rss
twitter
    Find out what I'm doing, Follow Me :)

Yang dihormati...

( ctrl + left clik =new tab)
Klik tajuk entri untuk komen/gambar&video penuh.
Link bewarna biru dalam setiap entri adalah kredit kpd pemilik /artikel terdahulu.
Receive ayampenyek's blog update trough Facebook
Jika tiada entri baharu..kebiasaannya ade dikongsi di FB
Jika ada video yg tdk lagi boleh dimainkan.. sila komen utk alert kpd kami..
Showing posts with label kesihatan. Show all posts
Showing posts with label kesihatan. Show all posts

5 Hadis Penyakit & Ujian

Kesakitan itu penghapus dosa-dosa kecil. Berikut adalah 5 hadith yang menerangkan mengenai ujian dan penyakit:

  • Rasulullah s.a.w bersabda: Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya, melainkan Allah akan mengugurkan bersamanya dosa-dosanya seperti pohon yang mengugurkan daun-daunnya. (H.R. Bukhari dan Muslim) 
  • Rasulullah s.a.w bersabda: Tidaklah seseorang muslim ditimpa keletihan, penyakit, kesusahan, kesedihan, gangguan, kegundah-gulanan hingga duri yang menusuknya, melainkan Allah akan menghapuskan sebagian dari kesalahan-kesalahannya. (H.R. Bukhari) 
  • Rasulullah s.a.w bersabda: Tidaklah menimpa seorang mukmin rasa sakit yang terus menerus, kepayahan, penyakit, dan juga kesedihan, bahkan sampai kesusahan yang menyusahkannya, melainkan akan dihapuskan dengan dosa-dosanya. (H.R. Muslim) 
  • Rasulullah s.a.w bersabda: Bencana senantiasa menimpa orang mukmin dan mukminah pada dirinya, anaknya dan hartanya, sehingga ia berjumpa dengan Allah dalam keadaan tidak ada kesalahan pada dirinya. (H.R. Tirmidzi, Ahmad, Al-Hakim dan Ibnu Hibban)
  • Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya Allah benar-benar akan menguji hambaNya dengan penyakit, sehingga ia menghapuskan setiap dosa darinya. (H.R. Al-Hakim)

p/s: 32 biji antibiotik -_-" jenuh nk makan nih....byknye obat...

Read more...

Kesan & Fakta Air Berkarbonat

Real Bears adalah animasi yang mengisahkan kesan minuman ringan terhadap sebuah keluarga beruang. Kempen kesedaran minuman berisiko nombor satu terhadap penduduk Amerika. Satu (1) daripada tiga (3) penduduk Amerika mengalami masalah lebih berat badan dan obesiti.  Penyelidikan telah membuktikan minuman bergula menjadi penyebab kepada obesiti, sakit jantung, stroke dan penyakit-penyakit lain. Berikut adalah fakta yang tidak mengembirakan si penggemar minuman:

Read more...

Amalan Larangan Hari Raya

Raya bakal menjelang. Insyallah jika ada kesempatan bertemu lagi kita meraikan hari kemenangan. Diharap sambutan Hari Raya Aidil Fitri kita itu tidak melampaui batas dan janganlah pula kerana alasan nak menyambut Hari Raya , kita mengenepikan soal hukum hakam. Janganlah dijadikan Syawal itu merosakkan segala pahala yang telah dikumpul sepanjang bulan Ramadhan.  Sumber MaiDariBendang via Majalh Solusi

p/s: bersama2 ingat mengingati.. :)


Read more...

Kenduri Berbuka

Selamat Berpuasa kepada seluruh umat islam :) 


p/s: makan banyak x larat g terawih nanti :P

Read more...

Berus Gigi Air Pancut | Rinser

Rinser Brush memperkenal berus gigi mesra pengguna. Tidak lagi memerlukan gelas untuk berkumur atau menundukkan kepala ke paip sinki. Tidak lagi perlu membeli berus gigi 3 bulan sekali. Tetapi anda hanya perlu menukar/membeli kepala berus yang baharu sahaja. Sebuah reka bentuk mesra alam yang memenangi RedDot Design Award.

Read more...

