rss
twitter
    Find out what I'm doing, Follow Me :)

Yang dihormati...

( ctrl + left clik =new tab)
Klik tajuk entri untuk komen/gambar&video penuh.
Link bewarna biru dalam setiap entri adalah kredit kpd pemilik /artikel terdahulu.
Receive ayampenyek's blog update trough Facebook
Jika tiada entri baharu..kebiasaannya ade dikongsi di FB
Jika ada video yg tdk lagi boleh dimainkan.. sila komen utk alert kpd kami..
Showing posts with label perabot. Show all posts
Showing posts with label perabot. Show all posts

Sofa Awan

Dizajni, jenama Slovakia yang pengkhususannya adalah dalam rekaan sofa. “ Cirrus” direka oleh Lubo Majer, segalanya kini bukan mustahil untuk berehat santai di atas awan besar.

Read more...

Kerusi Keseimbangan Graviti

Varier Gravity Balans adalah gabungan tiga tema kerusi di dalam satu. Kerusi pejabat, kerusi malas, juga sebagai kerusi santai untuk ruang tamu. Duduk tegak atau berehat kembali dan mengambil tekanan vertebra anda. Pergerakan adalah kunci kepada kesihatan bagi mereka yang duduk berjam-jam setiap hari, dan kerusi ini adalah sebagai pilihan yang sesuai untuk memiliki kelebihan dalam keselesaan bekerja & berehat. Penekanan rekaan moden, fungsi serta ergonomik.


p/s:  tengah minum jangan nak ngada-ngada baring jap lagi tertuang atas badan ahha :D

Read more...

Kepompong Privasi

Cocoon Concept adalah produk inovatif yang direka dengan menggabungkan estetika dan fungsi dalam ruang yang dikurung. Sfera dengan dinding tembus cahaya (translucent) ini membuatkan mereka yang duduk didalamnya memiliki kepompong/ruang sendiri tanpa berasa terasing dengan dunia luar. Spesifikasi Cocoon adalah berdiameter 180cm.dijual dengan harga $2990, akan menemui pembeli tahun 2013.

Read more...

Sofa Haiwan Peliharaan

Seungji Mun merekabentuk M.Pup, sebuah perabot yang memberi ruang kepada haiwan peliharaan. Rekaan ringkas yang mewujudkan hubungan harmoni diantara haiwan & manusia. Meletakkan haiwan peliharaan sebagai sebahagian daripada kewujudan dalam kekeluargaan, juga galakan memelihara haiwan terbiar. Sofa M.pup adalah sebagai medium komunikasi untuk berkongsi emosi dan perasaan antara satu sama lain.

Read more...

Almari, Buku & Basikal

BookBike Storage perabot ilham BYografia untuk mereka yang memiliki basikal tetapi tidak mempunyai ruang penyimpanan yang turut bertindak sebagai hiasan. Sebahagian daripada almari, digunakan untuk buku.

Read more...

Kerusi Tulang Kinematic | Setu

Teknologi semakin maju, berubah dari masa ke semasa. Manusia kini bekerja tanpa mengira tempat. Tidak kira dimana sekalipun bekerja, manusia sentiasa meinginkan sebuah kerusi sebagai tempat duduk. Setu adalah inovasi kerusi bertulang kinematic yang fleksibel dengan pergerakan. Menekankan keselesaan dalam rekaan , diperbuat daripada kombinasi lenturan dan kekuatan yang memrelukan ujikaji serta perkiraan dalam pergerakan bebanan. via Core77

Read more...

Furniture Design Contest 2012

Menangi hadiah utama penerbangan ke Milan Furniture Fair 2013. Tunjukkan potensi rekaan anda kepada dunia. Mobili adalah inisiatif yang dilancarkan oleh Malaysian Timber Industry Board (MTIB) untuk memilih, mempromosikan dan memasarkan, rekaan, pereka dan perabot di iSaloni 2013 Milan Furniture Fair. Bertujuan membantu menjadi sebagai landasan menaikkan portfolio pereka yang memiliki penampilan rekaan tahap antarabangsa, serta boleh dijadikan sebagai keluaran  dan dipasarkan oleh syarikat pengeluar Malaysia. Untuk tentatif program dan maklumat lanjut hubungi: Azura atau Sharini > mobili2013@gmail.com

Klik gambar untuk pembesaran

p/s: sahkan kehadiran di sana sebelum 23 Mei 2012.. :)

Read more...

