rss
twitter
    Find out what I'm doing, Follow Me :)

Yang dihormati...

( ctrl + left clik =new tab)
Klik tajuk entri untuk komen/gambar&video penuh.
Link bewarna biru dalam setiap entri adalah kredit kpd pemilik /artikel terdahulu.
Receive ayampenyek's blog update trough Facebook
Jika tiada entri baharu..kebiasaannya ade dikongsi di FB
Jika ada video yg tdk lagi boleh dimainkan.. sila komen utk alert kpd kami..
Showing posts with label arkitek. Show all posts
Showing posts with label arkitek. Show all posts

Bangunan Sains Molekul

Lebih 80 staf kreatif dengan amalan rekaan terbesar serta kemahiran yang terbukti dalam merealisasikan projek besar. Syarikat arkitek yang bertapak di Melbourne, Australia, Lyons Architects merekabentuk kompleks LIMS yang dianggarkan bernilai 100 juta untuk La Trobe University. Struktur molekul yang ada dipadankan dengan sains yang diamalkan dalam bangunan tersebut.

Read more...

Binaan Chewing Gum | Hollywoodoscopies

Arkitek binaan struktur luar biasa ini adalah seorang seniman berasal daripada Marseille, Perancis. Jérémy Laffon suka melakukan kelainan dalam hasil kerjanya. “Hollywoodoscopies” dicipta dalam masa 2 hingga 3 bulan dengan komposisi berdasarkan lebih kurang 4000 gula-gula getah. via dailymail


Read more...

Binaan Unik ARTechnic Architects

Sekumpulan arkitek Jepun daripada ARTechnic Architects mereka bentuk sebuah struktur indah yang dipanggil sebagai “ Shell” di tengah hutan kayu di Karuizawa. Syarikat yang berkebolehan dalam rekaan bangunan unik yang sesuai dengan kehendak masa kini. Dua struktur berbentuk oval dibina berdekatan. Projek bermatlamat mewujudkan keharmonian semulajadi dengan binaan moden.

Read more...

Eja ABC Cara Arkitek

Membaca ABC dengan cara arkitek. Setiap konsonen mewakili nama arkitek dengan hasil kerja utama mereka. Dipersembahkan oleh Federico Gonzalez, konsep oleh Andrea Stinga. Video animasi ringkas yang menekankan nama-nama besar dalam dunia arkitek.

Read more...

Mesin Kebahagiaan | Rotring

"The Happiness Machine" mesin kebahagiaan adalah nama bagi projek menakjubkan yang dihasilkan oleh Mark Lascelles Thornton. Mural menggunakan jenama Rotring, mewakili bangunan tertinggi di dunia dalam keaadaan landskap tunggal. Gabungan sebuah bakat dengan kesabaran dalam membentuk kesempurnaan.

Read more...

Bangunan Bakul Longaberger

Terletak di Dresden, Ohio, Amerika Syarikat. Bakul gergasi ini sebenarnya adalah sebuah bangunan yang dimiliki oleh syarikat Longaberger. Khusus dalam penjualan beg dan aksesori hiasan, rantaian Amerika ini mengambil kesempatan membina jenama dan pengenalan daripada seni bina yang memperlihatkan bakul terbesar di dunia.

Read more...

Rumah Kapal Angkasa

Jutawan Rusia, Vladislav Doronin melaburkan duitnya untuk rekaan rumah yang menyerupai sebuah kapal angkasa. Zaha Hadid Architects merealisasikan ” Spaceship House “ yang terletak di lereng bukit Moscow, Barvikha. Vila 2650m2 rekaan berinspirasi  kapal angkasa daripada filem sains fiksyen, rupabentuk geometrik untuk penempatan masa depan ini masih dalam pembinaan. Klik tajuk entri untuk 12 gambar seterusnya.

Read more...

Gunung Buku

Book Mountain adalah binaan rak buku untuk tarikan dan kemudahan yang disusun dalam bentuk gunung di dalam perpustakaan Spijkenisse, Belanda. Perpustakaan telus cahaya adalah galakan kepada masyarakat tentang kewujudan pusat ilmu yang boleh dilihat isi kandungan banggunannya di tengah kota. Reka bentuk luaran yang diinspirasikan daripada rekaan bangsal tradisi ladang di Belanda. via MVRDV

Read more...

Rumah Kaca

Direkabentuk oleh pereka syarikat Santambrogio,Itali. Ennio Arosio menjadikan segala yang ada dan dilindungi lebih terbuka dan tidak terselindung. Perabot yang terdiri daripada katil dan meja serta ruang bilik mandi, segalanya diperbuat sepenuhnya daripada kaca.

