rss
twitter
    Find out what I'm doing, Follow Me :)

Yang dihormati...

( ctrl + left clik =new tab)
Klik tajuk entri untuk komen/gambar&video penuh.
Link bewarna biru dalam setiap entri adalah kredit kpd pemilik /artikel terdahulu.
Receive ayampenyek's blog update trough Facebook
Jika tiada entri baharu..kebiasaannya ade dikongsi di FB
Jika ada video yg tdk lagi boleh dimainkan.. sila komen utk alert kpd kami..

Seni Jalanan Origami

Maaf jika blog ini kerap mempaparkan entri berkaitan origami. Origami sangat saya hargai sebagai satu hasil kreatif seni yang memerlukan lipatan kreatif. Sekeping kertas yang dilipat membentuk satu objek yang menarik. Sebuah mesej seni kertas origami berwarna-warni yang disampaikan oleh artis Perancis, Mademoiselle Maurice di atas dinding Paris.



p/s: lipat kain buat origami :P patut xsudah2 lipatnya haha..

Read more...

Robocon 2012 | Hong Kong

Robocon 2012 Malaysia akan berlansung pada 12-17 Julai 2012, di Stadium Negeri Kuala Terengganu. Bertemakan Peng On Dai Gat - In Pursuit Of Peace and Prosperity, Mengejar ke arah kemakmuran dan keamanan. Konsep pertandingan ini diinspirasikan daripada pertandingan festival Pau di kepulauan kecil Cheng Chau, Hong Kong. Memerlukan setiap kumpulan menghasilkan 2 robot automatik dan satu robot kawalan dalam cabaran tugasan mengikut syarat dan peraturan yang telah diberikan. Pemenang saringan Malaysia akan mewakili negara ke peringkat seterusnya di ABURobocon 2012,Hong Kong.




P/s: huhu susah task tahun ni.. letak robot atas robot T_T

Read more...

Arkitek Binaan California Roll House

"California Roll House" rumah futuristik hasil pereka dan arkitek, Christopher Daniel dibawah jenamanya ViolentVolumes. Menyesuaikan dengan keadaan sekeliling di padang pasir. Menukarkan tenaga panas ke seluruh bahagian rumah. Ciri penggunaan bahan seperti kaca dan gentian fiber, juga pengaplikasian teknologi terkini menjadikannya sebuah rumah mewah yang luar daripada kebiasaan.

p/s: nice :) lain daripada yang lain 

Read more...

Animasi Keamanan Amnesty

Amnesty International pertubuhan yang memiliki 3 juta sokongan dari 150 ahli yang memperjuangkan hak kebebasan manusia meraikan ulang tahun yang ke 50. Berkongsi video mengenai hak keamanan yang dihasilkan oleh Carlos Lascano. (Peringatan: Pertubuhan ini juga menyokong hak LGBT) .




p/s: hargai animasi ini..bukan menyokong matlamat LGBT... haram... 

Read more...

Galakkan Mencorakkan Masa Depan

"Wahai anakku ! Sekiranya kedua ibubapamu memarahimu kerana sesuatu kesalahan yang telah kamu lakukan maka kemarahan kedua mereka itu adalah seperti baja untuk menyuburkan tanaman." ~Luqman al Hakim~

p/s: mai teh secawan....

Read more...

Hantu The Ring Main Baseball

Perlawanan baseball antara Hokkaido Nippon Ham Fighters menentang Lotte Marines pada 25 April di stadium Tokyo menjadi sebuah perlawanan yang menyaksikan semua penonton melihat hantu bermain ditengah padang. Hantu yang kelihatan seperti Sadako dalam filem The Ring muncul di khalayak umum.
Sumber blognyek.


 p/s: wuuu~~ muncul secara 3D..wuuuu~~~ -.-"

Read more...

Lelong G Shock Robot RM 1 | Gerobok Outlet Store

Gerobok Outlet Store akan mengadakan lelongan jam tangan replica model G Shock Robot yang bernilai RM 50 dengan harga permulaan bidaan RM 1. Lelongan akan diadakan pada 26 Mei 2012 bermula jam 9.00 malam hingga 11.00 malam. Lelongan hanya sah untuk mereka yang membuat bidaan tertinggi dan telah menekan LIKE pada PAGE FB GOstore.

p/s: ... kena tunggu depan komputer ni.. ngadap fb je le kojenye haha :D

Read more...

