rss
twitter
    Find out what I'm doing, Follow Me :)

Yang dihormati...

( ctrl + left clik =new tab)
Klik tajuk entri untuk komen/gambar&video penuh.
Link bewarna biru dalam setiap entri adalah kredit kpd pemilik /artikel terdahulu.
Receive ayampenyek's blog update trough Facebook
Jika tiada entri baharu..kebiasaannya ade dikongsi di FB
Jika ada video yg tdk lagi boleh dimainkan.. sila komen utk alert kpd kami..
Showing posts with label tradisional. Show all posts
Showing posts with label tradisional. Show all posts

Main Bayang Tangan

Permainan ketika elektrik terputus dan hanya dilimpahkan cahaya lilin atau lampu picit. Tangan dirapat ke sumber cahya dan pancaran cahaya yang dilindungi benda legap membentuk bayang-bayang. Hiburan permainan diwaktu gelap sejak dahulu lagi. Cara membuat bayang binatang menggunakan tangan di waktu gelap di paparkan di gambar rajah ini.


p/s: jgn suka2 sgt waktu gelap.. tkut -takut la.. ada bayang2 lain .. tiba2 ada..

Read more...

Surah Bacaan Ibu Mengandung

Bacaan ayat-ayat Al-Quran perlu juga sebagai santapan rohani buat si kecil. Insyallah elok latihan amali, makanan serta perilaku ibunya. Membawa jua kepada anaknya. Apa yg dimakan ibu dapat ke anaknya, sama jua apa yg dilihat, dibaca dan didengar.

Islam itu indah
p/s: jom ngaji :)

Read more...

Lirik / Lagu Anak Ayam dikejar Musang

Lagu rakyat atau lagu kanak-kanak. Ketika zaman kecil sering dinyanyi ketika bermain. Format permainannya hampir sama seperti Pukul Berapa Datuk Harimau.

ibu ayam dikejar musang..
anak ayam cari ibunya..
ibu ayam berlari terus lari dan ditangkap musang..
oh kasihan .. oh kasihan.. aduh kasihan..
anak ayam mncari terus cari.. ibunya yg hilang..


p/s: :P tetiba rasa nak nyanyi lagu ni hari ni ahha...

Read more...

Loghat Perak

Gambar 5.0 Loghat Perak... cer citer ce citer...



Atas sambutan yang menggalakan.. serta kehangatan penggunaan loghat Perak akibat dari Hantu Kak Limah Balik Rumah serta populariti usop wilcha yang naik mendadak.. "ce cite ce cite...kite bakor jer". Siri loghat-loghat di Malaysia diteruskan lagi dengan Loghat Perak. Perak banyak menggunakan bunyian "ey" dan "er". Namun harus diperingatkan bahawa Perak dibahagikan kepada  bahagian perak utara,tengah dan selatan. Mungkin anda tidak dapat mendengar loghat-loghat ini digunakan di beberapa kawasan (terutama di pedalaman) kerana ada yang menggunakan loghat utara serta sudah terlalu hampir dengan kawasan koter( kota).Dahulunya kaya terkenal dengan biji timah.

Sebagai fakta tambahan lagu Negaraku di ambil dari lagu negeri Perak, "Terang Bulan". Tetapi lagu asal terang bulan ,  "Mamula Moon" ialah sebuah lagu klasik gaya Hawaii yang dinyanyikan oleh kumpulan Felix Mendelssohn & His Hawaiian Serenaders. Lagu ini dimuatkan dalam album Paradise Isle dan diterbitkan pada tahun 1947. Irama lagu ini mempunyai persamaan ketara dengan lagu "Lagu Terang Bulan", yang mengambil ilham dari lagu kebesaran negeri Perak, "Allah Lanjutkan Usia Sultan", pada tahun 1901 dan kemudiannya merupakan ilham kepada lagu kebangsaan Malaysia, "Negaraku", pada tahun 1957.

