rss
twitter
    Find out what I'm doing, Follow Me :)

Yang dihormati...

( ctrl + left clik =new tab)
Klik tajuk entri untuk komen/gambar&video penuh.
Link bewarna biru dalam setiap entri adalah kredit kpd pemilik /artikel terdahulu.
Receive ayampenyek's blog update trough Facebook
Jika tiada entri baharu..kebiasaannya ade dikongsi di FB
Jika ada video yg tdk lagi boleh dimainkan.. sila komen utk alert kpd kami..
Showing posts with label future. Show all posts
Showing posts with label future. Show all posts

Animatronics Hollywood

Disebalik pembikinan semua filem fiksyen. Rekaan karakter filem yang melibatkan sistem teknikal untuk menjadikan sebuah karakter fiksyen menjadi lebih realiti. Gabungan kejuruteraan dan estetika yang mengagumkan.



p/s: lama x berblogging :P

Read more...

Forum Automotif | WIDD 2013 Malaysia

Forum Automotif. Sesi dialog dengan tajuk Industri Rekabentuk Automotif di Malaysia oleh Azlan Othman (Proton), Proses Rekaan dalam Rekabentuk Automotif oleh Muhamad Zamuren (Perodua) & Peranan Pereka Automotif oleh Saifullizan Abd Wahab (ex-Perodua). Bakal berlansung pada 22/6/2013. Hari Sabtu di Publika. Bersempena dengan Hari Rekabentuk Perindustrian Dunia 2013 | Malaysia. Orang ramai dijemput hadir. via Pereka

p/s: Mohon tolong rekod kalau pergi :) hehee

Read more...

Garisan Gelanggang LED | Glass Floor

ABS Systembau pakar dalam pembinaan gelanggang memikirkan sesuatu yang terbaik untuk masa depan. Kekurangan gelanggang bukan lagi masalah, kerana kegunaan garisan LED mudah alih mampu merealisasikan keperluan mengikut kejohanan permainan dalam ruang kawasan yang sama. Sistem garisan lampu LED di atas lantai ( glass floor) dengan mudah dipasang untuk sukan yang berbeza dengan mengubah konfigurasi dalam ruang hanya beberapa saat menggunakan satu butang. Klik untuk video penuh.

Read more...

Kitar Semula Spray Grafiti

Canlove, nama sebuah organisasi bukan berasaskan keuntungan yang menjalankan program kitar semula spray graffiti. Idea oleh Neff & DJ Paul Ramirez. Memberi harapan kedua untuk berbotol tin spray dengan seni, program ini berjaya mengadakan pameran di 941 Gallery ,San Francisco.

Read more...

Rumah Kapal Angkasa

Jutawan Rusia, Vladislav Doronin melaburkan duitnya untuk rekaan rumah yang menyerupai sebuah kapal angkasa. Zaha Hadid Architects merealisasikan ” Spaceship House “ yang terletak di lereng bukit Moscow, Barvikha. Vila 2650m2 rekaan berinspirasi  kapal angkasa daripada filem sains fiksyen, rupabentuk geometrik untuk penempatan masa depan ini masih dalam pembinaan. Klik tajuk entri untuk 12 gambar seterusnya.

Read more...

iPad Mini Malaysia

Spesifikasi bersaiz paparan 7.9 inchi dengan teknologi LED, dilengkapi powerful A5 chip, FaceTime HD kamera, iSight kamera dengan 1080p HD rakaman video, ultrafast wireless, dan lebih 275,000 apps sedia untuk dimuat turun daripada App Store. iPad mini adalah iPad dalam apa jua cara, cuma yang membezakan adalah saiznya lebih kecil , 7.2 mm nipis, dan ringan 53% daripada ipad.Tahan untuk lebih 10 jam penggunaan. Bakal menjadi pesaing Kindle Fire keluaran Amazon dan Nexus 7 keluaran Google. Harga berkemungkinan antara $249 sehingga $399 ( RM 760-RM 1,217). Laporan daripada Wall Street Journal, menyatakan Apple telah mengeluarkan lebih 10juta unit dan boleh mula didapati pada 2 November. via Apple

Read more...

Kapal Angkasa di Tengah Jalan

Endeavor dibawa berarak mengelilingi Los Angeles (LA), melalui jalan-jalan di sekitar Bandar sejauh 30 kilometer, sebelum dipamerkan di Muzium Pusat Saintifik California. Lebih 400 pokok ditebang bagi membolehkan kapal angkasa NASA itu dibawa menerusi jalan raya LA selama dua hari walaupun langkah itu mendapat bantahan dikalangan penduduk tempatan. via bharian

Read more...