Fakta Rokok di Dunia

1.1 Billion penduduk dunia menghisap rokok. 1000 remaja bawah 18 tahun mula menghisap rokok setiap hari. 1 daripada 5 perempuan mengandung menghisap rokok. Rokok mengandungi 4800 kimia antaranya termasuk ammonia ( pencuci tandas), Cadmium ( bateri), Methanol, dan cat. Rokok membunuh seorang manusia untuk setiap 6.5 saat. 6.3 Trillion batang rokok dihasilkan bersamaan 900 batang untuk setiap wanita, lelaki dan kanak-kanak. Sumber daripada OnlineNursing.com. Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Hal  Ehwal Islam Malaysia kali ke -37 yang bersidang pada 23 Mac 1995, Kuala Lumpur telah mefatwakan rokok adalah Haram.- Nor Raihan Abu Bakar, Pensyarah Fakulti Komunikasi & Pengajian Media UiTM Melaka, Metro Khamis 28 Jun 2012 

p/s: jom berhenti merokok ^_^.

Read more...

Senaman di Pejabat

Senaman kebiasaannya dilakukan di waktu pagi,petang juga malam. Ianya seharusnya kerap dilakukan walaupun anda berada di pejabat. Amalan kerja sihat dapat mengurangkan rasa tertekan akibat bebanan kerja. Bekerja bukan halangan untuk bersenam. Berikut adalah gambar cara bersenam ringkas yang harus dijadikan sebagai amalan sewaktu berkerja.
Sumber FB cik Tikah
p/s: meletup2 tulang ni.. dah tua rasanya.. ^_^

Read more...

Ijan's Burger yang Mengiurkan

Ramly burger telah berjaya membantu usahawan muda untuk berniaga kecil-kecilan dan menaikkan nama Malaysia. Hasrat murni pengasasnya untuk mula membuat pinjaman pernah diperlekehkan dengan kata " Orang Melayu tak makan burger". Diasaskan pada tahun 1984 oleh Tuan Haji Ramly b. Mokni dan Puan Hajjah Shala Siah Bt. Abdul Manap dari cetusan idea dan hasrat murni untuk mengeluarkan produk yang halal, bersih dan bermutu. Kini berbangga dengan hasil sejuk bekunya yang menular seluruh Malaysia dan Singapura.
 
Antara gerai yang boleh dibanggakan adalah burger ijan di Paroi Jaya, N.Sembilan. Telah bertapak sejak 1995. Pernah mendapat review di rancangan Warung Kita Astro. Bermula dari gerai yang kecil pemiliknya kini boleh berbangga atas permintaan yang menggalakkan sehingga menjadi seperti sebuah restauran burger. Tidak terlanjur menyatakan lebih sedap dari restaurant badut..hehe "umangai den kato sodap bai tu..".

Dah siap buka 6 pek daging dan ayam untuk dimasak
Gerai burger yang siap ada peti ais
Menerima tempahan kalau takut tunggu lama
Gambar sendiri dan ada diambil dari blogwidura.

p/s: ebby yus, abon pun pernah datang sini... tempat wajib kalau datang di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi.. selalu beli sebab tusyen dekat2 situ huhu..

Read more...

Kecantikanmu Dusta Belaka





gambar dari Google
Pelbagai aplikasi mampu membuatkan anda kelihatan lebih cantik. Jadi jangan terpedaya dengan sebarang iklan kecantikan perampingan badan mahupun kegebuan kulit. Kerana ini adalah sebahagian buktinya. Yang gelap boleh dicerahkan, yang berlubang boleh ditanpal, yang besar boleh di kecil. Begitu juga sebaliknya.Sama jua penggunaan gambar, matanya kecil kini bulat. Yang kacak menjadi " kacak giler", yang cantik , semakin cantik berdarah idung dibuatnya.. =P



p/s:  mereka hanya menggunakan teknologi, tetapi anda harus menggunakan akal untuk berhati2 mana yang benar mana yang palsu.. dikala ramai yang menipu dilaman sosial .. =)

Read more...

Kluang Rail Coffee DNA Babi ???

