rss
twitter
    Find out what I'm doing, Follow Me :)

Yang dihormati...

( ctrl + left clik =new tab)
Klik tajuk entri untuk komen/gambar&video penuh.
Link bewarna biru dalam setiap entri adalah kredit kpd pemilik /artikel terdahulu.
Receive ayampenyek's blog update trough Facebook
Jika tiada entri baharu..kebiasaannya ade dikongsi di FB
Jika ada video yg tdk lagi boleh dimainkan.. sila komen utk alert kpd kami..
Showing posts with label pelajar. Show all posts
Showing posts with label pelajar. Show all posts

Gambar Pemandangan Menarik di UNIMAS

Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) yang terletak di Kota Samarahan, merupakan antara universiti terbaik di Malaysia. Seringkali disalah erti sebagai sebuah universiti yang berada dalam kawasan pedalaman Sarawak. Pembangunan yang ada di sekitar kawasan Samarahan kian rancak bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Buat mereka yang belum pernah sampai dan menjejakkan kaki disini. Sebuah program khas Explore U memperkenalkan kemudahan dan kelebihan yang ada di Unimas. Di sertakan dua gambar peserta yang menyertai pertandingan fotografi " My Beautiful Campus" untuk tatapan pembaca. Klik like pada page dan klik Like pada gambar untuk bantuan undian dan kredit buat jurugambar.


Caption: JC-MORNING GLORY/ Cahaya Kegembiraan

Caption: Perspective Recreational Pool view


p/s: Undian untuk pertandingan ini akan berakhir pada  10 Mei 2015, Jam 11:59 PM. Mohon share untuk hebahan like :)

Read more...

AMALAN SUNAH RASULLULLAH

PRAKTIKKAN 55 AMALAN SUNNAH RASULLULLAH

1. PANDANGAN MATA

Pandangan mata adalah anak panah iblis. Lihat bukan muhrim sekali saja. Lihat kali kedua akan hilang nikmat ibadah 40 hari. Tiada kusyuk.

2 MAKAN GARAM
Celup jari kelingking dalam garam, menghisapnya sebelum dan selepas makan. Garam adalah penawar paling mujarab keracunan dan boleh menghalang sihir.

3. MINUM TANGAN KANAN
Sentiasa minum memegang gelas dengan tangan kanan. Iblis minum dengan tangan kiri.

4. SESAAT DI JALAN ALLAH
Sesaat berdiri di jalan Allah lebih baik dari solat di depan hajarul aswad pada malam Qadar walaupun hanya sekadar "hai kawan ayuhlah kita solat"

5. LANGKAH KANAN
Masuk masjid kaki kanan, keluar kaki kiri. Masuk rumah kaki kanan, keluar rumah kaki kiri. Masuk tandas kaki kiri, keluar kaki kanan.

6. MAKAN TIGA JARI
Nabi s.a.w makan kurma dengan 3 jari iatu jari ibu, telunjuk dan hantu. Kita makan nasi kalau susah bolehlah dengan 3 suapan pertama ikut sunnah.

7. JAMINAN ALLAH
3 orang mendapat jaminan Allah iaitu orang yang memberi salam sebelum masuk rumah, orang yang keluar ke masjid dan orang yang keluar ke jalan Allah.

8. GUNTING BULU
Apabila lelaki dan perempuan tidak menggunting, mengemas bulu kemaluan dan ketiak selama 40 hari, maka iblis akan bersarang dan berbuai di situ.

9. JANGAN BERSIUL
Jangan bersiul kerana sewaktu mula-mula dibuang ke dunia, iblis mengembara sambil bersiul-siul dan orang yang bersiul itu adalah penghibur iblis.

10. CARA POTONG KUKU TANGAN
Mula dari jari telunjuk yang kanan terus ke kanan sampai kelingking kanan, disambung dari kelingking kiri ke ibu jari kiri hingga ibu jari kanan.

