rss
twitter
    Find out what I'm doing, Follow Me :)

Yang dihormati...

( ctrl + left clik =new tab)
Klik tajuk entri untuk komen/gambar&video penuh.
Link bewarna biru dalam setiap entri adalah kredit kpd pemilik /artikel terdahulu.
Receive ayampenyek's blog update trough Facebook
Jika tiada entri baharu..kebiasaannya ade dikongsi di FB
Jika ada video yg tdk lagi boleh dimainkan.. sila komen utk alert kpd kami..
Showing posts with label kemanusiaan. Show all posts
Showing posts with label kemanusiaan. Show all posts

Hukum dan Cara Melawak dalam Islam


Islam tidak melarang untuk kita berseronok dengan melawak dan bergelak ketawa. Lihatlah bagaimana kisah Rasulullah s.a.w bergurau dengan seorang wanita tua.

Wanita itu berkata baginda, “Doalah kepada Allah supaya Dia memasukkan aku ke dalam syurga.” Baginda menjawab, “Wahai ibu, sesungguhnya orang tua tidak masuk ke dalam syurga.” Perempuan itu balik dan menangis. Baginda s.a.w bersabda: “Beritahulah kepadanya bahawa dia tidak masuk ke dalam syurga dalam keadaan masih tua. Sesungguhnya Allah berfirman, “Sesungguhnya kami mencipta wanita-wanita syurga dengan penciptaan yang baru. Kami jadikan mereka dalam keadaan dara, yang amat mengasihi suaminya dan yang sebaya dengannya.” (H.R. Tirmizi dan Al-Baihaqi)

Abu Hurairah telah meriwayatkan: Para sahabat berkata, “ Wahai Rasulullah sesungguhnya kamu bergurau senda dengan kami.” Baginda menjawab: “Ya, aku bergurau tetapi aku tidak berkata melainkan perkara yang benar.” (H.R. Tirmizi dan Ahmad)

Di sini, Dr. Yusuf Qardawi meletakkan lima etika yang perlu dipatuhi dalam bergurau senda:


Pertama: Tidak menggunakan perkara yang bohong sebagai alat untuk manusia tertawa.

Nabi s.a.w bersabda: “Celaka orang yang bercakap kemudian berbohong supaya manusia ketawa. Celakalah dia dan celakalah dia.” (H.R. Ahmad dan Ad-Darimi)

Nabi s.a.w bersabda: “Kecelakaan ke atas sesiapa yang menipu untuk menghiburkan manusia, kecelakaan ke atasnya, kecelakaan ke atasnya.” (H.R. Abu Daud, Tirmidzi dan An-Nasai’e)

Kedua: Gurauan tidak mengandungi penghinaan terhadap orang lain melainkan diizinkan oleh orang tersebut.

Firman Allah: “Wahai orang2 yang beriman janganlah satu puak itu menghina puak yang lain, kemungkinan orang yang dihina lebih baik dari orang yang menghina. Janganlah wanita menghina wanita yang lain , kemungkinan wanita yang dihina lebih baik baik dari yang wanita menghina… “ (Al-Hujarat, 49:11)

Nabi saw bersabda: “Cukuplah seorang itu melakukan kejahatan apabila dia menghina saudaranya semuslim.” (H.R. Muslim)

Termasuk dalam menghina ialah dengan meniru perbuatan orang lain.

Aisyah r.a berkata, “Aku telah meniru perbuatan seorang manusia.” Lalu Rasulullah s.a.w bersabda: “Aku tidak suka meniru perbuatan orang lain.” (H.R. Ahmad dan Baihaqi)

Ketiga: Melawak yang tidak menakutkan orang lain.
Nukman bin Basyir ra berkata: Sesungguhnya kami bersama Rasulullah s.a.w dalam satu perjalanan. Seorang lelaki mengantuk di atas tunggangannya. Seorang lelaki yang lain mengambil anak panah dari busurnya dan mengejutkan lelaki yang mengantuk yang menyebabkan dia terperanjat. Rasulullah saw bersabda: “Haram bagi seorang lelaki menakutkan orang Islam.” (H.R. Thabrani)

Nabi s.a.w bersabda: “Janganlah kamu mengambil barang kepunyaan saudara seislamnya dengan niat melawak ataupun betul-betul.” (H.R. Ahmad)

Keempat: Jangan melawak ditempat yang serius dan jangan serius di tempat melawak
.

