rss
twitter
    Find out what I'm doing, Follow Me :)

Yang dihormati...

( ctrl + left clik =new tab)
Klik tajuk entri untuk komen/gambar&video penuh.
Link bewarna biru dalam setiap entri adalah kredit kpd pemilik /artikel terdahulu.
Receive ayampenyek's blog update trough Facebook
Jika tiada entri baharu..kebiasaannya ade dikongsi di FB
Jika ada video yg tdk lagi boleh dimainkan.. sila komen utk alert kpd kami..

Makna Bacaan Dalam Solat

Solat dan makna bacaannya. Baik difahami dan diamati dalam membantu untuk kusyuk. Melengkapkan solat sempurna dalam amal 5 waktu sehari. Penerangan interaktif oleh iProduction.


Takbir-Allah Maha Besar

Bismillah-Dengan nama Allah yang Maha pemurah Lagi Maha mengasihani

Al-Fatihah-Segala Puji bagi Allah tuhan semesta alam,
               Yang Maha pemurah lagi maha mengasihani
               Yang menguasai hari pembalasan
               Hanya kepadaKau kami sembah dan hanya kepada Kaulah kami memnita pertolongan
               Tunjukkanlah kami jalan yang lurus
               Iaitu jalan orang2 yang kau kurniakan nikmat kpd mereka
               Bukan jalan yg kau murkai bukan jalan mereka yg sesat

Rukuk - Maha Suci Tuhanku yang Maha Besar dengan segala Pujia-pujiannya

Iktidal- Allah mendengar pujian org yg memujinya
          Wahai tuhan kami Bagi  engkaulah segala pujian

Sujud- Tuhanku yg Maha tinggi dgn segal pujian2anya

Duduk diantara 2 sujud-
Ya Allah Ampuni dosaku,Rahmati daku,
Cukupkanlah aku, angkatlah darjatku dan beriku rezeki berikan petunjukku                            
nasihatkan aku dan ampunilah aku

Tahiyat dan salam
-Segala penghormatan yg berkat solat yg baik adalah untuk Allah
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan Rahmat Allah seta keberkatannya
Sejahtera ke atas kami dan atas hamba2 Allah yg soleh
Aku naik saksi tiada tuhan selain Allah dan aku bersaksi Nabi Muhammad pesuruh Allah
Wahai Allah selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan keluarganya
Sebagaimana kau selawatkan ke atas ibrahim dan keluarga ibrahim

Berkatilah ke atas muhammad dan keluarganya
dan dalam alam ini sesungguhnya kau maha terpuji lagi maha teragung,
salam sejahtera ke atas Kamu.


p/s: bersama2 kita ke arah kesempurnaan dalam solat.. insyallah :)

Read more...

Generasiku | My Generation

Sebuah filem pendek dari JinnyBoy Tv yang menceritakan semula hari yang lepas yang kebiasaanya dialami oleh pelajar sekolah rendah Malaysia. Permainan dan kenangan yang mungkin sesetengahnya tidak lagi dinikmati buat generasi muda kini.


p/s: ^_^..

Read more...

Kelebihan Photoshop CS6

Adobe telah melancarkan Adobe Photoshop versi CS6 yang menyasarkan pengguna mereka yang terdiri daripada golongan pereka /artis digital. Beberapa ciri tambahan baru yang menarik antaranya save recovery, background color theme, kebolehan mengedit movie/penggunaan timeline, gabungan penggunaan Adobe Camera Raw 7.0, crop tool yang baru dan beberapa teknik mudah terkini.




p/s: ades cs 4 n 5 x khatam lagi.. dah keluar baru :P

Read more...

Penguin Terbang | AirPenguin

Kejuruteraan Festo mengagumkan yang melihat apungan robot penguin terbang di udara, salah sebuah projek tahun 2009.  Dipantau menggunakan stesen transmisi ultrasound. Digerakkan dengan  menggunakan teknologi struktur 3D Fin Ray. Ianya bersaiz 3.7 meter panjang. Mengandungi gas helium. Sumber robaid

p/s:wow.. teruja saya melihatnya.. O.0

Read more...

