rss
twitter
    Find out what I'm doing, Follow Me :)

Yang dihormati...

( ctrl + left clik =new tab)
Klik tajuk entri untuk komen/gambar&video penuh.
Link bewarna biru dalam setiap entri adalah kredit kpd pemilik /artikel terdahulu.
Receive ayampenyek's blog update trough Facebook
Jika tiada entri baharu..kebiasaannya ade dikongsi di FB
Jika ada video yg tdk lagi boleh dimainkan.. sila komen utk alert kpd kami..
Showing posts with label Protes. Show all posts
Showing posts with label Protes. Show all posts

30 Perkara Mengenai Palestin & Israel

Tahukah Anda? Apakah yang terjadi antara Palestin & Israel? Tahukah anda ada sesuatu yang telah berlaku terhadap Palestin? Sedang yang lain berjoget-joget, menyanyi-nyanyi, menari-nari, bersuka ria, bergembira. Saudara kita dihujung sana menangis-nangis, bermandi darah, bermuram durja, bergundah-gulana. Doalah sesuatu yg baik-baik untuk mereka dan kita , setiap masa & ketika... Berikut 31 perkara, sumber daripada 42didyouknowrense.
  1. Apabila masalah Palestin telah diwujudkan oleh Britain pada tahun 1917, lebih daripada 90% daripada penduduk Palestin adalah Arab, dan yang terdapat pada masa itu tidak lebih daripada 56.000 orang Yahudi di Palestin?



  2. Lebih separuh daripada orang-orang Yahudi yang hidup di Palestin pada masa itu adalah pendatang, yang telah datang ke Palestin dalam dekad sebelumnya dalam usaha untuk melarikan diri penganiayaan di Eropah. Dan bahawa kurang daripada 5% daripada penduduk Palestin berasal Yahudi Palestin.




  3. Arab Palestin pada masa itu memiliki 97.5% daripada tanah, manakala Yahudi (asli Palestin dan pendatang ini bersama-sama) memiliki hanya 2.5% tanah.

Read more...

Apa itu Sang Saka Malaya | Bendera Merah Putih

Tukar Bendera Malaysia tuntut sesetengah pihak. Lalu diusulkan untuk menukarnya dengan Sang Saka Malaya / Sang Saka Merdeka ( diubah mengikut kesesuaian kini untuk tidak kelihatan seperti negara komunis). Ada juga sebahagian yang sekadar ingin memaklumkan tentang sejarah yang tidak diceritakan. Ada yang mengkeji , ada yang menuduh mereka bukan daripada kumpulan tertentu. Isu timbul di malam ambang merdeka Janji Demokrasi, maka adalah kesedaran untuk melihat punca kewujudannya. Mengakulah Singa Selatan, mereka yang mengibarkan tanpa mewakili mana-mana pihak. Dikibarkan secara rasmi di seluruh Malaya pada 10 Dis 1947. Menurut akhbar Utusan Melayu, hampir semua bandar dan pekan termasuk Melaka, Johor Bahru, Kuantan, Sungai Siput, Alor Setar dan Singapura telah mengadakan istiadat menaikkan bendera tersebut. 12 bintang membawa erti 12 negeri bergabung di Malaya. Bendera inilah lambang Malaya merdeka. Warna Merah Putih punya riwayat erti besar yang tertentu bagi sebahagian penduduk di Nusantara. Merah bermakna darah, putih bermakna suci, maka darah yang berjuang yang mengalir itu adalah suci. ( klik setiap link berwarna untuk artikel penuh).
Maksud >> Bendera Rakyat 1947

 Keratan akhbar Bendera Malaya Merdeka ( bendera rakyat) daripada The Straits Time 11 Nov 1947 dan Akhbar Utusan Melayu 11 Dis 1947. - via 10tahun


Read more...

Perhimpunan Janji Demokrasi - Tukar Bendera Malaysia

"Perhimpunan Janji Demokrasi yang sedang berlangsung malam ini turut mendapat perhatian beberapa peserta berikutan pengedaran risalah desakan agar bendera Jalur Gemilang ditukar kepada reka bentuk yang pernah direka khas dari Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) sebelum mencapai kemerdekaan satu ketika dahulu."- via OhmediaFB
Bendera yang dinamakan "Sang Saka Malaya" ini pernah diutarakan oleh Najwan Halimi pada tahun 2007. via anwaraidc
Apakah dia Sang Saka Malaya? "Pada asasnya, corak ini diadaptasi dari corak bendera Sang Saka yang digunapakai oleh negara Indonesia dan Singapura. Ianya merupakan panji warisan kerajaan Nusantara" -NajwanHalimi
Bendera ini mungkin tidak cantik tetapi  "Bermula dengan kontroversi, berakhir dengan kesedaran... " - MiloSuam

p/s: macam bendera spore la der... :P

Read more...