Dalam Islam ada 3 perkara yang dianggap diambil hukumnya walaupun dalam keadaan melawak. Nabi s.a.w bersabda: “Tiga perkara yang mana diambil hukumnya sama ada dalam keadaan melawak atau serius: 1. Nikah, 2. Cerai, 3. Membebaskan hamba.” (H.R. Abu Daud, Tirmidzi dan Ibnu Majah)

Sesungguhnya Allah telah mencela orang-orang musyrikin yang ketawa ketika mendengar Al-Quran. Firman Allah swt: “Adakah kamu hai musyrikin rasa hairan dengan ayat2 suci al-Quran? Kamu ketawa ketika mendengarnya, tidak menangis ketika mendengarnya dan kamu dengar dalam keadaan lalai.” (An-Najm, 53:59-61)

Kelima: Hendaklah melawak sekadar perlu dan tidak berlebihan.
Nabi s.a.w bersabda: “Janganlah kamu banyak ketawa. Sesungguhnya banyak ketawa boleh mematikan hati.” (H.R. Ahmad dan Ibu Majah)

Saidina Ali r.a: “Masukkan lawak dalam kata2 sekadar kamu memasukkan garam dalam makanan kamu.”

Said bin al-‘As berkata: “Bersederhanalah dalam melawak. Berlebihan dalam melawak akan menghilangkan keindahan dan menyebabkan orang-orang yg bodoh akan berani terhadapmu. Meninggalkan melawak akan menjauhkan orang-orang yang hendak bermesra dan menyebabkan orang-orang yang berdamping denganmu berasa rimas.”

Sumber Perkongsian : http://mediasiber.com/hukum-dan-etika-berlawak-dalam-islam/

Read more...

5 Hadis Penyakit & Ujian

Kesakitan itu penghapus dosa-dosa kecil. Berikut adalah 5 hadith yang menerangkan mengenai ujian dan penyakit:

  • Rasulullah s.a.w bersabda: Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya, melainkan Allah akan mengugurkan bersamanya dosa-dosanya seperti pohon yang mengugurkan daun-daunnya. (H.R. Bukhari dan Muslim) 
  • Rasulullah s.a.w bersabda: Tidaklah seseorang muslim ditimpa keletihan, penyakit, kesusahan, kesedihan, gangguan, kegundah-gulanan hingga duri yang menusuknya, melainkan Allah akan menghapuskan sebagian dari kesalahan-kesalahannya. (H.R. Bukhari) 
  • Rasulullah s.a.w bersabda: Tidaklah menimpa seorang mukmin rasa sakit yang terus menerus, kepayahan, penyakit, dan juga kesedihan, bahkan sampai kesusahan yang menyusahkannya, melainkan akan dihapuskan dengan dosa-dosanya. (H.R. Muslim) 
  • Rasulullah s.a.w bersabda: Bencana senantiasa menimpa orang mukmin dan mukminah pada dirinya, anaknya dan hartanya, sehingga ia berjumpa dengan Allah dalam keadaan tidak ada kesalahan pada dirinya. (H.R. Tirmidzi, Ahmad, Al-Hakim dan Ibnu Hibban)
  • Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya Allah benar-benar akan menguji hambaNya dengan penyakit, sehingga ia menghapuskan setiap dosa darinya. (H.R. Al-Hakim)

p/s: 32 biji antibiotik -_-" jenuh nk makan nih....byknye obat...

Read more...

Memo Pad Beruang Pola Terdampar di Aisberg

Illustrasi seekor beruang pola terdampar diatas ketulan ais, adalah sebuah pelekat nota menarik dengan mesej hijau yang tersirat. Konsep bertujuan meningkatlan kesedaran terhadap pemanasan global yang dialami oleh hidupan liar di antartik. Fungsinya sebagai peringatan dengan setiap penggunaan. Snuk Memo Pad adalah produk keluaran syarikat korea, Dcell.

Read more...

