rss
twitter
    Find out what I'm doing, Follow Me :)

Yang dihormati...

( ctrl + left clik =new tab)
Klik tajuk entri untuk komen/gambar&video penuh.
Link bewarna biru dalam setiap entri adalah kredit kpd pemilik /artikel terdahulu.
Receive ayampenyek's blog update trough Facebook
Jika tiada entri baharu..kebiasaannya ade dikongsi di FB
Jika ada video yg tdk lagi boleh dimainkan.. sila komen utk alert kpd kami..
Showing posts with label industrial design. Show all posts
Showing posts with label industrial design. Show all posts

Proton Iriz R3

Rekaan cadangan oleh Ahmad di FB Autostylista
Bakal dilancarkan secara rasmi pada 25 September 2014. P20-3A adalah nama kod bagi kenderaan kompak Proton (Proton Compact Car - PCC). Bersaiz lebih luas daripada model terhangat di Malaysia yang mengungguli pasaran sejak diperkenalkan pada tahun 2005, MyVi. Nama yang kini menjadi sebutan adalah IRIZ, walaupun secara rasminya belum diperkenalkan. Tetapi nama tersebut adalah antara dua nama yang telah didaftarkan di Perbadanan Harta Intelek (MYIPO) oleh Proton.

                            PCC                                      MyVi

Panjang:             3,905                                    3,690
Lebar:                1,720                                     1,665
Tinggi:               1,550                                     1,545
Tapak :               2,555                                    2,440

Sumber: Paultan

p/s:  Ya Allah Ya Tuhan kami permudahkanlah urusan setiap hambamu yang menuntut ilmu. Semoga dapat disampaikan dan dimanfaatkan kepada hamba-hambamu yang lain.

Read more...

Kaji Selidik: Penggayaan Kenderaan Penumpang Keluaran Tempatan

Gambar hiasan: Kredit . Azwan a.k.a Dongga
Assalammualaikum jika ada kelapangan mohon membantu untuk melengkapkan borang kaji selidik ini. Kerjasama anda amat diperlukan. Mohon tidak keberatan kongsikan kepada ibu, bapa, keluarga, rakan, sahabat yang lain . Terima kasih atas bantuan anda. Diharap sumbangan pendapat/ maklum balas anda, secara tidak lansung dapat membantu perkembangan industri reka bentuk dan automotif negara.

Kajian penyelidikan adalah untuk menghasilkan penggayaan kenderaan penumpang melalui maklum balas pengguna di Malaysia. Jawapan daripada soal selidik ini akan membantu terhadap penyelidikan mengenai proses pemilihan model kenderaan milik berdasarkan keperluan pengguna. Soal kaji selidik ini juga merupakan sebahagian daripada proses pengumpulan data untuk kajian.
*KAJI SELIDIK INI KHUSUS UNTUK MEREKA YANG MEMILIKI KERETA SAHAJA*

KLIK >>: Penggayaan Kenderaan Penumpang Keluaran Tempatan Berdasarkan Keperluan Pengguna di Malaysia


p/s: sibuk kerja. lama x jenguk blog ni :P hahaaa. Terima kasih Izzarul Funtasticko atas perkongsian link. Lawati FB AUTOSTYLISTA untuk perkongsian kreatif.

Read more...

Forum Automotif | WIDD 2013 Malaysia

Forum Automotif. Sesi dialog dengan tajuk Industri Rekabentuk Automotif di Malaysia oleh Azlan Othman (Proton), Proses Rekaan dalam Rekabentuk Automotif oleh Muhamad Zamuren (Perodua) & Peranan Pereka Automotif oleh Saifullizan Abd Wahab (ex-Perodua). Bakal berlansung pada 22/6/2013. Hari Sabtu di Publika. Bersempena dengan Hari Rekabentuk Perindustrian Dunia 2013 | Malaysia. Orang ramai dijemput hadir. via Pereka

p/s: Mohon tolong rekod kalau pergi :) hehee

Read more...

CIPTA 2013 | UNIMAS

Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif (FSGK/ FACA), Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) mempelawa anda hadir ke Pameran Cetusan Inspirasi Pelajar Tahun Akhir (CIPTA) 2013 pada 22-29 Mei 2013 masa 9.00 pagi – 5.00 petang setiap hari (Kecuali 24 Mei - Hari Wesak). Bertemakan "RE PUBLIC ARTS" pelbagai hasil kerja kreatif pelajar daripada jurusan Rekabentuk Industri, Animasi, Grafik, Tekstil/ Fesyen, Seni Halus, Cinema dan Muzik dipamerkan.

p/s:  lambat bg tahu.. tiket flight mahal beli last minute ni huhu ^,^

Read more...

