rss
twitter
    Find out what I'm doing, Follow Me :)

Yang dihormati...

( ctrl + left clik =new tab)
Klik tajuk entri untuk komen/gambar&video penuh.
Link bewarna biru dalam setiap entri adalah kredit kpd pemilik /artikel terdahulu.
Receive ayampenyek's blog update trough Facebook
Jika tiada entri baharu..kebiasaannya ade dikongsi di FB
Jika ada video yg tdk lagi boleh dimainkan.. sila komen utk alert kpd kami..
Showing posts with label animation. Show all posts
Showing posts with label animation. Show all posts

Animatronics Hollywood

Disebalik pembikinan semua filem fiksyen. Rekaan karakter filem yang melibatkan sistem teknikal untuk menjadikan sebuah karakter fiksyen menjadi lebih realiti. Gabungan kejuruteraan dan estetika yang mengagumkan.



p/s: lama x berblogging :P

Read more...

Eja ABC Cara Arkitek

Membaca ABC dengan cara arkitek. Setiap konsonen mewakili nama arkitek dengan hasil kerja utama mereka. Dipersembahkan oleh Federico Gonzalez, konsep oleh Andrea Stinga. Video animasi ringkas yang menekankan nama-nama besar dalam dunia arkitek.

Read more...

Cinta Pandang Pertama si Payung Biru

Filem pendek oleh Pixar studio bertajuk The Blue Umbrella. Disiarkan sebelum mula tayangan filem baru Monsters Academy, filem pendek bayangan Saschka Unseld dan kumpulan sokongannya. Kisah cinta pandang pertama antara dua buah payung. Klik tajuk untuk video filem pendek selama 34 saat.

Read more...

Kolaj Tanah Liat

Becky Sloan & Joseph Pelling menghasilkan video klip muzik untuk lagu “Feels Like We Only Go Backwards” oleh Tame Impala. Pengarahan yang menggunakan lebih daripada 1,000 kolaj tanah liat (plasticine), dengan teknik stopmotion. Warna-warni tanah liat mengakibatkan hypnotis, boleh dilihat di video. :P

Read more...

Kesan & Fakta Air Berkarbonat

Real Bears adalah animasi yang mengisahkan kesan minuman ringan terhadap sebuah keluarga beruang. Kempen kesedaran minuman berisiko nombor satu terhadap penduduk Amerika. Satu (1) daripada tiga (3) penduduk Amerika mengalami masalah lebih berat badan dan obesiti.  Penyelidikan telah membuktikan minuman bergula menjadi penyebab kepada obesiti, sakit jantung, stroke dan penyakit-penyakit lain. Berikut adalah fakta yang tidak mengembirakan si penggemar minuman:

Read more...

Batu Penghalang di Tengah Jalan

Manusia itu ada yang mementingkan diri dan selalu mengambil kesempatan atas kesusahan yang lain. Apabila mengalami kesusahan ingin dibantu, tetapi bila senang tidak mahu memberi. Dihasilkan oleh pelajar animasi Southern Adventist University. Filem pendek 12 minit ini merupakan idea tahun 2007 yang diperbaiki dan kompilasi hasil berpasukan pelajar yang disiapkan pada 2012. via Rock in the Road



p/s: bantu membantu amalan mulia :)

Read more...

Raksasa Kecil | Little Kaiju

Little Kaiju dicipta oleh sepasang kembar,Jonathan & Josh Baker. Kisah hidupan unik yang keluar dari mesin layan diri. Perasaan ingin tahu, mengelilingi bandar Tokyo dalam kegelapan malam. Karekter yang dibangunkan oleh Morten Rowley. Dianimasikan oleh Nick Losq dan kumpulan kecilnya. Filem ini disunting oleh Ben Suenaga. Komposisi muzik oleh Jack Milas. Filem pendek ini telah banyak menyertai festival filem seluruh dunia.

Read more...

Sejarah LEGO | History

Lego menyambut ulang tahun yang ke 80. Bermula pada tahun 1932 ia masih milik keluarga Kirk Kristiansen. Kumpulan ini bertapak di Billund,Denmark. Permainan yang melibatkan kreativiti kanak-kanak ketika bermain. Daripada sebuah syarikat permainan kayu ia semakin maju kehadapan sehingga terbina Legoland. Permaianan bata terkenal ini mula menemui sistemnya pada 1958 dan telah meliputi lebih daripada 130 negara dengan 10,000 orang pekerja. Terbaru  Legoland Malaysia yang ecara rasminya akan dibuka pada 15 September 2012.


p/s: susah2 dahulu senang2 kemudian :)

Read more...

Lagu Boboiboy Raya | Suasana Di Hari Raya

Kehangatan Hari Raya kian terasa. Selepas muncul beberapa iklan raya daripada syarikat-syarikat swasta / GLC Malaysia. Kini giliran Animonsta dengan lagu suasana di hari raya nyanyian Boiboiboy dan rakan-rakan. Tahun lepas Upin ipin raya, tahun ni Boiboiboy raya pula.



p/s: Terbaik~~~~ :D .. Dua animasi berbeza nyanyi lagu raya yangsama..

Read more...

Buaya atau Kayu ???

BirdBoxStudio adalah syarikat animasi yang beroperasi di London. Matlamatnya adalah menghasilkan hasil kerja asli yang memiliki konsep dan akan sentiasa diingati serta dihargai oleh semua.
-Wildebeest adalah binatang liar yang juga dipanggil Gnu. Sejenis mamalia liar yang buas.  Wildebeest diambil daripada perkataan Dutch ( wild Beast). Juga dipanggil sebagai Connochaetes yang diambil daripada perkataan Greek ( konnos dan khaite). Sumber wikipedia. 


p/s: err daging seladang sedap x? :P

Read more...