"Banyak puler teman labun (cakap/merepek) deme, meraban teben (tidak tentu arah).. yang penting idok le teman mengelenyor (gedik) ..tak sio (tak kuasa) deme nengoknye nanti.."...hehee =P

Terima kasih kepada rakyat negeri Perak, Kak Zie (Azyyati Mat Zam) dan Shahrul Anuwar Md. Yusof... Kejor Yob Kejor!!!..hahaha

Haha musim-musim dorheyan nih.. moh kite layan... =)


bote kanan bote kiri..


Cecite Ucop Wilca

Read more...

Loghat Kelantan

Gambar 4.0 : Loghat Kelantan
Sudah seperti siri dan kemestian. Setelah Terengganu, diikuti Negeri Sembilan dan Kedah.Maka setelah lama mengumpulkannya inilah serba sedikit hasilnya loghat negeri Kelantan Darul Naim. Lenggok bahasanya ade yg berbunyi "O" dan berbunyi "ey..". Kebiasaannya orang Kelantan menyatakan pengakhiran ayatnya hanya perlu di tambah "deh..". Contoh: jepuk makey deh....(jemput makan yer..). Seolah seperti sebuah negeri yang lain cuma hanya kerana lenggok bahasanya sukar untuk diikuti. Stigma yang umumnya mengetahui.. orang pasir mas, kecantikan baka-bakanya sangat dipuji. So macam biasa... enjoy video utube dibawah...

Ado seko anak tupa ( lagu yang kusuka dengar walaupun mulo2 tidak faham haha...)



Orang Arab kecek Kelatey



Pesanaey buak awey2 (anakmuda lelaki) toksey gocoh (gadoh) sek2 kito , buat semek2 (anak muda perempuan) toksey getik gelenya (gatal/miang)..huhu  =)


Read more...

Sup Kosong yang aku kisah...

Sup Kosong kerap kali dihidangkan bersama nasi goreng di gerai-gerai makan. Rasanya hanyalah berperisa stok ayam Maggi atau ajinomoto. Sup kosong tidak semena-mena menjadi isu utama buat entri ini. Kes Pertama yang cukup ku ambil kisah adalah ketika makan sup kosong dari sebuah gerai di Merbok, Sg. Petani. Dihidangkan dalam mangkuk bersaiz kecil. Kandungannya hanyalah air panas yang ditabur dengan bawang goreng dan daun sup. Jadi rasanya tawaq habiaq.. ahha tiada unsur kemasinan garam mahupun kemasaman serta kepedasan... Maka? aku kisah hahaa..(baru buka kedai agaknya kedai ni)..

Aku kisah.. haha bermakna seperti aku mengambil berat atau aku berkira.. Hendak dijadikan kisah, mungkin anda tidak berkira apabila makan di kedai dengan memiliki duit yang banyak.. Makan tidak berkira Perkara ini hanya akan berlaku apabila gaji bulan lepas masih belum digunakan lagi akan tetapi gaji bulan ini sudah masuk..

Tetapi perkara ini menjadi satu masalah besar apabila kekurangan duit, ditambah dengan cas makanan yang tidak masuk akal. Kes Kedua, kedai ini boleh diberi pujian kerana nasi gorengnya boleh diterima. Sebelum tiba di gerai, rakan telah memberi amaran akan hidangannya sedap tetapi sedikit. Tidak menyalahkan rakan. Aku kisah sebab sup kosong yang ku minta dari gerai makan ini yang semangkuk kecil saiznya.Tanpa ada perikemanusiaan dicas 30sen? so 2 mangkuk 60sen... mangkuk sungguh.....kalu semangkuk besar hidangan tomyam cas 60sen tak ape jugak...( macam-macam cara orang nak cepat kaya)..Dimana? Di Montona,gerai makan di Pantai timur... maka apa yang boleh saya katakan Quote rakan... nak ke g kedai makan ni lagi? Jawapannya Sekalijelah~~~~
Read more...

Telur ... dalam Botol

Apa tunggu lagi? Silakan Timbang... =P
Membuat penyelidikan mengenai telur untuk meniliti proses pengeringan dan pembersihan, menemukan saya dengan uji kaji sains yang pernah dilakukan ketika di persekolahan. Trick/helah yang kerap dilakukan sebagai teknik persembahan magis yang sebenarnya anda mampu lakukannya sendiri..