Jam Cecair | HYT (Hydro Mechanical Horologists)

HYT (Hydro Mechanical Horologists) jam mekanikal istimewa yang memiliki cecair hijau florescent di dalamnya yang berfungsi sebagai penunjuk masa utama digerakkan oleh injap . Tiada jam sebegini pernah dihasilkan dan pihak HYT sedang menanti hak paten 7 rekaan mereka. Di bahagian belakang jam, pemilik dapat melihat bagaimana sistem mekanikal jam berfungsi. Sebuah jam ke arah masa depan, eksplorasi nanotechnology. Ulasan daripada laman web jam "ablogtoread.

p/s: hoho beratus ribu ringgit ni +_+....

Read more...

Mushroom Kit | Cendawan

"Back to the roots" memperkenalkan kit penanaman cendawan secara mudah. Selepas 10 hari ia boleh dipetik. Menggalakkan kesedaran awal kanak-kanak untuk memiliki hasil penanaman sendiri. Membantu Sustain. Membantu amalan sustainable dengan kitar semula tanah dari kopi. Kit cendawan tiram seberat 700  gram ini berharga $19.95 sekotak. Layari snapguide untuk tutorial penanaman dan cara ia berfungsi.



p/s:tgu sampai bercendawan....baru nak makan hehe :D

Read more...

CIPTA 2012 | UNIMAS

Cetusan Inspirasi Pelajar Tahun Akhir (CIPTA) 2012, adalah acara tahunan untuk pelajar tahun akhir yang bakal menamatkan pengajian ijazah sarjana muda sebelum bergelar graduan. CIPTA 2012 bertemakan i_arts (inspiration, ingenuity, innovation) ia akan menampilkan hasil kerja pelajar daripada pelbagai pengkhususan yang terdiri daripada : Teknologi Rekaan (Design Technology } Industrial Design, Animation, Graphic Design, Textile & Fashion), Seni Halus (Fine Arts), Cinematography, Pengurusan Seni (Art Management), dan Music.

Tarikh: 24-29 Mei 2012 
Masa: 8:00pagi-5:00petang
Tempat: Ruang Legar, Fakulti Seni Gunaan Kreatif (FSGK / FACA),
Universiti Malaysia Sarawak ( UNIMAS)
>> Tentatif Program


Antara beberapa contoh hasil kerja CIPTA 2012


p/s:hohoho moh kita ke seberang laut :D 

Read more...

Merbok Art & Design Stompers | MAD

Merbok Art & Design Stompers ( MAD) ditubuhkan pada awal Mac 2009. Enam pemuda bercerita mengenai kegilaan mereka terhadap muzik. Maka terhasil idea untuk membentuk sebuah kumpulan yang menggunakan pelbagai jenis alat untuk menghasilkan bunyi-bunyian yang membentuk irama unik. Variasi alatan unik ini kini berkembang menjadi sebuah kumpulan besar.





p/s: tok tok tok.. mari ketuk..ketuk.. :D

Read more...

Hotel Dalam Air berTeknologi

Hotel berteknologi yang dibina dalam air ini telah bermula 2010 Gdyina dan menjalankan kerjasama dengan Fakulti  Kejuruteraan Lautan & Teknologi Kapal, Universiti Teknologi Gdansk . Ia dilengkapi 21 bilik yang berada di dalam bilik. Projek ini telah dipatenkan dan mendapat Pingat Emas Technicon INNOWACJE 2011. Sumber DeepOceanTechnology


p/s: huhuhu ikan skodeng ni.. bahaya ni haha :D

Read more...

Nike - Kini Masaku | The Chance

Strategi pengiklanan dan promosi "My Time Is Now" oleh Nike yang telah berminggu berjalan. Sebelum menjengah Euro 2012. Menampilkan nama-nama besar dalam iklan ini seperti Cristiano Ronaldo, Frank Ribery, Neymar dan Ozil. Kini sudah tiba masanya bakat baru muncul untuk menyinar. Pep Guardiola, Laurent Blanc serta beberapa jurulatih dan pemain ternama mencari bakat baru di 50 buah negara dibawah program The Chance. Iklan diiarahkan oleh  Wieden Kennedy dan The Mill .




p/s:bakat yg ada jgn dipersia.. semoga maju sukan negara :)

Read more...

Lamborghini Gallardo ku Tersepit

Keretaku tersepit diantara Honda CR-V dan Mercury Grand Marquis . Mungkin yang meminjamnya merasakan dia akan terlepas. Tetapi rakaman video daripada pemilik kereta Pontiac ini menceritakan segalanya. Sumber autosyahoo


p/s: penerangan di atas adalah rekaan semata2.. cerita nak best :P

Read more...