Logo Merdeka Pakatan Rakyat

Logo Merdeka 55 tahun oleh Pakatan Rakyat. Memilih moto "Sebangsa, Senegara, Sejiwa" yang dipilih oleh tokoh sasterawan negara Datuk A Samad Said ia masih berkonsepkan satu penyatuan. Tidak bersetuju dengan logo dan moto cantik yang dibawa oleh pihak kerajaan "55 Tahun Merdeka Janji Ditepati". Sumber daripada blog anwaribrahim
Sumber Iluseni
p/s: ok la cantik tapi  Malaysia ada 2 logo merdeka.. menampakkan Malaysia itu tidak bersama.. huhu =_=" apa nk jadi negara aku ni..buat je lah pertandingan logo baru.. sep betul...

Read more...

Animasi Keamanan Amnesty

Amnesty International pertubuhan yang memiliki 3 juta sokongan dari 150 ahli yang memperjuangkan hak kebebasan manusia meraikan ulang tahun yang ke 50. Berkongsi video mengenai hak keamanan yang dihasilkan oleh Carlos Lascano. (Peringatan: Pertubuhan ini juga menyokong hak LGBT) .




p/s: hargai animasi ini..bukan menyokong matlamat LGBT... haram... 

Read more...

Kisah Seorang Tua - Filem Pendek Arab

Sebuah filem pendek kisah seorang ibu arahan Ramy Al Gabry. Penantian seorang ibu yang duduk dibangku pejalan kaki menanti anaknya yang pergi. Sayangkan dan rindukan anak serta cucunya, dia hadir ke bandar mencari. Menanti dan terus menanti bersama dengan harapan sehelai kertas disisi.


p/s: renungan kita bersama di esok hari.. :)

Read more...

Motivasi Buat Mereka Yang Patah Semangat

Sewaktu masa dahulu, apa sahaja anda cuba lakukan anda cuba sedaya mungkin. Di ketika masa dahulu, setiap angan-angan cuba dilaksanakan. Tetapi di masa ini, terlalu memikirkan kengkangan dan kemungkinan. Maka ianya tidak dilaksanakan. Justeru idea dan perancangan sekadar melintas difikiran tanpa dilakukan. Walhal sumbangan pemikiran itu amat diperlukan demi masa hadapan.




p/s: tingkatkan prestasi elakkan kontroversi.. zass layan  haha :D

Read more...

Isi Kandungan 10 Resolusi Perhimpunan Sejuta Umat

10 Resolusi Perhimpunan Sejuta Ummah

1) Menyeru agar semua pihak menghormati dan mendokong peranan Raja-raja Melayu untuk melaksanakan amanah sebagai ketua dan payung kepada pentadbiran Islam di Negara ini seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang tubuh negeri.

2) Kerajaan yang memerintah baik diperingkat pusat mahupun negeri mestilah memastikan bahawa sensitiviti yang tertinggi di dalam Islam dari perlembagaan sebagai pedoman yang tertinggi di dalam negara yang dihormati. Sebarang bentuk pelanggaran termasuk menghina dan kedudukan Islam hendaklah dihukum berdasarkan peruntukan undang-undang yang ada.

3) Menuntut supaya kerajaan dalam usaha memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri hendaklah memastikan supaya undang-undang pencegahan yang tegas dan kukuh untuk memelihara kemuliaan Islam di dalam perlembagaan dapat dimasukkan sebeagai kandungan utama.

4) Menuntut supaya kerajaan mengambil langkah segara menggubal undang-undang khusus untuk mencegah dan membendung gejala memurtadkan umat Islam selaras dengan kedudukan Islam di dalam perlembagaan persekutuan.

5) Menuntut agar sistem pendidikan negara disemak semula untuk memastikan tidak ada unsur yang boleh mendedahkan pelajar kepada penghakisan aqidah. Kami menggesa pihak Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia supaya menggubal sistem pendidikan yang berpaksi kepada aqidah tauhid dan penerapan akidah yang berkesan kepada pelajar-pelajar.

6) Meminta kerajaan supaya mengadakan program-program penerangan yang menyeluruh dan berkesan di setiap saluran supaya masyarakat yang berbilang kaum dan agama di negara kita dapat memahami Islam dan kedudukannya di dalam negara untuk menghilangkan prasangka buruk dan kekeliruan terhadap Islam.