11. CARA POTONG KUKU KAKI
Mula dari kelingking kanan ke sebelah kiri sampai kelingking sebelah kiri.

12. PANJANG LENGAN BAJU
Panjang lengan baju Rasulullah SAW adalah hanya sampai pergelangan tangan sahaja.

13. PAKAIAN KESUKAAN
Pakaian kesukaan Rasulullah SAW adalah gamis iaitu baju labuh atau kurta.

14. BERSIWAK
Jika didahului dengan bersiwak (bersugi), satu kali anda bertasbih maka Allah hitung 70 kali bertasbih. Jika bersolat akan dihitung 70 kali solat.

15. DOA DALAM SUJUD
Saat yang paling hampir antara seseorang hamba dengan Tuhannya ialah ketika bersujud kerana itu hendaklah kamu memperbanyakkan doa di dalamnya.

16. ADAB DI TANDAS
Masuk tandas kaki kiri, pakai alas kaki dan tutup kepala.

17. ADAB MAKAN
Hendaknya menghindarkan diri dari kenyang yang melampaui batas. Sepertiga makanan, sepertiga minuman dan sepertiga lagi untuk bernafas.

18. TIGA JENIS ORANG
3 jenis orang yang tidak akan dipandang oleh Allah SWT pada hari kiamat iaitu orang tua penzina, Raja yang berdusta, orang miskin yang sombong.

19. PAKAI MINYAK WANGI
Memakai minyak wangi adalah Sunnah maka pakailah terutama ketika hendak bersolat, ke masjid atau ke mana sahaja.

20. AMBIL WUDUK SEBELUM TIDUR
Gosok gigi dan ambil wuduk sebelum tidur malam kerana menjadi amalan yang sangat dirahmati dan menghindar gangguan iblis dan syaitan.

21. CINCIN PERAK
Pakai cincin perak di kelingking kanan atau kiri. Akan mendapat pahala Sunnah berterusan selama memakainya.

22. SOLAT FARDHU DI MASJID
Nabi SAW tidak pernah solat fardhu di rumah. Setiap langkah kanan ke masjid akan diangkat satu darjat dan langkah kiri akan dihapus satu dosa.

23. PAKAI CELAK
Gunakan celak ismid (dari galian) kerana ia menguatkan penglihatan dan menumbuhkan bulu mata. Setiap malam dicalit tiga kali pada mata kanan dan kiri.

24. PANJANG PAKAIAN
Panjang pakaian , jubah atau seluar seorang muslim adalah antara setengah betis dan tidak melebihi buku lali .

25. SOLAT FARDHU BERJEMAAH
Solat fardhu berjemaah di masjid dibayar 27 kali lipat dari solat sendirian di rumah. Jika anda waras dan sempurna akal, di manakah anda akan solat?

26. MENGUAP
Menguap adalah dari syaitan. Bila rasa hendak menguap, tahanlah atau tutuplah mulut dengan belakang tangan kerana syaitan akan masuk melalui mulut.

27. MENYIMPAN JANGGUT
Memotong misai dan menyimpan janggut. Lebih afdal dengan jambang sekali. Diberi pahala amal berterusan selama menyimpannya.

28. JANGAN MENGHADAP KIBLAT KETIKA BUANG AIR
Jangan menghadap / membelakang Kiblat ketika buang air kecil / besar. Dibolehkan bila dalam bangunan, itupun kalau terpaksa.

29. WARNA PAKAIAN RASULULLAH
Disunatkan memakai pakaian berwarna putih kerana Rasulullah SAW menyukai pakaian berwarna putih.

30. POSISI TIDUR
Posisi tidur yang dianjurkan ialah mengereng di atas rusuk kanan, muka dan badan mengadap kiblat dan tapak tangan kanan di bawah pipi.

31. MINUM LEPAS MAKAN
Lepas makan nasi jangan terus minum. Tunggu sebentar anggaran selama berjalan 40 langkah barulah minum.

32. TIDUR SEBELUM ZOHOR
Tidur sebentar sebelum Zohor kerana ianya membantu ibadah di malam hari dan bangun sebelum gelincir matahari untuk solat Zohor.

