rss
twitter
    Find out what I'm doing, Follow Me :)

Yang dihormati...

( ctrl + left clik =new tab)
Klik tajuk entri untuk komen/gambar&video penuh.
Link bewarna biru dalam setiap entri adalah kredit kpd pemilik /artikel terdahulu.
Receive ayampenyek's blog update trough Facebook
Jika tiada entri baharu..kebiasaannya ade dikongsi di FB
Jika ada video yg tdk lagi boleh dimainkan.. sila komen utk alert kpd kami..

Spartan Puasa

Selamat berpuasa hari ke 12. Saya sahur dah. Sambal tak cukup pedas. Ow yes. Sekadar hiburan edisi bulan ramadhan. Siapa puasa sila angkat tangan dan jerit .. "HAu.. Hau.. Hau..!!". Semua angkat tangan, nampak sangat semua puasa betul tak?. :P



p/s: orang malaysia memang pandai buat benda2 macam ni haha :P

Read more...

Iklan Olimpik London 2012 | Nike

Iklan Nike sempena Olimpik London 2012, Find Your Greatness. Cari kebolehan diri anda, video yang mengambil beberapa orang biasa di kawasan sekitar Ohio, Norway, Afrika Selatan, Jamaica dan London. Menyatakan bukan hanya yang tertentu dipilih untuk menunjukkan kebolehan, tetapi peluang adalah terbuka untuk semua.


p/s:semua orang ade kelebihan masing2 :) ..


Read more...

Keputusan Malaysia vs Manchester City 2012

Perlawanan persahabatan 30 Julai 2012 yang berlansung di Stadium Nasional Bukit Jalil. Pada jam 9.45 malam. Disiarkan secara lansung di Astro. Berikut disertakan video siaran ulangan gol daripada perlawanan tersebut.

Malaysia 1 - Manchester City 3

Gol Man City : Sergio Aguero 17′,Carlos Tevez 47′,Adam Johnson 52′
Gol Malaysia : Azammuddin Akil 87′



p/s: dapat sebiji gol saguhati ok la.. drpd x da lansung... :)

Read more...

Pesawat Solar Impulse

HB-SIA, pesawat Solar Impulse  telah terbang lebih daripada 6,000 km merentasi eropah juga afrika mempromosikan sumber tenaga gantian berpotensi iaitu solar. Rekaan ringkas yang dijana oleh 12,000 sel solar , dipacu empat motor eletrik ia telah dipandu uji oleh Bertrand Piccard dan Andre Borschberg.

Read more...

Kenderaan James Bond

James Bond ejen risikan khas 007, memiliki pelbagai gadjet rahsia yang berkebolehan dalam menghadapi halangan di saat memerlukan. Kenderaannya adalah tarikan dalam filem aksi. Motorsikal, kereta menyelam, kereta mewah dan pelbagai lagi kenderaan membantu pergerakan hero filem ini. Skyfall filem aksi arahan Sam Mendes yang bakal menjengah pawagam pada Oktober 2012 lakonan Daniel Craig, Judy Dench, Naomie Harris dan Javier Bardem .



p/s: Queen Elizabeth terjun dgn James Bond masa opening Olympic 2012... huhu :D

Read more...

Meja Landasan Keretapi

TrackTileTable, meja makan yang direka khas untuk kanak-kanak bermain. Merancang laluan keretapi di atas meja. Pelbagai rupa corak papan meja, boleh disusun seperti puzzle untuk menentukan laluan. Meja boleh didapati dengan dua saiz berbeza. 

Read more...

Toyota Spade Menari di Udara

Iklan berani daripada Toyota yang menunjukkan ketahanan kenderaan keluarannya. Toyota Spade (pasaran Jepun) terbang dan mendarat ke tanah dengan payung terjun. Dilengkapi dengan sistem pintu sliding elektrik . Didapati dalam pilihan enjin 1.3 liter dan 1.5 liter dengan pasangan enjin Super CVT-i (Continuously Variable Transmission-intelligent) dan pilihan pacuan roda hadapan atau pacuan empat roda. Harga dalam lingkungan US$18,450 hingga US$24,300 ( RM 58,800 - RM 77,445). Sumber carscoop

Read more...

Keputusan Malaysia vs Arsenal 2012

Perlawanan Persahabatan Antarabangsa 24 Julai 2012. Arsenal dengan jelajah Pra Musim dan Malaysia persiapan Piala Suzuki AFF 2012. Perlawanan  berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil bermula jam 9.45 malam.

