rss
twitter
    Find out what I'm doing, Follow Me :)

Yang dihormati...

( ctrl + left clik =new tab)
Klik tajuk entri untuk komen/gambar&video penuh.
Link bewarna biru dalam setiap entri adalah kredit kpd pemilik /artikel terdahulu.
Receive ayampenyek's blog update trough Facebook
Jika tiada entri baharu..kebiasaannya ade dikongsi di FB
Jika ada video yg tdk lagi boleh dimainkan.. sila komen utk alert kpd kami..
Showing posts with label iklan. Show all posts
Showing posts with label iklan. Show all posts

Kejujuran Tidak Seharusnya DiSia-siakan

Kejujuran tidak seharusnya tidak diberi ganjaran. Kempen menghargai mereka yang berlaku jujur. Melihat reaksi dan tindak balas masyarakat di Australia. Penghargaan sebaik mungkin untuk sekecil-kecil sifat kejujuran. Kempen oleh NAB Credit Card

Read more...

Font Kereta Toyota iQ

Sebahagian daripada teknik pengiklanan yang menarik. Gabungan tarikan reka bentuk kenderaan yang anggun dan canggih. Toyota iQ adalah kenderaan pertama di dunia yang mewujudkan keseluruhan font daripada A hingga Z. Bekerjasama dengan pakar perisian, pereka grafik serta pemandu rally. Lebih daripada 24000 muat turun secara percuma dilaman Toyota suatu masa dahulu.

Read more...

Selesaikan Misi Skyfall James bond

Merasai kepayahan dan halangan seorang ejen risikan. Tugas diberi ada rintangannya. Coke Zero mencabar pengguna keretapi untuk menyelesaikan misi OO7 dalam 70 saat. Apabila misi  selesai, tiket Skyfall bakal menjadi milik penyahut cabaran. via adweek


Read more...

Lintasan Hijau Pejalan Kaki di China

Cadangan menarik diusulkan untuk sebuah projek kehijauan dibawah China Enviromental Protection Foundation. Idea kreatif untuk menyampaikan mesej melindungi alam sekitar adalah tanggunggjawab semua. Banyakkan berjalan dan kurangkan penggunaan kenderaan bermotor. Pejalan kaki yang melalui lintasan akan menghijaukan rimbunan pokok di tengah jalan. 40% pengeluaran karbon dioksida datangnya adalah daripada penggunaan kereta.

Read more...

Poster Ais Krim Walls

Renata El Dib pereka konsep untuk pengiklanan poster ais krim Walls ( Kibon). Poster ini dicetak dua bahagian. Satu permukaan untuk mengingatkan kepada yang melihat, akan tarikan tekstur ais krim. Manakala dibahagian belakang adalah merujuk kepada kon ais krim.  Idea ringkas dan menarik, kadangkala tidak ramai yang dapat memikirkannya.

Read more...

FB Cover Photo Raya | Contest

Setelah 2tahun berbloging, maka datang seorang pemuda menawarkan diri untuk menjadi penaja bagi cadangan yang tidak seberapa. Hati ikhlas murni pemuda itu demi meraikan bulan mulia. Cume pinta pemuda itu "Buatlah sebagai entri blog, letaklah tajuk apepun, dan seperti biasa tempek banner sebagai entri dan link ke blog ayampenyek dan afzalsukasuki". Maka jadilah segment e-kad raya ini. Apa yang perlu adalah membuat cover photo raya yang kreatif. Maklumkan dengan memberi komen di entri ini atau message di page FB. Setiap penyertaan akan dikreditkan kepada pemilik. Pemenang akan diumumkan pada 1 September 2012.
Banner 
Saiz diberi kelonggaran asalkan muat untuk dijadikan cover photo.

p/s: eh .. eh . ehh. dah nk raya dah.. ^___^

Read more...

Iklan Bernas Raya 2012

Selepas iklan raya Petronas, giliran Bernas. Video iklan sepanjang 7 minit ini mengisahkan 2 kanak-kanak istimewa yang memiliki hubungan akrab, memahami antara satu sama lain. Hari raya yang mulia, Ahmad dan Fizi tekad memulakan perjalanan menghadapi halangan. Usaha gigih untuk bertemu ibu yang tersayang. Setulus Kasih , Hikmah yang Abadi.



p/s: 10 malam terakhir dh dekat.. g terawih ke g shopping? :) hehee

Read more...