33. BERDIRI HORMAT
Rasulullah SAW membenci perbuatan orang bangun dari tempat duduk dan berdiri memberi hormat apabila baginda lalu atau masuk ke suatu majlis.

34. PAKAIAN BERWARNA
Dilarang memakai pakaian warna kuning kemerahan seperti yang dipakai oleh sami Hindu / Buddha khususnya bagi lelaki.

35. MAKAN DENGAN ORANG MISKIN
Rasulullah SAW suka memberi makan atau makan bersama orang miskin. Jika kita makan bersama orang miskin, hendaklah kita mendahulukan mereka.

36. MENU RASULULLAH
Rasulullah SAW membuka menu sarapannya dengan segelas air sejuk yang dicampur dengan sesendok madu asli.

37. PEMBERIAN YANG TIDAK BOLEH DITOLAK
Ada 3 pemberian yang tidak boleh ditolak iaitu bantal, minyak wangi dan susu.

38. KETAWA RASULULLAH
Ketawa Rasulullah SAW hanyalah senyuman.

39. MINUMAN RASULULLAH
Minuman yang paling disukai oleh Rasulullah SAW adalah minuman yang manis dan dingin.

40. HISAP AIR DALAM HIDUNG
Ketika membersihkan diri setelah bangun tidur jangan lupa menghisap air ke dalam hidung 3x kerana syaitan bermalam dalam lubang hidung.

41. BERI MAKAN ANAK YATIM
Nabi SAW suka memberi makan anak yatim. Sesiapa yang duduk makan bersama anak yatim dalam satu bekas, syaitan tidak akan menghampiri bekas tersebut.

42. LARANGAN PAKAI CINCIN
Dilarang memakai cincin di jari telunjuk dan jari tengah.

43. BANGUN TIDUR
Nabi SAW bangun tidur lalu duduk seraya mengusap muka dengan telapak tangan agar hilang ngantuknya dan membaca doa bangun tidur.

44. KONGSI MAKANAN
Jangan kedekut berkongsi makanan. Nabi SAW suka makan makanan yang banyak tangan memakannya.

45. 4 RAKAAT SEBELUM ZOHOR
Solat 4 rakaat setelah gelincir matahari sebelum zohor. Saat itu pintu langit dibuka untuk menerima amal soleh dan tertutup ketika solat zohor.

46. ISTIGHFAR
Nabi SAW beristighfar kepada Allah mohon keampunan dosa dan bertaubat setiap hari lebih dari 70 kali.

47. JANGAN MENCACI MAKANAN
Jangan mencaci makanan. Jika suka, makanlah , jika tidak suka biarkan sahaja.

48. APABILA BERTAMU
Apabila bertamu, jangan berdiri memberi salam di depan muka pintu tetapi dari sisi agar terpelihara pandangan dari melihat terus ke dalam rumah.

49. JAWAB SALAM DALAM TANDAS
Tidak diperkenan menjawab salam ketika di dalam tandas kerana ada lafaz Allah dalam kalimah jawab salam. Cukup dengan berdehem atau isyarat suara.

50. MAKANAN PANAS
Rasulullah SAW melarang meniup makanan panas. Hendaklah biarkan sejuk sedikit hingga mudah untuk dimakan.

51. GILIRAN MINUM
Jika berkongsi minum dalam satu bekas atau botol, hendaklah memberi giliran minum yang berikut kepada orang yang di sebelah kanan.

52. 3 AMAL
Nabi SAW menasihati jangan meninggalkan 3 amal iaitu puasa 3 hari sebulan (afdal 13,14,15 hb Hijrah), solat Dhuha dan solat sunat Witir.

53. JANGAN TIDUR MENIARAP
Jangan tidur meniarap kerana ia adalah posisi tidur ahli neraka dan yang dibenci Allah.

54. CARA PEGANG MISWAK
Miswak dipegang dalam keadaan jari kelingking dan ibu jari di bawah miswak dan jari lain di bahagian atas.