7) Menyeru kepada seluruh pertubuhan politik dan bukan politik supaya meletakkan Islam sebagai agenda tertinggi dan utama melebihi kepentingan yang lain serta mengambil sikap yang serius terhadap sebarang usaha untuk menganggu-gugat kesucian Islam.

8) Menyeru semua institusi dalam masyarakyat terutamanya ibu bapa mengambil tanggungjawab yang tegas di dalam mendidik anak-anak dengan kefahaman yang syumul agar dapat membentengi anak dan waris terdekat daripada terjebak di dalam aktiviti pemesongan akidah.

9) Menggesa kerajaan supaya memantau dan mengawal aktiviti pihak media samada media cetak, media elektronik dan media baru. Sebarang bentuk penyiaran yang menyimpang dan menyentuh sensitiviti umat Islam dan keharmonian bernegara perlulah diambil tindakan yang tegas mengikut peruntukan undang-undang yang ada.

10) Menyeru seluruh umat Islam yang hadir dalam perhimpunan ini mahupun yang tidak dapat hadir, melupakan segala perbedaan fahaman politik dan lain-lain hambatan untuk bersama bersatu menyongsong tugas berat mempertahan dan menyelamatkan aqidah umat daripada sebarang bentuk pencerobohan.


p/s: :D sumber Malaysiakini dan Himpun

Read more...

Anonymous Telah Bermula Operasi Hack Besar-Besaran !!!

Berikut antara senarai yang setakat 1.30 pagi 16/6/2011 waktu Malaysia telah digondam....T_T
They Have been Hacked..


15/6/2011
 Politeknik >> http://politeknik.gov.my/index.php
  KRU Studios >> http://www.krustudios.com/
>> http://www.royalasiahotelplg.com/iklan/mirror/
>> http://www.sabahtourism.com/
>> http://pastehtml.com/view/ax3mejiup.html
>> http://www.cidb.gov.my/


16/6/2011
Agensi pelancongan >> http://www.tourmalaysia.com.my/
Jabatan Khidmat Masyarakat >> http://ezi2care.jkm.gov.my/
Perbadanan Bioteknologi Johor >> http://jbiotech.gov.my/admin/
UiTM Penang >> http://penang.uitm.edu.my/

-Dijangka gondaman yang dilakukan untuk setiap web berkaitan pelajaran hanyalah sementara..
Blog Mereka >> http://mydragonforce.wordpress.com/ dan update boleh dilayari http://www.kenahack.com/
-Kebanyakan web kerajaan telah ditutup semenjak jam 12 pagi 16/6/2011 (server shut down) untuk menghadapi kemungkinan serangan..

P/S: selamat ari jadi... selamat ari jadi... T_T.. saya tiada kaitan dgn mereka.. sekadar mencari update ingin mengetahui adakah ugutan ini sekadar propa atau sekadar gurauan??

Read more...

Telurmu Palsu


Perbezaan. Sumber gambar dari FB.
Telurmu palsu.. Kejadian telur tiruan ini sebenarnya telah lama diperhangat dan dibincangkan pada tahun 2007 di negara China itu sendiri. Perkara ini berbangkit di Malaysia apabila pihak Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) telah menyedari adanya pihak-pihak tidak bertanggungjawab membawa masuk telur tiruan ini ke Pulau Pinang, dikuathiri sebelum terlambat dan tersebar ke seluruh pelosok Malaysia..lalu menyampaikannya ke pihak berkuasa dan media.

Di China dikhabarkan ditawarkan kelas untuk belajar melakukan teknologi peniruan. Maka tidak mustahil untuk menghasilkan telur dari bahan kimia tanpa perlu menetaskannya.  Sejumlah besar telur tiruan ditemui di pasaran borong  bandar Guangzhou. Dijual dalam anggaran 0.15 yuan = 0.07 sen Malaysia. Telur tiruan ini boleh di rebus dan digoreng seperti telur yang asli. Rasanya dikatakan hampir sama. Walaupun akan kelihatan belon/ buih di telur yang telah digoreng. Tidak ada apa yang mustahil kerana China dikenali dalam proses pembuatan peniruan yang hebat. Asalkan ianya mendatangkan keuntungan.

Klik gambar untuk paparan lebih jelas.
Kalsium Karbonat, pati, resin (damar) , gelatin (agar-agar), 
alum dan beberapa bahan kimia yang lain.

Kalsium Kloride dan bahan pewarna dimasukkan
 ke dalam acuan untuk menghasilkan kuning telur.