Kerusi Nomad Nordic

Kerusi, beg sandang, juga selimut, fungsi pelbagai guna yang menampung keperluan. Sebuah konsep gabungan perabot dan tekstil untuk pengembara. Gaya hidup yang manusia nomad moden yang penempatannya berubah-ubah adalah hak kebebasan peribadi. Maka ideologi Bjarke Frederiksen adalah merekabentuk sebuah produk untuk golongan pengguna tertentu.


p/s: teringat kekawan tabligh :)

Read more...

Perabot Kitar Semula

Perabot juga boleh membantu penjagaan alam sekitar. Ke arah alam hijau, menggunakan sumber sedia ada, mendidik dalam rekaan sustainable dan enviromental. Kumpulan pelajar UniSZA yang memperkenalkan diri sebagai Awop Kiter merekabentuk perabot sebagai sebahagian daripada tugasan asas rekabentuk oleh En.Sharih Ahmad dengan gunaan bahan buangan daripada kayu, plastik, kotak serta kertas.


p/s: sampah itu ada harganya :)

Read more...

NexTus 2012 - (EFE ) Export Furniture Exhibition

NexTus 2012 sebuah pertandingan tahunan  yang diadakan bermula 2009 disokong oleh Malaysian Furniture Promotion Council (MFPC). Pertandingan dikelolakan oleh Malaysia Furniture Entrepreneur Association (MFEA) and National Design Centre (NDC).  NexTus diambil daripada perkataan "Nexus" yang membawa maksud ikatan dan perhubungan yang bertujuan merapatkan laluan berterusan untuk membantu perkembangan industri perabot. Ianya juga membawa simbolik " Next-Us" iaitu membuka peluang luas kepada generasi muda bersaing melibatkan diri dalam pertandingan bagi memberi pendedahan proses rekaan dan pembuatan. Pameran finalis NexTus telah berlansung 7-11 Mac 2012 yang lalu di Maeps,Serdang.
Sumber Gambar: En Abu
p/s: tahniah kepada pemenang.. tempat pertama dapat pergi MILAN tuuu!! :D

Read more...

Kerusi / Bangku Cincin

Chris Kabel pereka yang lahir di Bloemendaaldi, Belanda 1975. Graduan daripada Design Academy Eindhoven, 2011. Kemudian berhijrah ke Rotterdam tahun 2002. Beliau pernah membentuk sebuah rekaan perabut bangku bulatan cincin. Memiliki 100 kepingan potongan daripada kayu besar. Ianya boleh dicantum serta dipisahkan. Kini Beliau merupakan Professor di Design Academy Eindhoven dand Ecole Cantonale d’Art inLausanne (ECAL).


p/s: mari membelah kayu :P

Read more...

Ideation Award 2012

Hi

Thank you again for your support of Ideation 2012 and the search for emerging new furniture design talent in Malaysia.

We hope to see you and your friends at the Ideation Booth at MIFF 2012, 6 - 10 March at Matrade Exhibition & Convention Centre (MECC), to celebrate the winners and commiserate with the losers of this year's design competition.

This year, we are also organizing a special event for all Ideation participants.

We will be screening movies about the work of many of the world's greatest architects and designers.

The attached flyer gives you further details.

It would help us plan the movies and activities for each day if you could email us, at this email address, the date when you are coming, how many people do you expect to be in your party, and your favourite architects and designers whose movies you hope to see.

Thank you
Ian Davies @ Hj Iskandar Abdullah




p/s: miff 6-10 march 2012... see u there :)

Read more...

Kiosk Pejabat Kubikal / Kristal

Perekanya ialah David Ajasa-Adekunle, salah seorang ahli studio Innovation Imperative. Tujuannya menghasilkan sebuah ruang kerja dengan kelainan. Tetra-Shed berbentuk kubikal / kristal, sebuah rekaan futuristik yang memungkinkan ianya menjadi sebuah pejabat untuk bekerja atau rumah dengan diletakkan di lapangan laman yang besar. Berkonsep modular, ianya dijangka akan dipaasarkan Januari 2012. Rekaan ini adalah pemenang Cool Wall Competition 2011. Sumber Dvice


p/s: berfikir di dalam kotak ^_^..

Read more...

Cay Sofa Konsep Alexander Rehn

Kontemporari dan elegant, inilah yang ditampilkan oleh pereka dari Swiss, Alexander Rehn - berkonsepkan moden serta menitik beratkan fungsi ( functionality). Direka dengan modul / part yang berlainan dan boleh diubah  bentuk mengikut keperluan (flexible).








p/s: teringat seorang rakan pereka bernama joule yg kini sbg engineer rim di JRD :)

Read more...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...