rss
twitter
    Find out what I'm doing, Follow Me :)

Yang dihormati...

( ctrl + left clik =new tab)
Klik tajuk entri untuk komen/gambar&video penuh.
Link bewarna biru dalam setiap entri adalah kredit kpd pemilik /artikel terdahulu.
Receive ayampenyek's blog update trough Facebook
Jika tiada entri baharu..kebiasaannya ade dikongsi di FB
Jika ada video yg tdk lagi boleh dimainkan.. sila komen utk alert kpd kami..

50 sebab tidak 'couple/bercinta' dengan Designer/Pelukis

Senarai ini kebiasaannya ada pada ciri-ciri mereka. Bold mengikut instinct / naluri kuat saya.

1. Mereka manusia yang pelik.
2. Tidak memandang sesuatu perkara mengikut satu sudut.
3. Menganalisa setiap patah perkataan mengikut urutan seperti (layers dlm Photoshop).
4. Menghabiskan masa memasang perabot IKEA.
5. Minum & makan pelbagai jenis, kerana minat terhadap “Pembungkus”/  Packaging.
6. Menyesuaikan warna untuk orang lain tetapi bukan diri sendiri.
7. Keluar paling akhir apabila melihat wayang, ingin melihat keseluruhan filem termasuk melihat senarai nama yang dikreditkan.
8. Menyelesaikan masalah dengan lakaran/sketches/lukisan.
9. Mereka akan menconteng meja atau menjadikan meja sebagai alas memotong.
10. Lebih gemar meneliti corak dibaju anda daripada mendengar anda bercakap.
11. Memenuhkan rumah dengan  majalah atau figura serta benda-benda berkaitan lukisan .
12. Anda tidak akan tahu mana satu yang asli dan palsu barang-barang mereka.
13. Menghasilkan apa sahaja berkaitan dgn diri anda (anda adalah bahan lawak)
14. Kebanyakan mereka tidak tahu mengira.
15. Idola mereka kebiasaannya bukan pemimpin Negara tetapi pelukis atau pereka.
16. Mereka gemar mengambil gambar.
17. Hanya mendengar pendapat tetapi tetap melakukan apa yg mereka rasa betul.
18. Semuanya akan tersusun rapi kecuali ketika mereka dalam kelewatan. (serabai)
19. Gemar melihat gambar dari membaca.
20. Mereka menghabiskan duit dengan gadjet/ barang berteknologi.
21. Tidak boleh menghias rumah tanpa berunding dengan mereka.
22. Berpotensi besar untuk hadir lambat ke kelas/majlis/ apa-apa acara.
23. Suka menconteng tangan dan dimana-mana. >> enciksharih
24. Membeli barang yang berpermukaan kosong untukdicat atau diubahsuai.
25. Melihat atau menggunakan sesuatu x sebagai satu fungsi. (kad matrik sebagai pembaris)
26. Apabila tidak setuju. (menamakan gelaran pada org yang mereka tidak suka).
27. Cerewet dalam memilih untuk diri sendiri.
28. Buat kerja last minit....
29. Membaca komik dan melihat kartun.
30. Menghabiskan masa dengan jpg.sld.raw.avi.png.psd.ai.stl.pdf.3dm.cmyk.rgb.etc.
31. Menghabiskan masa bersama dengan “brainstorming”.
32. Ingin diri lain dari semua orang.
33. Suka membelek dan meneliti proses dan bahan pembuatan sesuatu rekaan.
34. Lebih mengetahui posisi lain lebih dari kamasutra.
35. Sentiasa hadir ke restaurant dengan mengkritik rekaan serta menu.
36. Mendengar muzik yang jarang didengari (kitaro dll).
37. Tidak boleh memasak hidangan biasa, sentiasa melakukan eksperimen dalam masakan.
38. Gemar mencari barang “rare” jarang dijumpai.
39. Mereka memiliki gadjet/rekaan baru sebelum orang lain mengetahuinya.
40. Mereka sukakan Adobe dan Rhino/solidwork/3dmax/sketchup/ dan Alias.
41. Memiliki jenama butik pilihan, biar murah asal bergaya.
42. Ingin menghabiskan duit membeli barangan APPLE
43. Tidak akan memahami makna hadiah yang mereka berikan.
44. Melihat sesuatu yg biasa& ketawa.(mengolah objek mengikut pandangan mata sendiri)
45. Takut dengan perkataan “Deadline” (tarikh submit kerja)-semua dah berakhir!!
46. Sentiasa meramalkan masa depan. (mereka trend setter)
47. Mengimpikan hari tiada siapa mengubah design mereka.
48. Mereka lebih rela mendownload sesuatu daripada membelinya. (kecuali jika terpaksa)
49. Sentiasa mengantuk kerana kerja 24/7 ( 24 jam Seminggu) tidak memiliki tidur berkualiti.
50. Suka merapu dan merepek.

p/s:Diolah dan dipersetujui...=P menurut sumber .



30 comments:

pendekar laut said... Reply To This Comment

ai,,apa pasal ciri-ciri tu sama pulak ni haha

amranaiman said... Reply To This Comment

@pendekar laut boleh dah tu jadi designer.. hahhaaa=P

miSs Zie said... Reply To This Comment

pjgnya list..haha..

CintaZulaikha said... Reply To This Comment

sokong..kebanyakkannya mmg betoi~~hee

yolanda diego said... Reply To This Comment

pada pendapat saya, diorg sgt cool!

SHAREH said... Reply To This Comment

Betol3x....setuju3x...