Terada Mokei Scale Modeler

Terada Mokei lahir pada 1967, merupakan seorang yang teruja dengan hobi pembuatan model berskala. Memiliki latar belakang arkitek. Beliau menghasilkan apa sahaja yang ada seperti kenderaan ketenteraan juga perkara yang menjadi kehidupan seharian. Kepuasannya terletak pada keserupaan hasil model berskala dengan keadaan atau rupa yang sebenar.

p/s: lama xpasang gundam.. ^_^

Read more...

Doa Memohon Cinta - Nabi Daud

Ya Allah, sesungguhnya aku memohon cinta-Mu dan cinta orang yg mencintai-Mu serta cinta yg dapat mendekatkan aku kepada cinta-Mu.


Ya Allah, apa saja yg Engkau anugerahkan kepadaku daripada apa yang aku cintai, maka jadikan ia kekuatan untukku mencintai apa yg Engkau cintai.


Dan apa saja yg Engkau singkirkan daripada apa yg aku cintai, maka jadikan ia keredaan untukku dalam mencintai apa yang Engkau cintai.


Ya Allah, jadikan cinta-Mu sesuatu yang paling kucintai daripada cintaku kepada keluargaku, hartaku dan air sejuk pada saat kehausan.


Ya Allah, jadikan aku mencintai-Mu, mencintai malaikat-Mu, rasul-Mu dan hamba-Mu yang soleh.


Ya Allah, hidupkanlah hatiku dengan cinta-Mu dan jadikanlah aku bagi-Mu seperti apa yg Engkau cintai.


Ya Allah, jadikanlah aku mencintai-Mu dengan segenap cintaku dan seluruh usahaku demi keredhoan-Mu".


“Ya Allah, sesungguhnya aku memohon cinta-Mu dan cinta orang-orang yang mencintai-Mu serta cinta yang dapat mendekatkan aku kepada cinta-Mu.


Ya Allah apa saja yang Engkau anugerahkan kepadaku dari apa-apa yang aku cintai maka jadikanlah ia sebagai kekuatan untukku dalam mencintai apa yang Engkau cintai…” ~Amin


[Hadith At-Tirmizi dlm Jami' al- Sahih, Rasulullah s.a.w bersabda: Inilah doa yg biasa dipanjatkan oleh nabi Daud a.s]


p/s: sumber fb.

Read more...

Smartphone di dalam buku

Studio rekaan daripada Korea, "Design Nothing". Menghasilkan sebuah rekaan khas untuk telefon pintar iPhone 4 yang berfungsi sebagai pelindung juga untuk mengaburi mata orang ramai untuk melihatnya sebagai sekadar sebuah buku nota.

p/s: perlu ke? :P huhuuhu ( teringat cerita lama2 ada pistol dalam buku.. )

Read more...

Pengering Rambut Ringkas | Dryerhair

Pengering rambut merupakan alatan elektrik harian yang sering digunakan oleh golongan wanita mahupun mereka yang menitik beratkan penggayaan rambut. Pengering rambut mula digunakan abad ke 19 oleh Alexander F. Godefoy di salonnya Perancis tahun 1890 dan alat pegang tangan (handheld) pengering rambut yang pertama adalah 1920. Ianya juga dikenali sebagai blow dryer / hair dryer. Industrial Facility adalah antara yang merekabentuk semula alatan harian ini  dengan nama Dryerhair dalam menyesuaikannya dengan rekaan kontemporari.


p/s: keguguran rambut.. mcm nk botak je ni.. =_="

Read more...

Apakah itu Kreativiti

p/s: gunakan kreativiti anda sebaik mungkin :)

Read more...