 Disebatikan bersama lilin paraffin dan kalsium karbonatianya dibasuh di dalam air
 sejuk yang dicampur bahan rahsia, berulang kali sehingga kuning telur sedikit mengeras

Direndam  lagi ke dalam lilin paraffin untuk menghasilkan 
kulit telur, yang kemudiannya dibiarkan kering.

Akan kelihatan buih yang banyak apabila menggorengnya, namun ada juga
 mengatakan rasanya lebih sedap. Cuma ianya menambahkan lagi keracunan makan.

Video Penghasilan Telur Tiruan


P/s: telur pun dah ada yang x original. ingat orang je ada yang tak ori... =P

Read more...

Cintaku Hanya Seminggu

"Tiada ku sangka..bola-bola api, yang sedulunya kecil, dah menjadi besar~~"Amy menyanyi girang pulang ke rumah. Bait-bait lirik nyanyiannya itu,kisah benar yang dilalui. Ibarat bunga mekar kembang mewangi.  Senyuman dan gurau lelaki itu berjaya menambat hati si Amy."Ibu! Amy keluar dulu.." anak yang penuh santun ini memiliki ciri  tanggungjawab ibunya. Berjumpa Hilmi barangkali. Lelaki bertubuh kecil, matanya sedikit sepet tetapi comel, berjaya menambat hati si dara. Hilmi bukanlah sesiapa, jiran serta rakan sepermainan di taman perumahan. Amy menarik muka seakan marah jika ada gadis lain yang menghimpit dekat serta bergurau dengan jejaka miliknya. Menyorok tersipu malu di belakang ibu, jika Hilmi sekeluarga datang menjengah ke rumah.

" Kau putus!! Esok jumpa kekasih, Amy minta putus!!" bentak ibunya. Amy ditengking ibunya.Hilmi lelaki baik yang terlalu banyak kurang. Dia bukanlah sesiapa. Keluarganya baik-baik,akan tetapi dia bukanlah pemilik restoran Ayam Penyet mahupun doktor atau majistret. Jika ada yang menyangka dia ahli muzik, tidak sama sekali.Hilmi tidak memiliki apa-apa,dia bukanlah penganggur.Tidak cukup tingginya bukan kerana masalah ketinggian yang menjadi halangan. Tidak cukup panjang akalnya, bukan kerana dia terencat.

Amy menangis teresak-esak. Apa salahnya sehingga ibu tidak merestui. Kekasihnya itulah yang memberinya perasaan berbunga. "Kau belum layak nak bercinta !!!" kata-kata ibunya masih terngiang. Adakah perlu sijil untuk bercinta atau memiliki kereta, baru boleh memiliki rasa suka? Pagi tadi ibu kelihatan seperti biasa. Ibu bergaduh dengan keluarga Hilmikah? Persoalan bermain dimindanya. Amy kini terasa seperti dialah watak utama pelakon filem hindustan, mungkin benar apa yang dipapar di filem dan drama televisyen. Cinta biasanya dihalang oleh restu keluarga." Tapi perlu ke asal nak becinta jer kena ikut cerita hindustan?" bertanya lagi Amy dalam hatinya..

Semuanya berakhir walaupun ianya baru bermula. Ketika Amy keluar, dikala itulah si ibunya membuat pemeriksaan. Tindak tanduknya mencurigakan. Kata-kata cinta di helaian kertas menyentapkan hati seorang ibu. Amy baru setahun jagung , hingus si Amy masih disapukan ibu. Hilmi belum memiliki pendidikan yang cukup sempurna. Mereka terlalu muda untuk perasaan ini. Namun ibunya boleh menarik sedikit nafas lega kerana itulah tindak balas normal kaum berlainan jantina yang tertarik dengan hubungan berlawanan jenis. Cuma mereka hanyalah kanak-kanak 8 tahun yang baru mengenal apa itu Cinta Monyet.



P/s: cerita kisah benar.. cuma nama bukan nama sebenar.. budak2 sekarang dah pandai nak bercinta.. hati2 mak bapak semua.. huhuuu...
Read more...

Asing Di bumi SeNdiri

Catatan 30 Disember 2008


Jauh perjalanan luas pemandangan. Segala pengalaman adalah berharga buat setiap insan dalam belajar mengenal liku-liku kehidupan. Pedalaman itu memang satu halangan buat mereka yang tidak punya peluang untuk kehadapan. Tetapi keazaman dalam memperbaharui kehidupan adalah satu kemestian. Jika sewaktu dahulu ikan boleh dipukat pada bila-bila masa. Jika sewaktu dahulu padi ada didepan mata. Semuanya harus bermula semula kerana mereka bukan ditempat yang sama. Asing di bumi sendiri. Pindah di tempat baru bermakna mereka perlu mengatur langkah perjalanan. Tanah baru tidak semestinya subur untuk bertani, air bukit percuma dulu dinikmati mungkin kini tidak lagi.