Bagaimana ianya dilakukan  ?? Mengapa ianya boleh terjadi sedemikian ???

- Teori Fizik iaitu Tekanan Udara
-Pembakaran sejumlah Oksigen di dalam botol. Api memerlukan oksigen   untuk pembakaran. (pembakaran telah melenyapkan molekul-molekul oksigen yang ada.)

-maka pada saat jumlah mol oksigen dalam botol berkurang, tekanan dalam botol pun akan turun.(menyebabkan tekanan udara dalam botol akan lebih rendah daripada tekanan udara luar.)
-Kesannya, telur akan mendapat tekanan dari luar sehingga perlahan-lahan telur akan terlihat seolah-olah disedut masuk ke dalam botol. 


Bagaimana Ingin Mengeluarkannya Semula?

-Konsepnya sama cuma Tekanan udara dari dalam botol memaksa ianya keluar semula.
-Cara alternatif lain anda boleh juga meniup udara ke dalam botol.


Trivia:
Tahukah anda seekor ayam betina mengambil masa 25 jam untuk mengeluarkan sebiji telur.. tetapi seekor ayam jantan, memaksa berekor2 ayam betina untuk bertelur... -_- 
Read more...

Lidah bersimpul ( Tounge Twist)

Lidah bersimpul, mungkin ada yang mengaitkannya dengan lidah berbelit. Perihal manusia yang bercakap berdolak dalih tidak tetap pada jawapan dan sukar difahami. Tetapi istilah Lidah bersimpul hanyalah terjemahan terus dari "Tounge Twist " iaitu apabila anda menyebut huruf-hurufnya secara laju mampu mengakibatkan lidah anda tergeliat ( tipu je).. =b. Melihat bekas rakan sekerja ,Suhaimi Shohairi mengepostkan Lidah bersimpul ( Tounge Twist)di wall fb menarik perhatian saya untuk membacanya. Teringat ketika di zaman persekolahan apabila cikgu mengajarnya sebagai petua pembentukan bagi melembutkan lidah bertutur dalam bahasa Inggeris. Berikut adalah sebahagian darinya:

 



Anda hebat jika dapat menyebutnya dengan begitu laju dalam sebutan yang betul dan jelas.. =)
Di bawah ini pula adalah sebutan dalam bahasa melayu yang boleh anda gunakan untuk permainan menguji kecekapan lidah dan fikiran. =)

" Biawak Buaya Biawak Buaya ( 8x secara laju tanpa henti ) "
" Goyang Gawang Goyang Gawang ( 8x secara laju tanpa henti ) "

Contoh Sebutan


Akibat lidah terkehel...( jangan lihat jika anda ibu mengandung atau seorang kanak-kanak)

Read more...

Asing Di bumi SeNdiri

Catatan 30 Disember 2008


Jauh perjalanan luas pemandangan. Segala pengalaman adalah berharga buat setiap insan dalam belajar mengenal liku-liku kehidupan. Pedalaman itu memang satu halangan buat mereka yang tidak punya peluang untuk kehadapan. Tetapi keazaman dalam memperbaharui kehidupan adalah satu kemestian. Jika sewaktu dahulu ikan boleh dipukat pada bila-bila masa. Jika sewaktu dahulu padi ada didepan mata. Semuanya harus bermula semula kerana mereka bukan ditempat yang sama. Asing di bumi sendiri. Pindah di tempat baru bermakna mereka perlu mengatur langkah perjalanan. Tanah baru tidak semestinya subur untuk bertani, air bukit percuma dulu dinikmati mungkin kini tidak lagi.


