rss
twitter
    Find out what I'm doing, Follow Me :)

Yang dihormati...

( ctrl + left clik =new tab)
Klik tajuk entri untuk komen/gambar&video penuh.
Link bewarna biru dalam setiap entri adalah kredit kpd pemilik /artikel terdahulu.
Receive ayampenyek's blog update trough Facebook
Jika tiada entri baharu..kebiasaannya ade dikongsi di FB
Jika ada video yg tdk lagi boleh dimainkan.. sila komen utk alert kpd kami..

Ilusi Pelangi Buatan

 Gabriel Dawe, artis seni halus yang berasal daripada Mexico. Memperkenalkan Plexus Series mengeksplorasi pertembungan tekstil dan struktur arkitek. Gabungan yang menghasilkan ilusi pelangi dengan warna jalur benang/tali yang berlainan.

Read more...

Isi Kandungan Bajet 2013

Tema belanjawan 2013 ialah “Memakmur Negara, Mensejahtera Rakyat: Sebuah Janji Ditepati”. Kutipan hasil krjn persekutuan dianggar pd RM208.6 bln utk 2013 berbanding RM207.2 bln pd 2012. Mengambil kira anggaran hasil & perbelanjaan, defisit krjn akan terus berkurangan kpd 4% bg 2013 berbanding 4.5% bg 2012. Isi Kandungan sumber TV3



Read more...

Bajet 2013 | Budget 2013 LIVE Streaming

Pembentangan Bajet 2013 Oleh YAB Dato' Sri Najib Tun Abdul Razak Rakyat Malaysia walau dimana anda berada kini boleh layari laman rasmi TV3 ini untuk siaran langsung seluruh dunia menerusi online 28 September 2012 bermula Jam 3pm – 6.30pm. Bersama pengacara Saiful Nizam Ismail & Gan Ai Leng serta panel jemputan khas Ketua Eksekutif Institut Strategik dan Kajian Antarabangsa (Isis) Malaysia, Datuk Dr. Mahani Zainal Abidin dan Ketua Kluster Ekonomi dan Pengurusan Majlis Profesor Negara, Profesor Datuk Dr. Noor Azlan Ghazali. LIVE | Secara Lansung >> http://live.tv3.com.my/budget2013/

p/s: Klik >>. Isi Kandungan Bajet 2013 

Read more...

Wanita yang Tidak Layak dijadikan Isteri

1. Al-Anaanah
Terlalu banyak keluh-kesah kerana merasakan segala pemberian suami dalam kehidupan bersama sentiasa tidak mencukupi. Malah, perbuatan ini juga seolah-olah menunjukkan perasaan tidak redha dengan usaha dan pemberian yang diberikan. Terlalu inginkan suami memenuhi kehendak dan nafsu sendiri tanpa melihat dan menjaga perasaan suami. Perbuatan ini mampu mewujudkan perasaan tidak hormatkan suami apatah lagi berterima kasih.


Read more...

Raksasa Kecil | Little Kaiju

Little Kaiju dicipta oleh sepasang kembar,Jonathan & Josh Baker. Kisah hidupan unik yang keluar dari mesin layan diri. Perasaan ingin tahu, mengelilingi bandar Tokyo dalam kegelapan malam. Karekter yang dibangunkan oleh Morten Rowley. Dianimasikan oleh Nick Losq dan kumpulan kecilnya. Filem ini disunting oleh Ben Suenaga. Komposisi muzik oleh Jack Milas. Filem pendek ini telah banyak menyertai festival filem seluruh dunia.

Read more...

Kereta Paling Banyak dicuri di Malaysia

Lebih daripada 54% kenderaan yang dicuri di Malaysia adalah jenama Proton. 25% daripadanya adalah laporan kecurian melibatkan kereta Wira. Menjadikannya sebagai kenderaan paling tinggi kes kecurian dalam negara. Tiga di tempat teratas adalah Wira, Waja dan Iswara. Perodua sebagai jenama kedua dengan 15%, diikuti Toyota (10 %). Toyota Hilux adalah kenderaan paling dikehendaki oleh pencuri untuk kategori kenderaan import, 216 daripada laporan kecurian yang dilaporkan. BMW pula untuk kategori kenderaan mewah dengan (1%)94 kes yang dilaporkan, dengan di dahului oleh Mercedes, 131 kes. Statistik dikeluarkan oleh PDRM untuk kes di antara bulan Januari sehingga Julai 2012. via CBT

Read more...