Jika dahulu ia sekadar mengisi masa lapang , maka hasil kerja halus kini harus dijadikan sebagai sumber pendapatan. Tidak ramai anak muda kampung yang ingin ke universiti, cukup sekadar pengetahuan di tingkatan lima dan terus bekerja. Anak gadis menunggu masa si jejaka. Kurang kesedaran serta peluang menggenggam segulung kertas pengiktirafan yang begitu beharga. Andai ilmu itu dikejar, kemajuan bakal dikecapi tiada lagi penindasan dan penipuan jika kita berpengetahuan. Jika semuanya graduan universiti, mungkin ada mata tercelik memandang ke kawasan ini untuk diberikan bantuan. Mungkin ada yang menyangka mereka tidak tinggi pelajaran lalu tidak perlukan bantuan. Mereka miliki idea-idea bernas, miliki hasil kerja yang kreatif akan tetapi tidak punya saluran untuk pemasaran dan penambahbaikan demi kemudahan yang lebih. Hasil tanaman jika ada lebihan adalah satu masalah untuk dipasarkan ke pekan, maka cukuplah sekadar bercucuk tanam sebagai sumber makanan dan bukan sumber pendapatan.


Masalah pengangkutan dan kemudahan awam adalah penyakit utama. Andai tiada anak-anak mereka ke sekolah, mungkin juga bahasa adalah masalahnya. Boleh dikatakan kampung ini sunyi kerana hilang warganya berhijrah ke kota. Yang tinggal hanya 5 keluarga. Uma nya banyak tapi tiada berpenghuni, menanti krismas kembalikan seri. Depan, belakang ,kiri dan kanan diliputi bukit bukau yang belum ditarah, hidung ini bersih dari ketulan hitam. Sekali sekala terdengar si kenyalang menjerit. Sungai rejang tersekat alirannya, ikan sumber makanan kian kurang. Keringit di sini sentiasa mengigit kaki dan tangan. Tiada nyamuk tetapi agas yang inginkan santapan.


Empangan berbilion ringgit perlu dilaksana demi menyalurkan 2400 wat tenaga ke semenanjung Malaysia. Jika di hulu sungai sana. Semuanya mesti berpindah ,jika tidak empangan yang menyekat 7 aliran sungai ini bakal meneggelamkan mereka sebesar negara Singapura pada 2010 (tarikh jangkaan siap, tetapi masih dalam pembinaan) . Mereka perlu dibantu bukan sekadar membiarkan mereka berteleku. Jangan nanti ada bangsa lain yang menindas mengaut keuntungan dari mereka, walhal kejadian itu telah pun bermula.


Enjin jenerator berbunyi hanya bertahan 5 jam sehari. ‘Jalan Jahat’ itulah kata mereka andai melalui jalan besar ke pekan yang kadangkala mereka gelar highway. Istilah mereka kadangkala sedikit berbeza dengan kemajuan di semenanjung. Jalan jahat merujuk kepada lobang-lobang sebesar 5 kaki persegi yang dalamnya separuh dari tayar bas. Lopak-lopak kolam ikan yang terbentuk kerana berkongsi laluan dengan lori balak yang melaluinya. Naik taraf jalan disana cukup sekadar dari lumpur atau tanah ditaburi dengan batu-batu bukan sehingga ke peringkat diturap. Mereka umpama merintih dibumi sendiri. Terperangkap jauh ke dalam. Hak dirampas..rintihan tidak didengar walaupun ada yang cuba-cuba menjerit-jerit dilaman forum. Pampasan yang diterima tidak sama dengan apa yang dikecapi sebelumnya. Sumber eletrik yang hanya dijana jenerator di malam hari, mampukah menyinari hidup mereka di hari mendatang…

P/s: Sehingga ke hari ini empangan masih belum siap sepenunhnya.. tetapi perkhabaran baiknya anak muda di sana telah mula masuk ke ipta melanjutkan pengajian. Artikal berkaitan Bakun Dam  1 dan 2


Read more...