Anonymous said... Reply To This Comment

aih..no comment..sume ade hak memasing nk tulis ape kat blog diorang..trpulanglah..tuhan 2 adil.. hari ni kita tulis psal org, sok lusa, terbalik pula..

Anonymous said... Reply To This Comment

post ni leh wat orang down...pkir2kn lah...jgn diambil yg negatif saje..kita ade otak..

Syafika Sarwani said... Reply To This Comment

haha..yeah..setuju!!=)

amranaiman said... Reply To This Comment

@Anonymous hehhee saya bercerita pasal saya sebenarnya :D bukan negatif.. tapi ini hanyalah perkara2 risiko yang bakal akan anda terima jika bersama mereka(saya/kami).. sekadar pengetahuan bahawa apakah sikap2 kami.. ;)

amranaiman said... Reply To This Comment
This comment has been removed by the author.
amranaiman said... Reply To This Comment

@Anonymous hehe emo sangat tuh.. kami/saya adalah designer.. =) adakah anda terasa dgn kenyataan diatas?? sekadar hiburan ringan/perkara2 yg anda akan lalui jika bersama org seperti kami.. =) walaupon 50 perkara tersebut dinyatakan kami masih ada org yg berminat dan suka dgn kami.ahaha ^_^

amranaiman said... Reply To This Comment

@Nurun yup mereka sebenarnya sangat dan memang cool :D.. p/s ada org marah wat entry ni...( sebenarnye nilah sikap2 pelajar art.. dan mereka yang LIKE entry ni kebanyakannye adalah student industrial design.. jgn berfikir secara negatif.. JODOH PERTEMUAN DITANGAN TUHAN =)

rj Etika said... Reply To This Comment

hahahaha...most of it memang kene pon dengan designer. kelakar je bace. tapi lagi kelakar bile bace komen anonymous. gile emo. masalah hormon ke? hahaha.

Haih..kenapalah saya baru perasan entry ni? =.="

Anonymous said... Reply To This Comment

setuju giler,aku setuju sbb aku pun dak art gak,aku amik fine art..n aku rasa bnda2 ni smua btul2 dekat ngan aku..lek la klau sape yg terasa,belajar dari kesilapan ok?!


P/s : yang highlight tu smua fav aku ;)

Mek Onie said... Reply To This Comment

dah tu nanti kalau meaw meaw jadi designer mesti tade yang nak couple dengan meaw sebab nengok entri ayampenyek ni,uwarrrrrrrr T_T

p/s: nanti nak rompak entri ni boleh tak n meaw backlink ke ayampenyek lik ?

artkaiser said... Reply To This Comment

@meawsikap pelajar seni.. xyah cople2.. kawin je. hhu jodoh pertemuan ditgn tuhan betul tu.. nice entry kan :D

Mek Onie said... Reply To This Comment

nahhhhh,wakakakaka :P


http://letopkeypad.blogspot.com/2011/06/designer-pembawa-masalah-untuk.html

Miszyuyu said... Reply To This Comment

nak share gak leh =) ade gak ciri2 yang nak sama adoila =)

Anonymous said... Reply To This Comment

So what? Designer are damn awesome+unique! :D

People like you, is normal, nothing interesting, we designer dont need to couple with people like you la..there are still lot of people out there who are much better then you to be our partner..so ur post is useless~DUH

Unknown said... Reply To This Comment

most students kat college aku, budak arts yang dapat chicks. management/it/engineering tengok macam lemau je.

kau jeles eh. takpun overcompensation eh.

Anonymous said... Reply To This Comment

u should be grateful if u have a designer/pelukis as ur partner.they are cool n creative!they have their own way to show their love.trust me,u will not feel 'bosan' dlm relation korang tuh..they are special person with special character:D

dayah asrida said... Reply To This Comment

sye dak art jgk..
tp list tu ad y btoi n ad y xbtoi lol

Anonymous said... Reply To This Comment

Setuju gila gila kottt! haha Asal ada yg nak marah2 tu? Pelikkkk

alongxp said... Reply To This Comment

haha... ade betul,ada xnye...hehehe

Anonymous said... Reply To This Comment

buuuuuuuuuuuu!!

Anonymous said... Reply To This Comment

ia mungkin tidak seperti yang digambarkan penulis.mungkin secara rawak atau pengalaman sekitar hidupnya dan bersependapat.ianya bukan nya seperti kotak yang dijangka sebegitu shja ianya terlalu flexible.dan ia nya tak seFancy yg digambarkan oleh penulis,ianya terlalu besar mungkin seperti air dalam bekasnya mahupun angin sedarkan kehadiranya bukan nmpak perwatakanya..

Unknown said... Reply To This Comment

ah sudah.. hahaha.. me baru ja jadi 'budak seni tapi tak berseni' jadi kepada yg ada niat nak jd pakwe me bukan mcm gitu..hahahaha.. smart..

Anonymous said... Reply To This Comment

setuju dengan komen tu. tak hairan lah orang kata saya ni pelik atau 1 dalam seribu. apa yang suka, diorang tak suka. hahaha. apa yang saya dapat pelajari dalam bidang ni, kita kena lebih banyak mengkaji dan kena lebih peka dengan kehendak orang lain serta lebih bersifat realistik. ada masa kita terlepas pandang. ramai kagum dengan bidang ini walaupun mereka tidak menceburinya. cuma waktu nak pilih pasangan, pilihlah yang benar-benar memahami kita. bukan yang nak kita memahami dia je. bye

Anonymous said... Reply To This Comment

Walaupun sy bdk sains tapi hobi melukis so sy berpendapat ada sebahagian yg ditulis tu serupa dgn sy. Tak sangka pulak . Lawak...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...