Cara Membuat Bunga Ros Kertas

Bunga Ros kertas mudah dihasilkan. Tetapi tidak semua tahu bagaimana ia dibentuk dan direka. Sama seperti sesetengah teknik lipatan kertas yang lain. Kertas, gunting, gam, pen atau pensel dan sedikit kreativiti diperlukan. Sesuai untuk dijadikan sebagai hiasan.

p/s:  mudah dan ringkas..

Read more...

Arca Lampu Awan Buatan

Incandescent Cloud adalah nama yang merujuk kepada arca awan yang menggunakan 5,000+ cahaya mentol. Dihasilkan oleh Caitlind r.c. Brown yang menetap di Kanada, arca lampu ini dipersembahkan di majlis Nuit Blanche di Calgary.

Read more...

Memo Pad Beruang Pola Terdampar di Aisberg

Illustrasi seekor beruang pola terdampar diatas ketulan ais, adalah sebuah pelekat nota menarik dengan mesej hijau yang tersirat. Konsep bertujuan meningkatlan kesedaran terhadap pemanasan global yang dialami oleh hidupan liar di antartik. Fungsinya sebagai peringatan dengan setiap penggunaan. Snuk Memo Pad adalah produk keluaran syarikat korea, Dcell.

Read more...

Senarai Syarikat untuk Kad Diskaun Siswa 1 Malaysia

Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KADS1M) diwujudkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dengan objektif untuk membantu mengurangkan kos sara hidup pelajar-pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) awam dan swasta seluruh negara. Edaran bermula September untuk pelajar IPTA dan Oktober untuk IPTS. Syarat untuk memiliki KADS1M yang diberi secara percuma kepada pelajar-pelajar IPT yang menepati kriteria-kriteria berikut:
  • Mengikuti pengajian jangka panjang yang tempoh masanya 1 tahun dan ke atas (sijil, diploma, ijazah dan ke atas) 
  • Pengajian sepenuh masa
  • Warganegara Malaysia.
Diskaun yang ditawarkan oleh syarikat-syarikat yang mengambil bahagian adalah bagi pembelian barangan dan perkhidmatan terpilih dan tertakluk kepada kadar, terma serta syarat yang ditetapkan oleh syarikat masing-masing. Berikut adalah senarai syarikat yang terlibat dengan KADS1M:

Read more...

Proton Preve ANCAP Crash Test

ANCAP (Australasian New Car Assessment Program) adalah sebuah badan seperti EURO NCAP dan Proton Prevé telah dihantar untuk diuji sebelum berada di pasaran Australia. Berikut adalah gambar APV Tech Centre yang melakukan ujian ke atas Preve pada 23 Febuari 2012. Keputusan ujian dan video masih belum dikeluarkan. via LowyatForum & fantastickodesign.

"This is the start of a new product range and a new position for the company. There's never been a time when the company has been able to compete on an even footing in Australia in terms of specification, features and safety." Proton has not had any four or five-star safety cars in Australia, based on ANCAP testing, and it has also sold cars with engines too small for local conditions and drivers.-carsguide.com.au

Read more...

Papan Kekunci Kayu / Wooden Keyboard

Oree Design mereka bentuk papan kekunci tanpa wayar daripada kayu walnut dan maple. Oree Board direkabentuk oleh pereka Perancis dan ianya dilengkapi dengan teknologi Bluetooth 3.0. Sesuai untuk penggunaan smartphone, tablet juga komputer peribadi. Keunikan kraftangannya, memberi kelainan kepada mereka yang bosan dengan rupa bentuk gajet teknologi sedia ada.

Read more...