Iklan Petronas Raya 2012 | Strangers

Seperti kebiasaan di bulan mulia. Ramai yang menantikan sesuatu daripada video iklan Petronas. Tampil dengan sebuah filem dokumentari pendek "Strangers". Kisah Erman, jurutera Petronas yang berkhidmat di Asia Tengah cuba menyesuaikan diri dengan persekitaran baru. Bersama Jeyhun, seorang budak tempatan. Erman, orang asing yang cuba mengenali budaya dan memahami sesuatu tentang kehidupan.


p/s: Selamat Hari Raya  buat seluruh umat Islam :)


Read more...

Iklan Maxis Ramadhan

Ungkapan 'Ramadan dan Syawal berkampung di hati' menggambarkan betapa hidupnya bulan-bulan yang mulia ini di jiwa Muslimin dan Muslimat tanpa mengira usia. Iklan ini membawa kita menghayati Ramadan dari kaca mata anak-anak kecil yang sedang berlatih berpuasa.
Maxis menerumah beberapa orang kanak-kanak. Melihat pengertian puasa perspektif kanak-kanak. Apa makna puasa. Apa yang tidak boleh dilakukan semasa berpuasa. Apa yang menyebabkan puasa terbatal. Tiga iklan Maxis puasa dengan teletah kanak-kanak santai.





p/s: puasa yang yok.. pagi petang bukak periuk.. huhu pose x tu?? :P

Read more...

Ais Krim Percuma Olimpik | Baskin Robbins / Media Prima


Sekiranya Malaysia memenangi pingat emas pertamanya di kejohanan Olimpik London 2012, Baskin-Robbins, yang menyokong inisiatif "Impian Emas" Media Prima Bhd akan memberikan aiskrim percuma di seluruh negara. Aiskrim itu akan tersedia pada 8 Ogos di semua 61 kedai aiskrim Baskin-Robbins di seluruh negara (tidak termasuk dua kiosk di Pantai Hospital di Bangsar dan Taman Tema Genting) bermula 8 malam hingga 10 malam. Setiap orang layak mendapat satu skup aiskrim. "Menjadi hasrat Media Prima untuk menyatukan rakyat Malaysia dalam satu suara bagi menyorak jagoan Olimpik kita," kata Ahmad Izham Omar, Ketua Pegawai Operasi, Rangkaian TV dan Ketua Pegawai Eksekutif Primeworks Studios, Media Prima. Sumber Sinar/ Bernama
p/s: ...Datuk chong wei dpt emas dia dpt 2juta.. rkyat malaysia dapat aiskrim.  :D

Read more...

Iklan Olimpik London 2012 | Nike

Iklan Nike sempena Olimpik London 2012, Find Your Greatness. Cari kebolehan diri anda, video yang mengambil beberapa orang biasa di kawasan sekitar Ohio, Norway, Afrika Selatan, Jamaica dan London. Menyatakan bukan hanya yang tertentu dipilih untuk menunjukkan kebolehan, tetapi peluang adalah terbuka untuk semua.


p/s:semua orang ade kelebihan masing2 :) ..


Read more...

Toyota Spade Menari di Udara

Iklan berani daripada Toyota yang menunjukkan ketahanan kenderaan keluarannya. Toyota Spade (pasaran Jepun) terbang dan mendarat ke tanah dengan payung terjun. Dilengkapi dengan sistem pintu sliding elektrik . Didapati dalam pilihan enjin 1.3 liter dan 1.5 liter dengan pasangan enjin Super CVT-i (Continuously Variable Transmission-intelligent) dan pilihan pacuan roda hadapan atau pacuan empat roda. Harga dalam lingkungan US$18,450 hingga US$24,300 ( RM 58,800 - RM 77,445). Sumber carscoop

Read more...

Pejuang Laut

Kempen menyelamatkan hidupan laut oleh Sea Shepherd Conservation Society. Sebuah badan NGO yang diasaskan pada tahun 1977 oleh ahli Ekologi Kanada, Paul Watson khusus untuk melindungi lautan dari pemburuan haram. Kempen komunikasi visual oleh Viken Guzel dan Jean-Christophe Royer. via fubiz

Read more...