PERINTAH BERSABAR,LARANGAN DARI MENINGGALKAN KETAATAN KPD PENGUASA

Sebagaimana Nabi صلى الله عليه وآله وسلم memerintahkan untuk bersabar dan melarang dari melepaskan ketaatan (dalam perkara ma’ruf), walaupun dia melihat penguasa tersebut melakukan kemaksiatan, sebagaimana yang dikeluarkan Imam Muslim dalam shohihnya dari ‘Auf bin Malik berkata: telah bersabda Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم :

:” مَنْ وَلِيَ عَلَيْهِ وَالٍ فَرَآهُ يَأْتِي شَيْئًا مِنْ مَعْصِيَةِ اللَّهِ فَلْيَكْرَهْ مَا يَأْتِي مِنْ مَعْصِيَةِ اللَّهِ وَلَا يَنْزِعَنَّ يَدًا مِنْ طَاعَةٍ
“Barangsiapa yang memimpinnya, lalu dia melihat dia melakukan kemaksiatan kepada Allah, maka hendaklah dia membenci apa yang dia kerjakan dari maksiat kepada Allah dan jangan dia melepaskan diri dari ketaatan kepadanya (dalam hal yang ma’ruf)”

Dan dikeluarkan Imam Muslim dalam shohihnya dari Ibnu Abbas رضي الله عنهما dari Nabi صلى الله عليه وآله وسلم bersabda:

مَنْ كَرِهَ مِنْ أَمِيرِهِ شَيْئًا فَلْيَصْبِرْ عَلَيْهِ فَإِنَّهُ لَيْسَ أَحَدٌ مِنَ النَّاسِ خَرَجَ مِنَ السُّلْطَانِ شِبْرًا فَمَاتَ عَلَيْهِ إِلَّا مَاتَ مِيتَةً جَاهِلِيَّةً
“Barangsiapa yang melihat dari pemimpinnya sesuatu yang dibencinya, maka hendaklah dia bersabar, karena tidaklah seseorang keluar dari penguasa walapun sejengkal, melainkan dia mati seperti matinya kaum jahiliyyah.”

Dan Imam Al Bukhari mengeluarkan dalam tarikh-nya dari Wa’il bahwa dia bertanya kepada Nabi صلى الله عليه وآله وسلم : bagaimana jika kami memiliki pemimpin yang tidak mengamalkan ketaatan? Beliau صلى الله عليه وآله وسلم menjawab:
“Mereka bertanggungjawab atas apa yang mereka pikul dan kalian pun bertanggung jawab atas apa yang kalian pikul”

Dan Imam Muslim mengeluarkan dalam shohihnya dari Hudzaifah bin Yaman رضي الله عنه bahwa Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم bersabda:
:” يَكُونُ بَعْدِي أَئِمَّةٌ لَا يَهْتَدُونَ بِهُدَايَ وَلَا يَسْتَنُّونَ بِسُنَّتِي وَسَيَقُومُ فِيهِمْ رِجَالٌ قُلُوبُهُمْ قُلُوبُ الشَّيَاطِينِ فِي جُثْمَانِ إِنْسٍ
“Akan muncul setelahku para pemimpin yang tidak mengambil petunjuk dari petunjukku dan tidak mengikuti sunnahku,dan akan tegak diantara mereka orang-orang yang hatinya adalah hati syetan dalam jasad manusia.”Aku bertanya, “apa yang akan aku lakukan wahai Rasulullah jika aku menemukan yang demikian.” Beliau menjawab: ”engkau mendengar dan taat kepada pemimpin walaupun dia memukul punggungmu dan mengambil hartamu, maka dengar dan taatlah.”

Maka perhatikanlah hadits yang agung ini yang kebanyakan manusia lari darinya,dimana Rasul صلى الله عليه وآله وسلم memerintahkan untuk taat kepada pemimpin walaupun pemimpin itu mendzaliminya dengan merampas harta dan memukul punggung. Maka bagaimana keadaan manusia yang tidak punya kesabaran dan ketaatan, pada mereka belum sampai kepada kondisi demikian ini –Walhamdulillah- bahkan demi Allah mereka dalam keadaan mendapatkan nikmat yang besar dan anugerah yang luar biasa.


Read more...

Renungan bagi Para Pencela Pemerintah

Assalamualaikum dan salam sejahtera, 
apabila saya membaca artikel ini, saya berasa terpanggil untuk menceritakan sesuatu yg 'agak peribadi' dan hanya saya kongsi bersama pelajar2 saya semasa mengajar mereka tentang sistem politik di dalam Islam. 