Arsenal 2 - Malaysia 1


MALAYSIA [ 1 ] - Azmi Muslim ( minit 45 +2 )
ARSENAL [ 2 ] - Thomas Eisfield ( minit 87 ) Chuck Aneke ( minit 90 )

p/s: sayang 3 minit terakhir... :(

Read more...

Buaya atau Kayu ???

BirdBoxStudio adalah syarikat animasi yang beroperasi di London. Matlamatnya adalah menghasilkan hasil kerja asli yang memiliki konsep dan akan sentiasa diingati serta dihargai oleh semua.
-Wildebeest adalah binatang liar yang juga dipanggil Gnu. Sejenis mamalia liar yang buas.  Wildebeest diambil daripada perkataan Dutch ( wild Beast). Juga dipanggil sebagai Connochaetes yang diambil daripada perkataan Greek ( konnos dan khaite). Sumber wikipedia. 


p/s: err daging seladang sedap x? :P

Read more...

Logo Merdeka 2012 ???

Berat mata melihat, berat lagi hendak dipikul. Apabila imej perayaan kebangsaan merendahkan taraf reka bentuk di Malaysia. Kami  menerima seadanya logo merdeka terdahulu. Penuh dengan makna perpaduan, nasionalisma , perpaduan dan kesatuan. Tetapi yang ini, tidak sama sekali seandainya ia benar-benar gambaran logo merdeka negara tahun 2012. Memperlekehkan perayaan kebangsaan dengan imej rekaan yang memalukan industri kreatif.
Sumber Kementerian Penerangan Komunikasi & Kebudayaan

Klik untuk pembesaran

p/s: 5 font dalam satu logo..wow :P kalu yg ni la logonye lalalla ( tgn di bahu, mata ke atas) -_-". Ayok~~ Hitler marah.. wuuu~~

Read more...

Bayaran Zakat Fitrah 2012 / 1433H

Dalil Zakat

Firman Allah SWT :

Ø®ُØ°ْ Ù…ِÙ†ْ Ø£َÙ…ْÙˆَٰÙ„ِÙ‡ِÙ…ْ صَدَÙ‚َØ©ً تُØ·َÙ‡ِّرُ‌Ù‡ُÙ…ْ ÙˆَتُزَÙƒِّيهِÙ… بِÙ‡َا ÙˆَصَÙ„ِّ عَÙ„َÙŠْÙ‡ِÙ…ْ ۖ Ø¥ِÙ†َّ صَÙ„َÙˆٰتَÙƒَ سَÙƒَÙ†ٌ Ù„َّÙ‡ُÙ…ْ ۗ Ùˆَٱللَّـهُ سَÙ…ِيعٌ عَÙ„ِيمٌ ﴿١٠٣

“Ambillah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah (zakat), supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk) dan doakanlah untuk mereka, kerana sesungguhnya doamu (Muhammad) itu menjadi ketenteraman bagi mereka dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui”   
(Surah At-Taubah (09), ayat 103)


Diriwayatkan daripada Ibnu Umar r.a, bahawa: “Rasulullah SAW memerintahkan untuk mengeluarkan zakat fitrah kepada anak kecil, orang dewasa, orang merdeka dan hamba sahaya daripada orang-orang yang kamu sediakan makanan mereka (tanggunganmu).” (riwayat Daruquthni daripada Ibnu Umar r.a)

sumber: shafiqolbu


*Kadar yang ditetapkan adalah berdasarkan harga beras gred super tempatan 15%, 10% dan 5% hancur (Beras Nasional). Umat Islam yang mahu membayar fitrah dengan beras pula, kadar yang ditetapkan ialah 2.97 cupak Malaysia atau 2.60 kilogram bagi tiap seorang.
Kadar di Terengganu menurun antara 40 hingga 60 sen disebabkan perubahan kepada pengukuran timbangan satu Gantang Baghdad daripada 2.7 kilogram (kg) kepada 2.6kg biarpun harga beras di pasaran tidak berubah berbanding tahun lalu.
 p/s: ingat mengingat sesama kita :)

Read more...