Fakta Rokok di Dunia

1.1 Billion penduduk dunia menghisap rokok. 1000 remaja bawah 18 tahun mula menghisap rokok setiap hari. 1 daripada 5 perempuan mengandung menghisap rokok. Rokok mengandungi 4800 kimia antaranya termasuk ammonia ( pencuci tandas), Cadmium ( bateri), Methanol, dan cat. Rokok membunuh seorang manusia untuk setiap 6.5 saat. 6.3 Trillion batang rokok dihasilkan bersamaan 900 batang untuk setiap wanita, lelaki dan kanak-kanak. Sumber daripada OnlineNursing.com. Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Hal  Ehwal Islam Malaysia kali ke -37 yang bersidang pada 23 Mac 1995, Kuala Lumpur telah mefatwakan rokok adalah Haram.- Nor Raihan Abu Bakar, Pensyarah Fakulti Komunikasi & Pengajian Media UiTM Melaka, Metro Khamis 28 Jun 2012 

p/s: jom berhenti merokok ^_^.

Read more...

Bullet Art | BMW M5

BMW Canada menampilkan BMW M5 dalam kelajuan yang digelar sebagai " Bullet Art". Tujuannya menyampaikan prestasi kepantasan BMW dalam gerak perlahan.


Read more...

Kempen Kotor itu Bagus

"Dirt is Good Campaign" dihasilkan oleh sebuah agensi Singapura, Lowe Singapore untuk jenama Omo. Kempen galakan generasi muda bermain dengan kotoran untuk bermain lebih kreatif. Ilustrasi imaginasi kanak-kanak yang dilakukan secara halus daripada pasir oleh Jooheng Tan. Sumber http://timuryn.com/art/jooheng-tan


Read more...

Kenapa iklan burger & realiti sebenar tak sama?

Kenapa iklan burger MCD dengan realiti sebenar tak sama? Persoalan yang selalu bermain difikiran pengguna. Melihat iklan di telivisyen mahupun keratan akhbar. Kadangkala membuatkan anda rasa tertipu dengan pelbagai iklan makanan segera di media massa. Saiz makanan sangat berbeza dengan keadaan makanan sebenar. Persoalan pengguna yang dikemukakan oleh Isabel daripada Toronto kepada MCD akhirnya dijawab oleh pihak McDonald's Canada. Yahoo
p/s: dah agak dah.. mesti ada edit sikit2 punya :P

Read more...

Sarkas Si Serangga

Kumpulan serangga: mentadak, jengking dan kumbang beraksi menjana tenaga untuk sebuah telefon pintar. Betemakan kawasan sarkas. Iklan Snapdragon syarikat milik Qualcom yang menawarkan kehebatan teknologi chip prosesor untuk telefon pintar. Jika dilihat dari satu sudut, ia kreatif manakla dari ari sudut yang lain ia kejam. Terpulang kepada anda untuk menilai.  :)




p/s: comel la pulak.. :D

Read more...

Pertandingan Konsep Perkahwinan | Massa Studio


Langkah Penyertaan:
1. LIKE >> Fan Page Massa Studio.
2. Nyatakan idea/tema/konsep storyboard untuk pre-wedding/post wedding yang diingini kepada >> Palie Massa.
3. Hanya 1 idea/tema/konsep storyboard yang terbaik akan dipilih sebagai pemenang.
4. Contoh videografi Massa Studio boleh didapati di >> SINI.
Tempoh penyertaan: 12 June 2012 hingga 12 Julai 2012
Terma & Syarat.
1. Terbuka kepada semua warganegara Malaysia terutamanya di negeri Terengganu.
2. Caj penginapan dan pengangkutan dikenakan sekiranya penggambaran di luar negeri Terengganu.
3. Tarikh & lokasi penggambaran ditentukan melalui perbincangan antara pemenang dan pihak Massa Studio.


p/s: Sape yg dah nak kawin tu sila2lah cuba nasib ye..- Palie Massa adalah Founder FB Republik Kakifoto

Read more...

Peugeot Papercut Commercial

Beratus model sepenuhnya daripada kertas dihasilkan untuk merekodkan sebuah video iklan TV yang menarik. Iklan TV terbaru daripada Peugeot tidak menggunakan teknik CGI, lebih menghargai teknik hasil halus tangan yang mencerminkan falsafah mereka terhadap rekaan kenderaan. Pereka, Kyle Bean dan pengarahnya ialah Joseph Mann. Sebuah video yang terperinci menggunakan teknik filem stop-motion berkonsepkan seni yang bergerak.




p/s: 508 dah keluar.. :D

Read more...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...