rss
twitter
    Find out what I'm doing, Follow Me :)

Yang dihormati...

( ctrl + left clik =new tab)
Klik tajuk entri untuk komen/gambar&video penuh.
Link bewarna biru dalam setiap entri adalah kredit kpd pemilik /artikel terdahulu.
Receive ayampenyek's blog update trough Facebook
Jika tiada entri baharu..kebiasaannya ade dikongsi di FB
Jika ada video yg tdk lagi boleh dimainkan.. sila komen utk alert kpd kami..
Showing posts with label makanan. Show all posts
Showing posts with label makanan. Show all posts

Cara Mudah Buat Hiasan Tembikai

Cara membuat hiasan menggunakan tembikai dengan mudah. Hiasan meja makan ringkas yang menarik.   Rekaan ringkas yang mengundang dan menambah selera makan. Galakan untuk makan buah-buahan.
Potongan dengan template biskut raya cukup mudah disediakan. Tingkatkan kreativiti dan imaginasi untuk hidup lebih ceria dan berinovasi. Hehhee :P



p/s: tak susah nak jadi kreatif :) xpayah nak buat bunga bagai :D haha

Read more...

Penyedut Kuning Telur

Pluck Egg nama yang diberi oleh perekanya, Mark Fusco. Alat pengasingan kuning telur dengan putih telur hanya dengan satu sedutan. Membantu penyediaan makanan di dapur serta penjagaan diet sihat. Mudah diselenggarakan untuk pembersihan. Harga jualan ialah $12.99 ( RM 40). Cara tradisional yang dikomersialkan sebagai produk untuk dijual. via quirky 

Read more...

Pajeri Nanas Daging Salai Rodeo

Masih ramai yang mengeja perkataan "nanas" sebagai nenas. Walhal ejaan yang sebetul mengikut kamus dewan adalah nanas. Jika anda memiliki waktu terluang di hujung minggu, mahupun hari kebiasaan. Bolehla mencuba resipi pajeri nanas yang mudah disediakan untuk dijadikan lauk santapan. Tanpa mengira status bekeluarga ataupun bujang. Pajeri nanas ini ditambah nilai dengan campuran daging salai. Maka nama komersialnya telah bertukar menjadi Daging Salai Ananas Rodeo bagi memenuhi tema koboi . Menu ini adalah sempena Pertandingan Memasak Daging Salai & Pencarian Master Chef DVS pada 26 November di MAHA 2012.
p/s: Tahniah kepada Kaklong & Maktam.. :D

Read more...

Kesan & Fakta Air Berkarbonat

Real Bears adalah animasi yang mengisahkan kesan minuman ringan terhadap sebuah keluarga beruang. Kempen kesedaran minuman berisiko nombor satu terhadap penduduk Amerika. Satu (1) daripada tiga (3) penduduk Amerika mengalami masalah lebih berat badan dan obesiti.  Penyelidikan telah membuktikan minuman bergula menjadi penyebab kepada obesiti, sakit jantung, stroke dan penyakit-penyakit lain. Berikut adalah fakta yang tidak mengembirakan si penggemar minuman:

Read more...

Senarai Syarikat untuk Kad Diskaun Siswa 1 Malaysia

Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KADS1M) diwujudkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dengan objektif untuk membantu mengurangkan kos sara hidup pelajar-pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) awam dan swasta seluruh negara. Edaran bermula September untuk pelajar IPTA dan Oktober untuk IPTS. Syarat untuk memiliki KADS1M yang diberi secara percuma kepada pelajar-pelajar IPT yang menepati kriteria-kriteria berikut:
  • Mengikuti pengajian jangka panjang yang tempoh masanya 1 tahun dan ke atas (sijil, diploma, ijazah dan ke atas) 
  • Pengajian sepenuh masa
  • Warganegara Malaysia.
Diskaun yang ditawarkan oleh syarikat-syarikat yang mengambil bahagian adalah bagi pembelian barangan dan perkhidmatan terpilih dan tertakluk kepada kadar, terma serta syarat yang ditetapkan oleh syarikat masing-masing. Berikut adalah senarai syarikat yang terlibat dengan KADS1M:

Read more...

Senarai Harga Barang Kawalan Raya 2012

Sejumlah 20 harga barangan ( ayam, daging, telur, bawang, kelapa dll) keperluan pengguna disenarai oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi & Kepenggunaan (KPDNKK) untuk dikawal harganya sempena Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Hari Raya Aidilfitri. Penguatkuasaan kawalan harga ini bermula sejak 12 Ogos sehingga 26 Ogos 2012 di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 (dahulunya Akta Kawalan Harga 1946) bertujuan melindungi pengguna daripada peniaga yang tamak haloba di musim perayaan. Sekiranya peniaga didapati melanggar arahan ini, hukuman denda maksimum RM 100,000 atau 3 tahun penjara. Menterinya, Datuk Ismail Sabri Yaakob menjelaskan seramai 2.000 pegawai penguatkuasa dan 1,400 pegawai pemantau akan berada di lokasi tertentu.
Sumber Bharian
p/s: macam biasalah kan.. harga ayam dan telur ayam mesti jadi tumpuan.. ^_^

Read more...