Pertandingan Cipta Logo 2013

Pertandingan mencipta logo rasmi untuk World Industrial Design Day 2013 | Malaysian Chapter. Bertujuan untuk meraikan hari Rekabentuk Industri di seluruh Malaysia yang jatuhnya pada 29 Jun 2013. Hanya 1 logo bertuah akan dipilih. Pemenang akan menerima keahlian percuma selama 1 tahun sebagai ahli Persatuan Pereka Perindustrian, Malaysia. Logo yang terpilih merupakan portfolio besar sebagai pereka kerana akan digunakan untuk perjalanan rasmi program di seluruh Malaysia sempena meraikan WIDD 2013 | Malaysia. Program akan diadakan di Publika, Duta Solaris. Pada 17 Jun hingga 29 Jun 2013.

p/s: mohon hebah2kan.. share.. dan sertainya :)

Read more...

Sofa Awan

Dizajni, jenama Slovakia yang pengkhususannya adalah dalam rekaan sofa. “ Cirrus” direka oleh Lubo Majer, segalanya kini bukan mustahil untuk berehat santai di atas awan besar.

Read more...

Pencetak Gula-Gula 3D

Fabcafe terletak di Shibuya, Tokyo. Membuat tawaran untuk Hari Putih, sehari selepas sebulan Hari Valentine untuk cetakan replika 3D gula-gula gummy berdasarkan teknik fotografi. Inisiatif yang memberi kelainan untuk perniagaan masa depan.

Read more...

Pen 3D Pertama Di Dunia

Pen cetak 3D pertama di dunia  '3Doodler' keluaran syarikat Amerika, Wobbleworks. Menggunakan plastik ABS, alatan ini menghasilkan sebuah lukisan 3 dimensi apabila dilukis di permukaan atau ruang udara tanpa memerlukan apa-apa perisian komputer. Berfungsi setelah cairan plastik yang panas menyejuk dengan cepat untuk membentuk struktur kukuh. Objek boleh dihasilkan sebagai sebuah bentuk yang rata diatas sehelai kertas, lukisan secara bebas, atau secara bahagian-bahagian berasingan yang terpisah. via kickstarter
 

Read more...

Kerusi Keseimbangan Graviti

Varier Gravity Balans adalah gabungan tiga tema kerusi di dalam satu. Kerusi pejabat, kerusi malas, juga sebagai kerusi santai untuk ruang tamu. Duduk tegak atau berehat kembali dan mengambil tekanan vertebra anda. Pergerakan adalah kunci kepada kesihatan bagi mereka yang duduk berjam-jam setiap hari, dan kerusi ini adalah sebagai pilihan yang sesuai untuk memiliki kelebihan dalam keselesaan bekerja & berehat. Penekanan rekaan moden, fungsi serta ergonomik.


p/s:  tengah minum jangan nak ngada-ngada baring jap lagi tertuang atas badan ahha :D

Read more...

Industrial Design Degree Show 2013 | EXCEED UniSZA

Pameran pelajar ijazah tahun akhir yang telah diadakan pada 19-21 Januari 2013 baru-baru ini berlangsung di Perpustakaan Awam Terengganu, merupakan hasil kerjasama dengan Kelab Belia Eksplorasi Kuala Terengganu, dan juga Fakulti RekaBentuk Inovatif dan Teknologi Unisza, Gong Badak, Terengganu. Ini merupakan ijazah kumpulan kedua keluaran daripada Universiti Sultan Zainal Abidin.



p/s: informer lambat... so ini jelah yang dapat :P haha gambar xdak..

Read more...

15 Finalis NST-Peugeot Design Competition 2013

Penganjur pertandingan sepakat membuat keputusan daripada 54 penyertaan untuk memilih 15 penyertaan terbaik yang menepati kriteria untuk ke peringkat seterusnya. Bertemakan Sports Car, rekaan perlu memenuhi kriteria utama iaitu memiliki DNA Peugeot. Kumpulan pelajar yang terpilih dikehendaki untuk menyiapkan model berskala 1:5 sebelum atau pada 3 April 2013. Tahniah kepada semua yang terpilih. Artikel penuh via nst-peugeot

Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) 

Read more...

3D Photo | Miniature

OMOTE 3D SHASHIN KAN mengajak anda menghasilkan miniatur salinan diri anda sendiri. Berdiri selama 15 min untuk proses imbasan.  Sebuah model 3D akan dibentuk mengikut rupa paras anda. Dicetak dengan percetakan 3D yang berwarna. Ianya dihasilkan daripada plaster. Mengambil masa selama 1-2 bulan selepas sesi fotografi/ imbasan. Ini bukanlah yang pertama di dunia tetapi pernah juga dibangunkan oleh Three Dee-You, 2 tahun yang lepas.

