nak tidor
Ada aku kesah jika laki aku entah kemana peralatan mandi mandanya
Ada aku kesah jika laki aku entah kemana kain bajunya

Ada aku kesah jika laki aku tak dapat layanan aku
Ada aku kesah jika laki aku menjengah pulang
Ada aku kesah jika laki aku hendak kepergian
Ada aku kesah jika laki aku nak kemana

Ada aku kesah jika bibirku pudar ketika berdepan dengan laki aku
Ada aku kesah jika tiada wangian ditubuhku ketika suami aku dekat pada ku
Ada aku kesah jika pakaian ku lusuh ketika dipeluk suami ku
Ada aku kesah jika suami ku telah terlelap tanpa aku disisi
Ada aku kesah jika suami ku tidur dibontoti aku

Tiba-tiba aku menjadi resah dan ambil kesah .....
    Ketika telefon laki aku berdering di dinihari
    Ketika laki aku berbalas SMS entah dengan siapa
    Ketika tubuh laki aku wangi tapi bukan dari perfume miliknya

    Ketika laki ku pulang kerumah dengan perut yang kenyang
    Ketika solat jemaahnya tidak lagi bersama aku
    Ketika tidurnya membelakangi aku
    Ketika hendak pergi dia selalu tergesa-gesa

Kini .... laki aku dah langsung tak kesah dengan aku...


Read more...

Seksi ketika solat ?

Klik untuk paparan lebih jelas. Ihsan TSM

Solat itu tiang agama, tatkala solat pemakaian kita masih tidak sempurna. Solat atau tidak, seksinya masih ada. Mengapa mengadap Tuhan kita kadangkala tidak menjaga tertibnya. Jika lelaki tunggang terbaliknya berpakaian seperti ini menampakkan seksinya, sama juga keadaanya seperti wanita yg anda pernah lihat keadaan ini di luar sana.Yang nyata jelasnya menampakan alur Y (Generation "Y") atau getah spender... Lucu? tapi itulah hakikatnya. Peringatan dan renungan bersama ... renung-renungkan dan selamat beramal =)


Read more...

Loghat Kedah

Gambar 3.0:Contoh serba sedikt bahasa kedah.
Gambar di atas adalah kesinambungan dari bahagian loghat Terengganu dan loghat Negeri Sembilan (N9). Dialek atau loghat Kedah termasuk dalam lingkungan loghat utara (Kedah, Penang, Perlis dan Perak) kebiasaannya hampir dengan bahasa siam .Keturunanya banyak berkait dengan darah siam. Kedah merupakan kerajaan melayu tua berkait rapat dengan Kerajaan Langkasuka. Kebanyakan perkataan memerlukan penggunaan konsonan " Q " dalam tutur kata, membuatkan ianya kadangkala seperti kasar. Keistimewaan Loghat Kedah adalah penggunaan bahasa melayu paling betul di Malaysia kerana banyak menggunakan bahasa baku dalam pertuturan seharian =). Secara tidak sengaja dan sengaja telah mengumpulkan lebih kurang 75 perkataan Kedah yang pernah anda dengar dan tidak.Bersambung di bawah:

Gambar 3.1: Tambahan kepada keterlanjuran penerangan dan maksud =P
 Terima kasih kepada UiTM Kedah, rakyat negeri Kedah dan Intan Azura.



Ni lagu bola kedah..."biar jasa jadi kenangan"

Read more...

Loghat Negeri Sembilan

Gambar 2.0: AMEK NI HA.. nak ngapa xdo layo.. banyak laie xklua nih..

Gambar di atas adalah tempias bahagian loghat Terengganu. Maka ini pula untuk Loghat Negeri Sembilan (N9). Dialek atau loghat Negeri Sembilan kebiasaannya adalah dari bangsa Minang. Tidak semua perkataan memerlukan penggunaan konsonan " O " dalam tutur kata. Kadangkala mereka yang cuba/baru belajar bercakap dialek ini akan berbunyi dan bercampur dengan dialek negeri Kelantan. Namun uniknya dialek N9 adalah mereka yang mendengarnya akan (menyonggey) tersengih walaupun dia dimarahi ketika itu. Loghatnya mungkin seperti bunyi yang lucu. Percaya atau tidak, ada beberapa dialek Negeri Sembilan yang menggunakan bahasa Inggeris antaranya : 
  1. Gamen/ Gomen = Goverment  abahkau kojo gomen yo?
  2. Motan = Important (bukan rambutan)  amek yang motan2 yo...(ambil perkara2 penting sahaja)
  3. Kompom = Confirm  ekau kompom nak poie pilahdelpia (kualo pilah) nih?
Anda smuo mungkin tak cayo kato den akan totapi pecayolah...apo pun timo kaseh pado rakyat-rakyat N9 yang membantu. Di bawah adolah filem dimano org nowi 9 menggunokan khidmat Rapers (tukang RAP) dalam nyayian..."nk pulang, x pulang, dah pulang tercongang-congang..."
 


dan ini lagu apo nak dikato...


ayam den lapeh oi oi...nyanyian awek berbakat....