Video Final Asian Wave - Shiela Hamzah

Penyanyi Malaysia, Shila Hamzah diumumkan sebagai juara Asian Wave 2012, China. Shila menewaskan pesaingnya dari negara China, Korea Selatan, Thailand, India, Singapura dan Malaysia. Menyanyikan tiga lagu di peringkat akhir: Gemilang  (Jaclyn Victor), Grenade (Bruno Mars) dan sebuah lagu Mandarin, Zheng Fu (Na Ying). Pemenang dipilih berdasarkan markah daripada juri dan undian daripada peminat. Apa yang menarik dalam persembahan ini adalah, Shila menerima tepukan gemuruh serta standing ovations oleh juri dan penonton yang majoritinya Chinese daripada China.

 

p/s: Tahniah la ye :)... Malaysia Boleh

Read more...

Hari Jumaat


Begitu besarnya hikmah hari Jumaat atau dalam bahasa Arabnya “Jumu’ah” yang berasal daripada perkataan “jama’a”, bermakna ‘berkumpul’. Berkumpul yang dimaksudkan di sini ialah menunaikan solat dan mendapatkan ilmu (melalui khutbah) dengan ‘duduk sama rendah berdiri sama tinggi’ bersama-sama jemaah lain tanpa mengira warna kulit atau pangkat, kekayaan, dan keupayaan. Pada waktu inilah nilai manusia itu sama, yang membezakannya hanyalah iman dan takwa terbit tanpa disedari. Oleh hal yang demikian itu, hari Jumaat dikatakan hari untuk umat Islam berkumpul, memanjatkan doa serta membuat pelbagai amal kebajikan untuk mendapat keredhaan dan rahmat daripada Allah S.A.W.

Penghulu Segala Hari
 Banyak hadis menerangkan kelebihan hari Jumaat, misalnya hadis Rasulullah S.A.W yang diriwayatkan Abu Hurairah berkenaan penghulu hari, bermaksud: “Jumaat dinamakan sebagai `Sayyidul Aiyam’ iaitu penghulu segala hari (hari yang sebaik hari).” Katanya Rasulullah SAW bersabda: Kita (umat Muhammad) adalah yang terakhir (datang ke dunia) tetapi yang terdahulu (diadili) pada hari kiamat. Kita adalah yang paling dahulu masuk syurga, padahal mereka diberi kitab lebih dahulu daripada kita sedangkan kita sesudah mereka. Kita diberikan petunjuk oleh Allah akan kebenaran yang mereka perselisihkan itu yang Allah telah tunjukkan kepada kita iaitu Hari Jumaat. Maka hari ini (Jumaat) adalah untuk kita. Besok (Sabtu) untuk kaum Yahudi dan lusa (Ahad) untuk kaum Nasrani.

Kelebihan Hari Jumaat
Jumaat dikhabarkan sebagai hari yang istimewa dan mulia. Pada hari Jumaat berlakunya lima peristiwa yang penting, iaitu:
1) Allah ciptakan Adam ,
2) Allah turunkan Nabi Adam ke bumi,
3) Allah mematikan Nabi Adam,
4) Pada hari itu juga ada satu saat yang tidak ada seorang hamba pun yang memohon sesuatu, kecuali Allah akan perkenankan permohonannya, selagi ia tidak meminta sesuatu yang haram. 5) Pada hari itu juga akan terjadinya hari kiamat. Tidak ada satu malaikat pun, sekalipun yang amat dekat kedudukannya di sisi Allah, langit, bumi, angin, gunung, juga lautan, melainkan kesemuanya memohon belas kasihan pada hari tersebut. ( Riwayat Hadis Muslim)

Dalam hadis lain, Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud: “Hari yang dijanjikan ialah hari kiamat, hari yang disaksikan ialah hari Arafah dan hari yang menyaksikan ialah hari Jumaat. Matahari tidak terbit dan tidak terbenam pada mana-mana hari yang lebih mulia dan afdal daripada hari Jumaat.” (Hadis riwayat Tirmidzi).

