Berulang kali memikirkan perlukah menulis entri ini, takut menjadi penyebab utama kejatuhan, atau kenaikan jenama di pasaran. Mungkin ada yang boleh menduga, tidak kurang yang tertanya-tanya apakah kaitan mereka. Toyota kini mungkin jatuh ke tempat ke 3 sebagai peneraju pengeluar kenderaan di belakang General Motors (GM) dan Volkswagen ekoran dari bencana gempa bumi dan krisi nuklear di Jepun. Toyota mula merampas takhta dari GM sejak 2008 dan menerajui pasaran global. Berdasarkan pemerhatian dari penganalisis bisnes.
Dijangka GM mencatatkan pengeluaran sekitar 8 juta tahun ini, diikuti Volkswagen sekitar 7 juta dan Toyota 6.3 juta unit.Kejatuhan pengeluaran Jepun gangguan di beberapa negara selain Jepun, Eropah, Amerika Utara dan terutamanya Asia disebabkan kekurangan bekalan bahagian kenderaan (spare part). Analisa ini adalah dari berita Reuters. Walaupun pernah suatu ketika dahulu Toyota dan beberapa pengeluar kenderaan ternama dari matahari tebit itu dikaitkan dengan masalah alat ganti, yang seolah dirancang kerana merampas kedudukan pengeluar kenderaan dari teknologi barat. Kini bencana alam adalah penyebab utama. Mereka hanya mampu merancang tuhan menentukan.
Pengantungan Perodua terhadap Toyota / Daihatsu sekaligus berkait. Beberapa teknologinya adalah dari Toyota dan kuasa saham sebahagiannya juga adalah milik syarikat Jepun. Tidak mustahil pasaran Perodua tahun ini dijangka merosot. Proton tampil dengan berani menyatakan akan merampas semula peneraju pasaran Malaysia yang telah dirampas Myvi sejak 5 tahun lalu di bawah Perodua. Sokongan dari kualti yang semakin baik dan positif, jaminan masalah power window, proses penghantaran yg lebih efsion janji mereka. Saga kini mendapat purata jualan 7,000 sebulan manakala Persona 3,800 ke 4,000 sebulan dan jualan menggalakkan Inspira 1,000 sebulan. Analisa dari Berita Harian serta kata-kata dari Pengurus Besar Bahagian Pemasaran Proton Edar, Sidik Abd Hamid mengenai jumlah jualan kenderaan Proton. Perodua mungkin ada strategi lain yang membuatkan rakyat Malaysia ternanti-nanti pelancaran Myvi baru 2011. Sambil Proton bersedia dengan Exora edisi baru, serta Persona -R yang dijangka seakan hampir dengan model Proton Tuah di KL Motoshow 2010/2011. Manakala kenderan dari negara barat seperti Peugeot, Ford, Volkswagen, Chevrolet ( GM) dan lain-lain, mula mendapat kepercayaan yang memang diyakini kualiti enjin dan prestasinya.
p/s: untung sabut timbul, untung batu tenggelam.. adat berniaga =).. ini hanyalah analisa belum terjadi ia hanyalah andaian berdasarkan pemerhatian dan sumber berita.
2 comments:
saye sokong ferrari. haha. :)
sy sokong sumer keta yg cantek~~LOL
Post a Comment