rss
twitter
    Find out what I'm doing, Follow Me :)

Yang dihormati...

( ctrl + left clik =new tab)
Klik tajuk entri untuk komen/gambar&video penuh.
Link bewarna biru dalam setiap entri adalah kredit kpd pemilik /artikel terdahulu.
Receive ayampenyek's blog update trough Facebook
Jika tiada entri baharu..kebiasaannya ade dikongsi di FB
Jika ada video yg tdk lagi boleh dimainkan.. sila komen utk alert kpd kami..
Showing posts with label design. Show all posts
Showing posts with label design. Show all posts

Kedai Rebat 200 Maxis / Hotlink

Senarai telefon pintar rebat 200 daripada penyedia perkhidmatan Maxis / Hotlink. Senarai adalah bagi paparan tawaran pada 23/5/2013. Tawaran menarik dan maklumat lanjut berkaitan kedai rebat 200 untuk kawasan seluruh Malaysia. Kedai kawasan ( Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Kuala Lumpur, N. Sembilan, Melaka, Johor, Kelantan, Terengganu, Pahang, Sabah, Sarawak dan Labuan) Klik perkataan Maxis untuk pascabayar dan Hotlink untuk prabayar.

Read more...

Forum Automotif | WIDD 2013 Malaysia

Forum Automotif. Sesi dialog dengan tajuk Industri Rekabentuk Automotif di Malaysia oleh Azlan Othman (Proton), Proses Rekaan dalam Rekabentuk Automotif oleh Muhamad Zamuren (Perodua) & Peranan Pereka Automotif oleh Saifullizan Abd Wahab (ex-Perodua). Bakal berlansung pada 22/6/2013. Hari Sabtu di Publika. Bersempena dengan Hari Rekabentuk Perindustrian Dunia 2013 | Malaysia. Orang ramai dijemput hadir. via Pereka

p/s: Mohon tolong rekod kalau pergi :) hehee

Read more...

CIPTA 2013 | UNIMAS

Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif (FSGK/ FACA), Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) mempelawa anda hadir ke Pameran Cetusan Inspirasi Pelajar Tahun Akhir (CIPTA) 2013 pada 22-29 Mei 2013 masa 9.00 pagi – 5.00 petang setiap hari (Kecuali 24 Mei - Hari Wesak). Bertemakan "RE PUBLIC ARTS" pelbagai hasil kerja kreatif pelajar daripada jurusan Rekabentuk Industri, Animasi, Grafik, Tekstil/ Fesyen, Seni Halus, Cinema dan Muzik dipamerkan.

p/s:  lambat bg tahu.. tiket flight mahal beli last minute ni huhu ^,^

Read more...

Pertandingan Cipta Logo 2013

Pertandingan mencipta logo rasmi untuk World Industrial Design Day 2013 | Malaysian Chapter. Bertujuan untuk meraikan hari Rekabentuk Industri di seluruh Malaysia yang jatuhnya pada 29 Jun 2013. Hanya 1 logo bertuah akan dipilih. Pemenang akan menerima keahlian percuma selama 1 tahun sebagai ahli Persatuan Pereka Perindustrian, Malaysia. Logo yang terpilih merupakan portfolio besar sebagai pereka kerana akan digunakan untuk perjalanan rasmi program di seluruh Malaysia sempena meraikan WIDD 2013 | Malaysia. Program akan diadakan di Publika, Duta Solaris. Pada 17 Jun hingga 29 Jun 2013.

p/s: mohon hebah2kan.. share.. dan sertainya :)

Read more...

Bangunan Sains Molekul

Lebih 80 staf kreatif dengan amalan rekaan terbesar serta kemahiran yang terbukti dalam merealisasikan projek besar. Syarikat arkitek yang bertapak di Melbourne, Australia, Lyons Architects merekabentuk kompleks LIMS yang dianggarkan bernilai 100 juta untuk La Trobe University. Struktur molekul yang ada dipadankan dengan sains yang diamalkan dalam bangunan tersebut.

Read more...

Haiwan Sebesar Hujung Jari

"Miniature Crochet Animals", adalah haiwan sulaman miniatur. Bersaiz anggaran 0.8 inch ( 20 mm) tinggi, 1.2 inch ( 30 mm) panjang termasuk ekor (saiz untuk singa). Koleksi menarik untuk dimiliki ini dikeluarkan oleh Suami, sebuah syarikat Vietnam. Harga serendah +- RM 78 (seekor monyet) sehingga  RM 718.00 ( set anak dan ibu gajah). Comel, secomel harganya :)


Read more...

Binaan Chewing Gum | Hollywoodoscopies

Arkitek binaan struktur luar biasa ini adalah seorang seniman berasal daripada Marseille, Perancis. Jérémy Laffon suka melakukan kelainan dalam hasil kerjanya. “Hollywoodoscopies” dicipta dalam masa 2 hingga 3 bulan dengan komposisi berdasarkan lebih kurang 4000 gula-gula getah. via dailymail


Read more...

Sofa Awan

Dizajni, jenama Slovakia yang pengkhususannya adalah dalam rekaan sofa. “ Cirrus” direka oleh Lubo Majer, segalanya kini bukan mustahil untuk berehat santai di atas awan besar.

Read more...

Typography Haiwan

“Dunia Haiwan” sebuah projek oleh pereka grafik Australia, Dan Fleming. Idea asli dan hasil typography mengujakan dengan adunan pelbagai warna membentuk nama dan haiwan. Untuk siri gambar yang lebih lanjut, lawati laman sesawang www.wordanimals.co.uk

Read more...

