rss
twitter
    Find out what I'm doing, Follow Me :)

Yang dihormati...

( ctrl + left clik =new tab)
Klik tajuk entri untuk komen/gambar&video penuh.
Link bewarna biru dalam setiap entri adalah kredit kpd pemilik /artikel terdahulu.
Receive ayampenyek's blog update trough Facebook
Jika tiada entri baharu..kebiasaannya ade dikongsi di FB
Jika ada video yg tdk lagi boleh dimainkan.. sila komen utk alert kpd kami..

Hubungan Indonesia - Malaysia

Hubungan antara Indonesia dan Malaysia beberapa kali mengalami pasang surut. Sebagai dua negara yang berjiran, sering disebut negara serumpun, potensi kerja sama maupun potensi konflik antara dua negara ini amatlah besar. Apa yang dilihat provokasi media Indonesia terlalu menekan minda penduduknya. Walhal rakyat sebenarnya duduk aman di Malaysia. Diakui penanaman semangat Indonesia raya oleh Soekarno. Rakyat Indonesia memiliki sifat nasionalisma yang tinggi. Apapun media kadangkala menekan dengan provokasi tajuk akhbar yang mampu membangkitkan kemarahan seandainya tidak mengetahui keadaan sebenar. Salah faham berkaitan layanan pembantu rumah, penangkapan nelayan di sempadan perairan, dan asal usul kebudayaan menjadi hangat kerana berkaitan kedaulatan sesebuah negara. 

Indonesia ada ciri nilai tinggi budayanya, Malaysia juga ada ciri yang membezakannya. Penghijrahan penduduk suatu masa dahulu membawa perkongsian budaya turun temurun di sekitar asia tenggara. Ciri-ciri kebudayaan seperti Jawa dan Minang memang asalnya dari Indonesia. Semuanya bermula Konfrontasi Indonesia- Malaysia 1963. Semangat Soekarno dasar Ganyang Malaysia. Apabila Penggabungan Sabah & Sarawak dengan Persekutuan Tanah Melayu. Ciri-ciri budaya yang tidak jauh bezanya, apa yang ada di Indonesia, sebahagiannya turut ada di Malaysia. Negara melayu yang serumpun ada persamaan dan kelainan. Akibatnya lagu dan tarian seandainya didendangkan di Malaysia menjadi suatu kesalahan buat media disana. Panggilan Indon membawa kemarahan, walhal Malaysia gemar memendekkan panggilan atau sebutan tetapi bukan penghinaan, sama jua Bangla adalah Bangladesh, Malay (sebutan mer ley) untuk Melayu, malah beberapa singkatan nama tempat mewakili asal masyarakat setempat di negara ini seperti Penang ( Pulau Pinang), Ganu (Terengganu), Negeri ( Negeri Sembilan) dan lain-lain.

Meskipun di zaman Suharto dan Mahathir hubungan relatif kedua buah negara cukup mantap dan mesra. Tetapi konflik ini terbawa-bawa dalam semangat kesukanan. Kenapa ditanamkan semangat kebencian, sedangkan banyak manfaat dari hubungan dan kerjasama yang dapat diperoleh dari segi pembangunan pendidikan, ekonomi, kesihatan, mahupun sukan. Apa yang penulis fikirkan, minyak yang dicurah di atas api ini adalah media ataupun negara barat yang rasa tidak senang melihat manfaat kemajuan hasil hubungan baik kedua-dua buah negara.

p/s: berketurunan penduduk asal tanah melayu + jawa + cina ...  ^_^



8 comments:

Ekkem Spark said... Reply To This Comment

media memainkan peranan besar hmmm semoga keamanan terus dijaga :)

CintaZulaikha said... Reply To This Comment

ntah, pikir2 balik, malaysia ngn indonesia tuh serumpun je kut..wat pe lah nak gado2. tak sumer org indon tu tak elok, dan tak sumer org malaysia nih sdri elok na perangainya..jadi kita perlulah perbaiki mana yg tak baik, tuk jadi lebih baik pada masa akan datang..kan??

Anonymous said... Reply To This Comment

media sana suka panaskan hati orang disana.media kita baik jaga hubungan.tengok la astro,siap ada channel khas..lalalala

♛RaRa♛ said... Reply To This Comment

hurm taraf hidup dan pendidikan kat sane xsame ngan disini,kebanyakkan diorang agak tidak berfikiran terbuka n kurang persefahaman walaupon kita nih kebanyakkan seagama dengan mereka.n betoii tuh media pon sukee api2 kat sane.lain dengan media kita kan..:)

Cik tikah said... Reply To This Comment

kesan buruk bola sepak. hahaha...

afzalsukasuki said... Reply To This Comment

kat sana terlau banyak media bro.masing2 terpaksa berlumba2 untuk mendapat rating tertingggi termasuklah menghalalkan segala jenis cerita picisan yang disensasikan.selalu yang jadi mangsanya kita.hmm

Unknown said... Reply To This Comment

memang betul,provokasi media mmg merupakan unsur perosak utama dlm hubungan msia-indon..mereka lebih suka melihat org mereka bersengketa dgn kita.Namun terdapat faktor lain yg menyumbang kpd situasai tegang ini sebenarnya...jemput untuk membaca kupasan lanjut disini Malaysia Vs Indonesia : Sejarah Yang Digelapkan!

cik areh said... Reply To This Comment

media oh media...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...