NST-Peugeot UniSZA 2011

Berikut adalah video kiriman Encik Zafir Zamani disunting dan dirakam oleh Mohd Syakirin. Video disebalik pembikinan 3 buah kereta berskala 1:5 yang telah terpilih sebagai antara 9 finalis untuk pertandingan NST-Peugeot Design Competition 2011.


p/s: oo macam tu diorang buat..

Read more...

Senaman di Pejabat

Senaman kebiasaannya dilakukan di waktu pagi,petang juga malam. Ianya seharusnya kerap dilakukan walaupun anda berada di pejabat. Amalan kerja sihat dapat mengurangkan rasa tertekan akibat bebanan kerja. Bekerja bukan halangan untuk bersenam. Berikut adalah gambar cara bersenam ringkas yang harus dijadikan sebagai amalan sewaktu berkerja.
Sumber FB cik Tikah
p/s: meletup2 tulang ni.. dah tua rasanya.. ^_^

Read more...

31 Mac 2012 | Earth Hour 2012 Official Promo Video

Kempen EarthHour anjuran WWF (World Wildlife Fund) mula diperkenalkan pada 2007 di Sydney, kemudian pada 2008 diikuti oleh seluruh dunia, ianya dilaksanakan pada setiap penghujung bulan Mac. Simpan hari Sabtu 31 Mac 2012 jam 8.30 P.M ini untuk bersama-sama menyertai kempen serata dunia. Aktiviti tahunan yang hanya memerlukan anda memadam lampu selama 1 jam untuk mengurangkan penggunaan tenaga disebalik kemajuan teknologi anda juga perlu berbakti untuk alam yang anda guna. Sumber Wikipedia.
KLCC,Kuala Lumpur 2009
Rumah Hijau / Botanic Garden,Brazil 2010

p/s: pastikan anda dlm keadaan selamat diwaktu gelap tanpa melakukan apa2 yg mudarat :P

Read more...

Poster Star Wars

Untuk tujuan promosi pameran Star Wars yang akan berlansung di Montreal, 19 April 2012 ini. Pusat Sains mengeluarkan beberapa poster menarik menggunakan vektor-vektor yang dikenali dan membentuk mozek watak penting dalam filem tersebut.

 

p/s: star troopers

Read more...

DiGi Wwwow Reunion 2012!

Menerima email jemputan daripada DiGI untuk majlis Reunion 2012. Pada 24 Mac 2012 di D'House Subang Hi-Tech Industrial Park, Shah Alam. Terima kasih pihak penaja atas jemputan tersebut.

p/s: xtau pegi ke x.. dah x masyuk ni =.='..

Read more...

8 Iklan Proton P3-21A

Dipaparkan iklan teaser/ promo sebelum pelancaran rasmi kereta P3-21A. Bersama dengan kata keyakinan oleh pemandu lagenda F1, Jean Alesi yang bertindak sebagai duta Lotus. Dibuka untuk tempahan mulai hari ini sempena Proton Power di Stadium Bukit Jalil yang berlansung 14-18 Mac 2012 daripada jam 10 a.m - 10 p.m. Kereta keluaran Proton 2012 ini ditawarkandengan harga RM 62,000 to RM 75,000. Iklan promo dengan kata keramat berikut:

"Even after u see the technologies/engineering technologies/features that going onto our new car. You'll find hard to believe . Drive it to believe it..."

p/s: percayalah..percayalah.. 8 Lagi... ^_^ 

Read more...