55. DUA RAKAAT SEBELUM SUBUH
Dua rakaat sunat sebelum solat fardhu Subuh itu adalah lebih baik dari dunia dan segala isinya.

Read more...

Kaji Selidik: Penggayaan Kenderaan Penumpang Keluaran Tempatan

Gambar hiasan: Kredit . Azwan a.k.a Dongga
Assalammualaikum jika ada kelapangan mohon membantu untuk melengkapkan borang kaji selidik ini. Kerjasama anda amat diperlukan. Mohon tidak keberatan kongsikan kepada ibu, bapa, keluarga, rakan, sahabat yang lain . Terima kasih atas bantuan anda. Diharap sumbangan pendapat/ maklum balas anda, secara tidak lansung dapat membantu perkembangan industri reka bentuk dan automotif negara.

Kajian penyelidikan adalah untuk menghasilkan penggayaan kenderaan penumpang melalui maklum balas pengguna di Malaysia. Jawapan daripada soal selidik ini akan membantu terhadap penyelidikan mengenai proses pemilihan model kenderaan milik berdasarkan keperluan pengguna. Soal kaji selidik ini juga merupakan sebahagian daripada proses pengumpulan data untuk kajian.
*KAJI SELIDIK INI KHUSUS UNTUK MEREKA YANG MEMILIKI KERETA SAHAJA*

KLIK >>: Penggayaan Kenderaan Penumpang Keluaran Tempatan Berdasarkan Keperluan Pengguna di Malaysia


p/s: sibuk kerja. lama x jenguk blog ni :P hahaaa. Terima kasih Izzarul Funtasticko atas perkongsian link. Lawati FB AUTOSTYLISTA untuk perkongsian kreatif.

Read more...

Kedai Rebat 200 Maxis / Hotlink

Senarai telefon pintar rebat 200 daripada penyedia perkhidmatan Maxis / Hotlink. Senarai adalah bagi paparan tawaran pada 23/5/2013. Tawaran menarik dan maklumat lanjut berkaitan kedai rebat 200 untuk kawasan seluruh Malaysia. Kedai kawasan ( Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Kuala Lumpur, N. Sembilan, Melaka, Johor, Kelantan, Terengganu, Pahang, Sabah, Sarawak dan Labuan) Klik perkataan Maxis untuk pascabayar dan Hotlink untuk prabayar.

Read more...

Forum Automotif | WIDD 2013 Malaysia

Forum Automotif. Sesi dialog dengan tajuk Industri Rekabentuk Automotif di Malaysia oleh Azlan Othman (Proton), Proses Rekaan dalam Rekabentuk Automotif oleh Muhamad Zamuren (Perodua) & Peranan Pereka Automotif oleh Saifullizan Abd Wahab (ex-Perodua). Bakal berlansung pada 22/6/2013. Hari Sabtu di Publika. Bersempena dengan Hari Rekabentuk Perindustrian Dunia 2013 | Malaysia. Orang ramai dijemput hadir. via Pereka

p/s: Mohon tolong rekod kalau pergi :) hehee

Read more...

CIPTA 2013 | UNIMAS

Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif (FSGK/ FACA), Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) mempelawa anda hadir ke Pameran Cetusan Inspirasi Pelajar Tahun Akhir (CIPTA) 2013 pada 22-29 Mei 2013 masa 9.00 pagi – 5.00 petang setiap hari (Kecuali 24 Mei - Hari Wesak). Bertemakan "RE PUBLIC ARTS" pelbagai hasil kerja kreatif pelajar daripada jurusan Rekabentuk Industri, Animasi, Grafik, Tekstil/ Fesyen, Seni Halus, Cinema dan Muzik dipamerkan.

p/s:  lambat bg tahu.. tiket flight mahal beli last minute ni huhu ^,^

Read more...