Lintasan Hijau Pejalan Kaki di China

Cadangan menarik diusulkan untuk sebuah projek kehijauan dibawah China Enviromental Protection Foundation. Idea kreatif untuk menyampaikan mesej melindungi alam sekitar adalah tanggunggjawab semua. Banyakkan berjalan dan kurangkan penggunaan kenderaan bermotor. Pejalan kaki yang melalui lintasan akan menghijaukan rimbunan pokok di tengah jalan. 40% pengeluaran karbon dioksida datangnya adalah daripada penggunaan kereta.

Read more...

Taubat Zina & Doa Seorang Hamba | Dr Asri

Ketika jiwa merasa kesal dan keciwa. Mengenangkan dosa-dosa yang dilakukan. Ketika harapan dirasakan tiada lagi. Ketika tiada tempat untuk meluah. Melepaskan segala resah di jiwa. Seluas-luas pintu dalam ajaran islam adalah pintu Taubat. Kita seringkali terlupa Allah lebih tahu apa yang kita perlukan. Teruskan berharap dengan Allah tuhanmu. Yakinlah dengan tuhanmu & bersyukurlah dengan diri. Selagi nyawa dikandung badan, peluang untuk kembali kepada Tuhan tidak pernah tertutup.

"Islam tidak pernah meletakkan perantaraan antara manusia dengan tuhan. Bila-bila masa sahaja,siapa sahaja insan itu tanpa mengira bangsa,usia & keturunan."

"Muslim.. nak taubat kepada Tuhan tak perlu isytihar diri, nak mintak kepada Tuhan juga tak perlu perantaraan"-Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin


p/s: tazkirah Aidilfitri ... kita yg byk berdosa...

Read more...

Pejuang Laut

Kempen menyelamatkan hidupan laut oleh Sea Shepherd Conservation Society. Sebuah badan NGO yang diasaskan pada tahun 1977 oleh ahli Ekologi Kanada, Paul Watson khusus untuk melindungi lautan dari pemburuan haram. Kempen komunikasi visual oleh Viken Guzel dan Jean-Christophe Royer. via fubiz

Read more...

Pandangan Manusia Terhadap Pasangan

Apabila jalan berdua. Pandangan daripada manusia sentiasa ada yang berkata. Tanpa bertanya pelbagai andaian mudah dibuat. Kerana mulut manusia sentiasa berkata. Cukuplah kita menjadi manusia yang sentiasa berfikiran positif. Melihat yang lain tanpa ada rasa syak wasangka. Inilah pandangan dunia apabila melihat manusia.
p/s: saya lelaki normal :D ugly male

Read more...

Kerusi Nomad Nordic

Kerusi, beg sandang, juga selimut, fungsi pelbagai guna yang menampung keperluan. Sebuah konsep gabungan perabot dan tekstil untuk pengembara. Gaya hidup yang manusia nomad moden yang penempatannya berubah-ubah adalah hak kebebasan peribadi. Maka ideologi Bjarke Frederiksen adalah merekabentuk sebuah produk untuk golongan pengguna tertentu.


p/s: teringat kekawan tabligh :)

Read more...

Menghadapi Stress Mengikut Cara Islam

Sumber: FB ustazDon
p/s: keimanan, tadabbur, zikir,berimaginasi dan doa.. :)

Read more...

Video Klip Gerak Perlahan Jepun

Berteleku dihujung minggu ^.- mari melayan video kreatif gerak perlahan ini.


Read more...

Hidup itu Ibarat kaca yang Rapuh

Roni Kleiner selalunya mempunyai hasil kerja yang menggabungkan fantasi, magis dan kecantikkan. Salah satunya adalah "glassboy" sebuah video yang bertujuan mendidik penungang motor dan pemandu kenderaan  untuk memperlahankan kelajuan. Apa yang beliau ingin tunjukkan adalah sebuah metafora kehidupan, yang mana ianya ibarat kaca yang rapuh.

 


p/s: layan gak lagu opick -rapuh :)

Read more...