Kelebihan Solat Jumaat 
Solat Jumaat dua rakaat yang difardukan ke atas umat Islam membuktikan hari itu semulia hari yang perlu diambil manfaat untuk mendapatkan ganjaran ALLAH daripada setiap amal ibadat yang dilaksanakan. Selain itu, hari Jumaat juga merupakan satu hari yang cukup mustajab dan istimewa untuk kita semua berdoa meminta pertolongan, nur dan hidayah daripada Yang Maha Esa. Rasulullah bersabda: “Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat pertama, dia umpama berkorban seekor unta. Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat kedua, dia seperti berkorban seekor lembu. Sesiapa yang menghadiri solat Jumaat pada saat yang ketiga, dia seperti berkorban seekor kibas. Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat keempat, dia seperti memberi hadiah seekor ibu ayam dan sesiapa hadir solat pada saat kelima, dia seolah-olah memberi hadiah sebiji telur.” Apabila imam naik ke mimbar, malaikat menutup buku catatannya dan ikut mendengar khutbah. Justeru, sesiapa yang datang untuk solat selepas itu seolah-olah dia hanya datang untuk solat semata-mata, tidak direkodkan di dalam buku kehadiran malaikat. 

Malaikat Turun ke Bumi
Setiap hari Jumaat, Allah S.A.W mengutuskan malaikat ke bumi, mencatat nama mereka yang ke masjid. Malaikat-malaikat akan ke langit menyembahkan apa yang dicatatnya. Allah S.W.T mengampunkan dosa-dosa mereka yang datang ke masjid. Pada hari Jumaat juga, Allah S.W.T mengutus malaikat ke muka bumi. Di tangan mereka kalam-kalam emas, juga kertas-kertas daripada perak, berdiri di pintu-pintu masjid, mencatat nama mereka yang masuk masjid, dan mendirikan sembahyang Jumaat. Apabila telah sempurna sembahyang, mereka kembali ke langit lalu berkata: “Wahai Tuhan kami, kami telah catatkan nama mereka yang masuk masjid dan menunaikan Jumaat.” Allah S.W.T berfirman yang bermaksud: “ Wahai Malaikat-Ku, demi kemuliaan dan kebesaran-Ku, sesungguhnya Aku telah ampunkan mereka, tidak berdosa sedikit pun.”

Kesimpulan
Melalui penerangan itu jelas sekali Jumaat bukan sebarang hari, malah begitu dimuliakan dan sewajarnya ia turut dimuliakan umat Islam. Apabila imam naik ke mimbar, malaikat menutup buku catatannya dan ikut mendengar khutbah. Justeru, sesiapa yang datang untuk solat selepas itu seolah-olah dia hanya datang untuk solat semata-mata, tidak direkodkan di dalam buku kehadiran malaikat. Melalui penerangan itu jelas sekali Jumaat bukan sebarang hari, malah begitu dimuliakan dan sewajarnya ia turut dimuliakan umat Islam.
Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (YAKIM) Yayasan Dakwah Islam Malaysia (YADIM), myibrah, JPM


Read more...

Seni Potret Staple | Penebuk Besi Kokot

Baptiste Debombourg melihat seni itu boleh dibentuk tanpa ada batasan alatan. Staple (penebuk besi kokot) sinonim membantu mengepil kertas, tetapi dengan teknik seni mengagumkan ia boleh membentuk sebuah potret. Nilai artistik tinggi yang memiliki komposisi kuat diinspirasikan oleh Italian Mannerism.

Read more...

Lintasan Hijau Pejalan Kaki di China

Cadangan menarik diusulkan untuk sebuah projek kehijauan dibawah China Enviromental Protection Foundation. Idea kreatif untuk menyampaikan mesej melindungi alam sekitar adalah tanggunggjawab semua. Banyakkan berjalan dan kurangkan penggunaan kenderaan bermotor. Pejalan kaki yang melalui lintasan akan menghijaukan rimbunan pokok di tengah jalan. 40% pengeluaran karbon dioksida datangnya adalah daripada penggunaan kereta.

