rss
twitter
    Find out what I'm doing, Follow Me :)

Yang dihormati...

( ctrl + left clik =new tab)
Klik tajuk entri untuk komen/gambar&video penuh.
Link bewarna biru dalam setiap entri adalah kredit kpd pemilik /artikel terdahulu.
Receive ayampenyek's blog update trough Facebook
Jika tiada entri baharu..kebiasaannya ade dikongsi di FB
Jika ada video yg tdk lagi boleh dimainkan.. sila komen utk alert kpd kami..

Mian Sate - Resipi 50 Tahun

Mian sate adalah perniagaan yang diusahakan oleh Jamian bin Ijan sejak berumur 17 tahun iaitu pada tahun 1961. Akibat kesempitan hidup, tidak dapat menamatkan pelajarannya lalu berhijrah ke Singapura untuk mencari pekerjaan. Perjalanannya menemukan seorang pengusaha sate yang terkenal pada ketika itu dengan gelaran Wak Dim Yati. Dengan memikul dua bakul yang berisi kelengkapan untuk berniaga sate, berjalan sehingga lebih 300meter dari rumah untuk menjual sate daripada petang hingga larut malam dengan berbekalkan lampu kabait. Satenya sangat mendapat sambutan tidak kira bangsa. Mula membuka gerai sate di Jalan Air Molek, Johor Bahru pada sekitar tahun 1969 berhampiran Tower di Selat Tebrau dan menukar kaedah jualan menggunakan bakul yang dipikul kepada kereta tolak. Setelah berkahwin, beliau berhijrah ke Rancangan Felda di Sungai Sibol dan membuka perniagaan di sana sehingga kini. Pengalaman 50 tahun dan kualiti rasa yang dikekalkan dengan mengunakan rempah-ratus yang bermutu tinggi. Mian Sate seringkali mendapat tempahan daripada pelanggan untuk pelbagai jenis majlis dan upacara. Berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia pada 24 Julai 2009, Mian Sate kini dijenamakan dan atas permintaan ramai yang menggalakkan dari orang ramai di MAHA 2010. Mian Sate telah berada di Jalan Langkawi, Setapak,Kuala Lumpur. Klik Page FB Mian Sate untuk maklumat lanjut.
Klik untuk paparan peta lebih jelas
p/s: kecor air liur tgk sate.. jaga kau Mian sate... lapor lapor lapor... =_='



1 comments:

afzalsukasuki said... Reply To This Comment

kalau kat kajang ni ko try Sate UK kat Bangi seksyen 7.Perghh marvellous!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...