Kedai Rebat 200 | Digi

Senarai telefon pintar rebat 200 daripada penyedia perkhidmatan DIGI. Senarai adalah bagi paparan tawaran pada 23/5/2013. Tawaran menarik dan maklumat lanjut berkaitan kedai rebat 200 untuk kawasan seluruh Malaysia. Kedai kawasan ( Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Kuala Lumpur, N. Sembilan, Melaka, Johor, Kelantan, Terengganu, Pahang, Sabah, Sarawak dan Labuan) Klik >> http://www.digi.com.my/pkb/landing.do
Senarai telefon pascabayar DIGI

Untuk tawaran prabayar  DiGi seperti di bawah :

Read more...

Pertandingan Cipta Logo 2013

Pertandingan mencipta logo rasmi untuk World Industrial Design Day 2013 | Malaysian Chapter. Bertujuan untuk meraikan hari Rekabentuk Industri di seluruh Malaysia yang jatuhnya pada 29 Jun 2013. Hanya 1 logo bertuah akan dipilih. Pemenang akan menerima keahlian percuma selama 1 tahun sebagai ahli Persatuan Pereka Perindustrian, Malaysia. Logo yang terpilih merupakan portfolio besar sebagai pereka kerana akan digunakan untuk perjalanan rasmi program di seluruh Malaysia sempena meraikan WIDD 2013 | Malaysia. Program akan diadakan di Publika, Duta Solaris. Pada 17 Jun hingga 29 Jun 2013.

p/s: mohon hebah2kan.. share.. dan sertainya :)

Read more...

Bangunan Sains Molekul

Lebih 80 staf kreatif dengan amalan rekaan terbesar serta kemahiran yang terbukti dalam merealisasikan projek besar. Syarikat arkitek yang bertapak di Melbourne, Australia, Lyons Architects merekabentuk kompleks LIMS yang dianggarkan bernilai 100 juta untuk La Trobe University. Struktur molekul yang ada dipadankan dengan sains yang diamalkan dalam bangunan tersebut.

Read more...

Haiwan Sebesar Hujung Jari

"Miniature Crochet Animals", adalah haiwan sulaman miniatur. Bersaiz anggaran 0.8 inch ( 20 mm) tinggi, 1.2 inch ( 30 mm) panjang termasuk ekor (saiz untuk singa). Koleksi menarik untuk dimiliki ini dikeluarkan oleh Suami, sebuah syarikat Vietnam. Harga serendah +- RM 78 (seekor monyet) sehingga  RM 718.00 ( set anak dan ibu gajah). Comel, secomel harganya :)


Read more...

Cara Mudah Buat Hiasan Tembikai

Cara membuat hiasan menggunakan tembikai dengan mudah. Hiasan meja makan ringkas yang menarik.   Rekaan ringkas yang mengundang dan menambah selera makan. Galakan untuk makan buah-buahan.
Potongan dengan template biskut raya cukup mudah disediakan. Tingkatkan kreativiti dan imaginasi untuk hidup lebih ceria dan berinovasi. Hehhee :P



p/s: tak susah nak jadi kreatif :) xpayah nak buat bunga bagai :D haha

Read more...

Hukum dan Cara Melawak dalam Islam


Islam tidak melarang untuk kita berseronok dengan melawak dan bergelak ketawa. Lihatlah bagaimana kisah Rasulullah s.a.w bergurau dengan seorang wanita tua.

Wanita itu berkata baginda, “Doalah kepada Allah supaya Dia memasukkan aku ke dalam syurga.” Baginda menjawab, “Wahai ibu, sesungguhnya orang tua tidak masuk ke dalam syurga.” Perempuan itu balik dan menangis. Baginda s.a.w bersabda: “Beritahulah kepadanya bahawa dia tidak masuk ke dalam syurga dalam keadaan masih tua. Sesungguhnya Allah berfirman, “Sesungguhnya kami mencipta wanita-wanita syurga dengan penciptaan yang baru. Kami jadikan mereka dalam keadaan dara, yang amat mengasihi suaminya dan yang sebaya dengannya.” (H.R. Tirmizi dan Al-Baihaqi)