NexTus 2012 - (EFE ) Export Furniture Exhibition

NexTus 2012 sebuah pertandingan tahunan  yang diadakan bermula 2009 disokong oleh Malaysian Furniture Promotion Council (MFPC). Pertandingan dikelolakan oleh Malaysia Furniture Entrepreneur Association (MFEA) and National Design Centre (NDC).  NexTus diambil daripada perkataan "Nexus" yang membawa maksud ikatan dan perhubungan yang bertujuan merapatkan laluan berterusan untuk membantu perkembangan industri perabot. Ianya juga membawa simbolik " Next-Us" iaitu membuka peluang luas kepada generasi muda bersaing melibatkan diri dalam pertandingan bagi memberi pendedahan proses rekaan dan pembuatan. Pameran finalis NexTus telah berlansung 7-11 Mac 2012 yang lalu di Maeps,Serdang.
Sumber Gambar: En Abu
p/s: tahniah kepada pemenang.. tempat pertama dapat pergi MILAN tuuu!! :D

Read more...

iOS Pocket Upin Ipin untuk iPod Touch, iPad & iPhone

Aplikasi Pocket Upin kini boleh didapati di Apple AppStore dengan harga $0.99 dan boleh digunakan untuk iPod Touch, iPad dan juga iPhone. Pengguna boleh berinteraksi bersama Upin secara digital dengan menyentuh ataupun memilih pilihan aksi Upin yang boleh melakukan beberapa aksi comel seperti ketawa apabila disentuh ataupun terjatuh apabila pengguna menggoyangkan telefon. Juga memiliki pemainan mini Upin menimbang bola yang memerlukan kawalan pergerakkan Upin menimbang dan mengumpul markah tertinggi. Aplikasi ini juga akan dikemas kini dengan beberapa ciri tambahan pada masa akan datang. Ianya mula dipasarkan pada 5 Mac 2012. Sumber Upinipin

 

p/s: semakin maju industri animasi tempatan kita.. betul.betul..betul. :D

Read more...

Mercedes-Benz Lutsinar / Halimunan

Bertujuan menunjukkan penggunaan teknologi sel bahan api F-Cell Hydrogen yang digunakan ke atas model class B bahawa ianya tidak mengeluarkan karbon dioksida (Co2). Mercedes-Benz melindungi sebahagian sebelah permukaan kereta dengan LED dan pemasangan Canon Eos 5D Mark II.
 


p/s: mana kete?.. mana? .. mana? x nampak pun :P

Read more...

Video Preview Proton P3-21A TV3



p/s: kesibukan sedang melanda diriku..=.='

Read more...

Keputusan Pemenang NST-Peugeot Design Competition 2011/2012

Merekabentuk sebuah kenderaan masa hadapan dengan memenuhi kehendak pasaran asia tenggara dalam anggaran masa 6 tahun akan datang iaitu 2018. Rekaan kenderaan perlu memiliki DNA Peugeot ( kebiasaannya dapat dilihat di lampu dan grill). Pertandingan bermatlamat melahirkan pereka muda yang kreatif dan inovatif. Kategori universiti menerima 96 penyertaan. Pemenang tempat pertama menerima lawatan ke kilang Peugeot di Velizy,Perancis selama 5 hari 4 malam, RM 1000, saguhati barangan Peugeot bernilai €100 serta latihan praktikal di NAZA Gurun. Pertandingan bermula dengan penghantaran ilustrasi lakaran idea dalam bentuk A3 / A2. Kemudian hanya 9 finalis sahaja dipilih untuk menghasilkan model berskala 1:5. Rekaan praktikal ringkas ( decent look) serta kekemasan dan penyudah akhir yang kemas memberikan kelebihan kepada pemenang. Berikut adalah keputusan:

i. UniSZA ( Urban Suv)
ii. PJ CAD
iii. UniSZA (LiPEU)

Peugeot e-city (UiTM Merbok)


Qiuto ( UniSZA)
3rd Place - LiPEU ( UniSZA)

2nd Place - PJ CAD
Peugeot AHC ( UTeM)
Peugeot 3009 ( Lim Kok Wing)

Peugeot 3CX ( UiTM Merbok)
1st Place - Urban SUV ( UniSZA)
Tahniah kepada 9 finalis !!!

p/s: sedang berada di MIFF buat lawatan. ( sumber gambar Faiz Fitry UiTM Kedah)

Read more...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...