Jika dahulu ia sekadar mengisi masa lapang , maka hasil kerja halus kini harus dijadikan sebagai sumber pendapatan. Tidak ramai anak muda kampung yang ingin ke universiti, cukup sekadar pengetahuan di tingkatan lima dan terus bekerja. Anak gadis menunggu masa si jejaka. Kurang kesedaran serta peluang menggenggam segulung kertas pengiktirafan yang begitu beharga. Andai ilmu itu dikejar, kemajuan bakal dikecapi tiada lagi penindasan dan penipuan jika kita berpengetahuan. Jika semuanya graduan universiti, mungkin ada mata tercelik memandang ke kawasan ini untuk diberikan bantuan. Mungkin ada yang menyangka mereka tidak tinggi pelajaran lalu tidak perlukan bantuan. Mereka miliki idea-idea bernas, miliki hasil kerja yang kreatif akan tetapi tidak punya saluran untuk pemasaran dan penambahbaikan demi kemudahan yang lebih. Hasil tanaman jika ada lebihan adalah satu masalah untuk dipasarkan ke pekan, maka cukuplah sekadar bercucuk tanam sebagai sumber makanan dan bukan sumber pendapatan.


Masalah pengangkutan dan kemudahan awam adalah penyakit utama. Andai tiada anak-anak mereka ke sekolah, mungkin juga bahasa adalah masalahnya. Boleh dikatakan kampung ini sunyi kerana hilang warganya berhijrah ke kota. Yang tinggal hanya 5 keluarga. Uma nya banyak tapi tiada berpenghuni, menanti krismas kembalikan seri. Depan, belakang ,kiri dan kanan diliputi bukit bukau yang belum ditarah, hidung ini bersih dari ketulan hitam. Sekali sekala terdengar si kenyalang menjerit. Sungai rejang tersekat alirannya, ikan sumber makanan kian kurang. Keringit di sini sentiasa mengigit kaki dan tangan. Tiada nyamuk tetapi agas yang inginkan santapan.


Empangan berbilion ringgit perlu dilaksana demi menyalurkan 2400 wat tenaga ke semenanjung Malaysia. Jika di hulu sungai sana. Semuanya mesti berpindah ,jika tidak empangan yang menyekat 7 aliran sungai ini bakal meneggelamkan mereka sebesar negara Singapura pada 2010 (tarikh jangkaan siap, tetapi masih dalam pembinaan) . Mereka perlu dibantu bukan sekadar membiarkan mereka berteleku. Jangan nanti ada bangsa lain yang menindas mengaut keuntungan dari mereka, walhal kejadian itu telah pun bermula.


Enjin jenerator berbunyi hanya bertahan 5 jam sehari. ‘Jalan Jahat’ itulah kata mereka andai melalui jalan besar ke pekan yang kadangkala mereka gelar highway. Istilah mereka kadangkala sedikit berbeza dengan kemajuan di semenanjung. Jalan jahat merujuk kepada lobang-lobang sebesar 5 kaki persegi yang dalamnya separuh dari tayar bas. Lopak-lopak kolam ikan yang terbentuk kerana berkongsi laluan dengan lori balak yang melaluinya. Naik taraf jalan disana cukup sekadar dari lumpur atau tanah ditaburi dengan batu-batu bukan sehingga ke peringkat diturap. Mereka umpama merintih dibumi sendiri. Terperangkap jauh ke dalam. Hak dirampas..rintihan tidak didengar walaupun ada yang cuba-cuba menjerit-jerit dilaman forum. Pampasan yang diterima tidak sama dengan apa yang dikecapi sebelumnya. Sumber eletrik yang hanya dijana jenerator di malam hari, mampukah menyinari hidup mereka di hari mendatang…

P/s: Sehingga ke hari ini empangan masih belum siap sepenunhnya.. tetapi perkhabaran baiknya anak muda di sana telah mula masuk ke ipta melanjutkan pengajian. Artikal berkaitan Bakun Dam  1 dan 2


Read more...

3/5 Setelah melihat Filem Merong Mahawangsa


Hikayat Merong Mahawangsa...  hikayat kisah lagenda Raja pertama kerajaan Langkasuka yakni negeri Kedah. Jika bercerita tentang sejarah dan filem, kebiasaannya memang ada kelainan dan itu diakui oleh pihak KRU sendiri kerana ingin menyesuaikan dengan penceritaan perfileman. Berikut adalah ulasan saya setelah melihatnya di pawagam tentang kelebihan dan kekurangannya:

  • Watak Merong yang perkasa@katang membuatkan kebanyakan penonton dan sahabat-sahabat bloggers terutama wanita memujinya sambil mencuci mata =P. "LIKE"
  •  Penggunaan bahasa inggeris dalam filem seolah-olah membuatkan ianya seperti filem luar negara. ( sebab memang kebanyakan yang cakap bahasa inggeris adalah bukan rakyat tempatan - stephen sah-sah omputih.. apa pun ok la..bagus not bad)  "LIKE"
  • Kemah tempat pendaratan atau berlabuhnya konvoi dari China bersih sesucinya kurang kotoran, tiada efek habuk calit-kotoran. Menunjukkan ianya baru dan bersih dari habuk serta kotoran. Walaupun pedagang-pedagang china kerap merantau ( mungkin setiap kali nak berlayar pakai kemah baru or kena basuh baru dibenarkan belayar.)
Menara tinjau di belakang Merong jatuh. Scene lawan tamat.
  • Babak permulaan pertempuran di tepi pantai ketika Geruda menyerang kurang kemas dan seperti melucukan, kerana dalam satu sudut yang sama dan terlalu jauh seolah-olah Merong berlawan dalam gerak perlahan. Babak berlawan di tepi pantai pada permulaan berakhir apabila menara tinjau dijatuhkan semua manusia sekeliling tempat pertempuran rebah ke bumi. ( macam plot jumping yang berakhir secara tiba-tiba.)
  • Baju perisai geng Rom dan China tentera-tenteranya pakai macam loose/ longgar. kelakor la pulak... betul kot dulu-dulu macamtu kirenye tentera tangkap muat. Ada babak terkantoi seorang dua pahlawan China tak bersedia macam tidak menunjukan berperang, tak menjerit pun...(jerit aaaaarghhh!!! ok gak.)

  • Scene Merong nak pergi berperang, lalu Embok kekasihnya tidak mahu dia ucapkan selamat tinggal. Kenapa Embok lari nyorok belakang orang ramai , sebab tak nak Merong ucap selamat tinggal ?? Tapi selepas itu bila Merong dah nak bla.. datang balik ke arah Merong.. ( malu tapi mahu??) =P
  • Scene pujian masa tentera Rom dan China gabung tempur dengan Geruda nampak kemas. Tapi dihujung cerita. Kalau awal-awal lawan macam ni kan best. Raja Rom, Marcus lawan berpusing terbang, Laksamana China kena pukul tersandar ke pokok, Pedang melayang nampak bayang Puteri China. "LIKE"
"Sampai masa tibanya waktu, 
 
redup hati kaum berdua, 
 
bila dua jasad menjadi satu, 
  hidup mati jadi bersama.

  • Pantun dan kata-kata puitis banyak dituturkan dalam filem ini memberikan keindahan sastera ibunda, dan diatas adalah antara petikan yang kerap diulang oleh si Merong pesanan dari ibundanya. "LIKE"

  • Apapun pujian buat KRU Production sebab buat filem yang insyaAllah menjadi pemangkin buat filem-filem Malaysia akan datang. Bukan senang ingin menghasilkan sebuah filem yang sempurna..=) Filem bernilai 8 juta ini dikhabarkan akan diedarkan ke 72 buah negara termasuk United States of America, China dan Germany. "LIKE"
  • Inisiatif yang harus dipuji sebagai panduan dan rujukan buat anak bangsa mengenal pahlawan dan tokoh.  Mengingatkan sejarah negara."LIKE"
  • Kesimpulan dan pendapat saya ianya bolehlah ditonton, cuma jangan memberikan harapan terlalu tinggi. Maka nialainnya sebagai 3/5. =)

    Hikayat Merong Mahawangsa (Official Bahasa Malaysia Trailer) "LIKE"


    Anuar Zain - The Memories Remain


    P/s: mungkin ulasan saya belum memadai tapi anda boleh melihat ulasan dari Encik Amman. dan Miss Posh Alert.. =)
    Read more...