Abu Hurairah telah meriwayatkan: Para sahabat berkata, “ Wahai Rasulullah sesungguhnya kamu bergurau senda dengan kami.” Baginda menjawab: “Ya, aku bergurau tetapi aku tidak berkata melainkan perkara yang benar.” (H.R. Tirmizi dan Ahmad)

Di sini, Dr. Yusuf Qardawi meletakkan lima etika yang perlu dipatuhi dalam bergurau senda:


Pertama: Tidak menggunakan perkara yang bohong sebagai alat untuk manusia tertawa.

Nabi s.a.w bersabda: “Celaka orang yang bercakap kemudian berbohong supaya manusia ketawa. Celakalah dia dan celakalah dia.” (H.R. Ahmad dan Ad-Darimi)

Nabi s.a.w bersabda: “Kecelakaan ke atas sesiapa yang menipu untuk menghiburkan manusia, kecelakaan ke atasnya, kecelakaan ke atasnya.” (H.R. Abu Daud, Tirmidzi dan An-Nasai’e)

Kedua: Gurauan tidak mengandungi penghinaan terhadap orang lain melainkan diizinkan oleh orang tersebut.

Firman Allah: “Wahai orang2 yang beriman janganlah satu puak itu menghina puak yang lain, kemungkinan orang yang dihina lebih baik dari orang yang menghina. Janganlah wanita menghina wanita yang lain , kemungkinan wanita yang dihina lebih baik baik dari yang wanita menghina… “ (Al-Hujarat, 49:11)

Nabi saw bersabda: “Cukuplah seorang itu melakukan kejahatan apabila dia menghina saudaranya semuslim.” (H.R. Muslim)

Termasuk dalam menghina ialah dengan meniru perbuatan orang lain.

Aisyah r.a berkata, “Aku telah meniru perbuatan seorang manusia.” Lalu Rasulullah s.a.w bersabda: “Aku tidak suka meniru perbuatan orang lain.” (H.R. Ahmad dan Baihaqi)

Ketiga: Melawak yang tidak menakutkan orang lain.
Nukman bin Basyir ra berkata: Sesungguhnya kami bersama Rasulullah s.a.w dalam satu perjalanan. Seorang lelaki mengantuk di atas tunggangannya. Seorang lelaki yang lain mengambil anak panah dari busurnya dan mengejutkan lelaki yang mengantuk yang menyebabkan dia terperanjat. Rasulullah saw bersabda: “Haram bagi seorang lelaki menakutkan orang Islam.” (H.R. Thabrani)

Nabi s.a.w bersabda: “Janganlah kamu mengambil barang kepunyaan saudara seislamnya dengan niat melawak ataupun betul-betul.” (H.R. Ahmad)

Keempat: Jangan melawak ditempat yang serius dan jangan serius di tempat melawak
.

Dalam Islam ada 3 perkara yang dianggap diambil hukumnya walaupun dalam keadaan melawak. Nabi s.a.w bersabda: “Tiga perkara yang mana diambil hukumnya sama ada dalam keadaan melawak atau serius: 1. Nikah, 2. Cerai, 3. Membebaskan hamba.” (H.R. Abu Daud, Tirmidzi dan Ibnu Majah)

Sesungguhnya Allah telah mencela orang-orang musyrikin yang ketawa ketika mendengar Al-Quran. Firman Allah swt: “Adakah kamu hai musyrikin rasa hairan dengan ayat2 suci al-Quran? Kamu ketawa ketika mendengarnya, tidak menangis ketika mendengarnya dan kamu dengar dalam keadaan lalai.” (An-Najm, 53:59-61)

Kelima: Hendaklah melawak sekadar perlu dan tidak berlebihan.
Nabi s.a.w bersabda: “Janganlah kamu banyak ketawa. Sesungguhnya banyak ketawa boleh mematikan hati.” (H.R. Ahmad dan Ibu Majah)

Saidina Ali r.a: “Masukkan lawak dalam kata2 sekadar kamu memasukkan garam dalam makanan kamu.”

