Sejumlah 20 harga barangan ( ayam, daging, telur, bawang, kelapa dll) keperluan pengguna disenarai oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi & Kepenggunaan (KPDNKK) untuk dikawal harganya sempena Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Hari Raya Aidilfitri. Penguatkuasaan kawalan harga ini bermula sejak 12 Ogos sehingga 26 Ogos 2012 di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 (dahulunya Akta Kawalan Harga 1946) bertujuan melindungi pengguna daripada peniaga yang tamak haloba di musim perayaan. Sekiranya peniaga didapati melanggar arahan ini, hukuman denda maksimum RM 100,000 atau 3 tahun penjara. Menterinya, Datuk Ismail Sabri Yaakob menjelaskan seramai 2.000 pegawai penguatkuasa dan 1,400 pegawai pemantau akan berada di lokasi tertentu.
|
Sumber Bharian |
p/s: macam biasalah kan.. harga ayam dan telur ayam mesti jadi tumpuan.. ^_^
2 comments:
ika teman kakak beli barang2 tgk je harga kawalan nie tp xtahu ape2. hahaha . murah ke mahal, pasrah je sbb kakak yg bayar . hahaha
jangan2 pepandai naik2 kan harga.. hehe.. boleh jadi rujukan nie.. :)
Post a Comment