Pernah suatu ketika dahulu singgah di kluang dan menikmati kopinya. Di ketika ini pula tertanya adakah halal minuman yang dihidangkan Kluang Rail Coffee. Menjadi isu hangat lebih cepat dari stesen telivisyen mengenai status DNA Babi (gelatin/lemak khinzir) yang terkandung di dalam serbuknya.. "Kluang Rail Coffee halal " ada segelintir yang masih mempersoalkan kerana minuman yang telah menjadi hidangan selama 70 tahun itu yang menikmatinya, majoriti adalah umat Islam di negara ini. Persoalan dari pihak Kluang Rail mereka belum mendapat apa-apa jawapan dari keputusan bahan kimia, dan bagi mereka tidak adil untuk dihukum oleh laporan di alam maya (entri para bloggers yang telah hangat sejak 24). Dan tersebarnya keputusan berformat PDF dengan luas. Walhal mereka sendiri belum menerima..

Keratan Akhbar Metro - 25 Mac 2011

Berikut dikongsikan isi kandungan keputusan bahan tersebut. Klik utk paparan lebih jelas.(ctrl + left click)




 Berita mengenai status Kluang Rail Coffee apabila anda taip pada Google. yang jelas akan lebih banyak capaian yang anda dapat mengenainya.. Walaubagaimanapun untuk berita yang lebih panjang lebar >> OhMoon


p/s: mungkin ada yang menganggapnya sebagai khianat dalam perniagaan.. akan tetapi kebanyakan Kopitiam di Malaysia rata-ratanya ramai yang tidak memegang sijil Halal... Allahualam...

Read more...

Tae Ho Orang Kuat Upaya

Tae Ho
Pada 2011 dia berumur 11 tahun. Dilahirkan tanpa tangan kiri dan kanan, bergantung hidup sepenunhnya kepada kemampuan kakinya. Tidak memerlukan bantuan sesiapa pun untuk melakukan aktiviti hariannya. Tidak cukup dengan itu, dia juga membantu yang abangnya lain dengan keupayaan dirinya yang terhad. Yakin dengan diri dan kebolehan sendiri. Sebolehnya mahu melakukan apa sahaja tanpa dibantu.
Lahir pada 24th June 2000. Tae Hoe mudah mendapat demam kerana suhu badannya yang tinggi, sehingga pernah mencapai 40 darjah celcius. Walaubagaimanapun sifat positifnya membuatkan seolah-olah dia tiada kekurangan.


P/s: bersyukurlah dan gunakanlah nikmat yang kita ada sebaiknya. =)

Read more...

Tiada telur tiruan di pasaran - telur itu benar

ABDUL Aziz Jamaluddin menunjukkan dua jenis telur berlainan gred
PUTRAJAYA 11 April – Jabatan Perkhidmatan Veterinar mengesahkan sejumlah telur yang dirampas di Pulau Tikus, Pulau Pinang minggu lalu adalah tulen dan bukannya telur tiruan

Ketua Pengarahnya, Datuk Dr. Abdul Aziz Jamaluddin berkata, hasil pemeriksaan dan penelitian fizikal ke atas telur tersebut membuktikan ia tidak mempunyai ciri-ciri telur tiruan.

Beliau menjelaskan, telur itu adalah tulen tetapi berdasarkan ‘keganjilan’ pada fizikalnya yang besar, ia tidak sepatutnya dijual di negara ini.

“Mengikut kajian kita, apa yang ditakrifkan sebagai telur tiruan seperti yang didakwa Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) adalah telur itu luar biasa dari segi saiz kerana lebih besar dan tidak mempunyai bentuk bulat telur.

“Bagaimanapun, ujian kita mendapati kulit dan isi kandungannya tidak mempunyai banyak perbezaan kerana ia memang tulen dan isu mengenai kewujudan telur tiruan adalah tidak benar.

“Rakyat tidak perlu bimbang kerana situasi terkawal dan dalam pengawasan serta tindakan pihak kerajaan,” katanya pada sidang akhbar mengenai isu telur tiruan di ibu pejabat jabatan itu, di sini hari ini.
Beliau mengulas mengenai pendedahan CAP berhubung penjualan telur ayam tiruan di pasar Pulau Tikus, baru-baru ini.

Hadir sama, Perunding Eksekutif Persekutuan Persatuan-Persatuan Penternak Malaysia (FLFAM), Dr. Abd. Rahman Md. Saleh.Abdul Aziz berkata, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan serta Kementerian Kesihatan turut melakukan ujian makmal berasingan ke atas telur tersebut bagi mengetahui kandungan dan kesahihan aduan tersebut.