    Loghat Kedah

    Gambar 3.0:Contoh serba sedikt bahasa kedah.
    Gambar di atas adalah kesinambungan dari bahagian loghat Terengganu dan loghat Negeri Sembilan (N9). Dialek atau loghat Kedah termasuk dalam lingkungan loghat utara (Kedah, Penang, Perlis dan Perak) kebiasaannya hampir dengan bahasa siam .Keturunanya banyak berkait dengan darah siam. Kedah merupakan kerajaan melayu tua berkait rapat dengan Kerajaan Langkasuka. Kebanyakan perkataan memerlukan penggunaan konsonan " Q " dalam tutur kata, membuatkan ianya kadangkala seperti kasar. Keistimewaan Loghat Kedah adalah penggunaan bahasa melayu paling betul di Malaysia kerana banyak menggunakan bahasa baku dalam pertuturan seharian =). Secara tidak sengaja dan sengaja telah mengumpulkan lebih kurang 75 perkataan Kedah yang pernah anda dengar dan tidak.Bersambung di bawah:

    Gambar 3.1: Tambahan kepada keterlanjuran penerangan dan maksud =P
     Terima kasih kepada UiTM Kedah, rakyat negeri Kedah dan Intan Azura.



    Ni lagu bola kedah..."biar jasa jadi kenangan"

    Read more...

    Kenapa cincin dipakai di jari manis?

    Kongsian dari rakan menyatakan maksud simbolik mengapa ianya dipakai dijari manis:

    1. Pertama, tunjukkan telapak tangan Anda, jari tengah ditekuk ke dalam (lihat gambar).

    2. Kemudian, 4 jari yang lain Ditemukan hujungnya.

    3. kemudian cuba buka ibu jari Anda.

    Ibu jari yang mewakili orang tua boleh dibuka kerana kita akan membentuk suatu keluarga baru. dan akan membentuk kehidupan baru yang terpisah dari orang tua.

    5. Tutup kembali ibu jari anda, kemudian buka jari telunjuk anda.

    Jari telunjuk mewakili kakak dan adik Anda. Jari itu terbuka kerana mereka akan memiliki keluarga dan kehidupan sendiri yang akan terpisah dengan Anda.

    6. Sekarang tutup kembali jari telunjuk anda, buka jari kelingking.

    Jari yang mewakili anak-anak Anda ini juga dibuka. Cepat atau lambat anak-anak juga akan membentuk keluarga dan kehidupan baru yang terpisah dengan Anda.

    7. tutup jari kelingking Anda.

    Cuba buka jari manis Anda tempat di mana kita menyarung cincin perkahwinan.

    Peliknya jari tersebut tidak akan boleh dibuka.

    Jari manis ini mewakili suami dan isteri. selama hidup Anda dan pasangan akan terus bersama satu sama lain dalam menjalani kehidupan.

    Itulah alasan cincin kahwin perlu disematkan di jari manis. Anda dan pasangan akan terus bersama selagi jari manis tidak dipisahkan dari kehidupan.

    Akan tetapi itu hanyalah rumusan atau teori penceritaan kisah berbentuk kekeluargaan. Kisah sebenarnya ialah cincin disarung sebagai tanda dan sunnah Rasulullah S.A.W.


    Nasihat Nabi Muhammad SAW kepada Saidina Ali sesudah Saidina Ali berkahwin dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan Nabi Muhammad Saw.

    Nabi Saw. berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai cincin pakailah di jari:
    1] jari manis
    2] jari kelingking (anak jari)

    dan jangan memakai pada jari
    1] jari tengah
    2] jari telunjuk

    Nabi Muhammad saw. melarang kerana memakai cincin pakailah di jari telunjuk dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang dilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka di zaman Nabi Luth a.s.

    Perhatian : Cara memakai cincin adalah termasuk lelaki ataupun perempuan. Jikalau kita memakai cincin dengan niat mengikut sunnah Nabi SAW insyAllah dapatlah kita pahala.
    Read more...

    Apakah maksud Cantik ??