Read more...

Penyedut Kuning Telur

Pluck Egg nama yang diberi oleh perekanya, Mark Fusco. Alat pengasingan kuning telur dengan putih telur hanya dengan satu sedutan. Membantu penyediaan makanan di dapur serta penjagaan diet sihat. Mudah diselenggarakan untuk pembersihan. Harga jualan ialah $12.99 ( RM 40). Cara tradisional yang dikomersialkan sebagai produk untuk dijual. via quirky 

Read more...

Proton 2013 | P3-22A

Gambaran awal kenderaan penumpang keluaran pengeluar kereta nasional Malaysia, model PROTON baru untuk tahun 2013. Sebuah model kenderaan preve hatchback dengan kod P3-22A. Cubaan rendering manipulasi ramalan oleh Theophilus Chin. Beserta beberapa gambar daripada blog automotif Paultan dan funtasticko serta instagram.

Read more...

Tree Spade Truck | Trak Penyodok Pokok

Trak pengalih pokok atau penyodok pokok bersaiz besar adalah sesuatu yang baru di Malaysia. Penggunaannya di beberapa negara eropah telah banyak digunakan. Bertujuan mengekalkan kesejahteraan alam, serta membantu gubahan landskap taman. Trak penyodok berfungsi mengalihkan pokok dari tempat asal ke kawasan baru yang lain, tanpa perlu menebang atau mematikan mana-mana pokok tinggi yang telah hidup selama puluhan dan ratusan tahun atas alasan pembangunan. via dutchman

Read more...

Revolights | Basikal / Speda

Revolights adalah sebuah projek yang bermula dengan mendapatkan dana di Kickstarter. Idea bernas yang menggabungkan ciri estetika dan keselamatan, LED  yang diletakkan di tayar basikal menghasilkan cahaya yang membantu penunggang pada waktu malam. Menggunakan bateri Lithium-ion, boleh dicas dengan USB dan mampu bertahan selama 4 jam. Dijual dengan harga $250 USD ( RM 763.50 ) di pasaran Amerika, Kanada dan Mexico.

Read more...

Proses Paten Reka Bentuk Perindustrian

Definisi
Reka bentuk perindustrian (industrial design) ialah ciri bentuk, tatarajah, corak atau hiasan yang digunakan pada sesuatu barang melalui apa-apa proses atau cara perindustrian, iaitu ciri yang ada pada barang siap, merupakan ciri yang menarik dan dinilaikan dengan pandangan mata. [Seksyen 3, Akta Reka Bentuk Perindustrian 1996].

Reka bentuk yang boleh /perlu didaftarkan
Mestilah baru serta tidak pernah dizahirkan di Malaysia dan tidak terdapat di dalam Daftar Reka Bentuk Perindustrian. Ciri-ciri suatu reka bentuk boleh terdiri daripada bentuk dan tatarajah iaitu 3D atau corak dan hiasan iaitu 2D atau gabungan keduaduanya sekali yang terdapat pada barang tersebut

Tempoh perlindungan

Read more...

MIA | Industrial Design Diploma Show 2012

MIA Industrial Design Diploma Show 2012 bertemakan "Whispering into The Heart". Bertempat di Malaysian Institute of Art Gallery . Boleh mula dilawati dari 20 November 2012 - 3 December 2012. Pada jam  10am-5pm (Isnin hingga Jumaat ) ,10am-1pm (Sabtu) dan ditutup pada hari Ahad, juga cuti umum. Sumber: Pelangi Puteh


Read more...

Kepompong Privasi

Cocoon Concept adalah produk inovatif yang direka dengan menggabungkan estetika dan fungsi dalam ruang yang dikurung. Sfera dengan dinding tembus cahaya (translucent) ini membuatkan mereka yang duduk didalamnya memiliki kepompong/ruang sendiri tanpa berasa terasing dengan dunia luar. Spesifikasi Cocoon adalah berdiameter 180cm.dijual dengan harga $2990, akan menemui pembeli tahun 2013.

Read more...

Robot Kotak Kadbod

Bersaiz setinggi 50 cm (20") untuk model yang kecil dan 105 cm (41") untuk yang bersaiz besar. Bina sendiri Cardboard Robot keluaran Calafant. Keseronokan dalam membina robot seperti permainan puzzle. Sesuai untuk menggalakkan kreativiti kanak-kanak. Warnakan dan tambahkan inovasi dalam binaan dengan tambahan kabel, paip,skru dan lain-lain untuk lebih kelihatan robotik. via forloveandglory

Read more...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...