Read more...

Malaysia iPhone 5

Bermula 21 September 2012, edaran siri iPhone 5 akan dilakukan ke sebahagian pasaran dunia. Singapura antara negara yang akan menikmati edaran pertama dan akan diikuti seminggu kemudian oleh negara lain termasuk Malaysia pada 26 Oktober 2012. Penampilan lebih ringan dengan paparan skrin lebih besar/panjang (4inch- definasi 1136 x 460). Iphone 5 mungkin akan memerlukan kad sim yang lebih kecil daripada kebiasaan, dikatakan sebagai telefon pintar paling nipis didunia. Anggaran harga untuk pasaran Malaysia bermula RM 2,199. via soyacincau

Read more...

Street Pong | Main Pinpong di Traffic Light

Berhenti sebentar di lampu isyarat, untuk bermain pinpong sementara menunggu lampu hijau pejalan kaki menyala untuk melintas. Jerman memiliki lampu isyarat paling mengujakan di dunia. Menghubungkan pemain yang menunggu di seberang jalan. Streetpong adalah sebuah konsep interaksi urban oleh Sandro Engel dan Holger Michel dibangunkan di Fakulti Seni, HAWK Hildesheim. Walau bagaimanapun ini hanyalah simulasi dan bukan pemasangan tetap.

Read more...

Hyundai Hypermatrix - Dinding Bergerak

Teknologi seni oleh Jonpasang bersempena 2012 Yeosu Expo Hyundai Motor Group. Pancaran video di 3 bahagian dinding yang memiliki beribu kiub. Menariknya setiap satu bahagian kiub dikawal secara individual.

Read more...

Kasut Reebok X Marvel

Koleksi kasut edisi adiwira (superhero) keluaran Reebok dan ilustrasi oleh Anthony Petrie. Berinspirasikan daripada watak-watak komik Marvel. Antara imej adiwira serta musuh Marvel yang terlibat untuk diabadikan sebagai kasut Reebok ialah Captain America, Spiderman, Sabretooth, Red Skull, Wolverine dan Venom. via designTaxi

p/s: canggih, cantik, bergaya.. tapi segan la pula saya nak memakainya.. ^_^

Read more...

Kereta Kawalan Saiz Sebenar

BYD sebuah syarikat permotoran milik China melancarkan model kenderaan terbarunya pada 21 Ogos 2012, di Beijing Motor Show 2012. Sesuai untuk mereka yang mengalami kesukaran ketika meletakkan kenderaan. Hanya menggunakan kawalan pemanduan di tangan (Remote Driving Controlling).


p/s: kereta kawalan jauh saiz sebenar huhu ^.^

Read more...

Aplikasi Kubur Smartphone

Aplikasi telefon pintar untuk batu nisan ( Gravestone Apps). Kemajuan teknologi ada di mana-mana, kini anda boleh mengenal si mati dengan teknologi imbasan Kod QR. Beberapa syarikat antarabangsa mula menawarkan perkhidmatan ini, yang mana imbasan QR akan membawa kepada link testimonial rakan & keluarga, video serta gambar si mati. Kod QR adalah satu kemestian pada masa kini, bertujuan untuk menggandakan kempen pengiklanan di atas talian. Imbasan pada batu nisan akan dilengkapi dengan kata laluan (password) dalam melindungi privasi. Teknologi ini ditawarkan pada harga $500 ( RM1500). via Yahoo


Read more...

Kerusi Hampas Kelapa

Pereka Belanda, Jorrit Taekema merekabentuk sebuah kerusi lapisan daripada hampas kelapa dan latex semulajadi. Galakan ke arah pembuatan perabot menggunakan bahan mesra alam. via contemporist
p/s:  minum air kelapa panas2 ni sdp juga :D

Read more...

Motor Terapung | Hoverbike

Aerofex sebuah firma dari Amerika Syarikat, menginovasikan penerbangan dengan teknologi yang akan memberi faedah dan anjakan terhadap kenderaan. Berinspirasikan daripada Star Wars, prototaip Flying Speeder Bike berjaya dihasilkan. Angan-angan motor terbang semakin hampir menjadi kenyataan.