Said bin al-‘As berkata: “Bersederhanalah dalam melawak. Berlebihan dalam melawak akan menghilangkan keindahan dan menyebabkan orang-orang yg bodoh akan berani terhadapmu. Meninggalkan melawak akan menjauhkan orang-orang yang hendak bermesra dan menyebabkan orang-orang yang berdamping denganmu berasa rimas.”

Sumber Perkongsian : http://mediasiber.com/hukum-dan-etika-berlawak-dalam-islam/

Read more...

Typography Haiwan

“Dunia Haiwan” sebuah projek oleh pereka grafik Australia, Dan Fleming. Idea asli dan hasil typography mengujakan dengan adunan pelbagai warna membentuk nama dan haiwan. Untuk siri gambar yang lebih lanjut, lawati laman sesawang www.wordanimals.co.uk

Read more...

5 Hadis Penyakit & Ujian

Kesakitan itu penghapus dosa-dosa kecil. Berikut adalah 5 hadith yang menerangkan mengenai ujian dan penyakit:

  • Rasulullah s.a.w bersabda: Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya, melainkan Allah akan mengugurkan bersamanya dosa-dosanya seperti pohon yang mengugurkan daun-daunnya. (H.R. Bukhari dan Muslim) 
  • Rasulullah s.a.w bersabda: Tidaklah seseorang muslim ditimpa keletihan, penyakit, kesusahan, kesedihan, gangguan, kegundah-gulanan hingga duri yang menusuknya, melainkan Allah akan menghapuskan sebagian dari kesalahan-kesalahannya. (H.R. Bukhari) 
  • Rasulullah s.a.w bersabda: Tidaklah menimpa seorang mukmin rasa sakit yang terus menerus, kepayahan, penyakit, dan juga kesedihan, bahkan sampai kesusahan yang menyusahkannya, melainkan akan dihapuskan dengan dosa-dosanya. (H.R. Muslim) 
  • Rasulullah s.a.w bersabda: Bencana senantiasa menimpa orang mukmin dan mukminah pada dirinya, anaknya dan hartanya, sehingga ia berjumpa dengan Allah dalam keadaan tidak ada kesalahan pada dirinya. (H.R. Tirmidzi, Ahmad, Al-Hakim dan Ibnu Hibban)
  • Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya Allah benar-benar akan menguji hambaNya dengan penyakit, sehingga ia menghapuskan setiap dosa darinya. (H.R. Al-Hakim)

p/s: 32 biji antibiotik -_-" jenuh nk makan nih....byknye obat...

Read more...

G7 Malaysia - Top 7 Highest Mountains of Peninsular

Gunung G7 adalah gunung yang memiliki ketinggian melebihi 7,000 kaki terletak di Semenanjung Malaysia. Gunung kategori G7 ini hanya terdapat 7 gunung sahaja di semenanjung Malaysia. Berikut adalah susunan mengikut ketinggian dari yang pertama hingga ke tujuh:
  1. Gunung Tahan (7,186 kaki) 
  2. Gunung Korbu (7,162 kaki) 
  3. Gunung Yong Belar (7,156 kaki) 
  4. Gunung Gayong (7,129 kaki) 
  5. Gunung Chamah (7,210 kaki) 
  6. Gunung Yong Yap (7,110 kaki) 
  7. Gunung Ulu Sepat (7,089 kaki) 
Gunung-gunung G7 ini juga terletak di sepanjang banjaran titiwangsa kecuali Gunung Tahan, yang mana pendakian beberapa gunung yang lain selain daripada G7 untuk sampai ke salah satu puncak gunung G7 tersebut adalah perlu. Trip gunung G7 biasanya memakan masa yang lama kerana faktor geografinya. Kebiasaannya, pendakian mengikut nama/pakej misi perjalanan seperti berikut:-