    Ramai orang berpendapat bahawa gadis Jepun adalah cantik. Namun kecantikan ini adalah sesuatu yang relatif. Cantik begi seseorang namun tidak begitu bagi orang lain. Setiap bangsa mempunyai nilai-nilai kecantikannya yang tersendiri. Masyarakat Jepun menilai kecantikan wanita mereka dari suatu sudut yang berbeza sama sekali dengan masyarakat kita.
    Semasa waktu rehat, beberapa orang daripada kami tidak pergi ke kafeteria untuk makan tengahari. Sebaliknya berehat di ruang rehat sambil membelek akhbar ataupun menonton TV. Yoyoi Yakabi juga bersama-sama kami, tidak makan tengahari.
    ”Gadis-gadis Amerika semuanya bersaiz besar’. Tiba-tiba sahaja Yakabi-san berbicara memecahkan kesunyian waktu istirehat kami.
    ”Maksud saya bukan semua, tetapi majoritinya adalah besar. Saya fikir sebab mereka suka makan burger” Beliau menambah tanpa menunggu reaksi dari kami.
    ”Itu benar untuk gadis dari Amerika Utara sahaja”. Sampuk Josei dari Amerika Selatan, atau lebih tepat lagi dari Peru.
    ”Gadis Latino tidak sebesar gadis Amerika Utara”. Beliau menambah fakta. Latino adalah dari perkataan Latin yang bermaksud Amerika Latin, ataupun Amerika Selatan.
    ”Namun saya lihat gadis Jepun adalah yang paling cantik. Maaf Sensei, saya bukan mahu mengampu, tetapi saya ikhlas”. Josei terus berucap seolah-olah mahu memerangkap Yakabi-san.
    Yakabi hanya terseyum tanpa memberi sebarang ulasan, tetapi berpaling kepada Ranaa untuk meminta pendapatnya pula.
    ”Bagi orang Pakistan, gadis yang cantik adalah yang berbadan besar. Masyarakat kami beranggapan gadis yang kurus adalah kurang subur. Susah mengandung dan melahirkan zuriat”. Ranaa memberi definasi kecantikan dari perspektif masyarakat Pakistan.
    ”Bagaimana pula dengan Pang?. Bagaimana orang Cina menilai kecantikan wanita?”. Josei bertindak sebagai pengerusi majlis pula lagaknya.
    ”Orang Cina dari Hong Kong dan Taiwan pernah menjadi ratu cantik Miss Universe. Itu maknanya orang Cina memang cantik”. Saudara Pang yang merupakan Pengarah Jabatan Kimia dari Xi’an, Cina memberikan pendapatnya.
    ”Saya tidak pernah mendengar adanya miss universe dari Cina. Adakah awak bergurau?”Josei bertanya.
    Pang tidak mengiya atau menidakkannya. Sebaliknya meneruskannya mengenai ciri-ciri kecantikan gadis Cina.
    ”Orang Cina kuno berpendapat bahawa gadis yang cantik mesti mempunyai kaki yang kecil. Oleh itu mereka akan ikat atau balut kaki bayi perempuan mereka supaya tidak begitu besar dan kelihatan cantik. Kaki yang kecil masih lagi merupakan ciri-ciri kecantikan gadis Cina hingga sekarang”.
    Kami terpegun. Antara percaya dengan tidak akan penerangan dari saudara Fang ini.
    ”Orang Indonesia pula bagaimana”?. Josei menujukan solan kepada saudara Atas.
    ”Rambut ikal mayang, bulu mata lentik dan yang pentinnya berpinggang ramping.”Laju sahaja saudara Atas memberikan pendapatnya dari perspektif Indonesia.
    ”Barangkali Malaysia juga sama dengan Indonesia?” Josei mula mengagak dan mengajukannya kepada saya.
    ”Ya benar. Indonesia dan Malaysia lebih kurang sama. Cuma saya ingin tambah sedikit lagi. Wajah bujur sirih, hidung mancung dan ada lesung pipit di pipi adalah antara ciri-ciri kecantikan gadis Malaysia”. Saya menambah.
    Setelah mendengar pandangan dari kami semua, Yakabi-san mula bersuara.
    ”Nampaknya kebanyakan daripada ciri-ciri kecantikan tersebut adalah merupakan standard antarabangsa. Bagi masyarakat Jepun, khususnya di Okinawa, salah satu ciri yang menjadikan gadis tersebut cantik ialah mulutnya. Gadis yang bermulut kecil dianggap cantik oleh masyarakat di sini”.
    ”Itu juga merupakan standard antarabangsa, saya fikir” Josei menambah.
    ”Akibat inginkan mulut yang kecil, gadis Okinawa tidak dipandang cantik oleh orang asing.: Yakabi-san menambah.
    ”Kenapa begitu sensei-san?” Tambah Josei.
    ”Gigi manusia normal tetap 32 batang. Mulut yang kecil menjadikan kebanyakan gadis Jepun mempunyai gigi yang berlapis. Ia cantik bagi orang Jepun, tetapi tidak mengikut standard antarabangsa”. Yakabi memberikan penjelasannya.
    Semenjak hari itu saya pasti akan melihat kepada gigi wanita Jepun bila ada peluang untuk mempastikan kata-kata Yakabi-san itu. Memang ternyata benar, bahawa kebanyakan wanita di Okinawa ini mempunyai gigi yang berlapis. Itu adalah nilai kecantikan bagi mereka.