Tanam untuk Bumi

Legas Delaney sebuah syarikat Jerman mengajak bersama menyertai kempen kesedaran alam sekitar “Plant for the Planet”. Kempen poster kreatif dalam menyatakan kesan CO2 ( Karbon Dioksida) yang diserap oleh tumbuhan menerusi proses fotosintesis. Coretan potongan halus di atas daun memberi mesej ringkas kesannya terhadap tumbuhan.


 p/s:  go green :)

Read more...

Doa Mencari Kepastian Kekasih

Ya Allah, Ya Tuhanku,
Yang  Maha Mengerti,
Gantikanlah yang Telah Hilang ,
Tumbuhkanlah yang Telah Patah,
Meskipun Tidak Sama dengan Dirinya,
Ku Pohon Ya Allah,
Agar Kau Lesapkan Perasaan Ini,
Biar Sekuat Manapun Ku Menyintainya,
Tetapi Ya Allah,
Seandainya Kau Telah Takdirkan 
(...nama.....) Sememangnya Milikku,
Ku Pohon Kau Kuatkan Lagi Cintanya kepada Ku,
Seperti Kuatnya Ku Mencintainya & Tuhanku,
Yang Maha Menyayangi,
Seiringkanlah Kami dalam Mengharungi Hidup,
Yang Maha Luas Ini,
Ketipkan Sejahtera kerana aku Pasti,
Itulah Jauhari yang Sejati dariMU,
Yang Maha Mengetahui,
AMIN..

p/s: daripada Dia kita datang.. kepadaNya kita meminta pertolongan...

Read more...

Tinggal Solat itu Jenayah


p/s: maaf kpada pembaca.. saya sedang travel pantai timur.. lmbt sikit entri =.='

Read more...

31 Fakta Menarik Perihal Wanita


1. Kecantikan seorang wanita ialah terletak sejauh mana ia dapat menahan (menjaga) malunya,
sementara kegagahan seorang lelaki ialah terletak sejauh mana ia dapat menahan (menjaga) marahnya.

2. (Wanita/ Lelaki) Orang yang membujang adalah orang yang belum menemukan penghibur duka dan dia baru memperolehinya dengan berkahwin.

3. Suami adalah orang yang mencari kebahagiaan hidup dengan menghilangkan sebahagian kemerdekaannyakepada isteri.

4. Wanita menghadapi banyak permasalahan; sebahagian diatasi dengan berkahwin dan sebahagian yang lain diatasi setelah dia masuk ke liang kubur.

5. Mata yang paling indah tetapi juga harus diwaspadai adalah mata kaum wanita.

6. Jangan menyalahkan perasaan isteri anda kerana perasaannya yang terbaik ialah ketika ia menerima anda sebagai suami.

7. Perawan tua ialah wanita yang kehilangan kesempatan menyusahkan seorang lelaki.

8. Yang diinginkan seorang gadis dari dunia ini hanyalah seorang suami,dan apabila ia sudah memperolehinya, ia menginginkan segala-galanya.

9. Wanita bisa memaafkan suatu pengkhianatan suaminya, tetapi dia tidak bisa melupakannya.

10. Kecantikan wanita tidak bererti apa-apa dibandingkan dengan kemuliaan akhlak dan perilakunya.

11. Sebelum kahwin, wanita hafal seluruh jawaban dan sesudah kahwin, ia hafal seluruh pertanyaan.

12. Barangsiapa mengahwini wanita kerana hartanya, maka dia telah menjual kemerdekaannya.

13. Wanita adalah bintang dan pelita bagi lelaki. Tanpa pelita, lelaki bermalam dalam kegelapan.

14. Wanita lebih cepat daripada lelaki dalam menangis dan dalam mengingatkan peristiwa yang menyebabkan dia menangis.

15. Wanita tertawa bila ia mampu dan menangis apabila ia menginginkan sesuatu..

16. Pudarlah kebahagiaan seorang wanita jika ia tidak mampu menjadikan suaminya teman yang termulia.

17. Wanita sangat berlebihan dalam mencintai dan membenci, dan tidak mengenal pertengahannya.

18. Wanita selalu tergolong manusia halus dan lembut sampai saat dia berkahwin.

19. Tidak mungkin seorang lelaki hidup bahagia tanpa didampingi oleh isteri yang mulia.

20. Wanita hidup untuk berbahagia dengan cinta, sementara lelaki mencintai untuk hidup berbahagia.

21. Kebijaksanaan wanita terletak di dalam hatinya.

22. Seorang wanita yang bijaksana menambahkan gula pada kalimatnya setiap kali berbicara denga suaminya, dan mengurangi garam pada ucapan suaminya.