Rim Thermoplastic SmartForVision

Smart forvision adalah yang pertama di dunia menggunakan rim plastik ke arah pengurangan berat dalam industri kenderaan dengan rekabentuk unik. Rim polymer inovasi tinggi ( UltramidStructure) sesuai untuk pengeluaran dalam jumlah yang besar. Pembangunan kerjasama yang dijalankan oleh Daimler AG & BASF SE daripada bahan baru berprestasi tinggi yang memberi keputusan penjimatan 3kilogram untuk setiap rim. via motoren

Read more...

Bangunan Kubah Geometrik

Binaan kubah ini adalah rekaan dua orang arkitek, Kristoffer Tejlgaard dan Benny Jepsen. Terletak di Bornholm, Denmark, ia adalah kawasan pelancaran untuk perbincangan/debat mengenai isu perumahan masa hadapan. via Fubiz

Read more...

Mesin Percetakan 3D Mampu Milik

Form 1 adalah printer 3D yang dikeluarkan oleh FormLabs. Bermula pada 2011 dengan matlamat mengatasi masalah cetakan 3D yang mahal dan kualiti tidak memuaskan. Form 1 menggalakan kreativiti pereka, jurutera dengan kualiti & harga munasabah. Bahan cecair resin plastik akan terbentuk setelah terdedah dengan cahaya laser melalui lapisan demi lapisan. Bersaiz kompak, dengan Stereolithography ia mampu mencetak dengan ketebalan 25 microns (0.001 in). Dijual dengan pakej berbeza bermula daripada $2,299 - $10,000 ( RM 7,000- RM 30,000 ++). via Kickstarter

Read more...

Kereta Pandu Sendiri Google

Self Driving Car Project, sebuah projek pintar oleh Google yang telah bermula sejak 2010. Bermatlamat mengurangkan masalah keselamatan (kemalangan) dan menekankan efisiensi penggunaan kenderaan yang menjimatkan masa manusia dan mengurangkan pembebasan karbon dioksida. Kereta dilengkapi dengan rakaman video kamera, sensor radar juga bantuan peta. Projek ini mengumpulkan jurutera daripada pemenang cabaran DARPA, pertandingan perlumbaan autonomus di Amerika Syarikat. Ketua bahagian kejuruteraan, Chris Urmson (pasukan CMU – Urban Challange 2007), ketua perisian, Mike Montemerlo (Stanford – Grand Challenge 2005) dan Anthony Levandowski ( pereka motosikal autonomus pertama dunia). Semua hasil kerja mereka di pamerkan di National Museum of American History. Teknologi ini telah diuji sejauh 300,000 batu tanpa melibatkan sebarang kemalangan. California akan menjadi kawasan kedua di Amerika, memberikan lesen untuk kereta tanpa pemandu ini. Masyarakat dunia mungkin akan dapat melihat ianya beroperasi menjelang tahun 2018. via GoogleBlog / GoogleBlog 2 / TgDaily / NewCarEngineReview / Wikipedia

Read more...

Memo Pad Beruang Pola Terdampar di Aisberg

Illustrasi seekor beruang pola terdampar diatas ketulan ais, adalah sebuah pelekat nota menarik dengan mesej hijau yang tersirat. Konsep bertujuan meningkatlan kesedaran terhadap pemanasan global yang dialami oleh hidupan liar di antartik. Fungsinya sebagai peringatan dengan setiap penggunaan. Snuk Memo Pad adalah produk keluaran syarikat korea, Dcell.

Read more...

Lintasan Hijau Pejalan Kaki di China

Cadangan menarik diusulkan untuk sebuah projek kehijauan dibawah China Enviromental Protection Foundation. Idea kreatif untuk menyampaikan mesej melindungi alam sekitar adalah tanggunggjawab semua. Banyakkan berjalan dan kurangkan penggunaan kenderaan bermotor. Pejalan kaki yang melalui lintasan akan menghijaukan rimbunan pokok di tengah jalan. 40% pengeluaran karbon dioksida datangnya adalah daripada penggunaan kereta.

Read more...

Kereta Kawalan Saiz Sebenar

BYD sebuah syarikat permotoran milik China melancarkan model kenderaan terbarunya pada 21 Ogos 2012, di Beijing Motor Show 2012. Sesuai untuk mereka yang mengalami kesukaran ketika meletakkan kenderaan. Hanya menggunakan kawalan pemanduan di tangan (Remote Driving Controlling).


p/s: kereta kawalan jauh saiz sebenar huhu ^.^

Read more...