Amalan Larangan Hari Raya

Raya bakal menjelang. Insyallah jika ada kesempatan bertemu lagi kita meraikan hari kemenangan. Diharap sambutan Hari Raya Aidil Fitri kita itu tidak melampaui batas dan janganlah pula kerana alasan nak menyambut Hari Raya , kita mengenepikan soal hukum hakam. Janganlah dijadikan Syawal itu merosakkan segala pahala yang telah dikumpul sepanjang bulan Ramadhan.  Sumber MaiDariBendang via Majalh Solusi

p/s: bersama2 ingat mengingati.. :)


Read more...

Ais Krim Baskin Robbins Tetap Percuma

Berita baik buat mengubati kedukaan kekalahan Lee Chong Wei dan seluruh rakyat Malaysia. Ais Krim percuma masih diberikan oleh BR di setiap Cawangan Baskin Robbin di Malaysia. Pada 8 Ogos 2012. Sumber berita Malaysian Digest.

Skills win you medals, but attitude wins hearts. 
-ESPN commentator said of LCW (London 2012 Olympic)

p/s: sokong Chong Wei kerana Malaysia.. bukan kerana aiskrim atau nasikandar :)


Read more...

Ais Krim Percuma Olimpik | Baskin Robbins / Media Prima


Sekiranya Malaysia memenangi pingat emas pertamanya di kejohanan Olimpik London 2012, Baskin-Robbins, yang menyokong inisiatif "Impian Emas" Media Prima Bhd akan memberikan aiskrim percuma di seluruh negara. Aiskrim itu akan tersedia pada 8 Ogos di semua 61 kedai aiskrim Baskin-Robbins di seluruh negara (tidak termasuk dua kiosk di Pantai Hospital di Bangsar dan Taman Tema Genting) bermula 8 malam hingga 10 malam. Setiap orang layak mendapat satu skup aiskrim. "Menjadi hasrat Media Prima untuk menyatukan rakyat Malaysia dalam satu suara bagi menyorak jagoan Olimpik kita," kata Ahmad Izham Omar, Ketua Pegawai Operasi, Rangkaian TV dan Ketua Pegawai Eksekutif Primeworks Studios, Media Prima. Sumber Sinar/ Bernama
p/s: ...Datuk chong wei dpt emas dia dpt 2juta.. rkyat malaysia dapat aiskrim.  :D

Read more...

Kreativiti Gubahan Makanan

Dan Cretu, seorang photographer dan artis seni yang meminati kreativiti makanan. Mengajak yang melihat untuk kreatif dengan komposisi makanan. Menghubung kaitkan bahan organik untuk menjadi barangan industri.

Read more...

Cara Buat Bakul Chocolate

Kemahiran berfikir secara kreatif boleh menghasilkan sesuatu yang indah. Seni kulinari adalah teknik hiasan dalam persembahan dan penyampaian makanan, membuatkan yang melihat merasa nikmat kesedapan. Sambil makan berfikir bagaimana ia dihasilkan. Guna belon pun boleh~~~ .
p/s: lama x mkn white cekelat.. :D 

Read more...

Kenapa iklan burger & realiti sebenar tak sama?

Kenapa iklan burger MCD dengan realiti sebenar tak sama? Persoalan yang selalu bermain difikiran pengguna. Melihat iklan di telivisyen mahupun keratan akhbar. Kadangkala membuatkan anda rasa tertipu dengan pelbagai iklan makanan segera di media massa. Saiz makanan sangat berbeza dengan keadaan makanan sebenar. Persoalan pengguna yang dikemukakan oleh Isabel daripada Toronto kepada MCD akhirnya dijawab oleh pihak McDonald's Canada. Yahoo
p/s: dah agak dah.. mesti ada edit sikit2 punya :P

Read more...

Mushroom Kit | Cendawan

"Back to the roots" memperkenalkan kit penanaman cendawan secara mudah. Selepas 10 hari ia boleh dipetik. Menggalakkan kesedaran awal kanak-kanak untuk memiliki hasil penanaman sendiri. Membantu Sustain. Membantu amalan sustainable dengan kitar semula tanah dari kopi. Kit cendawan tiram seberat 700  gram ini berharga $19.95 sekotak. Layari snapguide untuk tutorial penanaman dan cara ia berfungsi.



p/s:tgu sampai bercendawan....baru nak makan hehe :D

Read more...

Budak Kena Marah Sebab Tidak Makan



p/s:  jom  pergi makan.. rajin sgt tu :P

Read more...