Sejarah & Teknologi | Batman

Sempena filem terbaru superhero kaya raya yang tidak memiliki kuasa 2012, Dark Knight Rise. Dikongsikan beberapa info menarik sejarah kewujudan teknologi kejuruteraan kenderaan Batman dalam video di bawah. Tidak seperti IronMan yang kaya serta terlalu bijaksana dan boleh terbang merata. The Tumbler ( kereta perisai Batman) menggantikan Batmobiles dalam siri terdahulu, panjang 15 kaki menjadikannya sebuah kenderaan ketenteraan yang terpendek dan lebar 9.5 kaki menjadikannya terlebar dalam sejarah Batman. Batpod pula adalah motosikal Batman yang direka oleh Nathan Crowley. Sumber aceshowbiz.


Read more...

Nexus 7 vs iPad | crash test

Menguji ketahanan dua jenama berbeza. Perbandingan impak jatuhan pada kadar ketinggian yang sama. Keadaan skrin selepas jatuhan selalu menjadi masalah utama tablet. Air juga antara musuh utama peralatan eletronik.

p/s: bila la dpt wat test mcm ni haha.. tunggu sponsor yg kaya raya.. :D haha

Read more...

Kenduri Berbuka

Selamat Berpuasa kepada seluruh umat islam :) 


p/s: makan banyak x larat g terawih nanti :P

Read more...

Berus Gigi Air Pancut | Rinser

Rinser Brush memperkenal berus gigi mesra pengguna. Tidak lagi memerlukan gelas untuk berkumur atau menundukkan kepala ke paip sinki. Tidak lagi perlu membeli berus gigi 3 bulan sekali. Tetapi anda hanya perlu menukar/membeli kepala berus yang baharu sahaja. Sebuah reka bentuk mesra alam yang memenangi RedDot Design Award.

Read more...

Gambar Haiwan Comel

Gambar memberikan reaksi. Sekeping gambar memberikan seribu perkataan. Abduzeedo mengumpulkan lebih daripada 30 gambar comel haiwan yang diambil oleh photographer berbakat seluruh dunia. Gambar yang akan memberikan senyuman dan perasaan mencairkan hati.

Read more...

Seni Kertas Lipat

Hasil seni halus oleh artis Australia, Lisa Rodden. Memiliki kebolehan khusus dalam seni kertas. Memotong dan melipat dalam memperlihatkan lipatan kertas sebagai sisik, bulu, juga kelopak bunga dengan bantuan lapisan warna. Akan membuat pameran di Sydney Art2Muse pada 8 -21 Ogos  2012.

p/s: macam pernah buat benda ni masa sekolah rendah.. tapi x cantiklah huhu ^.^

Read more...

Ramadhan FB Cover Photo

Cover Photo untuk timeline di FB. Mengisi masa terluang untuk meraikan bulan Ramadhan yang mulia. Berikut adalah cover photo yang telah digubah, boleh anda gunakan di laman facebook anda. Jika ada cover photo yang telah anda hasilkan untuk dikongsi kepada yang lain. PM di FB page ayampenyek dengan sertakan link blog anda untuk di kreditkan. Emailkan apa sahaja karya kreatif anda >> niqro923@yahoo.com. Jika anda mengambil gambar ini, mohon kredit mengambilnya daripada saya. :D. Dapatkan 2 lagi cover photo di FB.




p/s: huhu dah nk puasa :D

Read more...

Hujan Kinetik Singapura


Terminal 1,Lapangan Terbang Changi Singapura menjemput pengunjung untuk melihat keunikannya. Kini dihiasi oleh arca kinetic art+com yang pernah menghasilkan keunikan arca yang sama di muzium BMW, Jerman. Pemasangan 608 titik hujan dengan koreografi 15 minit yang telah diprogramkan untuk kawalan computer.

Read more...

Cara Membuat Origami Bunga

Lipatan kertas membentuk sesuatu yang indah. Tidak memerlukan bahan yang mahal.  Bahan yang kurang bukan sekatan untuk menjadi kreatif. Buka minda dalam mendidik dan mengasah diri terhadap kreativiti dan inovasi.
p/s: boleh juga digantikan dgn duit untuk dibuat sebagai hantaran :)

Read more...