Aplikasi Kubur Smartphone

Aplikasi telefon pintar untuk batu nisan ( Gravestone Apps). Kemajuan teknologi ada di mana-mana, kini anda boleh mengenal si mati dengan teknologi imbasan Kod QR. Beberapa syarikat antarabangsa mula menawarkan perkhidmatan ini, yang mana imbasan QR akan membawa kepada link testimonial rakan & keluarga, video serta gambar si mati. Kod QR adalah satu kemestian pada masa kini, bertujuan untuk menggandakan kempen pengiklanan di atas talian. Imbasan pada batu nisan akan dilengkapi dengan kata laluan (password) dalam melindungi privasi. Teknologi ini ditawarkan pada harga $500 ( RM1500). via Yahoo


Read more...

Motor Terapung | Hoverbike

Aerofex sebuah firma dari Amerika Syarikat, menginovasikan penerbangan dengan teknologi yang akan memberi faedah dan anjakan terhadap kenderaan. Berinspirasikan daripada Star Wars, prototaip Flying Speeder Bike berjaya dihasilkan. Angan-angan motor terbang semakin hampir menjadi kenyataan.

Read more...

Harga Rumah 1970-2012

Tahun ke tahun peningkatan kos sara hidup kian meningkat. Laporan daripada akhbar The Star, perbezaan dalam masa anggaran 32 tahun. Nilaian hartanah memiliki kenaikan berkali ganda. Perbezaan untuk jenis rumah teres setingkat, rumah teres 2 tingkat, semi D dan banglo.

p/s: xpayah hidup nak bergaya sangat.. takut nanti x beharta... nyimpan2 la ye :)

Read more...

Remote Control (RC) S.H.I.E.L.D. Helicarrier

Dari Filem The Avengers , kenderaan konsep yang tersejuk (coolest) adalah "S.H.I.E.L.D. Helicarrier". Ia merupakan sebuah kapal perang dan pejabat terbang (terapung?) di angkasa bandar New York. Jikalau di ikutkan skala kebesarannya ia adalah 3 atau 4 kali ganda besar dari mana-mana kapal perang carrier Jet USA. 

rekabentuk SHIELD Helicarrier dari filem.

Namun ini tidak menghalang pembuat model dan peminat RC (permainan remote control) dari Arkhangelsk Russia yang hanya dikenali sebagai "Native18" untuk membina model hover remote control akan rekabentuk SHIELD Helicarrier itu (namun pada skala yang lebih kecil dan ekonomi). Beliau yang agak famous di forum Russian RC community telah berbincang dengan ahli-ahli forum untuk menghasilkan model skala lebih kecil akan rekabentuk ini. (mereka juga telah banyak kali menghasilkan versi remote control skala kecil akan pelbagai lagi rekabentuk kenderaan popular filem Amerika)
(petikan visual dari filem)

Read more...

Autostylista Battle | The Hatchback Dream Car

Autostylista sebuah kumpulan bagi peminat rekaan kereta. Berkongsi inspirasi dalam bentuk lukisan lakaran, rendering, dan 3D. Memberi tunjuk ajar dalam teknik rekaan secara tidak formal. Juga berdiskusi informasi terbaru mengenai automotif dan berkongsi karya design mereka yang mana terdapat dalam bentuk media digital hinggalah ke pembuatan model berskala. Kumpulan ini juga kerap mengadakan pertandingan rekaan kenderaan dalaman mengikut tema yang telah ditetapkan. Tema untuk bulan ini adalah Hatchback dan tarikh tutup penyertaan pada 20 Ogos 2012. Pemenang akan dinilai melalui jumlah bilangan LIKE. (Makluman:Tiada hadiah ditawarkan untuk pemenang tetapi ianya adalah untuk tujuan pembelajaran/ kritikan penambahbaikan.) Berikut dipaparkan hasil 5 daripada 19 penyertaan milik Anwar, Ahmad Firdaus, Fairuz Jalal, Amir dan Imran Othman.

Read more...

Pesawat Solar Impulse

HB-SIA, pesawat Solar Impulse  telah terbang lebih daripada 6,000 km merentasi eropah juga afrika mempromosikan sumber tenaga gantian berpotensi iaitu solar. Rekaan ringkas yang dijana oleh 12,000 sel solar , dipacu empat motor eletrik ia telah dipandu uji oleh Bertrand Piccard dan Andre Borschberg.

Read more...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...