Real genggam trofi Copa del Rey selepas penantian 18 tahun selepas menumpaskan musuh seterunya Barcelona, 1-0. Ronaldo menanduk masuk hantaran lintang Angel Di Maria pada minit ke-103 untuk membolehkan Madrid menjulang piala domestik ke-18 dan jurulatih Portugal, Jose Mourinho itu memenangi kejuaraan keempat dalam empat liga berbeza. Akan tetapi Real Madrid menantikan hampir tiga tahun untuk menjulang trofi tetapi kemudian trofi yang dalam genggaman pecah.
Pemain pertahanan Madrid Sergio Ramos terlepas ketika memegang trofi Copa del Rey di atas bas ketika meraikan kemenangan awal pagi semalam dan tayar bas itu melanggar trofi berkenaan.Petugas kecemasan memungut kepingan yang pecah itu dan mengembalikannya kepada pemain di atas bas, tetapi ketika sambutan tradisi kelab itu di Plaza de Cibeles di tengah Madrid, trofi itu tidak dibawa bersama.
Laporan menyatakan kira-kira 60,000 penyokong berada di Cibeles me-raikan kejayaan Madrid menjulang trofi pertama di bawah jurulatih Jose Mourinho dan pertama sejak trofi liga Sepanyol pada 2008.
Perhatikan 0.08-0.10.
P/s: Sudah menang ditimpa bas...=P

3 comments:
walaweh...apadaaaaa~~
CR jadi hero,SR jadi pemusnah..haha
padan ngan muko
Post a Comment