rss
twitter
    Find out what I'm doing, Follow Me :)

Yang dihormati...

( ctrl + left clik =new tab)
Klik tajuk entri untuk komen/gambar&video penuh.
Link bewarna biru dalam setiap entri adalah kredit kpd pemilik /artikel terdahulu.
Receive ayampenyek's blog update trough Facebook
Jika tiada entri baharu..kebiasaannya ade dikongsi di FB
Jika ada video yg tdk lagi boleh dimainkan.. sila komen utk alert kpd kami..
Showing posts with label experiment. Show all posts
Showing posts with label experiment. Show all posts

ilusi Graviti Bola ke Atas Atap | Kokichi Sugihara

Seorang ahli matematik dan Profesor, Kokichi Sugihara. Menggabungkan pndangan 2D dengan struktur 3D melalui elemen dinamik. Susunan skala, dimensi, serta pandangn perspektif mengaburi pandangan bola yang bergolek melawan graviti. Pergerakan golekan guli/bola mustahil ini dipersembahkan ketika (European Conference on Visual Perception) di Sardinia, Itali. via Mighty Optical Illusion
 "Sometimes the program turned these objects into real objects, and that’s how I discovered that some impossible objects are not really impossible. They can actually be built as solids in three-dimensional space.” – Sugihara  

Read more...

Arca Manusia Animatronics

Mark Ho berasal daripada Amsterdam, Belanda. Terkenal dengan arca manusia animatronicnya yang diperbuat daripada gangsa dan besi tahan karat. Pernah mendapat latihan dalam pengarahan filem dan penulisan skrip. Tahun kedua di akademi, memerlukan beliau melaksanakan tugasan menghasilkan boneka yang mampu melakukan banyak pergerakan. Tugasan yang  membuatkannya berfikir mengenai masa depannya dalam industri perfileman. Selesai sahaja pengajian, beliau mengambil keputusan nekad mendalami segala ilmu berkaitan logam. Kesenian halus logam yang mendatangkan kepuasan kepada dirinya menemukan kepada kecantikan, ketepatan, kesabaran, kemahiran, reka bentuk dan perasaan ikhlas.

Read more...

Jam Setahun 4 Musim

Waktu bergerak terlalu pantas. Apabila ditunggu menjadi lama, apabila diperlu menjadi singkat.  Masa tidak boleh berundur. Tetapi hanya boleh dilalui dan dihadapi. The Present Clock ciptaan sebuah syarikat yang bertapak di Brooklyn. Jam yang menunjukkan waktu musim dalam setahun. Lengkapnya pusingan jam, bermakna setahun telah melalui musim sejuk (putih), bunga (hijau). panas ( kuning) dan luruh (merah). Prototaip bersaiz 12 diameter dan seberat 4 pound. via kickstarter

Read more...

Robot Kotak Kadbod

Bersaiz setinggi 50 cm (20") untuk model yang kecil dan 105 cm (41") untuk yang bersaiz besar. Bina sendiri Cardboard Robot keluaran Calafant. Keseronokan dalam membina robot seperti permainan puzzle. Sesuai untuk menggalakkan kreativiti kanak-kanak. Warnakan dan tambahkan inovasi dalam binaan dengan tambahan kabel, paip,skru dan lain-lain untuk lebih kelihatan robotik. via forloveandglory

Read more...

LG Elevator | Lift Prank

LG membuktikan kesan relistik yang ada pada imej paparan baru monitor IPSnya dengan mengenakan beberapa orang yang menggunakan elevator / lif. Menggantikan lantai lif dengan 9 grid monitor yang kelihatan seperti lantai. Lif bergegar dan paparan lantai mula jatuh satu-persatu.



p/s: patut dia bg satu skrin xjatuh .. huhu memeang cuak.. awak terkono :P

Read more...

Rim Thermoplastic SmartForVision

Smart forvision adalah yang pertama di dunia menggunakan rim plastik ke arah pengurangan berat dalam industri kenderaan dengan rekabentuk unik. Rim polymer inovasi tinggi ( UltramidStructure) sesuai untuk pengeluaran dalam jumlah yang besar. Pembangunan kerjasama yang dijalankan oleh Daimler AG & BASF SE daripada bahan baru berprestasi tinggi yang memberi keputusan penjimatan 3kilogram untuk setiap rim. via motoren

Read more...