Jualan Kereta Terbaik Malaysia - Mei 2012



Analisis Jualan Kenderaan Bulan Mei 2012



Top 10 National Vehicles - Kereta Nasional

1) Perodua Myvi   - 8,088
2) Proton Saga      - 5,742
3) Perodua Viva    - 5,699
4) Perodua Alza    - 3,756
5) Proton Preve    - 2,771
6) Proton Persona - 2,724
7) Proton Exora    - 2,656
8) Proton Inspira  - 251
9) Proton Waja      - 74
10)Proton Savvy   - 24


Top 12 imported vehicles - Kereta import

1) Toyota Vios             - 3,124
2) Toyota Hilux             - 2,711
3)Toyota Avanza          - 1,092
4) Nissan Grand Livina  - 918
5) Mitsubishi Triton      - 846
6) Kia Forte                   - 684
7) Hyundai Elantra        - 618
8) Suzuki Swift              - 605
9) Toyota Innova           - 574
10) Honda Jazz Hybrid  - 469
11)Toyota Corolla Altis  - 446
12) Toyota Prius C         - 433

*Statistik daripada Malaysian Automotive Association (MAA)

p/s:  prius dan jazz kereta hybrid yg meningkat permintaannya.. :)

Read more...

Cahaya Alam LED | Bruce Munro

Artisan seni daripada British, Bruce Munro yang memiliki minat mendalam terhadap cahaya. Menghiasi suasana di Pennsylvania dengan pemasangan LED. Hasilnya adalah sebuah kelainan eksperesi alam yang digabungkan dengan teknologi (LED / Cd).

Read more...

Game Amazing Alex

Daripada pereka permainan Angry Bird. Rovio Entertainment Ltd memperkenalkan aplikasi permainan terbarunya Amazing Alex. Alex menakjubkan Akan tampil dengan 100 peringkat cabaran permainan. 35 objek interaktif sebagai penyelesaian. Permainan baru yang menguji kemahiran berfikir. Penyelesaian secara fizik ke atas tindak balas setiap pergerakan. Boleh dimuat turun sejak 12 Julai 2012 di AppStore pada harga $0.99 dolar.


Read more...

Pejuang Laut

Kempen menyelamatkan hidupan laut oleh Sea Shepherd Conservation Society. Sebuah badan NGO yang diasaskan pada tahun 1977 oleh ahli Ekologi Kanada, Paul Watson khusus untuk melindungi lautan dari pemburuan haram. Kempen komunikasi visual oleh Viken Guzel dan Jean-Christophe Royer. via fubiz

Read more...

Bagaimana Sebatang Pen Dibuat

Pen merupakan rekabentuk paling berguna untuk manusia sejak zaman penciptaannya, video menerangkan pembuatan sebuah pen mata bebola. Tak sangka teknologi pembuatan perkilangan untuk sebatang pen sebegini begitu canggih dan begitu banyak bahagian-bahagiannya. 



p/s: Selamat berinfo :)

Read more...

Kreativiti Gubahan Makanan

Dan Cretu, seorang photographer dan artis seni yang meminati kreativiti makanan. Mengajak yang melihat untuk kreatif dengan komposisi makanan. Menghubung kaitkan bahan organik untuk menjadi barangan industri.

Read more...

Potret Menggunakan Orang Ramai

Menggunakan kerjasama orang ramai membentuk potret untuk wajah-wajah ternama antaranya Marilyn Monroe, Elvis Presley, Statue of Liberty dan Presiden Amerika. Idea artisan daripada California, Amerika yang lahir pada 1971, Craig Alan. Mengambil idea daripada imejan fotografi lama. Mempamerkan hasil seni dari satu sudut pandangan dan olahan berbeza.(via boredpanda)

Read more...

Cara Membuat Rama-Rama Origami


p/s: mengisi masa di hujung minggu :) esok mahu terbang...

Read more...

Jambatan LEGO

Sebuah jambatan di Wuppertal, Jerman telah berubah menjadi struktur cantuman bata blok LEGO. Megx mengambil warna permainan terkenal dunia untuk menghiasi jambatan keretapi lama yang kini adalah kawasan menyeberang untuk pejalan kaki dan penunggang basikal. via Kastormag

Read more...

Georgetown Wall Painting 2012

Ernest Zacharevic seorang artis seni daripada Lithuania mengindahkan lagi keunikan bandar Georgetown, Pulau Pinang di Malaysia sebagai sebuah bandar unik yang memiliki keunikannya tersendiri. Lukisan dinding jalanan yang dilukis dengan keistimewaan ciri-ciri tempatan bersempena dengan George Town Festival 2012. Sehingga kini lukisan berskala 6 hingga 12, telah dihasilkan di sekitar Armenian Street, Muntri Street, dan Chew Jetty. Sumber FB Ernest.

Read more...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...