Pencetak Gula-Gula 3D

Fabcafe terletak di Shibuya, Tokyo. Membuat tawaran untuk Hari Putih, sehari selepas sebulan Hari Valentine untuk cetakan replika 3D gula-gula gummy berdasarkan teknik fotografi. Inisiatif yang memberi kelainan untuk perniagaan masa depan.

Read more...

Pen 3D Pertama Di Dunia

Pen cetak 3D pertama di dunia  '3Doodler' keluaran syarikat Amerika, Wobbleworks. Menggunakan plastik ABS, alatan ini menghasilkan sebuah lukisan 3 dimensi apabila dilukis di permukaan atau ruang udara tanpa memerlukan apa-apa perisian komputer. Berfungsi setelah cairan plastik yang panas menyejuk dengan cepat untuk membentuk struktur kukuh. Objek boleh dihasilkan sebagai sebuah bentuk yang rata diatas sehelai kertas, lukisan secara bebas, atau secara bahagian-bahagian berasingan yang terpisah. via kickstarter
 

Read more...

Arca Kaca Hancur

Marta Klonowska membentuk hasil seninya daripada lebihan hancuran kaca yang pelbagai warna. Pelbagai rupa bentuk haiwan daripada kaca hancur ini telah dipamerkan di European Glass Context 2012.

Read more...

Fotografi Permainan Video 2D

Jurugambar berbangsa Swedish, Christian Åslund menghasilkan siri fotografi ‘Honkey Kong’ untuk jenama Jim Rickey. Mengingatkan yang lain tentang era kegemilangan permainan video dengan teknik imejan daripada kawasan tinggi untuk hasil 2D.

Read more...

Kerusi Keseimbangan Graviti

Varier Gravity Balans adalah gabungan tiga tema kerusi di dalam satu. Kerusi pejabat, kerusi malas, juga sebagai kerusi santai untuk ruang tamu. Duduk tegak atau berehat kembali dan mengambil tekanan vertebra anda. Pergerakan adalah kunci kepada kesihatan bagi mereka yang duduk berjam-jam setiap hari, dan kerusi ini adalah sebagai pilihan yang sesuai untuk memiliki kelebihan dalam keselesaan bekerja & berehat. Penekanan rekaan moden, fungsi serta ergonomik.


p/s:  tengah minum jangan nak ngada-ngada baring jap lagi tertuang atas badan ahha :D

Read more...

10 Ilusi Mata

Gambar mana yang lebih besar? Saiz mana yang lebih kecil? Apa yang anda nampak dalam 1 gambar potret? Nampak berbeza tetapi adalah sama. Garisan, perspektif, dan tona boleh mengelirukan sekilas pandangan. Tanpa perhatian dan penelitian, tanggapan boleh salah dilakukan. Biarpun ramai yang melihat tapi jawapan dan tanggapan belum tentu tepat. Kerana manusia tidak sentiasanya tepat.

Read more...

Seni Kertas Potongan Laser

Eric Standley adalah artis Amerika yang banyak terlibat dengan pelbagai projek kesenian. Beliau merupakan seorang Profesor Madya, juga adalah koordinator seni lukis dan seni reka di Sekolah Seni Visual, Virginia Tech. Komposisi indah seni kertas potongan laser adalah siri kerja yang terbaru miliknya.

Read more...

Binaan Unik ARTechnic Architects

Sekumpulan arkitek Jepun daripada ARTechnic Architects mereka bentuk sebuah struktur indah yang dipanggil sebagai “ Shell” di tengah hutan kayu di Karuizawa. Syarikat yang berkebolehan dalam rekaan bangunan unik yang sesuai dengan kehendak masa kini. Dua struktur berbentuk oval dibina berdekatan. Projek bermatlamat mewujudkan keharmonian semulajadi dengan binaan moden.

Read more...

Lanskap Arca Bandar Kayu

Menggunakan pengalaman dalam bidang perkayuan dan perabot. Mendapat inspirasi daripada pembangunan kota. Siri arca koleksi, berkonsepkan lanskap urban hadir dari ilham serta pemerhatian sekeliling. Terhasil arca bandar kayu oleh McNabb & Co studio yang bertapak di Philadelphia, Amerika.

Read more...

Cara Buat Origami Cincin Kertas

Cara membuat cincin daripada kertas. Sesuai untuk mereka yang dilamun cinta. Mungkin juga sekadar suka-suka. Teknik kreatif menarik untuk menambat hati si dia. " How to make an origami ring " adalah tutorial untuk anda menghasilkan cincin daripada kertas. Bajet murah tanpa mengeluarkan ratusan atau ribuan ringgit.


p/s: huhu payahla pulak :P nak cincin besar pakai kertas besar kahkah puih~

Read more...

Garisan Gelanggang LED | Glass Floor

ABS Systembau pakar dalam pembinaan gelanggang memikirkan sesuatu yang terbaik untuk masa depan. Kekurangan gelanggang bukan lagi masalah, kerana kegunaan garisan LED mudah alih mampu merealisasikan keperluan mengikut kejohanan permainan dalam ruang kawasan yang sama. Sistem garisan lampu LED di atas lantai ( glass floor) dengan mudah dipasang untuk sukan yang berbeza dengan mengubah konfigurasi dalam ruang hanya beberapa saat menggunakan satu butang. Klik untuk video penuh.

Read more...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...