Sementara itu, Abdul Aziz berkata, pihaknya akan menjalankan kerjasama dengan FLFAM untuk mewajibkan pengusaha telur menjalankan sistem penggredan telur keluaran ladang masing-masing.
“Ini adalah untuk membolehkan pengguna dapat mengetahui gred telur, tarikh dikutip dari ladang dan tarikh luputnya,” katanya.

Menurutnya, sehingga kini, FLFAM mempunyai 340 ladang bersaiz besar, sederhana dan kecil yang mampu mengeluarkan 23 juta biji telur setiap hari.Dalam pada itu, beliau berkata, mekanisme sistem penggredan itu perlu dilakukan secepat mungkin bagi memastikan sebuah standard piawaian baru mengenai telur tempatan dapat diwujudkan kerana ia penting untuk menjamin tahap keselamatan sesuatu produk makanan.
Sumber Utusan
Read more...

Telurmu Palsu


Perbezaan. Sumber gambar dari FB.
Telurmu palsu.. Kejadian telur tiruan ini sebenarnya telah lama diperhangat dan dibincangkan pada tahun 2007 di negara China itu sendiri. Perkara ini berbangkit di Malaysia apabila pihak Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) telah menyedari adanya pihak-pihak tidak bertanggungjawab membawa masuk telur tiruan ini ke Pulau Pinang, dikuathiri sebelum terlambat dan tersebar ke seluruh pelosok Malaysia..lalu menyampaikannya ke pihak berkuasa dan media.

Di China dikhabarkan ditawarkan kelas untuk belajar melakukan teknologi peniruan. Maka tidak mustahil untuk menghasilkan telur dari bahan kimia tanpa perlu menetaskannya.  Sejumlah besar telur tiruan ditemui di pasaran borong  bandar Guangzhou. Dijual dalam anggaran 0.15 yuan = 0.07 sen Malaysia. Telur tiruan ini boleh di rebus dan digoreng seperti telur yang asli. Rasanya dikatakan hampir sama. Walaupun akan kelihatan belon/ buih di telur yang telah digoreng. Tidak ada apa yang mustahil kerana China dikenali dalam proses pembuatan peniruan yang hebat. Asalkan ianya mendatangkan keuntungan.

Klik gambar untuk paparan lebih jelas.
Kalsium Karbonat, pati, resin (damar) , gelatin (agar-agar), 
alum dan beberapa bahan kimia yang lain.

Kalsium Kloride dan bahan pewarna dimasukkan
 ke dalam acuan untuk menghasilkan kuning telur.

 Disebatikan bersama lilin paraffin dan kalsium karbonat, ianya dibasuh di dalam air
 sejuk yang dicampur bahan rahsia, berulang kali sehingga kuning telur sedikit mengeras. 

Direndam  lagi ke dalam lilin paraffin untuk menghasilkan 
kulit telur, yang kemudiannya dibiarkan kering.

Akan kelihatan buih yang banyak apabila menggorengnya, namun ada juga
 mengatakan rasanya lebih sedap. Cuma ianya menambahkan lagi keracunan makan.

Video Penghasilan Telur Tiruan


P/s: telur pun dah ada yang x original. ingat orang je ada yang tak ori... =P

Read more...

Diet di bawah Alam Sedar

Lemakku hilang entah ke mana... tajuk ini yang mula difikirkan buat entry ini... tapi entah la..hahaa...Diet mungkin lebih ilmiah atau lebih memiliki unsur berpelajaran. Jika tajuk itu digunakan, seolah ingin mencari lemak itu kembali.. =P  
Di bawah alam sedar
Anda belum merasakan bahawa anda perlu menurunkan bebanan badan... Anda berkemungkinan besar hanya akan tahu apa itu angan dan sedar setelah cuba memakai sut superhero yang anda miliki. Tidak lagi memiliki potongan menarik. Hanya lebihan yang kelihatan. Lebihan itu dikenali dengan pelbagai panggilan, antaranya "spare tyre dan porch bag". Ada yang lebih santun dan sinis hanya akan bertanya " sudah berapa bulan?" =P... Diet di bawah alam sedar disebut kerana melakukan amalan diet tanpa disedari. Justeru itu inilah antara cara diet sihat yang perlu diamalkan tanpa bersusah payah.

Klik Gambar untuk paparan yang lebih jelas =).

 Pertama :-Pinggan berlainan saiz, isi yang sama banyak, tetapi pinggan 
yang memiliki ruang kosong yang banyak mempengaruhi kita untuk mengisi  makanan.

