Sekiranya Malaysia memenangi pingat emas pertamanya di kejohanan Olimpik London 2012, Baskin-Robbins, yang menyokong inisiatif "Impian Emas" Media Prima Bhd akan memberikan aiskrim percuma di seluruh negara. Aiskrim itu akan tersedia pada 8 Ogos di semua 61 kedai aiskrim Baskin-Robbins di seluruh negara (tidak termasuk dua kiosk di Pantai Hospital di Bangsar dan Taman Tema Genting) bermula 8 malam hingga 10 malam. Setiap orang layak mendapat satu skup aiskrim. "Menjadi hasrat Media Prima untuk menyatukan rakyat Malaysia dalam satu suara bagi menyorak jagoan Olimpik kita," kata Ahmad Izham Omar, Ketua Pegawai Operasi, Rangkaian TV dan Ketua Pegawai Eksekutif Primeworks Studios, Media Prima. Sumber Sinar/ Bernama
p/s: ...Datuk chong wei dpt emas dia dpt 2juta.. rkyat malaysia dapat aiskrim. :D
4 comments:
2 juta kot, giler banyak.
bestnya le hai...
aiskrim pu jdlah.. tumpang tuah :)
elaun 5ribu sepanjag hidup satu lagi
buat pe nak bagi.erm..
ramai lagi fakir kat malaysia ni.
erm
melepasss nk makan eskrem baskin robbins. :'(
Post a Comment