Sudah seperti menjadi suatu fenomena dalam Malaysia. Merhonyot-ronyot misai dan mulut beliau ketika berkata-kata dalam babak filem yang menjadi bualan semua manusia...Hantu Kak Limah Balik Rumah.. arahan Mamat Khalid yang kini ibarat wabak sukar dibendung. Sudah suatu kemestian untuk semua masyarakat Malaysia khususnya menggunakan petikan filem dengan berkata:
"Cecite..ce cite... Cecite....."
" Kite bakor jer, kiter bakor jey"
"itulah pentingnya English Education..."
"pelawok..Pelawok..pelawok...Pelawok...."
" Soley soley.. soley ley..soley soley.. ley ley ley"Siapakah Shy8 ? Dialah Syed Mohamad Asri,46 . Usop telah mengatasi nama Shy8 atau Syed
Mohamad Asri semuanya gara-gara Zombi Kampung Pisang dan kini Hantu Kak Limah Balik
Rumah. Beliau banyak menerima tawaran untuk berlakon dalam drama dan filem, tetapi
terpaksa ditolak memandangkan komited dengan kerjaya bersama sebuah Organisasi
Korporat yang terlibat dalam industri Minyak dan Gas. Sebelum bekerjaya tetap, beliau
merupakan perunding bebas untuk banyak pihak dalam merancang dan menyusun strategi
syarikat. Selain itu beliau juga melibatkan dalam aktiviti masyarakat sebagai kaunselor dan
motivator untuk Kem- kem Remaja dan Belia.
Penglibatan dalam bidang seni.
1996 : Menerbit, mencipta dan menulis senikata untuk semua lagu-lagu di dalam album sendiri
berjudul "Terasing Di Bumi Sendiri" yang mengandungi 10 buah lagu. Lagu "Terasing Di Bumi sendiri" terpilih menjadi lagu untuk kempen Aids/HIV dan kerap di mainkan klip video oleh RTM pada sekitar tahun 1997.
1997 : Di lamar menjadi artis pertama di bawah payung Ambang Klasik (TV3)
Mula berlakun dalam drama terbitan TV3 sebagai pelakun undangan untuk drama "Doa untuk Ayah" di ikuti drama-drama dari pelbagai produksi antaranya "Dajal Suci", "Abang We", "Assalamulaikum YB", "Dunia Baru" dan yang terkini "Chinta" yang telah di tayangkan di TV3.
Dari sudut Filem pula, mula diperkenalkan oleh Mamat Khalid untuk filem " Lang Buana" dan "Man Laksa" sebagai pelakun jemputan.
Filem "Zombi Kg. Pisang" telah mula membuka mata banyak pihak dengan lakunan bersahaja melalui watak Usop (bekas penari kebudayaan) yang mempunyai gaya lakunan tersendiri. Filem terakhir buat masa ini adalah "Hantu Kak Limah Balik Rumah" dengan memegang watak yang sama sebagai Usop tetapi kali ini watak ini telah dikembangkan dengan peranan lebih besar.
Sumber Fb SHY8
2 comments:
suka ucop willcha...kihkihkih...dy mmg 1 fenomena~~
patu die dapat artis plg popular? ahhaa =P
Post a Comment