Sate Johor Terbaik - Sate Mian

Terlalu berani untuk meletakkan diri sebagai sate terbaik. Tetapi inilah yang dirasakan penulis setelah mencuba sendiri dan menikmati keenakkan sate resepi turun temurun ini. Masih beroperasi di Kulai Johor, Sate Mian kini membuka cawangannya di >>Danau Kota<<. Penulis merakamkan reaksi ikhlas pengunjung terhadap sate ini selepas mencubanya sendiri.



p/s: terbaik tembam manntapp..berayor~~ :D

Read more...

Mesin Pencetak Cokelat | 3D Chocolate Printer

Seiring dengan kemajuan teknologi. Cokelat biasanya dihasilkan menggunakan acuan atau teknik squeeze . Choc Edge melancarkan printer cokelat 3D pertama didunia yang mana fungsinya sama seperti pencetak 3D yang lain cuma hasil atau penggunaan dakwatnya adalah berasaskan cokelat. Mesin ini akan membantu penghasilan rupabentuk cokelat yang lebih menarik dan kreatif. Revolusi dalam pembuatan cokelat. :)



p/s: Jangan lupa Undi utk blog Fave Tech di WWWoW Digi setiap hari hehe :D

Read more...

Burger Braille

Idea Metropolitan Republic yang terletak di Afrika Selatan untuk menghasilkan Burger Braille di syarikat makanan segera Wimpy. Menyusun bijian bijan dalam tulisan braille yang membawa makna “100% pure beef”, 100 peratus daging tulen. Louis Braille seorang buta dari Perancis yang boleh berbangga dengan sumbangannya kepada masyaraakat.



p/s: bru mkn burger mlm td.. :P

Read more...

Iklan Buli dari McDonald

Pengiklanan filem pendek yang berani oleh  DDB Tribal Berlin khas untuk McDonald bagi menangani pesaing hebatnya Burger King.  Sebuah etika pengiklanan yang tidak dibenarkan berlaku di Malaysia. :)



p/s: hehe tactic ni xboleh pakai dgn geng buli di Malaysia.. sebab semua pun disebatnye juga :P

Read more...

Mian Sate - Resipi 50 Tahun

Mian sate adalah perniagaan yang diusahakan oleh Jamian bin Ijan sejak berumur 17 tahun iaitu pada tahun 1961. Akibat kesempitan hidup, tidak dapat menamatkan pelajarannya lalu berhijrah ke Singapura untuk mencari pekerjaan. Perjalanannya menemukan seorang pengusaha sate yang terkenal pada ketika itu dengan gelaran Wak Dim Yati. Dengan memikul dua bakul yang berisi kelengkapan untuk berniaga sate, berjalan sehingga lebih 300meter dari rumah untuk menjual sate daripada petang hingga larut malam dengan berbekalkan lampu kabait. Satenya sangat mendapat sambutan tidak kira bangsa. Mula membuka gerai sate di Jalan Air Molek, Johor Bahru pada sekitar tahun 1969 berhampiran Tower di Selat Tebrau dan menukar kaedah jualan menggunakan bakul yang dipikul kepada kereta tolak. Setelah berkahwin, beliau berhijrah ke Rancangan Felda di Sungai Sibol dan membuka perniagaan di sana sehingga kini. Pengalaman 50 tahun dan kualiti rasa yang dikekalkan dengan mengunakan rempah-ratus yang bermutu tinggi. Mian Sate seringkali mendapat tempahan daripada pelanggan untuk pelbagai jenis majlis dan upacara. Berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia pada 24 Julai 2009, Mian Sate kini dijenamakan dan atas permintaan ramai yang menggalakkan dari orang ramai di MAHA 2010. Mian Sate telah berada di Jalan Langkawi, Setapak,Kuala Lumpur. Klik Page FB Mian Sate untuk maklumat lanjut.
Klik untuk paparan peta lebih jelas
p/s: kecor air liur tgk sate.. jaga kau Mian sate... lapor lapor lapor... =_='

Read more...

Pizza Vending Machine | Mesin Automatik

Disaat kelaparan, makanan segera menjadi pilihan. (kurangkan makan makanan segera :P). Hasil pembangunan teknologi pada 2008-2009 oleh University of Bologna. Pizza segar baru keluar dari pembakar yang diadun dan diuli dengan tepung beserta sos tomato, keju dan pilihan rasa, mampu tersedia dalam 3 minit. Ianya bukan mesin yang memanaskan makanan beku, tetapi mesin pembuat pizza segar. Pada permulaan 2009 ianya hanya berada di sebuah pasaraya diTrenito, Itali. Idea bernas usahawan Claudio Torghele, pizza dengan harga 3.30 euro ( RM 15.++), manakala mesin gedegang ( vending machine) anggaran harga euro 22 000 (RM 94 900).





p/s: balik modal x ni.. ^_^ ..

Read more...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...