 Kedua:-Corak pinggan dapat menyatakan bahawa pinggan anda telah penuh diisi makanan.

 Ke 3:- Warna memperdayakan daya pemikiran selera makan kita.

 Ke 4:- Pilih gelas kurus dan tinggi untuk mengelakkan lebihan air dalam badan.

 Ke 5:- Perbuatan bawah alam sedar yang perlu dielakkan.

Ke 6:- Makan dalam suasana persekitaran yang betul.

Ke 7:- Pengaruh rakan sebaya makan /  terpengaruh dengan rakan yang menemani. 
Pilih rakan makan yang betul.

P/s: Bawah alam sedar dah mcm guna bomoh.. ada bunyi mistik2 gitu..huhuu.. gemuk bukanlah bermakna tidak sihat.. kurus juga bukan bermakna sihat walafiat.. sekadar berkongsi tips yang baik untuk diet yang sihat... ^_^
Read more...

Gemuk beristeri Cantik

Adakah kegemukan itu adalah suatu masalah? Kadangkala ya dan kadangkala tidak. Selalunya ia berkait dengan obesiti , darah tinggi dan lain-lain. Kegemukan membuatkan seseorang itu mengalami rasa rendah diri yang tinggi. Berikut adalah contoh kebiasaannya lelaki yang gemuk akan beristeri cantik.. =) Mungkin menjadi inspirasi buat yang kurang keyakinan diri..

The Honeymooners
Sejak dahulu kala (macam zaman purba) lagi memang telah dijodohkan pasangan yang bersaiz comel dgn yang saiz ideal. Jackie Gleason dan Audrey Meadows.

The King of Queens
 Kevin James' Doug Seorang yang tidak memiliki kematangan dan kurang memberikan bantuan. Macam biasa permaisurinya Leah Remini seharusnya memiliki dan melengkapi segalanya. Cerita yang menguatkan teori " Lelaki sukakan perempuan yang HOT, Wanita sukakan lelaki yang keanak-anakan".

Listen Up
Jason Alexander yang memiliki kereta hebat bersama digandingkan Wendy Makkena.

Quintuplets
Andy Richter yang kini memiliki rancangan Tv sendiri The Tonight Show digandingkan bersama Rebecca Creskoff.

The Sopranos
Carm seorang yang sukakan suaminya, meletakkan kegemukan bukanlah alasan untuk suatu tarikan.Tony memnunjukkan seorang lelaki gemuk itu adalah hebat dan mengujakan.

According to Jim
Jim dan Cheryl telah melaluinya bersama-sama dari membesarkan anak-anak sehinggalah bergaduh dan sebagainya. Kerana itulah lumrah berkeluarga.

The Flintstones
Berapakah umur En. Flienstones yang memiliki wanita cantik disampingnya. Biarpun Fred seorang yang gemuk dan kurang cerdik,  Wilma yang cantik sentiasa disampingnya.


Family Guy
Seperti kebiasaan juga. Kartun barat amnya, keluarga pasangan suami isterinya iaitu lelaki. Selalu digambarkan sebagai gemuk. Mengapa? kerana pelukis kartun ( kartunis) selalunya mengambil jalan mudah dengan mengambil stigma bahawa "Gemuk = Pemalas" dan semestinya ianya bukanlah benar. Walaupun benar.. ^_^  gurau jerrr...

The Simpsons
Pasangan Homer dan Marge Simpson. Seperti yang sedia maklum, Homer dilengkapi oleh Marge yang dapat mengawal keadaan keluarga yang kacau bilau..huuuu

The Drew Carey Show
Dan yang paling Glamor memiliki yang cantik,Kate (Christa Miller) dan Drew Carey...

Harith Iskandar & Jezamine
Jika anda menganggap itu semua hanyalah kebahagiaan di televisyen.. Inilah contoh didunia sebenar yang anda boleh lihat....

P/s: Walau bagaimanapun cuba-cubalah untuk kurus menjadi katang/toughf haha.. ( entry ini bukanlah menggalakkan kegemukan =p) cuma menyatakan setiap orang ada kelebihannya...dan setiap pasangan biasanya ada perbezaan sifat dan tarikannya,, =) dan cantik itu ada pelbagai tafsirannya....


Read more...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...