• Kuala Tahan-Kuala Tahan: Gunung Tahan (8 hari)
• Kuala Tahan-Merapoh: Gunung Tahan (6-7 hari)
• Merapoh-Merapoh: Gunung Tahan (4 hari)
• KorGa: Korbu + Gayong ( 4 hari)
• Transpeak @ TransTitiwangsa: Gunung Yong Yap + Gunung Korbu + Gunung Gayong + Gunung Yong Belar (6-7 hari)
• Transpeak V2 @ Version 2: Gunung Yong Belar + Gunung Gayong + Gunung Korbu + Gunung Yong Yap (7-8 hari)
• Gunung Chamah + Gunung Ulu Sepat (6-7 hari)

via gengtrekkers

p/s: naik korbu 2x.. naik gayong sekali.. kuku ibujarikaki kiri kanan pun mati :P

Read more...

Pen 3D Pertama Di Dunia

Pen cetak 3D pertama di dunia  '3Doodler' keluaran syarikat Amerika, Wobbleworks. Menggunakan plastik ABS, alatan ini menghasilkan sebuah lukisan 3 dimensi apabila dilukis di permukaan atau ruang udara tanpa memerlukan apa-apa perisian komputer. Berfungsi setelah cairan plastik yang panas menyejuk dengan cepat untuk membentuk struktur kukuh. Objek boleh dihasilkan sebagai sebuah bentuk yang rata diatas sehelai kertas, lukisan secara bebas, atau secara bahagian-bahagian berasingan yang terpisah. via kickstarter
 

Read more...

Kerusi Keseimbangan Graviti

Varier Gravity Balans adalah gabungan tiga tema kerusi di dalam satu. Kerusi pejabat, kerusi malas, juga sebagai kerusi santai untuk ruang tamu. Duduk tegak atau berehat kembali dan mengambil tekanan vertebra anda. Pergerakan adalah kunci kepada kesihatan bagi mereka yang duduk berjam-jam setiap hari, dan kerusi ini adalah sebagai pilihan yang sesuai untuk memiliki kelebihan dalam keselesaan bekerja & berehat. Penekanan rekaan moden, fungsi serta ergonomik.


p/s:  tengah minum jangan nak ngada-ngada baring jap lagi tertuang atas badan ahha :D

Read more...

10 Ilusi Mata

Gambar mana yang lebih besar? Saiz mana yang lebih kecil? Apa yang anda nampak dalam 1 gambar potret? Nampak berbeza tetapi adalah sama. Garisan, perspektif, dan tona boleh mengelirukan sekilas pandangan. Tanpa perhatian dan penelitian, tanggapan boleh salah dilakukan. Biarpun ramai yang melihat tapi jawapan dan tanggapan belum tentu tepat. Kerana manusia tidak sentiasanya tepat.

Read more...

Industrial Design Degree Show 2013 | EXCEED UniSZA

Pameran pelajar ijazah tahun akhir yang telah diadakan pada 19-21 Januari 2013 baru-baru ini berlangsung di Perpustakaan Awam Terengganu, merupakan hasil kerjasama dengan Kelab Belia Eksplorasi Kuala Terengganu, dan juga Fakulti RekaBentuk Inovatif dan Teknologi Unisza, Gong Badak, Terengganu. Ini merupakan ijazah kumpulan kedua keluaran daripada Universiti Sultan Zainal Abidin.



p/s: informer lambat... so ini jelah yang dapat :P haha gambar xdak..

Read more...

Trend 90an | Internet Explorer

Nostalgia peredaran tahun 90an. Kanak-kanak atau remaja yang lahir pada 80an melalui trending yang berlaku dalam era 90an. Satu siri video rujukan oleh internet explorer yang membuatkan kita tersenyum, mengingatkan kenangan daripada era terdahulu. Cyber Pet, Digimon, Yoyo, Kasut, pistol air dan pelbagai lagi, merupakan peneman sebelum zaman laman sosial dan permainan maya berlaku. Klik untuk membaca artikel dan paparan video penuh.

Read more...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...