Kitar Semula Bola Tenis

Penggunaan semula bahan terbuang dapat mengurangkan pengeluaran secara berulang. Mengelakkan pembaziran juga mengurangkan bahan buangan, sekaligus memberi faedah berupa penjimatan dalam kewangan, mendidik menjadi lebih kreatif serta membantu ke arah kehijauan. Produk asalnya dibeli dengan wang, sebelum bertukar menjadi bahan terbuang ia masih ada nilai untuk diguna semula.

p/s: jom tenis .. sorry sibuk minggu ni.. :P

Read more...

Kereta Pandu Sendiri Google

Self Driving Car Project, sebuah projek pintar oleh Google yang telah bermula sejak 2010. Bermatlamat mengurangkan masalah keselamatan (kemalangan) dan menekankan efisiensi penggunaan kenderaan yang menjimatkan masa manusia dan mengurangkan pembebasan karbon dioksida. Kereta dilengkapi dengan rakaman video kamera, sensor radar juga bantuan peta. Projek ini mengumpulkan jurutera daripada pemenang cabaran DARPA, pertandingan perlumbaan autonomus di Amerika Syarikat. Ketua bahagian kejuruteraan, Chris Urmson (pasukan CMU – Urban Challange 2007), ketua perisian, Mike Montemerlo (Stanford – Grand Challenge 2005) dan Anthony Levandowski ( pereka motosikal autonomus pertama dunia). Semua hasil kerja mereka di pamerkan di National Museum of American History. Teknologi ini telah diuji sejauh 300,000 batu tanpa melibatkan sebarang kemalangan. California akan menjadi kawasan kedua di Amerika, memberikan lesen untuk kereta tanpa pemandu ini. Masyarakat dunia mungkin akan dapat melihat ianya beroperasi menjelang tahun 2018. via GoogleBlog / GoogleBlog 2 / TgDaily / NewCarEngineReview / Wikipedia

Read more...

Proton Preve ANCAP Crash Test

ANCAP (Australasian New Car Assessment Program) adalah sebuah badan seperti EURO NCAP dan Proton Prevé telah dihantar untuk diuji sebelum berada di pasaran Australia. Berikut adalah gambar APV Tech Centre yang melakukan ujian ke atas Preve pada 23 Febuari 2012. Keputusan ujian dan video masih belum dikeluarkan. via LowyatForum & fantastickodesign.

"This is the start of a new product range and a new position for the company. There's never been a time when the company has been able to compete on an even footing in Australia in terms of specification, features and safety." Proton has not had any four or five-star safety cars in Australia, based on ANCAP testing, and it has also sold cars with engines too small for local conditions and drivers.-carsguide.com.au

Read more...

Nexus 7 vs iPad | crash test

Menguji ketahanan dua jenama berbeza. Perbandingan impak jatuhan pada kadar ketinggian yang sama. Keadaan skrin selepas jatuhan selalu menjadi masalah utama tablet. Air juga antara musuh utama peralatan eletronik.

p/s: bila la dpt wat test mcm ni haha.. tunggu sponsor yg kaya raya.. :D haha

Read more...

Bullet Art | BMW M5

BMW Canada menampilkan BMW M5 dalam kelajuan yang digelar sebagai " Bullet Art". Tujuannya menyampaikan prestasi kepantasan BMW dalam gerak perlahan.


Read more...

Robot Kecil Terbang | Flying Nano Quadrotors

Diasaskan pada 2011 oleh Alex Kushleyev dan Daniel Mellinger. Graduan daripada University of Pennsylvania ini pakar dalam rekaan program juga pembangunan robotik. Kajian mereka ke atas nano robotik ini membawa kepada penubuhan KMeLRobotics. Video formasi labah-labah air robotik  berterbangan memaikan irama James Bond, telah mendapat perhatian seramai 3 juta penonton di Youtube. Projek ini masih dalam pembangunan.




p/s: wu~~~ canggihnya O.o

Read more...

Keretapi Terapung yang Mengujakan


Bagaimana ianya terjadi? Di dalam model keretapi ada 3 superconducting disk yang mengandungi BSCCO iaitu Bismouth Strontium Calcium Copper Oxide (nak tau apa search ya.. =P) yang alah/sejuk dengan cecair Nitrogen. Apabila suhu turun bawah -166c, medan magnetik tidak mampu lagi menahan. membentuk bukaan magnetik.



p/s: besi berani :D

Read more...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...