Banyak kali saya berfikir ketika hendak menulis kali ini, tetapi rasanya ada baiknya saya berkongsi cerita ini. Terpulanglah kepada sahabat2 dan rakan2 di SIM utk menilai cerita saya kali ini. Ketika belajar di England pada tahun 1999, saya diajak oleh rakan-rakan saya untuk menyertai Perhimpunan Musim Sejuk (Winter Gathering) di sebuah tempat di Scotland. Saya tidak bertanya siapa penceramah yang akan datang ke perhimpunan tersebut. Niat di hati waktu itu sekadar ingin merehatkan sekejab otak yg letih kerana cuba menyiapkan thesis utk phd saya. dan juga kerana ingin berjumpa dengan kawan2 seperjuangan yang berada di Scotland dan kawan2 yg akan datang dari daerah Wales, England dan Ireland. Terasa minda juga perlu diisi dengan sesuatu yg lain dari kajian saya.Penceramah pertama di dalam perhimpunan tersebut rupanya ialah Ustaz Abdul Halim Abd Rahman. Beliau bercakap tentang senario politik di Malaysia waktu itu. Ketika sessi soal jawab, seorang pelajar lelaki yang masih muda dengan penuh semangat bertanyakan soalan ini.
  
" Yang dimuliakan ustaz, saya ingin bertanya...jikalau pemerintah negara kita berlaku zalim dan tidak menjalankan undang-undang Islam, adakah rakyat dibenarkan menggulingkan kerajaan atau pemerintah?" Dewan menjadi riuh sekejab dengan soalan yang tidak disangka-sangka itu.
 
Kemudian, Ustaz Abdul Halim menjawab soalan dengan tenang. Jawapan beliau yg masih saya ingat hingga hari ini:
  
" Menjatuhkan pemerintah atau mengguling pemerintah dengan cara rampasan kuasa adalah HARAM. Selagi pemerintah itu membenarkan kita mengamalkan ajaran Islam dengan baik dan kita boleh menjalankan suruhan dan ajaran Islam dengan aman, kita wajib mentaati pemerintah tersebut. Dan kita hanya boleh menukar pemimpin dengan cara yang dibenarkan iaitu pilihanraya kerana itulah cara yg digunapakai di negara kita sekarang." Kenapa tidak boleh menjatuhkan pemerintah dengan kekerasan? 

Beliau menyambung, " Kerana bila berlaku penggulingan kuasa, ia akan menyebabkan huru hara kepada negara. Ekonomi negara akan lumpuh dan menyusahkan semua orang termasuk rakyat yang tidak berdosa. Sistem pendidikan juga akan terkesan akibat penggulingan kuasa secara kekerasan. Jadi, kalau kita ingin menegakkan syiar Islam, kita perlu melakukannya secara betul dan bukan dengan pertumpahan darah."
 
Kesimpulan yg lebih penting, apa yg djawab oleh Ustaz Abdul Rahman waktu ialah "selagi pemerintah negara kita membenarkan kita menjalankan amal ibadah dengan aman, tidak mengganggu kita bersolat, berpuasa dan lain2, maka adalah HARAM kita  menjatuhkan mereka dengan kekerasan. Kerana kekerasan akan menyebabkan berlakunya huru hara di dalam negara kita. kita boleh menukar pemimpin dengan pilihanraya, bukan dengan penggulingan kuasa.
  "Apa yg ditulis di atas adalah benar dan tidak ada apa-apa yang tidak benar. "
 
Wassalam,
Dr Fauziah
(email dari Sahabat Interaktif Malaysia)


Rasulullah S.A.W  menjelaskan bahwa seorang pemimpin yang adil adalah seorang yang mengikuti perintah Allah dengan meletakkan sesuatu pada tempatnya tanpa berlebihan dan tidak pula meremehkan, maka dialah yang termasuk diantara yang mendapatkan perlindungan Allah pada hari kiamat pada hari yang tiada naungan kecuali naungannya, dan bahwa dia termasuk diantara ahli syurga, sebagaimana yang dikeluarkan oleh Imam Bukhari dalam shohihnya dari hadits Abu Hurairoh Radhiyallahu ‘anhu dari Rasulullah S.A.W  bersabda:

”Ada tujuh golongan yang Allah beri naungan pada hari kiamat di bawah naungan-Nya dimana tidak ada naungan kecuali naungan-Nya: seorang pemimpin yang adil, seorang pemuda yang tumbuh dalam beribadah kepada Allah, seorang yang berdzikir kepada Allah dalam keadaan sendiri lalu berlinang air matanya, seorang laki-laki yang hatinya terpaut dengan masjid, dua orang yang saling mencintai karena Allah, seorang lelaki yang dirayu oleh seorang wanita berkedudukan dan berparas cantik lalu ia berkata: sesungguhnya aku takut kepada Allah, seorang yang bersedekah lalu dia menyembunyikannya sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang dikerjakan oleh tangan kanannya.”

