Dari Filem The Avengers , kenderaan konsep yang tersejuk (coolest) adalah "S.H.I.E.L.D. Helicarrier". Ia merupakan sebuah kapal perang dan pejabat terbang (terapung?) di angkasa bandar New York. Jikalau di ikutkan skala kebesarannya ia adalah 3 atau 4 kali ganda besar dari mana-mana kapal perang carrier Jet USA.
rekabentuk SHIELD Helicarrier dari filem.
Namun ini tidak menghalang pembuat model dan peminat RC (permainan remote control) dari Arkhangelsk Russia yang hanya dikenali sebagai "Native18" untuk membina model hover remote control akan rekabentuk SHIELD Helicarrier itu (namun pada skala yang lebih kecil dan ekonomi). Beliau yang agak famous di forum Russian RC community telah berbincang dengan ahli-ahli forum untuk menghasilkan model skala lebih kecil akan rekabentuk ini. (mereka juga telah banyak kali menghasilkan versi remote control skala kecil akan pelbagai lagi rekabentuk kenderaan popular filem Amerika)
(petikan visual dari filem)
pandangan atas rekabentuk transporter cool ini.
Berikut gambar-gambar pembikinan model skala ini menggunakan papan styrofoam, beberapa kit hover fans dan juga LED lighting untuk efek pencahayaan seperti filem itu. Menjawab persoalan bagaimana ? atau apakah cara membuat model kapal terbang berteknolgi? Proses pembikinan model skala ini juga berhadapan dengan debat dan perbincangan serius di dalam forum Russia itu, mereka begitu serius terhadap minat seperti ini.
Di dalam waktu sebulan, encik Native18 berjaya menyiapkan model ini berserta efek "weathering" dan efek lampu agar lebih cool terhadap rekabentuk asalnya.
Namun pembikinan dan ujian terbang akan rekabentuk cool ini tidaklah lengkap tanpa demonstrasi dalam bentuk rakaman video (sungguh skima ayat ini) untuk tujuan berlagak dan kegemilangan seorang pembuat model.
credit kepada http://www.core77.com/blog/transportation/making_the_shield_helicarrier_fly_23273.asp#more untuk entry asal info-cool ini :)
p/s: entri kedua daripada encik Jambu..
7 comments:
gila la
hoho kemas.ni kalau bawak mak aku beli ikan kat pasar pon osem ni dia pon dah lama bercita2 nak nek kapal terbang
kreatif tu
heabt kan!
canggih btoi
kreatif giler hebat diorg ni ^^
org tranung kate, kemah keming. huhu.
Post a Comment