Furniture Design Contest 2012

Menangi hadiah utama penerbangan ke Milan Furniture Fair 2013. Tunjukkan potensi rekaan anda kepada dunia. Mobili adalah inisiatif yang dilancarkan oleh Malaysian Timber Industry Board (MTIB) untuk memilih, mempromosikan dan memasarkan, rekaan, pereka dan perabot di iSaloni 2013 Milan Furniture Fair. Bertujuan membantu menjadi sebagai landasan menaikkan portfolio pereka yang memiliki penampilan rekaan tahap antarabangsa, serta boleh dijadikan sebagai keluaran  dan dipasarkan oleh syarikat pengeluar Malaysia. Untuk tentatif program dan maklumat lanjut hubungi: Azura atau Sharini > mobili2013@gmail.com

Klik gambar untuk pembesaran

p/s: sahkan kehadiran di sana sebelum 23 Mei 2012.. :)

Read more...

Honda UNI-CUB | Seating Segway

Mungkin anda pernah mengnali Segway yang dikawal dengan kesimbangan badan ketika berdiri. Bukan keluaran dari syarikat yang sama. Ia adalah evolusi daripada model terdahulu Honda U3-X pada tahun 2009 dengan model terkininya UNI-CUB. Pengguna hanya perlu duduk dan melakukan pergerakan bebas menggunakan teknologi keseimbangan (Honda Omni Traction Drive System) yang membenarkan pengguna mengawal kelajuan, pusingan dan henti. Bermula Jun 2012, Honda berkolabrasi dengan Muzium Sains & Inovasi Kebangsaan Jepun untuk menguji keberkesanan praktikaliti produk tersebut. Teknologi keseimbangan ini adalah sebahagian hasil kajian jangka panjang beberapa projek robotik Honda, termasuk Asimo. Sumber CarBodyDesign.


p/s: untuk org yang lenguh2 kaki xpe.. kalau duduk sajae2 mkn sihat la gamaknya :P

Read more...

Teachers Day Doodles

Selamat Hari Guru kepada seluruh warga pendidik. Jasamu tidak mungkin dapat dibalas. Segala didikanmu insyallah kami sampaikan kepada yang lain. Tidak luak sedikitpun segala yang diberi. Malah bertambah lagi yang kami miliki. Terima kasih mengajar kami penuh kesabaran. Melayan setiap kerenah dan ragam.  Mungkin tidak semua yang kami fahami semasa mempelajari, tetapi masih ada yang kami perolehi dan ingati untuk dijadikan amali. [ Tema Hari Guru 2012 - "Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara"]



p/s: org lain buat doodles dia pun nak buat jugak... ^___________^ huhuhu..

Read more...

Iklan Proton Guru

Iklan Proton yang ditayangkan pada 2006 bersempena hari kemerdekaan. Mengisahkan permasalahan dihadapi guru apabila berhadapan dengan pelbagai ragam anak murid. Pengorbanan yang diberi guru yang sentiasa memikirkan kejayaan anak muridnya.


p/s: Selamat Hari Guru 2012 :D

Read more...

Kerusi Nomad Nordic

Kerusi, beg sandang, juga selimut, fungsi pelbagai guna yang menampung keperluan. Sebuah konsep gabungan perabot dan tekstil untuk pengembara. Gaya hidup yang manusia nomad moden yang penempatannya berubah-ubah adalah hak kebebasan peribadi. Maka ideologi Bjarke Frederiksen adalah merekabentuk sebuah produk untuk golongan pengguna tertentu.


p/s: teringat kekawan tabligh :)

Read more...

Budak Kena Marah Sebab Tidak Makan



p/s:  jom  pergi makan.. rajin sgt tu :P

Read more...

Power Pull Plug

Hidup kini dikelilingi wayar-wayar berselirat. Mencabut dan memasang plug aktiviti yang tidak dapat dielakkan. Power Pull memudahkan plug ditanggalkan dari soket. Diletakkan diantara soket dan kepala plug ianya berfungsi sebagai takal yang menolak. Boleh dipusingkan 360 darjah, ianya boleh dicabut menggunakan kaki juga tangan.


p/s: ringkas yang mendatangkan duit.. :) hari ini last day.. tlg vote :D

Read more...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...