Pemimpin yang adil adalah yang bijaksana dalam kepemimpinannya, dan seorang penguasa yang adil tidak tertolak do’anya sebagaimana yang diriwayatkan oleh Tirmidzi dalam sunan-nya dari hadits Abu Hurairoh berkata: bersabda Rasulullah S.A.W 

“Tiga golongan yang tidak ditolak doanya: orang yang berpuasa hingga dia berbuka, seorang pemimpin yang adil, dan do’anya orang yang dzalimi, Allah mengangkatnya di atas awan dan membukakan baginya pintu-pintu langit, dan Allah berfirman: “Demi kemuliaan-Ku, aku pasti akan menolongmu kapan saja.”


Read more...

Protes Antipemerintah di Mesir

Artikel pertama 20011 setelah sekian lama...
masih yg ramai tertanya2.. apa yg terjadi di negara arab sana.. tiba2 huru-hara.. Gambar2 protes egypt/ mesir 29 januari 2011.. REuters.. Situasi perubahan dan penunjuk perasaan mengabaikan waktu yg terus berjalan. Tentera tampaknya tdk mampu berbuat apa2 seolah2 kaku.. Keluar ke jalan-jalan yang diceritakan, tetapi masih tdk menghentikan orang dari rusuhan, yang harus menjadi kebimbangan utama bagi Hosni Mubarak sebagai tentera, telah terlibat dalam politik Mesir selama beberapa dekad. Mungkinkah para pemimpin tentera..hanya menunggu saat yang tepat untuk mogokan, memadam ego Mubarak dari kekuasaan dan mengambil kendalian dari tuan mereka sendiri? Penjarahan(rampasan) menjadi masalah di kota besar dan orang-orang mencetak mata wang cek tempatan untuk mengelakkan rumah mereka dari ditelanjangi. Sedang asyik rusuhan terjadi... ribuan pelancong masih di Mesir menikmati halaman bersejarah, cuaca hangat dan pantai yang indah, tapi untuk berapa lama? Beberapa pengendali pemandu pelancong Eropah telah mula mengevakuasi pelanggan mereka, bermaksud bekerja lebih sedikit, pendapatan kurang dan kekecewaan lebih. Soalan utama adalah berapa lamakah protes akan berterusan.. berlanjutan, akankah Mubarak terus merempuhi badai atau membungkus barang-barangnya dan meninggalkan Mesir untuk perjalanan hadapan yg lebih tenang? mungkih inilah punca selepas 30 tahun memendam letusan berapi keluar tdk semena2.. Perkara-perkara sedang berlaku di kawasan Arabia sudah kian lama: 1. Polis yang memukul dengan belantan tanpa belas ehsan 2. Polis yang mendera dan menzalimi orang 3. Polis dan Hakim yang rasuah 4. Pemerintah dan kuncu menteri yang membolot harta 5. Memerintah terlalu lama 6. Menekan dan merampas harta rakyat 7. Takkabur dan bersekongkol dengan kafirin 8. Rakyat turut serta dalam kemaksiatan dan kezaliman Demonstrasi merayakan di atas sebuah kereta kebal tentera di alun-alun Tahrir selama protes di Kaherah, 29 Januari 2011.Presiden Mesir Hosni Mubarak pada Sabtu menolak untuk tunduk pada tuntutan bahawa ia mengundurkan diri setelah mengarahkan pasukan tentera dan kereta kebal memasuki bandar dalam usahanya untuk mengatasi letupan protes jalanan terhadap pemerintahannya 30 tahun. REUTERS / Yannis Behrakis Para penunjuk membakar bendera dengan gambar Presiden Mesir Hosni Mubarak, sementara polis anti huru hara berjaga-jaga, ketika sidang yang diadakan oleh aktivis Lubnan di depan kedutaan Mesir di Beirut untuk menunjukkan sokongan bagi orang-orang Mesir dan Tunisia 29 Januari 2011. REUTERS / Jamal Saidi Penunjuk perasaan mencapai bayi dari seorang askar , selama demonstrasi di Kaherah, 29 Januari 2011. Ribuan Mesir marah berunjuk rasa di pusat Kaherah pada Sabtu untuk menuntut Presiden Mesir Hosni Mubarak mundur, menolak tawaran dialog dan meminta pasukan untuk datang ke pihak mereka. REUTERS / Asmaa Waguih

Read more...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...