    Petikan dari Travelogue Jepun

    Read more...

    Loghat Negeri Sembilan

    Gambar 2.0: AMEK NI HA.. nak ngapa xdo layo.. banyak laie xklua nih..

    Gambar di atas adalah tempias bahagian loghat Terengganu. Maka ini pula untuk Loghat Negeri Sembilan (N9). Dialek atau loghat Negeri Sembilan kebiasaannya adalah dari bangsa Minang. Tidak semua perkataan memerlukan penggunaan konsonan " O " dalam tutur kata. Kadangkala mereka yang cuba/baru belajar bercakap dialek ini akan berbunyi dan bercampur dengan dialek negeri Kelantan. Namun uniknya dialek N9 adalah mereka yang mendengarnya akan (menyonggey) tersengih walaupun dia dimarahi ketika itu. Loghatnya mungkin seperti bunyi yang lucu. Percaya atau tidak, ada beberapa dialek Negeri Sembilan yang menggunakan bahasa Inggeris antaranya : 
    1. Gamen/ Gomen = Goverment  abahkau kojo gomen yo?
    2. Motan = Important (bukan rambutan)  amek yang motan2 yo...(ambil perkara2 penting sahaja)
    3. Kompom = Confirm  ekau kompom nak poie pilahdelpia (kualo pilah) nih?
    Anda smuo mungkin tak cayo kato den akan totapi pecayolah...apo pun timo kaseh pado rakyat-rakyat N9 yang membantu. Di bawah adolah filem dimano org nowi 9 menggunokan khidmat Rapers (tukang RAP) dalam nyayian..."nk pulang, x pulang, dah pulang tercongang-congang..."
     


    dan ini lagu apo nak dikato...


    ayam den lapeh oi oi...nyanyian awek berbakat....

    Read more...

    Loghat Terengganu

    Gambar 1.0: Ni bru siket..klo wak tubik blake jenoh org luor nk ngapal..hahaa

    Gambar di atas menunjukkan serba sedikit loghat Terengganu yang akan anda dengar jika orang Terengganu bercakap. Tidaklah seperti seloroh ayat yang biasa didengar  iaitu orang terengganu x makan ikan, tetapi "makang ikang". Selama mempelajari dan mengamati loghat ini, apa yang diamati. Loghat Terengganu ada penambah perisa atau kata ganda di hujung ayatnya buat menambah perasa.Contoh-contoh untuk menyatakan keadaan- keadaan yang lain :
    1. Gelap guguk/ gelap gelemak = gelap gelita
    2. Panas dering = sangat panas
    3. Sejuk siak = Sangat sejuk
    4. Ogeh-ogeh = goyang
    5. Krhek / sokmo =  Selalu
    6. Udoh sepah ko'ong = sangat hudoh
    7. Pelekong ceytong = baling gayung
    8. Manih leting = sangat manis
    9. Masam rebang = sangat masam
    10. Masin rhebing / masin pekak = sangat masin
    11. Pahit lepang = sangat pahit
    12. Tawar hebey = sangat tawar
    13. Serek = berhenti
    Dipelajari dan diajar oleh Sharih Ahmad  dan  gambar dari group FB I Love Loghat Terengganu . Terima kasih jua pada rakyat-rakyat jelata Terengganu yang lain. LIKE  =)




    Read more...

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...