Kenduri Berbuka

Selamat Berpuasa kepada seluruh umat islam :) 


p/s: makan banyak x larat g terawih nanti :P

Read more...

Game Amazing Alex

Daripada pereka permainan Angry Bird. Rovio Entertainment Ltd memperkenalkan aplikasi permainan terbarunya Amazing Alex. Alex menakjubkan Akan tampil dengan 100 peringkat cabaran permainan. 35 objek interaktif sebagai penyelesaian. Permainan baru yang menguji kemahiran berfikir. Penyelesaian secara fizik ke atas tindak balas setiap pergerakan. Boleh dimuat turun sejak 12 Julai 2012 di AppStore pada harga $0.99 dolar.


Read more...

3000 Gambar Buka Pasang Sebuah Enjin

Bermula hanya sekadar untuk penyimpanan ingatan. Proses buka dan pasang enjin kenderaan yang dibeli di e-bay diambil gambarnya. Segala kotoran dibersihkan. Menyedari adalah menarik seandainya 3000 gambar ini dicantumkan untuk dijadikan sebuah animasi dengan hanya menggunakan sedikit pengetahuan dalam perisian Premiere.

 

p/s: inilah yg dinamakan stop-motion :)

Read more...

Peugeot Papercut Commercial

Beratus model sepenuhnya daripada kertas dihasilkan untuk merekodkan sebuah video iklan TV yang menarik. Iklan TV terbaru daripada Peugeot tidak menggunakan teknik CGI, lebih menghargai teknik hasil halus tangan yang mencerminkan falsafah mereka terhadap rekaan kenderaan. Pereka, Kyle Bean dan pengarahnya ialah Joseph Mann. Sebuah video yang terperinci menggunakan teknik filem stop-motion berkonsepkan seni yang bergerak.




p/s: 508 dah keluar.. :D

Read more...

Masa Untuk Berjaya

"Time To Success" adalah kempen yang diwujudkan untuk memastikan semua kanak-kanak di Amerika Syarikat hadir ke sekolah dan menikmati pelajaran sempurna. Dihasilkan oleh Caludio Salas.


p/s:masa untuk berubah.. semua org ingin berjaya :)

Read more...

Animasi Keamanan Amnesty

Amnesty International pertubuhan yang memiliki 3 juta sokongan dari 150 ahli yang memperjuangkan hak kebebasan manusia meraikan ulang tahun yang ke 50. Berkongsi video mengenai hak keamanan yang dihasilkan oleh Carlos Lascano. (Peringatan: Pertubuhan ini juga menyokong hak LGBT) .




p/s: hargai animasi ini..bukan menyokong matlamat LGBT... haram... 

Read more...

CIPTA 2012 | UNIMAS

Cetusan Inspirasi Pelajar Tahun Akhir (CIPTA) 2012, adalah acara tahunan untuk pelajar tahun akhir yang bakal menamatkan pengajian ijazah sarjana muda sebelum bergelar graduan. CIPTA 2012 bertemakan i_arts (inspiration, ingenuity, innovation) ia akan menampilkan hasil kerja pelajar daripada pelbagai pengkhususan yang terdiri daripada : Teknologi Rekaan (Design Technology } Industrial Design, Animation, Graphic Design, Textile & Fashion), Seni Halus (Fine Arts), Cinematography, Pengurusan Seni (Art Management), dan Music.

Tarikh: 24-29 Mei 2012 
Masa: 8:00pagi-5:00petang
Tempat: Ruang Legar, Fakulti Seni Gunaan Kreatif (FSGK / FACA),
Universiti Malaysia Sarawak ( UNIMAS)
>> Tentatif Program


Antara beberapa contoh hasil kerja CIPTA 2012


p/s:hohoho moh kita ke seberang laut :D 

Read more...

Animasi Wayang Gedek

Hiburan tradisi kian ditelan arus zaman kemodenan. Usaha seorang pelajar jurusan sarjana Unimas pengkhususan Design Technology (animation), Aminah Karim harus dipuji. Bukan menolak keaslian, tetapi menyambung atau menyesuaikan dengan keadaan semasa sebelum terus hilang dari ingatan. Merekodkan dan menyimpan maklumat asal, tetapi menyampaikannya dalam bentuk animasi. Wayang gedek wayang kulit kedah yang menggunakan bahasa Melayu Kedah. Karekter bersifat kontemporari dan bewarna warni. Jalan cerita mudah difahami mengikuti isu semasa. Nama wayang Gedek diberi khas kepada kumpulan wayang kulit Seri Asun.






p/s: tradisi kita jangan dilupa.. sebelum org luar melihat dan mengambil potensinya.. :)

Read more...

Apps Tuning Proton Preve

Mencuba menggubah atau mendandan( makeup) kereta Proton Preve. Proton memperkenalkan aplikasi mayanya. Anda boleh mengambil sudut yang sesuai untuk memperlihatkan preve didandan dengan rim yang berlainan, menukar warna asal sedia ada, menambah aksesori kit, juga tambahan sticker (pelekat grafik) pada badan kenderaan. Layari Protonpreve.reconfigure .


p/s: konsep baru yang menarik dari Proton :)

Read more...

Bawang Putih & Bawang Merah - Glue Studio

Bawang Putih & Bawang Merah, cerita rakyat yang kerap diceritakan turun temurun. Mengadaptasikannya dalam penyampaian moden, Glue Studio mempertaruhkannya sebagai hasil kerja untuk menyertai pertandingan TBS DiGiCon6. Mendapat tempat ke 2 di peringkat Malaysia anjuran MDec. Sumber dari Adli Karangkraf




p/s: surghi rhgam rham~ surghi rgham rgham rgham~ yg manis~ aduhai~~ :D

Read more...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...