Read more...

Perkara Lucu dalam Umat Islam

Artikel sumbangan rakan.. kongsikan dengan yang lain. Ada benarnya apa dikata.

Lucu ya,
Wang RM2 ringgit begitu besar bila dibawa ke tabung amal masjid, tapi
begitu kecil bila kita bawa ke supermarket.

Lucu ya,
45 minit terasa terlalu lama untuk berzikir tapi betapa pendeknya
waktu itu untuk pertandingan bolasepak.

Lucu ya,
Betapa lamanya 2 jam berada di Masjid, tapi betapa cepatnya 2 jam
berlalu saat menikmati pemutaran film di panggung wayang.

Lucu ya,
Susah merangkai kata untuk dipanjatkan ketika berdoa atau sembahyang, tapi
betapa mudahnya
mencari bahan percakapan bila bertemu teman-teman.

Lucu ya,
Betapa happynya bila menonton bola sepak yang agak lama, tapi betapa
bosannya bila imam solat Tarawih bulan Ramadhan jika terlalu lama bacaannya.

Lucu ya,
Susah sangat baca Al-Quran 1 juzuk sahaja,tapi
novel best-seller 100 halaman pun habis dilalap.

Lucu ya,
Orang berebut-rebut untuk kedepan apabila menonton konsert atau pertandingan
bola sepak, dan berebut
cari saf paling belakang bila sembahyang supaya dapat keluar cepat.

Lucu ya,
Susahnya orang mengajak untukberdakwah, tapi
mudahnya orang menyebar gossip.

Lucu ya,
Kita begitu percaya pada yang dikatakan Surat Khabar, tapi
kita sering mempertanyakan apa yang dikatakan Al-Quran.

Lucu ya,
Semua orang ingin masuk surga tanpa harus beriman, berfikir, berbicara
atau pun melakukan apa-apa.

Lucu ya,
Kita boleh mengirim ribuan jokes guna email, tapi bila mengirim yang
berkaitan dengan ibadah mesti berfikiran 2X.
Read more...

Loghat Terengganu

Gambar 1.0: Ni bru siket..klo wak tubik blake jenoh org luor nk ngapal..hahaa

Gambar di atas menunjukkan serba sedikit loghat Terengganu yang akan anda dengar jika orang Terengganu bercakap. Tidaklah seperti seloroh ayat yang biasa didengar  iaitu orang terengganu x makan ikan, tetapi "makang ikang". Selama mempelajari dan mengamati loghat ini, apa yang diamati. Loghat Terengganu ada penambah perisa atau kata ganda di hujung ayatnya buat menambah perasa.Contoh-contoh untuk menyatakan keadaan- keadaan yang lain :
  1. Gelap guguk/ gelap gelemak = gelap gelita
  2. Panas dering = sangat panas
  3. Sejuk siak = Sangat sejuk
  4. Ogeh-ogeh = goyang
  5. Krhek / sokmo =  Selalu
  6. Udoh sepah ko'ong = sangat hudoh
  7. Pelekong ceytong = baling gayung
  8. Manih leting = sangat manis
  9. Masam rebang = sangat masam
  10. Masin rhebing / masin pekak = sangat masin
  11. Pahit lepang = sangat pahit
  12. Tawar hebey = sangat tawar
  13. Serek = berhenti
Dipelajari dan diajar oleh Sharih Ahmad  dan  gambar dari group FB I Love Loghat Terengganu . Terima kasih jua pada rakyat-rakyat jelata Terengganu yang lain. LIKE  =)




Read more...

Gurindam Jiwa- kian dilupa irama dan lagunya…

Tuai padi antara masak,
esok jangan layu-layuan,
intai kami antara nampak,
esok jangan rindu-rinduan…

anak cina kakinya luka,
luka kakinya terpijak duri,
didalam hati takkan kulupa,
ibarat rambut bersimpul mati,

batang selasih permainan budak,
daun selasih dimakan kuda,
bercerai kasih bertalak tidak,
seribu tahun ketemu jua,

burung merpati terbang seribu,
hinggap seekor ditengah laman,
hendak mati dihujung kuku,
hendak berkubur di tapak tangan,

kalau tuan mudik ke hulu,
carikan saya bunga kemboja,
kalau tuan mati dahulu,
nantikan saya dipintu syurga..

banyak padi perkara padi,
padi yang mana ditanam orang,
banyak budi perkara budi,
budi yang mana dikenang orang,
baik tanam ubi keladi,
jangan tanam ubi sengkuang,
baik-baik bertanam budi,
jangan sampai budi terbuang…


Read more...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...