Read more...

Poster Ais Krim Walls

Renata El Dib pereka konsep untuk pengiklanan poster ais krim Walls ( Kibon). Poster ini dicetak dua bahagian. Satu permukaan untuk mengingatkan kepada yang melihat, akan tarikan tekstur ais krim. Manakala dibahagian belakang adalah merujuk kepada kon ais krim.  Idea ringkas dan menarik, kadangkala tidak ramai yang dapat memikirkannya.

Read more...

Harga Rumah 1970-2012

Tahun ke tahun peningkatan kos sara hidup kian meningkat. Laporan daripada akhbar The Star, perbezaan dalam masa anggaran 32 tahun. Nilaian hartanah memiliki kenaikan berkali ganda. Perbezaan untuk jenis rumah teres setingkat, rumah teres 2 tingkat, semi D dan banglo.

p/s: xpayah hidup nak bergaya sangat.. takut nanti x beharta... nyimpan2 la ye :)

Read more...

Apa itu Sang Saka Malaya | Bendera Merah Putih

Tukar Bendera Malaysia tuntut sesetengah pihak. Lalu diusulkan untuk menukarnya dengan Sang Saka Malaya / Sang Saka Merdeka ( diubah mengikut kesesuaian kini untuk tidak kelihatan seperti negara komunis). Ada juga sebahagian yang sekadar ingin memaklumkan tentang sejarah yang tidak diceritakan. Ada yang mengkeji , ada yang menuduh mereka bukan daripada kumpulan tertentu. Isu timbul di malam ambang merdeka Janji Demokrasi, maka adalah kesedaran untuk melihat punca kewujudannya. Mengakulah Singa Selatan, mereka yang mengibarkan tanpa mewakili mana-mana pihak. Dikibarkan secara rasmi di seluruh Malaya pada 10 Dis 1947. Menurut akhbar Utusan Melayu, hampir semua bandar dan pekan termasuk Melaka, Johor Bahru, Kuantan, Sungai Siput, Alor Setar dan Singapura telah mengadakan istiadat menaikkan bendera tersebut. 12 bintang membawa erti 12 negeri bergabung di Malaya. Bendera inilah lambang Malaya merdeka. Warna Merah Putih punya riwayat erti besar yang tertentu bagi sebahagian penduduk di Nusantara. Merah bermakna darah, putih bermakna suci, maka darah yang berjuang yang mengalir itu adalah suci. ( klik setiap link berwarna untuk artikel penuh).
Maksud >> Bendera Rakyat 1947

 Keratan akhbar Bendera Malaya Merdeka ( bendera rakyat) daripada The Straits Time 11 Nov 1947 dan Akhbar Utusan Melayu 11 Dis 1947. - via 10tahun


Read more...

Keputusan FB Cover Photo Raya Contest 2012

Pertandingan FB Cover Photo Raya yang bermula dari 10 Ogos 2012 telah berakhir 25 Ogos 2012 yang lalu. Setelah seharian berbincang dengan AfzalSukasuki. Keputusan dibuat dengan mengambil kira keaslian, 20% undian LIKE, 40% [kreativiti, tema raya, kesungguhan ( effort), teknik dan rekaan]. Walau bagaimanapun pemenang-pemenang yang dipilih mungkin kurang dari sudut rekaan, tetapi memiliki faktor kelebihan untuk sesetengah aspek yang diperlukan. (cth: lebih markah undi kurang markah rekaan... lebih markah rekaan kurang markah undi.. rekaan tinggi, design tinggi..tema ditepati.. undi kurang dll). Tahniah kepada yag berjaya, kepada yang tidak cuba lagi dimasa akan datang. Keputusan adalah muktamad. Maka kami sepakat setelah menimbang tara semua penyertan, Pemenang Hadiah Utama (claim dengan Afzal / beg tangan pattyblossomblogshop) adalah:
Nurul Ain Yassin

Read more...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...