23. Cincin perkahwinan adalah cincin termahal di dunia, sebab mengharuskan pemberinya mengingatkan harganya setiap bulan tanpa henti.

24. Sesungguhnya tidak ada wanita yang sangat cantik, yang ada ialah kaum lelaki yang sangat lemah bila berhadapan dengan kecantikan.

25. Bagi lelaki, yang terakhir kali mati ialah jantungnya dan bagi wanita adalah lidahnya.

26. Wanita tidak diciptakan untuk dikagumi semua lelaki tetapi sebagai sumber kebahagiaan seorang suami.

27. Pada waktu bertunang, lelaki banyak berbicara dan perempuan mendengarkan.
Pada saat perkahwinan, perempuan berbicara dan pengantin lelaki mendengarkan.
Sesudah perkahwinan, suami dan isteri banyak berbicara dan para jiran tetangga mendengarkan.

28. Setiap wanita mempunyai dua mata. Adapun wanita yang cemburu berlebihan mempunyai tiga mata. Satu di sebelah kanan, satu di sebelah kiri dan yang ketiga diarahkan kepada suami.

29. Wanita pada umumnya takut akan tiga hal : tikus, munculnya uban dan wanita-wanita cantik yang menjadi saingannya.

30. Isteri yang bersikap jujur dan setia kepada suami meringankan setengah beban kehidupan suaminya.

31. Seorang wanita menghadapi kesulitan apabila ia berada di antara lelaki yang dicintainya dan yang mencintainya.

p/s: wanita itu hiasan dunia.. seindah hiasan adalah wanita solehah..

Read more...

Iklan Tahun Baru Cina 2012

Tolong jaga Mak saya,
Nasi Lauknya amat sedap,
Mak saya sudah tua,
Sila oder nasi dengan lauk ayam SAHAJA.
Mat terhutang budi sepanjang umur.

p/s: yahuuu cuti raya cina :D

Read more...

Lipatan Bunga Keamanan

Direalisasikan tahun 2011 oleh Anouk Vogel , ianya terletak di Nagasaki, Jepun. Ditugaskan oleh Gardening World Cup dan dianugerahkan pingat Perak serta Anugerah Juri Khas. Sebuah lagenda Jepun pernah berjanji kepada sesiapa yang membuat beribu lipatan origami akan ditunaikan permintaannya, seperti umur yang panjang dan  pulih dari kesakitan dan kecederaan. Diilhamkan dari kepercayaan yang popular, taman "Folding For Peace" adalah simbolik kepada hasrat untuk memiliki keamanan dunia. Semua tumbuhan yang membentuk tanaman ini dibuat daripada lipatan kertas putih, melambangkan penyatuan serta kesucian.


p/s:  hoho cantik menarik tertarik.. :)

Read more...

Berikan Tangan Kepada Hidupan Liar

Kempen kesedaran daripada WWF tahun 2007. Mengajak kita menyedari kepupusan yang perlu dibendung. Menghargai dan memulihara hidupan untuk generasi akan datang.  "Give a hand to wildlife" pengiklanan oleh Saatchi Simko hasil arahan Olivier Girard, Pengarah seni Nicolas Poulain dan Pelukisnya Guido Daniele.


p/s: teringat masa kecik2 main bayang2 bentuk haiwan :)

Read more...

Pesanan Imam Al-Ghazali Tentang Kawan


p/s: kongsi2kan dan selamat beramal.. =D

Read more...

Kreativiti di Musim Banjir Thailand

Sambungan cara menghadapi banjir. Disertakan tambahan beberapa keping gambar menarik. Semoga gambar-gambar ini menjadi rujukan berguna buat persediaan menghadapinya, dikala pantai timur semenanjung Malaysia sedang menghadapi musim hujan / tengkujuh.


p/s: semoga kita dijauhkan dari bencana dan malapetaka..amin.. 

Read more...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...