Read more...

Bangunan Kubah Geometrik

Binaan kubah ini adalah rekaan dua orang arkitek, Kristoffer Tejlgaard dan Benny Jepsen. Terletak di Bornholm, Denmark, ia adalah kawasan pelancaran untuk perbincangan/debat mengenai isu perumahan masa hadapan. via Fubiz

Read more...

Mesin Percetakan 3D Mampu Milik

Form 1 adalah printer 3D yang dikeluarkan oleh FormLabs. Bermula pada 2011 dengan matlamat mengatasi masalah cetakan 3D yang mahal dan kualiti tidak memuaskan. Form 1 menggalakan kreativiti pereka, jurutera dengan kualiti & harga munasabah. Bahan cecair resin plastik akan terbentuk setelah terdedah dengan cahaya laser melalui lapisan demi lapisan. Bersaiz kompak, dengan Stereolithography ia mampu mencetak dengan ketebalan 25 microns (0.001 in). Dijual dengan pakej berbeza bermula daripada $2,299 - $10,000 ( RM 7,000- RM 30,000 ++). via Kickstarter

Read more...

Jambatan LEGO

Sebuah jambatan di Wuppertal, Jerman telah berubah menjadi struktur cantuman bata blok LEGO. Megx mengambil warna permainan terkenal dunia untuk menghiasi jambatan keretapi lama yang kini adalah kawasan menyeberang untuk pejalan kaki dan penunggang basikal. via Kastormag

Read more...

Sekolah Warna-Warni Pelangi

Palatre and Leclere Architects menjemput anda melihat keunikan sebuah sekolah di Paris, Perancis. Penampilan baru yang lebih segar dan berwarna-warni. Projek yang membangkitkan kemeriahan dan keceriaan buat pelajar sekolah.


Read more...

Rumah Di Bucu Bangunan

Do Ho Suh pengarca Korea, membina arca terbarunya di bangunan Sekolah Kejuruteraan, UCSD Jacobs. Arca menakjubkan ini mengambil masa 7 tahun proses pengideaan dan perkiraan sebelum direalisasikan. Dibiayai $1.3 million dollar. Arrestedmotion




p/s: mcm telur di hujung tanduk .. bila2 boleh jatuh wu~~~ 

Read more...

Bicycle Club Pavilion

"Bicycle Club" rekaan cadangan oleh NL Architect untuk pengguna basikal di pusat peranginan Hainan, China. Syarikat rekaan dari Belanda ini menampilkan lapangan untuk pengayuh basikal beriadah di atas velodrome yang bentuknya diinspirasikan daripada pagoda yang membentuk seperti sebuah stadium basikal. Di bahagian bawah disediakan kemudahan kafe juga sewaan basikal.


p/s: lama pulak x ngayuh basikal.. :D

Read more...

Arkitek Binaan California Roll House

"California Roll House" rumah futuristik hasil pereka dan arkitek, Christopher Daniel dibawah jenamanya ViolentVolumes. Menyesuaikan dengan keadaan sekeliling di padang pasir. Menukarkan tenaga panas ke seluruh bahagian rumah. Ciri penggunaan bahan seperti kaca dan gentian fiber, juga pengaplikasian teknologi terkini menjadikannya sebuah rumah mewah yang luar daripada kebiasaan.

p/s: nice :) lain daripada yang lain 

Read more...

Hotel Dalam Air berTeknologi

Hotel berteknologi yang dibina dalam air ini telah bermula 2010 Gdyina dan menjalankan kerjasama dengan Fakulti  Kejuruteraan Lautan & Teknologi Kapal, Universiti Teknologi Gdansk . Ia dilengkapi 21 bilik yang berada di dalam bilik. Projek ini telah dipatenkan dan mendapat Pingat Emas Technicon INNOWACJE 2011. Sumber DeepOceanTechnology


p/s: huhuhu ikan skodeng ni.. bahaya ni haha :D

Read more...

Rumah Pokok Corallo

Paz Arquitectura studio, syarikat arkitek yang mereliasisasikan pembinaan projek “ Tree Corallo House”. Dibina untuk tahun 2012 di Bandar Guatemalla. Sebuah binaan arkitek yang menggabungkan konsep alam dan kemodenan.



p/s: cantik rumah kau jah.. :D pokok tembus..tembus..huhu 

Read more...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...